Khamis, 28 Mac 2013

SEGMEN LAGU FAVOURITE AKU

Assalamualaikum...:)
Nick join segmen lagi,huhuhu...rajin bebenor ye..




oke, lagu favourite nick buat masa sekarang ialah bertajuk SAAT LAFAZ SAKINAH nyanyian kumpulan nasyid Far East..hehehe..^^bila dengar lagu ni rasa macam sayu je..teringat abah kat rumah...:) tapi memang best la lagu ni..kalau nak tengok lirik dia boleh hayatinya kat saat lafaz sakinah... rindu abah . Entry lama nick...Best tau ..cer buka you tube cari..nick comfirm dear semua akan nak dengar and sengar lagi..**

kat sini nick nak tag cik yayakhadijah khalil dan maszull ...:)
tu saje kali nie...good night semua..
sekian.



Rabu, 27 Mac 2013

Segmen: 300 bloggers

Assalamualaikum dear...:)
Senyum sikit..^^
NiCk join segmen lagi..kali nie segmen dari blogger senegeri dengan niCk..hehe .jom kesini: blog paly



Syarat macam bese ler, simple mimple.

1. Buat satu entri bertajuk "Segmen: 300 bloggers", letak gambar atas dan backlink ke entri blog paly
2. Publish dan hantar link korang, settle.

Tarikh tamat @ 3 April 2013 | Tepat pada masa 11:59 malam
tu je kot dulu..
sekian...:)

CATATAN PENTING PELAJAR

Assalamualaikum semua..:)
Salam Senyum Wadah Pembuka Bicara...^^

petang ni nick nak kongsikan sedikit petua untuk kita mengasah balik minda kita yang selalu lupa..oke, jom telusuri beberapa petua tersebut:

  • Kurangkan makan bawang besar
  • Kurangkan makan berempah
  • Kurangkan makan ketumbar kering
  • Kurangkan menonton hiburan
  • Kurangkan membaca majalah hiburan
  • Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
  • Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
  • Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
  • Jangan makan kepala ikan
  • Jangan minum air yang ada semut
  • Jangan tidur selepas subuh
  • Jangan tidur selepas asar
  • Jangan tidur selepas makan
  • Jangan makan terlalu kenyang
  • Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
  • Jangan menyapu rumah pada waktu malam
  • Jangan makan yang masam-masam berlebihan
  • Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
  • Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam Jangan ego
  • Jangan dengki pada orang lain
  • Jangan makan dari sumber yang tidak halal
  • Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
  • Jangan makan makanan yang ada pewarna
  • Jangan makan makanan yang ada pengawet
  • Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
  • Jangan mandi selepas 9.00malam

......dan yang paling penting dibawah ini........
selamat beramal..... ..
sengaja lewatkan solat .
Allah tidak suka .
Kalau tertidur lain cerita.


Perkara-perkara yang perlu dan sepatutnya diamalkan ialah:

  1. Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
  2. Selalu makan makanan yang panas2
  3. Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
  4. Selalu minum air masak
  5. Selalu makan ulam2
  6. Selalu mengamalkan pandangan hijau
  7. Selalu bersenam
  8. Selau menggunakan imaginasi otak
  9. Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
  10. Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai( yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
haa....banyak tak? heheh..nick pom rasa macam tak terikut nie,tapi kita sama-sama cuba la kan...kata nak jadi pelajar berjaya..tak gitu dear..^__^
okelah,sampai sini saja dulu al kisah petang rabu...:)
smile always dear..:)

Saat Diuji Resah..

Assaalamualaikum dear semua...
Salam senyum buat semua...:)

Sempat lagi ni nick menaip entry walaupun lewat malam dah ni..haha..esok klas pukul 10..in shaa Allah bangun awal...Lagipun sedang berusaha menyiapkan tutorial ekonomi.. *rajin la sangat nick ni kan..dah seminggu lecturer bagi pun masih tak siap!*   nick buzy la sikit dear..bisness tengah masyuk...hehehe..alhamdululillah.. rezeki dari ALLAH..nick cuma usaha sikit je.:) Allah tak pernah terlepas pandang pada setiap mahkluknya..

Doakan nick ye dear semua..doakan nick berjaya..berjaya dan terus kuat mengharungi dunia sementara ni..yelah, nick manusia biasa..kadang-kadang pernah terasa 'ya allah..aku dah tak mampu nak teruskan perjuangan ni..kenapa mesti aku yang diuji begini?' pernah nick sampai ketahap tu. Sebak kat dalam hati ni Ya Rabbi... Allah maha mengetahui. 


