Kundasang: War Memorial Ranau, Sabah - Fatihah Fazlin

Isnin, 1 Jun 2015

Kundasang: War Memorial Ranau, Sabah

Assalamualaikum..


Kundasang: War Memorial | Selepas ke Desa Dairy Farm  kami undur balik perjalanan ke War memorial Kundasang. Akhirnya wishlist untuk ke sini tercapai jugak ! hehehe. Tapi masa pergi ni, nik tak jumpa langsung signboardnya. Nasib baik masa nak menuju ke Desa Dairy Farm tu, adik nik cakap..eh ramainya orang.. Kami tengok rupanya kat situlah War Memorial yang selalu orang duk sebbut-sebut tu. Tu pun berbaca kat pintu gerbang dia. seb baikk kan.. 


Tempatnya betul betul sebelah deretan kedai kat pekan Kundasang ni.  Sebelum masuk sini memang kami siap-siap beli kuih muih roti bagai sebab semua dah lapar. hahaa


Macam biasa, nak masuk tempat pelancongan gini memang berbayar. Tapi tiket tak mahal sangatlah. RM4 kalau tak silap. Budak bawah 12 tahun lagi murah.  

War memorial kundasang. 

Nak masuk tempat ni memang kena naik tangga. Tak tinggi sangat, kalau tubuh sihat insyaallah sampai dalam seminit. hehehe. Yang nampak pondok bkecil berbumbung hijau tulah tempat bayar tiket. Ada uncle jaga kat situ. Tapi uncle ni macam krik krik je,. Orang tanya tak jawab.. hummm



Masuk ke area ni akan ada satu tempat macam kedai jugak, ada jual beberapa jenis cenderamata. Tapi kitaorang tak beli pun sebab harganya agak krik kirk jugak.hehee. Balik KK nanti boleh je dapatkan harga yang jauh lebih murah.




Seriously dalam war memorial ni memang banyak sangat tempat best untuk bergambar. Dia punya reka bentuk dan dekorasi memang cantik sangat. Gardern theme ! Dengan bunga-bunganya. Memang penuhlah memori handphone kalau datang sini. hehehe


Lepas tu pulak, dalam ni dia ada bahagikan kepada tiga part iaitu Taman Australia, Taman Inggeris dan Taman Borneo. Banyak la kisah kisah sejarah yang dia tulis kat dinding dinding tu.. Nik tak baca pun, gigih duk selfie dengan budak baju biru. hahha. Yuyien je yang rajin baca satu satu.













Untuk info bersama: Kundasang War Memorial ni lebih kurang taman  peringatan sempena memperingati askar-askar Australia dan British yang ditawan oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Kundasang War Memorial di kormesialkan pada tahun 2005 kalau tak silap nik.


Sekian itu sahaja perjalanan kami di Kundasang selama beberapa jam! hahaha. Nak pergi beberapa tempat lain lagi tapi tak kesampaian sebab waktu dah petang. Jalan berkabus. Takut jugak. Masa kita oranag balik jam 4 hari tu pun dah macam apa dah kabusnya. Jarak penglihatan terhad. Memang bahayalah nak bawak kereta. Kena slow dan berhati-hati.

Bai. bai..


4 ulasan:

  1. t.t lagi la teringin na g kundasang

    BalasPadam
  2. dah 3 kali pi sabah tapi tak penah sampai lagi ke Desa Dairy Farm ngan Kundasang War Memorial ni.. tahun dpn pi lagi memang akan singgah 2 tempat ni..

    BalasPadam
  3. la dah mahal, awal tahun baru ni akak pegi masih lagi RM2...huhu.,,,,gst kot?

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard