Khamis, 19 Oktober 2023

Hiking Bukit Keluang, Besut Terengganu

Assalamualaikum.
Bulan lepas plan dengan suami nak hiking Bukit Keluang. Masa plan tu takut jugak, takut tak sampai ke puncak bukit. Yerr tahu Bukit Keluang tu secoet je tingginya. Tapi bagi kita yang teramatlah jarang nak buat aktiviti fizikal macam ni memang seram. Tapi tekad jugak nak naik. So menapaklah kami di Bukit Keluang pagi Jumaat tu. Nik ajak adik sekali join. hehehe. Dia pun memang minat juak aktivi gini. Dia bawak sekali mok abah dari kampung. Tapi mok abah dok bawah jela tunggu. 


Seronok kemain Anis ye nak naik bukit. Sehari sebelum tu dah pot pet tanya bila nak naik bukit ni ibu.... Silap ibu pergi bagitahu awal-awal. Kenalah hadap menjawab soalan sama 40 kali. Pagi tu dalam 6.30pagi kami bertolak dari Setiu. Makan masa dalam 45 minit jugaklah nak sampai ke kawasan Bukit Keluang tu. Janji dengan adik nak jumpa seawal mungkin. Tapi dia sampai lewat so kami singgah makan nasi lemak dan roti canai dulu. Lupa dah kat kampung nama apa, tapi sedap sangat nasi lemak dia. Sampaikan gambar pun takdan ambik.

So, selesai makan semua, kami berkumpul kat kaki bukit Keluang. Dalam pukul 8.30 pagi baru mula start berjalan ikut jalan pejalan kaki menuju ke tempat mula mendaki. Jauh jugak berjalan dalam 1km lebih. Boleh la sambil-sambil buat warm up dulu.

Anis dengan cikling.


Nik kan dah agak lama tak exercise, mula mula naik tu macam mintak nyawa lah sikit. Dalam 5 minit pertama tu semput jugak. hahaha. Tapi lama sikit dah dapat rentak tu, nik dah okey dah. Daki slow-slow je sambil dok perhatikan Anis dengan Cikling dia kat depan laju kemain. Papa Anis lak dukung Adik Iman. Dia bawak beban dalam 11kg tuu. Tapi tak nampak mengah sikit pun. Nik je yang pancit walaupun bawak badan je. hehehe.

So total naik dan turun adalah dalam 2 jam lebih. Mau tak lama kejap kejap behenti ambik nafas. Alaa. hiking main-main kan, gini lah jadinya. Orang lain 20 minit je turun naik. Pastu duduk berehat kat puncak pun dah sejam. 

Tapi serius seronok masa dok kat atas tu. Walaupun cuaca panas sebab dah tengahari kan, tapi udara dia nyaman je. Rasa segar je. View kat Bukit Keluang ni pun Masyaallah tak payah cakaplah. Memang cantik dan berbaloilah untuk lenguh badan keesokan harinya. 




Letak gambar kat puncak dululah, sebab dah edit comey comey ni..


Anis degan cikling berlenggang nak menuju ke kaki bukit.





Papa dengan Iman. Gigih! Masa ni baru nak start naik je rasanya.




Ada wakaf ni, kita stop dulu regangkan urat yang tiba-tiba stress tu. hahaha Iman pun masa ni lapar. Bagi susu dan suap dia makan sikit. Baru boleh jalan.

Papa Anis steday naik bukit pakai selipar jalan je. Kasut dia tapak tercabut last minit. 
HAHAHAHAHA



Muka ibu ni dah teruk dah ni. Slow slow nak turun dah masa ni. Iman pun dah ngantuk. Anis je aktif semacam.

Tak reti erti penat.


Nampak orang naik paragliding. Macam seronok je. Papa Anis kata dia nak try.










Ok dah habis. Banyak gambar lagi tapi malaslah nik nak boh banyak-banyak. Nanti nak naik lagi Bukit Keluang. Macam segar badan seminggu dua lepas hiking ni. Rasa ringan sikit walau hakikatnya masih berat. Rasa macam nak diet tapi nantilah.. 


Khamis, 25 Mei 2023

Another Milestone of Life

 Assalamualaikum.


Hiiiii. Another birthday, Another blessing. 



Alhamdulillah. 


Nik dah mencapai 3 decade hidup kat dunia ni minggu lepas. Fuhhh. Macam dalam mimpi pun ada lagi ni, masih pelik bila orang ucap happy birthday yang ke 30 hahahhaha. Sebabnya rasa macam baru ambik SPM tahun lepas je. 


Cepatnya masa berlalu sampaikan rasa tak percaya dah hidup kat dunia selama 30 tahun.10 tahun pertama kehhidupan nik tak ingat banyak sangat memorinya. 10 tahun kedua zaman remaja yang mencabar sangat! Kena buat pilihan untuk menentukan hala tuju hidup sendiri. Silap pilih, habislah. Dengan jiwa mudanya. Seram kalau fikir.



Kalau toleh belekang balik, 30 tahun ni bukan satu jangka waktu yang singkat sebenarnya bagi nik. Macam-macam berlaku. Macam-macam orang/perkara yang nik jumpa dalam perjalanan panjang ni. Dan tak semuanya manis, tapi bukanlah terlalu pahit. Asam garam dunia. 



Jatuh terduduk pernah. Bahagia diawangan pun pernah. Menangis takde lagu pernah. Ketawa tanpa suara pun pernah. Takde perkara yang nik kesalkan cuma andai masa boleh diputar, mungkin jalan cerita hidup nik lain. ahahahaha. 



Takde kekesalan sebab hidup kita, pilihan kita. Hidup kita, kita yang membentuknya. Tapi jujurnya, nik memang bersyukur sangat. Allah tu terlalu baik dengan kehidupan nik jika nak dibandingkan dengan apa yang nik dah "bagi" sebagai hambaNYA. 



Ada mak yang terlalu banyak bekorban untuk anak-anak. 


Ada abah walau tidak sesihat abah orang lain. 


Ada adik-adik yang boleh diharap waktu kebuntuan. 


Ada suami yang baik dan juga banyak bekorban untuk isteri. 


Ada dua baby girl yang menjadi penawar segalanya. 



Cukup lengkap walau tidak sempurna. Nik cuma minta Allah bagi kesihatan dan rezeki yang baik dan berkat untuk diri dan semua orang-orang yang nik sayang.



Dan terima kasih untuk manusia terutama kawan yang pernah singgah dalam hidup nik, yang mana banyak mengajar apa tu kehidupan. Untuk yang sedang singgah, minta maaf nik tak dapat bagi yang terbaik.  Doakan nik. Doakan kita. Semoga kita sentiasa dalam jagaan Allah.



“Birthdays are nothing but milestones of what you have achieved in life. Your future is full of many more milestones, each marking a bigger achievement.” – Unknown



Happy Birthday Nik. 



Selasa, 23 Mei 2023

7 Kelebihan Pelembap Muka Aqua Whitening Cream, The Best Water Based Moisturizer Untuk Kulit Berminyak

Assalamualaikum.


Baru je nik share pasal cleanser yang nik guna kan.  Kali ni nak share pasal cream mosturizer atau pelembab muka, Aqua Whitening Cream daripada Hansaegee Nature, brand asal Korea. Yang bestnya, cream ni sesuai untuk all skin type. 


Aqua Whitening Cream - Hydrating Moisturizer


Aqua Whitening cream ni dia mosturiser yang sesuai kalau korang yang nak kurangkan sunburn dan redness damage skin. Selain tu ia bagus untuk oily skin. Macam nik, kulit muka berminyak sangat. Seminggu nik guna cream ni, so far so good.

 7 Kelebihan Krim Pelembab Muka Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature

1) Moisturizer Water Based
2) Pelembap Muka Untuk Kulit Berminyak (Melembapkan Kulit)
3) Tekstur Yang Ringan
4) Easy to Blend & Fast Absorb
5) Non-Comedogenic
6) Mengecilkan Pori Pori Terbuka
7) No Harmful Ingredients

Moisturizer Water Based


Macam yang korang tengok kat gambar atas ni, ni apply Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ni kat tangan.  Boleh nampak kesan penghidratan yang sangat baik. Titisan air  pada gambar kedua  memberikan kelembapan pada kulit dan tidak akan melekit. Korang boleh rasa kesan kelembapan yang tinggi pada kulit sepanjang hari memandangkan cream ni moisturizer water based yang sangat moisturizing.. 