Allah pasti akan ganti segala KEKECEWAAN yang kita lalui dengan sebuah KEGEMBIRAAN yang tidak terkata. Percayalah pada kuasa Allah. ♥


Sabar!!

Tabah!!

Ujian kecil saja ni!!

Itu yang sering nick ingatkan pada diri.. Asyik mengeluh dengan takdir Allah pun tak guna juga kan dear? Zikrullah mampu mendamai jiwa nick cuba sedaya upaya amalkan,praktikkan dalam setiap langkah.. pada siapa harus nick salahkan bila mengeluh dek ujian yang mampu diibaratkan setitis air di lautan? Orang sekeliling? kenapa? mereka cuma pelengkap cerita dunia.. penambah gula dan garam dalam hidup nick.. ya, nick sendiri yang tidak cuba membetulkan hidup nick.. hanya mengeluh meratap masalah..


Sungguh..nick bukan manusia sempurna..baik apatah lagi, tapi nick ada azam! azam yang kalau boleh mahu semua doakan..nick mahukan sebuah perubahan..dan nick sedang merangkak melaluinya.. payah? memang sukar..tapi nak dapatkan kemanisan azam tu, nick cuba kuat. Ingatkan diri kerdil ini untuk sentiasa sedar bahawa Allah sentiasa ada bersama mengawasi...

Kepada hati yang gundah, pergilah jauh..andai jiwa rapuh tetap setia mahu menemani, kalbu tetaplah sentiasa ishgtifar. Mengingat Allah sentiasa..




Maksudnya:

Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.

Selasa, 26 Mac 2013

Special Giveaway : Buah tangan dari LANGKAWI dari CF


*Nak join? KLIK BANNER*


Tuisyen Cikgu Fizi adalah sebuah Tuisyen yang bukan dibawah kerajaan. Pusat Tuisyen yang berada di Akademi Insan Cikgu Fizi, No 7-2, Jln Melati Utama 4, Melati Utama, 53100 Setapak Kuala Lumpur. Cikgu Fizi juga ada menyediakan Bengkel bengkel untuk Anak Yatim di Seluruh Malaysia. Sila lawati PROJEK IQRA' untuk info tentang bengkel bengkel.
Cikgu Fizi juga ada menjual buku Karangan Luar Biasa untuk UPSR, SPM dan STPM. Jika berminat sila Hubungi Cikgu Fizi Tel : 011-15657522
.
Num Hp :  011-15657522

Pada 25/3/2013 Cikgu Fizi ke Langkawi untuk menjayakan satu Bengkel yang dadakan di sana. Bengkel ini untuk Anak anak yatim. Jadi sambil CF pegi Langkawi, CF ingin berkongsi rezeki dengan semua pengunjung blog www.cikgufizi.my. 

Inginkan Ole Ole dari Langkawi oleh Cikgu Fizi? Meh jon SINI. Hadiah memang gempak!!!!!



Ahad, 24 Mac 2013

4 GOLONGAN LAKI-LAKI YANG DITARIK MASUK NERAKA OLEH WANITA

Assalamualaikum my dear semua...
salam pagi ahad yang penuh barokah..:)
salam senyum untuk semua..:)


Kalau baca tajuk kat atas tu mesti dah tau kan apa yang nick nak 'kisah"kan pagi nie..Sekadar nak berkongsi pembacaan nick dengan semua...Teguran buat diri nie juga sebenarnya..situ sini banyak benar khilaf..::


Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu.

1. Ayahnya

Jika seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajarkan shalat, mengaji, dan sebagainya. Dia membiarkan anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dangan hanya memberi kemewahan dunia saja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

Duhai lelaki yg bergelar Ayah, bagaimanakah keadaan anak perempuanmu sekarang? Apakah kau mengajar shalat dan shaum (puasa) padanya? Menutup aurat? Pengetahuan agama? Jika tidak terpenuhi, maka bersedialah untuk menjadi bagian dari Neraka.

2. Suaminya
Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas. Membiarkan istri berhias diri untuk lelaki yang bukan mahramnya.

Jika suami mendiam istri yang seperti itu walaupun suami adalah orang yang alim, suami adalah shalatnya yang tidak pernah bolong, suami adalah yang shaumnya tidak pernah lalai. Maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam Neraka.

Duhai lelaki yang bergelar Suami, bagaimanakah keadaan istri tercinta sekarang? Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau jaga mengikuti ketetapan Islam, maka terimalah keniscayaan yang kau akan sehidup semati bersamanya hingga Neraka.

3. Saudara Lelakinya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga kehormatan wanita jatuh pada saudara lelakinya (kakak, paman). Jika mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adik atau keponakannya dibiarkan dari ajaran Islam, maka tunggulah tarikan mereka di akhirat kelak.

Duhai lelaki yg mempunyai saudara perempuan, jangan hanya menjaga amalmu dan melupakan amanah yang lain. Karena kau juga akan pertanggungjawabkan diakhirat kelak.

4. Anak Lelakinya

Apabila seorang anak laki-laki tidak menasehati Ibunya perihal kelakuan yang tidak dibenarkan dalam Islam. Bila ibu membuat kemungkaran, mengumpat, memfitnah, mengunjing, maka anak itu akan ditanya dan dimintai pertanggungjawaban di akhirat kelak. Dan bersama menemani ibunya di Neraka.

Duhai anak lelaki, sayangilah ibumu, nasihatilah dia jika bersalah atau lalai. Karena ibu juga insan biasa, tak lepas dari melakukan dosa. Selamatkanlah dia dari ancaman neraka, jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi teman di dalamnya.

Betapa hebatnya tarikan wanita. Bukan saja di dunia, tapi juga di akhirat yang tak kalah hebat tarikannya. Maka, kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, saudara atau anak harus memainkan peran mereka dengan baik.


يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ قُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًۭا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَٰٓئِكَةٌ غِلَاظٌۭ شِدَادٌۭ لَّا يَعْصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan."
(Surat At Tahrim[66]: 6)


sekian..:)

Saat Lafaz Sakinah...Rindu Abah.

Pesanan khas untuk si suami daripada wali seorang wanita 

#wali
heningnya..
sunyi suasana..
lafaz sakinah bermula..
apa rasa diterjemahannya ..s
ebak abah tamgis ibunda

adalah aku wali puteriku,..
serah kini amanah ku ini padamu
nafkahilah dia
curah kasih dan cinta lebih dari yang ku berikan kepadanya..

ooo oo ooo oo

dulu esakkannya sandar dibahuku
tangisannya kini kuserah padamu..
bukan bermakna dia bukan milikku
fitrahnya perlukanmu

jadikanlah dia wanita syurga...
mengerti benar akan maharnya..
taat itu bukan hanya pada nama
indah ia pada maksudnyaa..


#suami
ku akur akan pesanmu
puterimu kini amanahku
iringkan dengan doamu
bahagia kami dari redhamu

#wali

dulu esakkannya sandar dibahuku
tangisannya kini kuserah padamu..
bukan bermakna dia bukan milikku
fitrahnya perlukanmu

jadikanlah dia wanita syurga...
mengerti benar akan maharnya..
taat itu bukan hanya pada nama
indah ia pada maksudnyaa..



 Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."





tersentuh hati dengar lagu nie..menangis semahunya! lebih lima kali dengar..agaknya beginilah perasaan seorang ayah yang benar-benar sayangkan ayahnya..begitu berat beliau mahu melepaskan kita..anak yang dijaga, ditatang penuh..buat bakal zaujku, walau siapa pun kamu, ini harapan waliku..



P/s: rindu abah,kalau abah faham betapa anaknya juga sayang dia sepenuh hati.._---



Sabtu, 23 Mac 2013

Doakan..Humaira Auliya Biz

Assalamualaikum semua...
Salam rahmat petang...:)
Salam senyum sejuta rasa..__

alhamdulillah..masih diberi kesempatan oleh YA RABB untuk terus berkisah..bukan senang nak mengolah idea kan? hehe.. kisah kali nie nick nak bercerita pasal nick punya bisness.. ehh?? nick ada bisness? bia betol... ya, betol.. nick pom baru belajar dalam dunia berbisness ni.. *harap dapat tunjuk ajar dan nasihat serta tips-tips dari yang lebih arif.

oke..mari sini semua dear..nick nak cerita apa benda sangatlah yang nick jual tu..jom tengok   Humaira Auliya Biz dan kalau terasa nak menyokong nick boleh like page nie ye dear...kalau nak dapatkan satu, dua atau lebih boleh pm..kat fb nick pom boleh ye...heheh


-
-
-
-
-


AURA WHITE






FELINNA INCHLOSS LOTION






FIGURE UP



cara penggunaan...

