Khamis, 25 Jun 2015

ABC Kegemaran !

Assalamualaikum ..


Kenyang menyandar kan lepas berbuka. Nik kat sabah berbuka jam 6.33 petang hari ni. Alhamdulillah dengan rezeki yang ada. Berbuka kat tempat kerja makan ala kadar jelah. Tupun tapau kat cafe hospital. Nak masak memang tak la kan. 


Dah lama teringin sangat nak makan Ais Batu Campur. Huuuaaa. sejak awal puasa lagi dah mengidam nak ABC. Nak pergi Tanjung Aru sana semata-mata nak makan ABC memang mustahil la. Humm.. Akhirnya hari ni kesampaian jugak nak minum.. huaaa. sedapnyaaa.




Tapi sayang, ABC nik yang ni indah khabar dari rupa, dari luar nampak sedap dan mengiurkan. Tapi rasanya tidaklah sesedap yang nik banyangkan. Dia manis sirap! Bukan manis susu. Tak rasa pun susunya. Sedih tau. Tapi nak buat macam manalah kan, ni je yang ada. Harga pun bolehla RM2.50 je.


Kalau korang nak tahu, kat kampung nik, i mean kat bandar la kan.. ada satu kedai ni dia jual ABC punyalah sedap. Kedai tu takde nama tapi dia terletak sebelah econjaya. huaa.. nik masa buat part time kat econjaya dulu memang tiap hari akan singgah beli ABC kat situ. Makan pulak dengan koropok lekor, memang terangkat lah.

Selasa, 23 Jun 2015

Ku tak pernah by Fathia Latif & Syukri Tahir

Assalamualaikum.


Hai.. Rupa-rupanya terjawab dah soalan nik tentang siapa yang menyayikan lagu yang sedap dalam drama adaptasi novel Dia..isteri luar biasa ni. Fuh.. rupanya hero dan heroin dia yang menyayi. Sedap kot suara Fathia Latif dan Syukri Yahya ni. 

Mesti ramai kan yang layan drama ni. Nik macam biasa awal-awal episod dulu memang tak akan tengoklah. Bila dah masuk episod ke 8 baru nik gigih tonton online drama Dia..isteri luar biasa ni. Sebab sebenar, nik malas nak menunggu seminggu untuk dapatkan next episod. Tak best tau menunggu. 

credit gambar sini


So korang kalau rasa nak tonton online jugak  drama Dia..isteri luar biasa ni, tekan je link kat bawah. Kat web tu nik tonton drama ni. heheheh
Kat bawah ni lirik lagu Ku tak pernah yang dinyanyikan oleh Fathia Latif & Syukri Tahir dalam drama Dia..isteri luar biasa.


Ku tak pernah terfikir jatuh cinta pada dirimu
Tak pernah terfikir kau kan jadi yang terindah

Mengapa terjadi..

Ku tak pernah terfikir ku kan memiliki cintamu
Tak pernah terfikir kau juga mencintai diriku

Mengapa perasaan ini hadir

Ku tahu ku takkan bisa hidup bersamamu
Ku tahu ku bukanlah yang terbaik tuk dirimu
Dan janganlah kau bersedih hanya kerna diriku
Kerna ku tahu cintaku padamu kekal untuk selamanya

Mengapa terjadi..

Ku tak pernah terfikir jatuh cinta pada dirimu
Ku tak pernah terfikir kau kan jadi yang terindah
Ku tak pernah terfikir ku kan memiliki cintamu
Ku tak pernah terfikir kau juga mencintai diriku

Mengapa terjadi

Ku tahu ku takkan bisa hidup bersamamu
Ku tahu ku bukanlah yang terbaik tuk dirimu
Dan janganlah kau bersedih hanya kerna diriku

Kerna ku tahu cintaku padamu kekal untuk selamanya
Ku tak pernah terfikir jatuh cinta pada dirimu
Ku tak pernah terfikir kau kan jadi yang terindah

Mengapa terjadi...

:)


Isnin, 22 Jun 2015

Instagram berwajah baru ?

Assalamualaikum..