Pelembap Muka Untuk Kulit Berminyak (Melembapkan Kulit)



Antara Kandungan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ialah Niacinamide. Niacinamide ni functionnya adalah mengekalkan kelembapan pada wajah dan mencerahkan tona kulit,. control redness Selain itu, bila cream pelembab muka yang kita pakai ada niacinamide ni, secara tak langsung ia  boleh control oil kat muka serta boleh control redness yang ada. 

Tekstur yang Ringan

Kat bawah ni korang boleh tengok tekstur cream ni. Tak melekit ye lepas apply. Ringan je rasa kat muka walaupun agak pekat creamnya. Yelah, ada sesetengah krim muka kan kalau kita pakai rasa tak best stay kat kulit tambah pulak kalau kulit jenis berminyak. 





Moisturizer Water Based Aqua Whitening Cream mempunyai tekstur yang ringan dan water drop will form bila apply di muka.



Easy To Blend And Fast Absorb.



Dekat gambar number 3, korang boleh tengok sendiri water drop muncul lepas ni apply. Tak perlu sapu pun water drops dia tu, sebab bila kita terus gosok then dia akan absorb effectively kat kulit. Lagipun cream water based ni senang nak blend dan laju menyerap. Dalam  Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ni ada ingredient Camellia Japonica Seeds Oil, yang mana ia mengandungi omega 3,6 dan 9.  Ia tidak menyekat atau block pori-pori wajah. Dalam masa yang sama ia boleh merawat redness & sunburn. 



Non-Comedogenic

Ingredient Camellia Japonica Seeds Oil ni, selain daripada tak membuatkan pori tersumbat, ia juga mampu mengekalkan kelembapan pada wajah. 


Mengecilkan Pori Pori Terbuka. 

Masalah pori pori besar dan pori terbuka ni semua orang kalau boleh nak elak kan. Kalau korang nak tahu kita tak boleh nak hilangkan pun, cuma kita boleh kecilkan pori sahaja. Bila pori pori mengecil, kita pakai makeup pun akan nampak lebih smooth. Sebab tu pentingnya kita kena pakai moisturizer. Dan lagi elok jika moisturizer yang kita guna jenis water based. 

Macam nik, walaupun tak make up sangat, just pakai compact powder and lipstick je. Tapi kesan tu memnag boleh nampak dan rasa bila sebelum makeup tu kita pakai moisturizer yang sesuai. 


No harmful Ingredients. 



Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ni sesuai untuk semua jenis kulit tau. Takde harmfull ingredients, no paraben, no alchohol and no sulfate. Sebab tu ianya sesuai dijadikan skincare untuk kulit berminyak. Penting tau kita pakai pelembab muka terbaik untuk memastikan kulit kita tak 'rosak'. Orang kata tak rugi berhabis untuk skincare. Kepuasan bila dapat result tu nanti yang penting. 

Cara Guna Moisturizer

Ambil Aqua Whitening cream secukupnya untuk muka.  Sapu rata sambil gosok/urut seluruh wajah.  Dap-dap supaya cream meresap keseluruh wajah. 

Bila dah apply kat muka tu, dalam dua tiga saat water drop dia akan keluar. Macam titik-titik kena hujan gitewww. So bila kat muka, memang rasa lembab je. 


Kalau korang pakai moisturiezer berapa kali sehari? Ke tak pakai? hahaha. Nik dulu time rajin je pakai. Tapi dah nak masuk 30an ni. Kena lebih rajin la. Dicadangkan untuk pakai 2 kali sehari. Pagi san malam. Belah malam, kalau pakai double layer lagi baik sebab bila bangun pagi tu, korang akan rasa kulit muka smooth je.

My Own Review

So setelah sebulan penggunaan  Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ni, nik dapat rasa kulit muka nik lebih lembut. Tak de naik tiny bumps ke apa.  Sebelum ni, kalau salah pakai produk, mesti naik biji jerawat kecil atas dahi. Stress je rasa. 