AURA WHITE

PILIHAN TERBAIK MENGGANTIKAN SUNTIKAN & RAWATAN LASER.
Sains Kecantikan Semulajadi.

Produk Aura White ini adalah produk minuman inovasi terkini untuk PENCERAHAN KULIT YANG PERTAMA DI MALAYSIA MENGABUNGKAN 3 STEM SEL DARI TOMATO, EPAL DAN ROSELLE BERSAMA GLUTATHIONE DAN TILAPIA KOLAGEN!!!

Minuman Aura White inovasi kecantikan dari teknologi Jepun yang mempunyai campuran bahan sesuai untuk kulit asia. Minuman ini bukan sahaja memberi kulit kita putih dan gebu malah memberi kesihatan dalaman di dalam badan kita. 

Jika kita hanya mengunakan produk kecantikkan untuk luaran tetapi tidak mengambil minuman kesihatan untuk dalaman tidak ada guna, mungkin disebabkan keletihan juga merupakan salah satu punca yang menyebabkan kulit muka dan badan kusam, berjeragat dan tidak bermaya disamping faktor kekurangan collagen.

Kepada yang mempunyai masalah keguguran rambut atau kerosakkan rambut, di syorkan ambil minuman AURA WHITE L-GLUTATHION + TILAPIA COLLAGEN+VITAMIN C+HYALURONIC ACID+TRIPLE STEMCELL PHYTOCELLTEC . Ia bukan sahaja memberi rambut anda sihat malah kulit akan jadi putih dan gebu.

Sesetengah orang yang menggunakan produk kecantikan tidak nampak kesan atau bertambah teruk disebabkan masalah dalaman badan.
Oleh itu saya syorkan anda pengambilan minuman AURA WHITE yang dapat selesaikan masalah anda Insyallah...

Aura White mempunyai kesan yang menakjubkan setelah anda mengamalkan minuman ini kelebihan yang anda akan dapat nanti ialah :-

a) 50% pencerahan ketara dalam masa 1-2 minggu
b) Pemulihan kulit yang rosak & bermasalah spt Jeragat, Jerawat, kulit kusam , kulit kering dan kasar.
c) Rambut lebih sihat ,halus & bersinar
d) Mengurangkan keduan & garis halus
e) Melambatkan proses penuaan
f) Mengatasi masalah sembelit
g) Mengurangkan sakit sendi
h) Meningkatkan tenaga & lebih aktif
i) Menguangkan rekahan kaki
j) Menguatkan otot, kuku dan tulang
k) Mengandungi nutrien yang tinggi sesuai bagi ibu mengandung & yang lagi penting meningkatkan penghasilan susu ibu dan kesannya dapat memberi kulit bayi cantik dan sihat


FELINNA
1) Lotion ini berbau wangi dan tak terlalu panas. So kalau kita pakai takde lah orang terbau minyak angin ke, serai ke.. dan yang bestnya rasa berangin tu boleh bertahan sampai sehari suntuk.. If tengah buat kerja dan berpeluh sikit, lagi rasa berangin je... Maybe lotion tu tengah 'bekerja' untuk proses pembakaran lemak kot...

2) Hanya sekali sapuan anda boleh lihat perbezaan inci anda (pastikan ukur dulu sebelum guna).. Ramai customer yang 1st time sapu, bila ukur balik dah berkurang 1/2 inci..

3) Inchloss diformulasi dari bahan-bahan semulajadi yang selamat untuk wanita hamil, menyusu atau gastrik.. (Untuk yang pregnant sila jangan sapu kat perot or belakang pinggang) kang baby dalam perut menggeletik plak beranginnnn jer.. hahahha... Tapi direcommendkan untuk pakai semasa dalam tempoh berpantang untuk cepatkan proses kempiskan perot tu.. sebab lepas bersalin perut akan menggeleber dan lembik, so lagi senang untuk lotion ni bantu firm kan balik bahagian menggeleber tu yer.. Aku confirm lah order utk pakai masa pantang.. hhihihi.. sebab aku kan mengada.. tak nak yang berminyak, tak nak yang busuk, nanti cadar kotor.. nanti itu nanti ini.. hahaha.. so siapa cerewet tapi badan nak ala-ala Beyonce sila lah ;)

4) Boleh mengawal bahagian tubuh mana yang hendak dikuruskan.. jadi kalau yang dah memang kurus tapi sekadar nak buang lemak kat paha je ke.. boleh lah sapu kat paha jer... ada orang kurus.. tapi paha gemok, bontot gemok, lengan gemok.. so korang sapu kat bahagian situ je ok? Sesiapa ada double chin, boleh lah sapu kat chin jer..