Wohhaaa.. dah lama sebenarnya tak buka instagram kat laptop atau PC. Kelmarin tetiba rasa nak buka instagram kat PC. What a suprise, interface(betul ke istilah ni) instagram dah banyak berubah. Dan i like it so much sebab interface yang sekarang lebih matang dan nampak segak. haks.



See..ni gambar yang nik printscreen kat PC.. Layout "home" untuk instagram  macam lebih kemas kan? Nak tahu jugak, dah lama ke instagram ubah benda ni? Kenapa nik lambat sedar eh? Humm... 


Alang alang kan, apa kata korang tak tak pernah singgah insta nik, p singgah kejap. hahaha. Promote sikit eh. Kita kawan-kawan kat sana pulak. Boleh gitu? boleh aihhhh.. meh meh ke insta nik @fatihahfazlin333. 


bai bai.. 



Sabtu, 20 Jun 2015

Persiapan Hari Raya bersama Lazada Malaysia

Assalamualaikum..


Dah 3 Ramadhan dah ni. Misi untuk mencari persiapan raya dah boleh mula dah kan, terutama bagi mak mak. hahaha.. tapi nik yang bukan mak ni pun nak bersiap sedia jugak. Banyak benda nak lengkapkan terutamanya dari segi perkakas rumah la.. Jadi nak melengkapkan semuanya nik rasa kalau shopping kat lazada pun best jugak kan. 


Tambahan pulak Lazada ada buat  promosi Riang Ria Raya 2015. Kalau berpeluang shopping di Lazada.. nik teringin nak beli...




http://www.lazada.com.my/butterfly-oven-28l-b5226-134006.html
Harga butterfly oven ni selepas diskaun hanya rm181.00. Murah sangat.  Senang sikit nak buat kuih raya sebab rumah nik takde oven. hahaha. selama ni tumpang buat kuih raya rumah maksu. sob sobs.





http://www.lazada.com.my/takada-double-grill-pan-tk-dgp01-red-2-146577.html
Pan grill ni dah lama nak beli nak kasi hadiah kat mak. Sempena raya kan.. dulu mak pernah beli tapi nik dah rosakkan tak tahu macam mana batang pemegang tu boleh tercabut. kwang kwang.. Pan ni kalau harga pasaran memang rm100 ++ tapi promosi kat lazada cuma Rm80 okey...




http://www.lazada.com.my/salav-garment-steamer-gs18-pink-724982.html
Salav garment steamer.. huaaa. dah lama nik teringin nak ada iron baju steam macam ni. senang nak iron kalau baju yang bermanik labuci bagai..harga pun masih mampu milik kot, rm99 je.







Lazada Malaysia akan mengadakan jualan eksklusif raya selama sebulan bermula 11 June hingga 15 July 2015  dan SPECIAL "Riang Ria Raya - Jualan Terhebat" bermula 24 June hingga 26 June 2015 iaitu 24 hari sebelum perayaan Syawal. Lazada akan menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 3 hari untuk membantu persiapan raya nanti. 



Boleh mula shopping raya dengan klik Riang Ria Raya 2015 :



 http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya-2015/  



Dapatkan apa yang di inginkan untuk musim perayaan ini, dari telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen koleksi raya, barangan rumah untuk dekorasi raya. Meriahkan raya anda dengan Lazada! 


------------------------------------------------------------------

Ini adalah Blogger Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama sayaiday. 6 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah Gopro 4 dan Duit Raya ! Untuk sertai contest ini, sila ke blog sayaiday .


Isnin, 15 Jun 2015

Movie Review: Jurassic World The Best !

Assalamualaikum.

Hai korang ! 

Siapa dah tengok Jurassic World? Angkat tangan ! Fuhh. cerita yang penuh dengan debaran, setiap masa kena bersedia untuk kejutan. Dan confirm bergema satu panggung.Bagi yang belum tengok lagi Filem Jurassic World ni, korang harus pergi tengok dan rasai sendiri. Dan nik rasa kalau tengok movie 3D lagi best kot. haha


Filem Jurassic World ni keluar kat pawagam Malaysia 11 june kalau tak silap nik. Alang-alang keluar pergi poslaju kelmarin, nik terus tunaikan hajat dihati untuk tonton filem best ni. Macam mana boleh tahu best? Tegok trailler dia ehh.. Kalau tengok trailler perasaan jadi lain macam, memang kena cari panggunglah. Kalau tak, memang sesal sendiri lepas tu. hehe


So, apa yang menarik sangat dengan movie Jurassic world ni?  Bagi nik, secara keseluruhan jalan cerita dia menarik even lebih kurang 5 minit pertama tu boring. opss. Teknik cgi yang digunakan memang nampak real. Biaslah cerita holloywood kan. 