Nik pakai sebelah pagi dan malam selepas cuci muka. Lepas pakai tu takde rasa melekit atau 'berat' kat muka. Nak tengok penggunaan untuk long term pulak macam mana. Harap-harap sesuailah ye. Nik nak  sangat kurangkan pores kat muka ni. huhuhu..

Untuk kulit nik yang jenis berminyak ni, so far memang sesuai. Bila bangun pagi tu rasa kulit muka lembut dan segar, kiranya Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature menjadi pelembab untuk muka nik.  Korang kalau tengah cari cara nak lembabkan kulit muka, nik suggest try brand ni, selain ia juga boleh mencerahkan dark spot.






So korang jangan lupa dapatkan Aqua Whitening Cream Hasaegee Nature ni tau. Klik je link yang nik share ni. Terus ke website Hansaegee untuk purchse.

 

🍁Brand: Hansaegee Nature 

🍁Website: www.hansaegee.com/shop

🍁IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature 

🍁Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia


Ahad, 30 April 2023

Selamat Hari Raya 2023!

 Assalamualaikum.


Gambar 1st raya dengan family. Kelam kabut sikit. Takpelah, asalkan muka kita nampak cantik disitu. 

Hi semua. Alhamdulilllah, tahun ni kita tak raya terkejut ye. Santai-santai je untuk Aidilfitri kali ni kan? Semia nik tengok bersiap siaga dari awal. Ada yang masak rendang 3 hari awal, pastu frozenkan.. Amboi sangat dia.. hahaha. Takut sangat ye rendang tak masak pagi raya. Alhamdulillah untuk semua nikmat yang Allah bagi. 


Takut raya awal, lemang kita buat awal.


Cerita raya kali ni tak drama dah. Kalau tahun lepas sehari bermalam raya kat wad kan, tahun ni takdah! hihi. Malam rabu dah start kereta balik kampung. Khamis nik siap-siap apply cuti sebab takut Jumaat raya dah. Nasib baik Sabtu. Penuh bonet kereta sebab tahun ni anak dua dah, barang pun lebih sikitlah! 


Raya tahun ni jugak,nik dah ada addition to the family, si montel Iman Raihana :) Orang kata ramai anak seronok time raya ye. Tapi nik kalut ye. Tak tahu nak siapkan anak yang mana dulu. wakakak. Kakak ke adik dulu? Dahlah pagi raya tu semua takde pergi sembahyang raya. Terkontang-kanting siapkan dua anak sekali dengan diri sendiri. Nasib baik ada ucu dorang tolong pegangkan Iman. Si dak Iman ni pun, time ibu nak bersiap-time tu jugak dia nak menangis. Berpeluh ibu-mu nakkkk..


Ni lah dua beradik tu. Kesayangan ibu.

Hari raya pertama mok buat Bihun Sup dan ketupat. Nik tolong kacaukan rendang ayam. Suami, Abah dengan adik-adik bakarkan lemang sehari sebelum raya. Cikling buat-buat sibuk kemas satu rumah. Kuih raya cikling banyak oder je tahun ni. Nik ada curi-curi masa buat popia gunting. Dapat dua balang. Esok-esok habislah tu. Sebab yang  adik -adik lelaki kat rumah mok tu bab mengunyah number satu. Kuih raya kalau beli, kena sembunyikan dulu, pagi raya baru bawak keluar.



okey ekkk..

Ibu + Anis + Iman. Jalan - jalan raya katanyaa..

Hari raya kedua pulak, beraya kat Kuala Krai rumah sedara mara belah suami. Seronok Anis dapat banyak duit raya. Sampai kesudah dok cakap Anis nak beli itu ini. Anis kan ada banyak duit. Hahaha. Budak baru kenal erti membeli perlu duit. Raya ke tiga belah petang pulak dah bertolak balik sebab esoknya nik dah kena masuk kerja. Sengaja tak nak cuti lama sebab lepas ni plan nak cuti lagi. 


Oh btw, korang yang baca ni sedekahkan Al-fatihah untuk pak saudara nik ye, menghembuskan nafas terakhir dekat nak subuh raya ke-3. 