5) Sesuai juga untuk lelaki yang prihatin bentuk badan
menarik.

6) Dibacakan 30 juzuk al-quran di maahad tahfiz Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

7) Telah mendapat kelulusan dari KKM & Logo Halal.. tiada ragu-ragu, dijamin selamat ;)

8) Siapa-siapa yang tengah on diet, kalau nak cepatkan lagi proses pembakaran lemak, lotion ni sangat sesuai.. pasti hasilnya lebih pantas..

Cara-cara:

Hanya sapu 2 kali sehari.. Pagi dan malam sebelum tidur sambil buat urutan ringan.. (gerakan membulat sampai lotion meresap.. Lotion ini tidak melekit, so ia amat selesa jika disapu sebelum tidur malam.. Kalau ada manusia lain yang tidur kat sebelah pon.. takde lah kita rasa bersalah sangat berbau busuk kan ;)


FIGURE UP
Cuma ambil 1 biji dan telan sebelum sarapan dan minum segelas air putih.. Makan macam biasa, tak perlu berdiet2....hanya banyakkan minum air putih. Lepas 5 hari tgk hasilnya......menakjubkan!!!!!!
* HALAL
* 100 Herba
* Blh amalkan ketika period
* Ibu yg menyusu boleh amalkan (anak 7bln ke atas)
* Mengandung tidak dibenarkan
* Tiada pantang larang dlm pemakanan
Dengan hanya 1 kapsul / hari anda dapat rasakan kelainan dalam masa sebulan (30hari).
Figure up mempunyai komposisi bahan yang sangat sempurna. Tidak memiliki unsur-unsur zat kimia berbahaya sehingga memberi kesan sampingan kepada pengguna. Figure up juga dapat membantu mengaktifkan sel-sel dalam tubuh dan membantu menghilangkan pengumpulan toksin yang ada didalam badan selama ini.

- 1 kapsul untuk setiap hari sebelum sarapan, diikuti dengan segelas air suam/bersih dan jangan sekali-kali mengambil 2 biji.
- Jangan mengambil ubat ini jika sedang mengambil ubat/suplemen yang lain dalam satu masa. Jarakkan pengambilan suplemen lain 4-5jam.
- Minum air secukupnya atau makan buah-buahan sekira terasa haus.
- Tidak perlu mengawal makan, tapi banyakkan minum air bersih sepanjang hari untuk proses detox. Makan mengikut waktu (terutama sarapan atau makan tengahari).
- Untuk kesan yang lebih cepat & lebih baik, elakkan minuman berkafein,soya dan susu dalml tempoh beberapa jam selepas pengambilan kapsul ini, Lagi bagus jika tidak minum terus semasa tempoh mengamalkan kapsul ini.


sekian dulu kali nie,,,bagi yang berminat, boleh hubungi nick atau pm dekat page,,..:)harga sila rujuk kat page ye..
thank you dear semua..luv u all..
:)
senyuman buat semua petang nie..hehehe


Khamis, 21 Mac 2013

Anak Perempuan..

Assalamualaikum...:)
Salam senyum pembuka kisah...

Malam ni niCk nak berkongsi tentang betapa bertuah dan beruntungnya mempunyai anak perempuan..alhamdulillah...niCk pun anak perempuan dalam keluarga, dan nICk sedaya upaya nak mak dan abah berasa beruntung melahirkan dan membesarkan niCk..^^



Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud,

“Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.”




Seorang lelaki bertanya,

 “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?”



Sabda baginda,


  “Juga untuk dua anak perempuan.”



Seorang lelaki berkata,

    “atau untuk seorang wahai Rasulullah?”




Rasulullah s.a.w menjawab,


“Juga untuk seorang.”

(Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim)


Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. 


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud,


 “Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.”

(Hadis Riwayat Al-Bukhari)


Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya, 


“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)


#Beruntung sebenarnya memiliki anak perempuan...tapi bagi anak lelaki jangan berkecil hati...anda juga insan terpilih andai mampu membawa diri selayaknya..

Ahad, 17 Mac 2013

Terima Kasih Dear!!