Cerita bermula selepas 20 dekad Jurassic Park yang dulu dibagunkan kembali menjadi Jurassic world yang terletak di sebuah pulau di Costa Rica. Pulau ni dipenuhi dengan pelbagai spesis dinasour! lebih menarik ia telah dibuka dengan pelbagai 'pertunjukan' di taman tema ini. Dan dengan kecerdikan ahli saintis yang bertugas kat sana, mereka telah mencipta seekor dinasour: giant, brilliant dan hybrid dinasour iaitu, Indominus Rex.

Indominus Rex bukan dinasour biasa dan dia telah berjaya memanipulasi semua untuk keluar dari kurungan. Indominus Rex telah menyebabkan them park tersebut huru-hara.  Kat sini macam-macam scene mendebarkan yang kita boleh saksikan. Clarie, heroin cerita ni dikejutkan dengan dua anak saudaranya yang hilang semasa Dinasour besar tu terlepas. Rupanya, memang dua anak saudaranya diburu oleh Indominus Rex!

Clarie terpaksa meminta bantuan Owen, yang sebelum ni memang tak bersetuju dengan pihak pengurusan yang mewujudkan Indominus Rex ni terpaksa membantu memandangkan dia memang seorang trainner dinasour. Oh.. Owen train 4 dinasour  lain(delta, blue, echo, charlie), tapi saiz dinasour dia train tu keciklah.

 






Insiden terlepasnya Indominus Rex dari sangkar kurungan menyebabkan banyak babak babak menarik dan mandebarkan untuk kita tonton. Usaha Owen untuk menyelamatkan anak saudara claire. Kematian ramai pengunjung theme park tersebut. Macam-macam lagilah. 

Nak tahu lebih, make sure korang g tengok tau. Serius bagi nik, Jurassic World The Best ! ! Nik nak bagi 4.8/5 . hahaha

Bai bai


Ahad, 14 Jun 2015

Gambar Pernikahan Blogger Kesayangan Ramai, Dr Fatin Liyana dan Dr Anwar Fazal

Assalamualaikum...


Gambar Pernikahan Blogger Kesayangan Ramai, Dr Fatin Liyana dan Dr Anwar Fazal | Semalam 13 June facebook nik meriah dengan pelbagai aktiviti para blogger tanah air. Seronok sangat. Kelab blogger ben ashaari dengan aktiviti mereka de bengkel warna dan kerjaya. Team Denaihati dengan gabungan pelbagai jenis genre blog menggabungkan seluruh blogger di majlis Sepetang Bersama Blogger 2015. Timeline fb ni di meriahkan lagi dengan gambar perkahwinan Blogger Kesayangan Ramai, Dr Fatin Liyana.

Pada tengahari 13 June juga  Dr Fatin Liyana dan Dr Anwar Fazal selamat melangsungkan majlis akad nikah mereka di rumah pengantin perempuan dengan majlis yang bagi nik serba sederhana.
 


Sama cantik sama padan kan mereka berdua ni.
 






Semua gambar yang diambil menampakkan majlis akad nikah Dr Fatin dan Dr. Anwar.. huaaaaa.. rasa macam nak kahwin hari ni jugak. Warni tema majlis mereka biru.. macam sky blue gitewww.. eh.. macam perancangan baju raya nik yang nik cerita kat entry kisah raya dan baju raya kan? 

 

Pelamin yang cantik dan nampak ringkas. I like ! !  Macam sesuai pulak dengan perwatakan mereka Dr Fatin dan Dr Anwar. hOyyyehh. Kalau tengok kat hantaran pon best. Bukan isinya maksud nik, tapi seni gubahan tu. Simple. Dr. Fatin, taste kita sama la. hehe. Letak bekas, letak barang hantaran then letak bunga.. senang kan? Cantik lagi tu.