Akhir sekali, selamat hari raya korang. Kalau buat open house ajak-ajak la yer. Belah Kuala Terengganu nik boleh sampai! hehehe. Misi mencari kuah kacang + nasi impit. Nik tak jumpa lagi kat mana-mana rumah sepanjang pergi beraya ni. Nak buat sendiri malas. Tunggu open house jelah jadinya. 



Jumaat, 31 Mac 2023

Resepi Murtabak Mini Telur Kulit Popia

 Assalamualaikum.


Hai korang. Puasa puasa ni semua makanan melintas kat fb, semua nampak sedap. Semua nak try. Nik pulak dok terliur murtabak telur mini ni. Hari tu lagi melimtas kat wall fb. Semalam baru sempat buat. Khamis kan balik kerja awal, bolehlah masak speasial sikit. Masak lemak udang pun sempat buat semalam. hahahah


Rupa Murtabak Telur Mini 


Nik buat dua version Murtabak telur semalam. Satu nik goreng berminya. Satu bahagian lagi goreng tanpa minyak. Dua dua sedap. 


Resepi Murtabak Telur kulit Popia. 

Bawang merah sebiji*

Bawang besar 2 biji*

Bawang putih 3 ulas*

Lada (ikut tahap kepedasan koranglah)*

Garam dan perasa*

Telur 3 biji

Kulit popia





3 biji telur


Rupa sebelum goreng


Cara penyedian inti Murtabak:

First, goreng sampai garing semua bahan bertanda * dengan sedikit minyak. Kacau telur dalam mangkuk dan goreng hancur. Campurkan semua bahan(inti murtabak) , sebatikan.


Letak inti sedikit diatas sekeping kulit popia. Lipat ikut kreativiti masing-masing. Murbtabak telur kulit popia sedia digoreng.


Makan panas panas.. fuhh sedapnya. Takperlu sos atau pencicah apa-apa dah. Tapi kalau korang rajin bolehlah buat pencicah merah murtabak tu. Nik semalam makan macam tu je. Habisss.   Buat lebih semalam, untuk stok hari kedepan. 3 biji telur semalam nik boleh dapat dalam 18 biji murtabak mini. Banyak kan? Boleh makan sampai puas.


Selamat mencuba korang!



Selasa, 28 Mac 2023

Ramadham Karem Everyone!

 Assalamualaikum.


Allahduilllah berjumpa lagi kita dengan ramadhan tahun 1444H. Sedar-sedar dah masuk 6 Ramadhan dah kita ye. Sekejap je ni, tahu-tahu masuk Syawal pulak.  Cerita ramadhan nik kali ni, takde apa yang menarik sangat.. Azamnya tak mahu jejak kali jejalah bazar ramadhan. Nak jimat! Setakat hari semalam memang tak pergi lagi. Puasa hari kedua hari tu je, drive adik ke bazar. Tapi nik tak turun. Acilah kan?





Selain tu, menyambut ramadhan dengan dua anak ni lain sungguh ye. Time kita sibuk nak masak juadah berbuka, macam-macam hal pulak yang jadi. Yang kakak nak basuh beraknya..yang adik menangisnya. HaHAHA. Kita dengan balik kerja berkejar nak masak. Menguji imah bethol. Tapi nikmatnya bila dengar azan tu. 


Ramadhan pertama dan kedua nik berbuka dan bersahur kat kampung. Mak masak meriah la. Tiga empat lauk. Dengan kuihnya lagi. Kalau nik masa sendiri satu dua je dah cukup. Balik rumah sendiri memang nik masak lagi setakat ni. Semalam buat ikan singgang + telur masak kicap bergedik resepi cik epal. Hari sebelum tu buat ikan masak air asam + peria goreng telur dan tempe. Petang ni nik plan nak buat ikan masak kicap. Pastu nak buat sayur air je. Masak simple-simple je. 


Di kesempatan ni, nik nak ucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada semua yang membaca blog nik. Semoga ramadhan kita semua kali ni lebih diberkati Allah. Semoga semua amal ibdah kita diterima. Semoga semuanya baik-baik untuk kita semua.  Amin.