Assalamualaikum..:)

hai semua..-__-
salam ukhwah fillah. senyum dulu sebelum mencoret nukilan pendek..:) tak terjejas hati ini kalau tak ada yang mencuit. alhamdulillah, tiba masa Allah kenalkan dia pada niCk.. betullah kata orang, jodoh pertemuan ni kita tak rancang pun akan tetap datang menemui kita. Begitu jua ajal maut. Tapi hari ini niCk nak berkisal tentang seseorang yang kehadiranya terlalu baru tapi bagaikan memberi makna bahagia..alhamdulillah, semoga ia kekal ke akhirat..amin..:)




Tertanya-tanya kenapa Allah mempertemukan kita dear? ada hikmah yang tersirat..tetapi apapun terima kasih kerana sudi berkawan dan moga hubungan ni akan berkembang menjadi sahabat..:)sahabat yang baik yang mampu membawa ke arah kebaikkan..^^

buat dia terima kasih ye..:":":sayang kamu..
dan terima kasih kerana sudi and bersusah payah mencantikkan blog niCk yang berserabai..hehe..niCk kedaifan ilmu dalam berblog dear..:)__^malu^__




terima kasih daun keladi buat adilah asri aka cik yaya..

sekian kisah niCk *smile..smile..



Jumaat, 8 Mac 2013

Tahu Makan Je!

Assalamualaikumm..^__^

hai dear..:D hurmmm.. dah seminggu kot tak update blog. bukan tak nak tapi macam tak sesuatu yang menarik untuk dikongsikan atau dengan kata lain, tak de idea. lagipun nik sebenarnya cuba gagahkan diri untuk tidak online 18 jam sehari *motifnya??  haha..nak tumpu pada segala bagai kelas yang ada ni..::

Dan taaraaa! hari ini digagahkan diri meng'update'. hikhik..gagahla sangat kan!
ni ha,sebenarnya dah cukup semiggu cerita ni terjadi..tak de la gempak, nik cuma kuar pergi makan-makan je.. memang kerja nik tunggu orang panggil belanja..sepantas kilat nik onzzzz
okey! kitorang makan kat secret recepi kali ni..hehe..alang-alang kan..jom makan!




oke>< nie candid.nik tak perasan kawan ambik.entahla,,syok dok tunggu order.tak sabar nak makan,,,
kelaparan tahap gaban dan tak dapat digambar dengan kata-kata!** 



kami makan....minestrone soup,grill mushroom chic,tom yum noodle..yang dalam gelas tu air batu kosong oke.
nik wajib ada air mahal tu..hehehe.pejamkan mata anda pabila terlihata ada dua butir jagung tumpah oke!
peace no war!
ya
 tak tahu pandang apa.





ahaa..sekian kisah petang ni.
bertemu di lain waktu,'
salam senyum ikhlas semua..:)



Jumaat, 1 Mac 2013

Jadi Bukti Jenayah

Assalamualaikum..::

Ingat tak entry niCk yang lepas. NiCk ada cerita pasal novel yang niCk baru beli...Yup memang baru je beli and baru habis baca.. so,apa kaitan dengan tajuk? jenayah? baca bawah ni..

Batu Gajah: Sebuah novel cinta bertajuk sebarkan Cinta-Mu karya Fatimah Syarha antara bahan bukti yang dirampas daripada seorang remaja berusia 16 tahun yang diberkas polis kerana memecah masuk sebuah rumah di sini, pagi kelmarin.

Pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah itu diberkas pihak polis jam 10 pagi di sebuah rumah di Rancangan Perumahan Tersusun, Simpang Siputeh.

Kelibat remaja itu dikesan pemilik rumah yang pulang jam 9 pagi, tetapi dia tidak cuba melarikan diri sebaliknya menyembunyikan diri di dalam rumah.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shahraron Anuar Abdul Latif,pihaknya menemui novel berkenaan serta satu unit pemacu storan mudah alih komputer, kabel televisyen berdefinasi tinggi (HDMI), basikal lasak dah jam dinding bernilai kira-kira RM1500 bersama remaja tersebut.

Soal siasat dilakukan, dan didapati bahawa remaja terbabit mengambil novel tersebut kerana tertarik dengan jalan cerita novel itu.

Klik sini untuk tengok apa respon Ustazah Fatimah Syarha..:)



credit


OK! Tergelak Sekejap

Assalamualaikum...:)
Salam Semanis Senyuman
Salam Jumaat..*penghulu segala hari*

Lawak hari ini..nik scroll facebook terjuma kawan share gambar ni. haha.. pecah perut nik baca. tapi ada ke orang doa macam ni?? wondering..



Doa tapi tak usaha nak kuruskan badan tak jadi jugak ye. Okey jom bersenam sekarang jugak!