Korang nak tengok gambar tunang Dr Fatin dan Dr Anwar ?  Meh singgah kat entry Dalam banyak banyak blogger, aku kenal Fatin Liyana je.


 

Semoga perkahwinan yang dibina berkekalan sehigga ke Jannatul Firdausi. Selamat pengantin baru  Dr Fatin Liyana dan Dr Anwar Fazal ! Nik sebagai peminat dan adore sangat dengan Dr berdua seronok sangat.

Credit gambar Fanpage Dr Fatin Liyana 
                        Fanpage Creativo Photography 
                        OP : Maroon Production
                        OV : Pelangi Putih Films



Selasa, 9 Jun 2015

Kisah Raya dan Baju Raya

Assalamualaikum..

Dah dekat nak puasa ni, sana sini orang duk bercakap pasal persiapan puasa dan raya.. haiiihh.. nik menangis tepi jendela lagi la gamaknya tahun ni. Raya ke lima baru balik oii.. pasal cuti ni payah sikit nak cakap. Tapi tak pa...raya ke lima pun raya ke lima asalkan boleh balik.


Puasa? Hmm.  Dah ada yang start buat menu kan? Sepanjang 30 hari puasa.  Ni mak mak taulah. Sebab tak nak bagi pening petang-petang nanti. Nik? Balun je makan apa yang ada. Bujang katanya... Rindu nak terawikh kat masjid sebenarnya. Dulu kalau masa belajar.. best tau terawikh ramai ramai dgn kwn. . Jalan nak p masjid punya jauh. Tapi gigih.. hahahaha..

Sekarang.. rumahnya jauh dari masjid. Kenderaan takde alamatnya buat sendiri jelah. .

Raya.. Dua tahun lepas raya nik tak berseri okey.. 2013 baru dapat kerja posting masa bulan puasa, so memang tak merasa la cuti raya tu.. paling sedih masak mee kari pagi raya then makan sensorang kat rumah.. huaaaaa.. 


Raya 2014 balik sehari sebelum raya.  Dan jalan nak balik ke Machang dari airport kota bharu tu punyalah jem. Singgah wakaf che yeh nak cari baju raya.. hampeh dik.. sehelai pun tak dak yang kena dengan harga dan saiz. Keciwa gilee masa tu. Sedih toksah cerita la.. last last esoknya beraya dengan baju yang dah jahit lama dah, tapi tak pernah pakai. Hmmm.. sedihh.

Raya 2015? Hahaha. sejarah 2013 akan berulang kot.. cuma tahun ni kita tak makan mee kari sensorang kot , kita makan nasi tomato dengan rendang sensorang.  HahaAhah..  hah.. baju raya pun takdak lagi ni.. takdak mood nak beli sebab tak balik kampung raya pertama.. eh.. tapi sunat tau pakai baju baru di pagi raya.. so memang kena cari lah. Tahun ni kita cari jubah warna sky blue.. hoyehhhh..

Jubah kat atas cun gileeee.. cantiknya masyaallah..nak beliìi....mohle kita cuci mata kat sucibyyatthamzah.com. yang kat bawah ni pulak nik tengok kat ruccimodish.com .. huawaaa. 


Korang macam mana? Dah ada baju raya? Temanya? Humm. Kalau sudi jom share sikit kisah raya yang sendu mahupun enjoyable(ada ke istilah ni)  korang.  Hehehehe..

Isnin, 8 Jun 2015

Komisyen Pertama Affiliate Sweet Muslimah

Assalamualaikum...


Hoyyeaayyy ! ! ! Bahagia gile rasa bila log in akaun maybank2u.com then tiba-tiba nampak ada penambahan duit kat situ. Ingatkan duit claim ot dah masuk eh bila fikir balik bukan duit OT ni.. Ot kena masuk banyak. hahahaha.. Selidik punya selidik.. Komisyen Pertama Affiliate dari Sweet Muslimah dah masuk oiiii..

Melompat kegembiraanlah ambe ! Nah sebagai bukti tunjuk screenshot. Idoklah banyak, tapi cukup mengembirakan nik. Hahaha.. ini pengalaman pertama ni dapat komisyen dari sweet muslimah. Dah agak lama ni join affiliate sweet muslimah ni, tapi baru hari ni ada rezeki. Alhamdulillah. 