Khamis, 16 Mac 2023

Tempat makan menarik di Jerteh | Restoren Steambot Maju

Assalamualaikum.


Tempat makan menarik di Jerteh | Restoren Steambot Maju


View dari depan restoren.


Lama sungguh nik peram entry ni untuk dipublishkan. Nik tulis separuh je tahun lepas, then stop kat situ. Pastu dah lupa. Kalau korang baca blog nik mesti korang tahu kan nik penggemar steamboat and grill. Dari zaman duduk kat Sabah lagi, boleh katakan gaji je nik akan hunting restoren steamboat and grill. Tambah-tambah lagi kapasiti perut nik boleh muat banyak, sesuai sangatlah makan jenis yang macam buffet ni. 

Dah duduk terengganu ni, nik cari carilah kedai steamboat and grill. Kat area Kuala Terengganu banyak. Tapi jauh sikit. Nik jumpa yang kat belah Jerteh. Terus ajak suami pergi. By the time nik tulis sini, dah 3 kali lah nik sampai kedai ni,  Restoren Steamboat Maju. Owner dia Kak Sue. Baik ramah orangnya.  


Gambar-gambar yang nik share ni semua masa first time makan kat situ tau. Sekarang macam dah lain sikit restorennya, diupgrade dah.  Last nik pergi masa mengandungkan Iman hari tu. Mengidam nak makan steamboat sebelum beranak. hahaha



 Dia bagi dua pilihan kuah, sup dan tomyam. Kuah tomyam dia sedap bagi nik. Sup tak pernah rasa lagi. Nik macam biasalah kalau makan steamboat, nik akan banyak pilih ketam dan udang. Yang lain-lain tu tak berapa gemar sangat.  .








Kita campak je semua masuk dalam kuah tomyam. Kalau udang memang nik suka yang grill punya. Ayam, dan daging grill sama. Makan dengan sos yang dah campur campur pedas, fuhhh.



Betapa lamanya nik peram post ni, boleh nampaklah anis pun kecik lagi masa ni. Gambar pun semua yang lama ni, mungkin tahun 2021. Haaaa. ampunlah. Takde idea langsung nak tulis untuk posting ni.  Tu yang tertangguh makan tahun tu. Yang lain elok je nik update.




Ya Allah gemuknya. Nik lupa kedai ni ada sediakan kipas syiling ke tak. Tapi bagi nik kalau kedai yang takde kipas tu memang malaslah nak masuk. Panas oiii. Walaupun restoren terbuka, kena letak kipas lah kan, baru selesa sikit orang nak makan. 

Peniuh ye tuan puan. Nik dengan suami je makan ni. hahahha. Ni baru first round. Boleh makan banyak sebab memang kami plan awal-awal kalau nak makan steamboat, kami akan kosongkan perut siang hari lagi. Barulah rasa berbaloi kan. Untuk rate kat sini, harga nik rasa standart dah RM29 kalau tak silap. Kena bayar dulu kat kaunter then boleh makan sepuasnya. Tapi makan kena habislah bila dah ambil tu, kalau tak kena charge RM bagi makanan yang tak habis tu. Tak silap nik, kat sini kena bayar deposit juga. Tapi nik tak pasti berapa. 

Nik update harga kat sini terus:

Restoren Steambot Maju

DEWASA RM29.90
KANAK-KANAK 19.90
(BOLEH MAKAN SAMPAI KENYANG)
TUTUP SETIAP HARI ISNIN

Pandangan sisi pulak. Suasana kedai pun selesa je. Tempat makan luas. Tempat pilih lauk pauk pun luas. Kedai pun nampak bersih je. 

Kalau datang betul-betul lepas maghrib takde orang lagi. Syok nak memilih lauk. hehehe



Baby chair pun ada banyak jugak disediakan. Tak pening kalau bawak todler.  Belah dalam tu tempat nak pilih lauk. Aiskrim pun ada dalam freezer disediakan. 

So overeall, not bad lah makan kat Steamboat Maju Jerteh. Kalau tak tak kanlah nik sampai repeat kan. Nanti gaji nak repeat lagi. Hahaha. Nak puasa dah ni minggu depan ni, kena cepat cepat ajak papa anis ke sini lagi sekali.