Khamis, 7 Mei 2015

Hati Perempuan Jadi Fenomena.

Assalamualaikum..


Hati Perempuan Jadi Fenomena | Makin menjadi-jadi pulak fenomena drama Hati perempuan ni kan? Nik macam biasa sentiasa terlambat bab bab drama Tv ni. Jarang tengok tv satu hal. Malas nak gigihkan diri menahan rasa nak tunggu episod seterusnya satu hal. Kesannya, tertinggal keretapi lah ambe ! 





Tapi takdak hal lah. Sekarang semua di hujung jari kan. Tonton drama online jelah. Tapi tertanya tanya jugak, best sangat ke cerita hati perempuan ni? Aduhh.. cer korang bagi skala kat nik, perlu tengok ke tak? Nik tak baca novelnya, ni baca sinopsis dia kat bawah je, macam boleh agak cerita klise drama melayu la kan. 


SINOPSIS HATI PEREMPUAN 

Hati Perempuan mengisahkan pengalaman lalu yang telah dilalui mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf kehidupan. Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi. Kerana sikapnya itu, dia terlepas pandang terdapat insan yang menyayanginya dalam diam. Namun, pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis.

Bertambah tidak percaya apabila kata-kata lamaran disertakan sebentuk cincin yang ada di dalam kotak kecil tersebut datang daripada sang pria terhangat di pasaran. Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril? Atau mungkin Yunanis masih ada kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya?




 Mia Ahmad



Drama hati perempuan macam mampertaruhkan pelakon baru kan? Which is nik tak kenal pun hero dan heroin dia tu? Antara barisan pelakonnya Syarul RidzwanMia Ahmad, Hafreez Adam dan Nadzmi Adhwa. Best ke kalau nak tengok? Berbaloi ke eh habiskan data untuk tengok cerita ni? Cer bagi pandangan sikit.  


Tapi takleh nafikan Mia Ahmad tu cantik ! haha

3 ulasan:

  1. babe.. hidup student ni.. duk dkat uma sewa.. tv xda.. haha.. bila balik kg baru tengok sikit2.. Kuci x berapa faham citer ni tapi addicted plak dengan bawal satin dia.. hikhikhik..

    BalasPadam
  2. Tak best citer ni nik. fenomena je lebih. Kalau drama petang2 kul 7 tu memang kakmi wajib follow. Sebelum ni drama 'Teman Lelaki Upahan' yang tu paling best drama yang pernah kakmi tengok. So nampak drama baru memang eksaited la nak tengok tapi awal-awal je macam best, lama2 makin bosan, meluat dengan jalan cerita yang ntah apa-apa. Takde rasa hormat kat husband, cemburu melampau2, lepas tu tak rasa ada klimaks yang membolehkan kakmi rasa nak tengok lagi sambungan2 episod seterusnya..[tapi tertengok jugak sambil meluat tu sebab dah tak da drama lain nak tengok..kah3...tapi tengok gitu2 je lah...kiranya kalau miss 1 episod pun tak rasa menyesal laa]

    kihkih panjang lebar pulak komen ikhlas drpd kakmi...sekadar pandangan kakmi je...sorry lah kat peminat2 drama ni..hehe..

    pelakon2 dia semua cantik2 dan hensem2..mia ahmad baru je berlakon, shahrul ridzuan tu dah selalu belakon dah.. :)

    BalasPadam
  3. Tak tau la best ke tak .. hihi.. sebab tak layan drama..

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.