Baju Muslimah


Dapatkan baju sweet muslimah korang sendiri kat SINI

Lepas ni kena buat lebih lagilah. Seminggu dapat sekali pun best gak ni kan? Padan dengan blog yang tak berapa berupdate ler. Okey meh kita banyangkan seminggu dapat rm16, kali 4 minggu dalam sebulan, kali 12 bulan setahun.. Ada dalam rm700 lebih tu. Wahh.. bersinar biji mata. HAHAHA. Berangan dulu..lepas tu kita kerja keras. Yedokk?


okey.. now i'm happy. hehehe


Perdana Park, Tanjung Aru Kota Kinabalu Sabah.

Assalamualaikum..


Perdana Park, Tanjung Aru Sabah | Hari tu masa adik adik nik datang Sabah, nik tak tahu nak bawak diorang berdua ke mana.Untuk pergi kawasan luar Kota Kinabalu macam Kundasang War Memorial dan Desa Dairy Farm memang  dah kitaorang plan awal. Cumanya, nak habiskan masa jalan jalan sekitar  KK ni agak pening. Hahaha walaupun dah dua tahun kat kk, nik masih tak berapa nak tahu tempat tembat menarik kat kota kinabalu ni. So, memang akan googlelah.




Google membawa kami ke Perdana Park di Tanjung Aru Kota Kinabalu. Kami pergi malam, dalam jam 8 lebih macam tu, lepas isyak. Dan.. nik ingatkan kat sini tak ramai orang. But i was wrong.. manusia penuh kat situ. Dengan family dan anak-anak, ada yang jogging kat situ. Ramai kot yang jogging kat Perdana Park ni. dari belia muda hingga atuk atuk. Best pulak tengok.


Perdana Park ni sebenarnya taman berlandskap yang bertemakan musikal. Kat tengahnya ada kolam yang mana kat situlah adanya air pancutan berlampu. Dan bagi nik memang cantik la. Insfratrukturnya pun cukup lengkap la. Trek jogging pun best.  





Kalau kena gaya, gambar memang cantik. Tapi memandangkan nik guna telefon tak berapa nak canggih, nak ambil gambar pun nik tak reti... so muncullah gambar tak berapa nak jelas ni. hehehe.. Tapi kalau korang Google Perdana Park Kota kinabalu memang akan jumpa gambar yang superb.


Waktu malam banyak parents bawak anak-anak kat sini. Nik perasan ramai budak-budak excited main giant bubbles kat sini. Adik nik pun sama.





Perdana Park is a newly built public attraction at Hone Place in Tanjung Aru in Kota Kinabalu. It is a landscaped park with musical fountain pool at the centre. Early morning and late evening is the prime time for the park as most people visit then. Three fountain sows take place between 7 and 8:40 at night. The music and the lights are good and the shows are great to pass time. There is also a stage for cultural programmes. Car parking and toilet facilities in the park charge a fee. Perdana Park remains open from 6 in the morning to 10 at night. -go sabah

Bolehlah kalau korang nak bawak family jalan-jalan kat sini. Seronok.


Ahad, 7 Jun 2015

Menjelang Ramadhan

Assalamualaikum..

Fuhh.. Tinggal beberapa belas hari je lagi Ramadhan akan tiba. Nik harap nik sempatlah bertemu ramadhan kali ni. Banyak benda yang nik impikan untuk capai bulan puasa ni. hehhe

Persiapan bulan puasa? Takdak la bersiap sangat, cuma plannya nak bangun sahur setiap hari tak nak tinggal. hehehe. sebelum ni boleh kira berapa hari je yang bangun.. hisssyh.. bagun sahur pun pahala tau nik! Lewatkan sahur lagi bagus. kan..


Korang, meh nak sharing sikit beberapa kesilapan yang kita patut elakkan semasa ramadhan ni. Untuk kebaikakn dan kepentingan kita... 






Dan kita kat Malaysia di jangka akan menyambut 1 Ramadhan 1436 bersamaan pada 18 Jun 2015.

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak untuk semua rakyat malaysia..

Jumaat, 5 Jun 2015

Gempa Bumi di Sabah.

Assalamualaikum.

Gempa bumi yang turut nik rasakan. Lebih kepada gegaran sebenarnya. Alhamdulillah takde apa.. Dah dua tiga hari tak update blog. Sibuk dengan diri sendiri. Hati ni terpanggil nak update sebab kejadian gempa bumi pagi tadi. Kali kedua merasakan gegaran sepanjang hidup ni. Masyaallah. Hebat kuasa tuhan. Tanah landai tempat nik duduk pun terasa kuat gegarannya. Terus terfikir amal kebaikkan diri. Ada ke? 

Masa gegaran gempa bumi pagi tadi nik dalam perjalanan balik dari tempat kerja.. Berjalan kaki saja. dekat. Singgah di kedai runcit pertengahan jalan. Masa tu duk tengah tanya penjual harga sosej. Tiba tiba rasa diri sendiri macam digoyang. Eh. Rak kedai tu bergerak. Kereta orang yang paking kat luar pun bergerak. Bukan bergerak sebab enjin hidup! 

nik nak bayar tak jadi. Orang kedai runcit tu, which is pakistan dua tiga orang tu lari keluar. Nik terpinga-pinga kat kaunter. Gegaran masih rasa. Semuanya cepat. Tak sampai dalam 1 minit pun. Tengok semua orang lari keluar, nik pun keluar jugak. Humm. 

Masa tu dah terdetik kat hati.. gempa bumi? Tsunami? Istigfar dalam hati. Takut. Bertakung air mata. Kenang diri yang yang banyak dosa. Allahuakbar. Bila-bila masa Allah boleh tarik nyawa. Tapi dah namanya manuSia...dan nik lagilah manusia biasa... kejadian macam ni timbulkan keinsafan. 


Masih gegaran. Tapi bila tengok pakistan tu masuk balik kedai dia.. nik pun terus masuk. Tanya dia. 

"Gempa bumi ni kan?"

Dia jawab

"Gempa" lepas tu dia sengih dengan muka takut. Mau tak takut kan? 

Gegaran hilang. Nik suruh dia kira. Singgah seven eleven di sebelahnya beli topup. Nak msg mak, nak bagitahu. Okey.. on the spot mak msg suruh beli tiket balik kampung. Mahal takpe biar dia bayar. Dia risau. Huhuhu. Eh. Kat seven eleven  tu ada dalam 6 7 orang. Semua bertanya... masih samar samar apa yang berlaku. Terkejut mungkin. 


Nik jalan balik. Rumah apartment. Tinggi. Itu yang nik takut. Semua jiran2 dah turun kat kawasan lapang  mostly cina. Cari kawan serumah semua takde. Masa tu nik decide nak naik je panggil dorang turun. Masa nak naik lift, housemate turun ikut tangga. Ada dia je kat rumah. Kitaorang turun kat kawasan lapang.. lama jugak duduk situ.. jam 8 suku macam tu semua orang naik. Kami ikut naik. Tapi ramai jugak yang bawak famili keluar dari kawasan. Bawak beg. Mungkin pergi rumah sedara yang jenis atas tanah. Nik rasa mereka yang duduk tingkat 10; 11... 


Hummm. Balik dari kerja malam, serius mengantuk.. masuk rumah tak boleh nak tido. Baca fb.. ada yang cakap akan ada gegaran susulan mungkin jam 9 lebih.. nik apalagi.. Panggil kawan.. siap2 pakai tudung apa semua..langkah jaga-jaga.. kalau ada gegaran lagi pecut turun bawah.. tertunggu sampai jam 10... tak berlaku.. alhamdulillah.. tapi tetap takutlah. Sampai tertidur di ruang tamu dengan tudungnya.. jam 1.30 tersedar. Alhamdulillah semuanya masih selamat. Semoga Allah lindungi kami di sini. Amin. 


Oh ya. Masa jiran jiran dok takut kelam kabut ada couple mat salleh, yang perempuannya duk sibuk pengang dan teguk botol arak. Betul-betul depan kami. dia nampak risau, tapi mungkin dia nak hilangkan kerisauannya dengan minum air kencing syaitan tu. Wallahualam. 

Semoga Allah buka pintu hidayah dia. Dan semoga Allah tetapkan hati kita untuk terus dan sentiasa di jalanNya. Amin..


Isnin, 1 Jun 2015

Kundasang: War Memorial Ranau, Sabah

Assalamualaikum..


Kundasang: War Memorial | Selepas ke Desa Dairy Farm  kami undur balik perjalanan ke War memorial Kundasang. Akhirnya wishlist untuk ke sini tercapai jugak ! hehehe. Tapi masa pergi ni, nik tak jumpa langsung signboardnya. Nasib baik masa nak menuju ke Desa Dairy Farm tu, adik nik cakap..eh ramainya orang.. Kami tengok rupanya kat situlah War Memorial yang selalu orang duk sebbut-sebut tu. Tu pun berbaca kat pintu gerbang dia. seb baikk kan.. 


Tempatnya betul betul sebelah deretan kedai kat pekan Kundasang ni.  Sebelum masuk sini memang kami siap-siap beli kuih muih roti bagai sebab semua dah lapar. hahaa


Macam biasa, nak masuk tempat pelancongan gini memang berbayar. Tapi tiket tak mahal sangatlah. RM4 kalau tak silap. Budak bawah 12 tahun lagi murah.  

War memorial kundasang. 

Nak masuk tempat ni memang kena naik tangga. Tak tinggi sangat, kalau tubuh sihat insyaallah sampai dalam seminit. hehehe. Yang nampak pondok bkecil berbumbung hijau tulah tempat bayar tiket. Ada uncle jaga kat situ. Tapi uncle ni macam krik krik je,. Orang tanya tak jawab.. hummm



Masuk ke area ni akan ada satu tempat macam kedai jugak, ada jual beberapa jenis cenderamata. Tapi kitaorang tak beli pun sebab harganya agak krik kirk jugak.hehee. Balik KK nanti boleh je dapatkan harga yang jauh lebih murah.




Seriously dalam war memorial ni memang banyak sangat tempat best untuk bergambar. Dia punya reka bentuk dan dekorasi memang cantik sangat. Gardern theme ! Dengan bunga-bunganya. Memang penuhlah memori handphone kalau datang sini. hehehe


Lepas tu pulak, dalam ni dia ada bahagikan kepada tiga part iaitu Taman Australia, Taman Inggeris dan Taman Borneo. Banyak la kisah kisah sejarah yang dia tulis kat dinding dinding tu.. Nik tak baca pun, gigih duk selfie dengan budak baju biru. hahha. Yuyien je yang rajin baca satu satu.













Untuk info bersama: Kundasang War Memorial ni lebih kurang taman  peringatan sempena memperingati askar-askar Australia dan British yang ditawan oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Kundasang War Memorial di kormesialkan pada tahun 2005 kalau tak silap nik.


Sekian itu sahaja perjalanan kami di Kundasang selama beberapa jam! hahaha. Nak pergi beberapa tempat lain lagi tapi tak kesampaian sebab waktu dah petang. Jalan berkabus. Takut jugak. Masa kita oranag balik jam 4 hari tu pun dah macam apa dah kabusnya. Jarak penglihatan terhad. Memang bahayalah nak bawak kereta. Kena slow dan berhati-hati.

Bai. bai..


J.U.N.E

Hi assalamualaikum..


Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan june dah ! betapa ceapat masa berlalu kan? dah pertengahan tahun dah kita. esok lusa dah nak puasa. Tulat nanti raya pulak. Alahai... Nik berpuasa dan beraya di perantauan lagi.. hohoho. sedih kan. Tapi kita wat lek wat peace jelah. Bukan kita sorang je macam ni..

June. Bulan paling best sebab 26 june dan 30 june adalah birthday mak dan abah. hehehe. Tak boleh lupa pastinya. Tmbah pulak tengah bulan nanti kita nak sambut Ramadhan kan. Harapnya umur nik panjang untuk sesama sambut bulan puasa nanti. Amin..

Ramadhan ni macam biasa, set target baru. hehe



Dan semoga dengan bertambahnya hari, bertambah juga kematangan diri.