Tapi tak salah aku curiga. Kerana wanita itu terlalu menghimpitnya. Aku rimas. Aku tahu dia juga. Tapi dia punya perasaan dan nafsu. Wanita itu cantik. Cukup lengkap pakej sebagai wanita. Dia seindah ciptaan Allah. Aku sendiri mengagumi kecantikan dia. tulah yang membuatkan aku takut. Aku faham tentang jodoh. Walaupun naluriku kuat mengatakan kami berjodoh panjang, tapi tetap aku risau kehadiran si penggoda. Aku risau iman suamiku menipis.
Aku risau cintanya pergi bersama rasa asyik di pujuk rayu
wanita cantik. Setiap hari aku positifkan perasaan sendiri. Aku tetapkan
hati supaya percaya pada suami sendiri. Aku doa agar Allah tidak
palingkan cinta suami pada aku. Aku berharap tidak berlaku tsunami pada
syurga yang kami bina atas dasar suka sama suka. Dia suami yang cukup
baik. Pelengkap segala kekurangan yang aku miliki. Tapi mimpi itu seolah
musnahkan impian aku untuk terus bahagia dengan suami yang menjadi
kesanyangan aku dunia akhirat. Inshaallah.
Selalu rasa
rindu bertapa. Ketika di pejabat, sebelum aku makan, aku akan pastikan
dia aku hubungi. Aku akan pastikan aku berpesan padanya supaya jangan
lupa makan. Paling tidak, aku sms. Aku sayang insan bergelar suami itu.
Dia nyawaku. Dua tahun hidup bersama cukup membuatkan aku tidak betah
melalui hidup tanpa dia.
Dan aku juga sedar dia sama sepertiku. Dia sayangkan aku sepenuh hati. Dia jaga aku umpama aku menjaga nyawanya.
Puteri. Sebaris nama yang secantik orangnya. Dia aku rasakan bukan sembarangan wanita yang bakal menjadi sebahagian daripada sejarah hidup kami. Dia cantik. Dia terlalu indah. Mashaallah..ciptaan tuhan yang satu itu buat aku getar. Dia kawan aku di pejabat. Tidak rapat tapi cukup sudah untuk buat aku menganggapnya sebagai saudara. Ya. Yang baik denganku inshaallah aku akan baik dengan mereka. Aku sedar..aku pun bukanlah sebaik mana. Cuma manusia biasa yang kekadang banyak juga silapnya. Pernah ditegur ibu bapa, cikgu, sahabat, dan suami sendiri. Tapi aku tidak kisah dan tak simpan dihati. Aku macam orang lain. Pendosa tanpa sedar. Tapi alhamdulillah, Mereka di sekeliling menerima dan memperbetul. Kerana aku tetap aku.
Dia pernah juga datang berkunjung ke rumah kami. Sebagai kawan. Aku senang dengan dia. Suamiku pun okay. Dia baik. Selalu menolong. Cuma yang aku tidak berapa suka dia terlebih bebas bergaul dengan lelaki. Aku cuba menegur dan alhamdulillah dia boleh terima dengan baik. Tapi aku tahu dia sukar megubah tabiat yang sudah sebati dengan dirinya itu. Yang aku sedar, di hadapanku, sudah jarang dia berkelakuan seperti itu lagi. Semoga caranya berubah. Aku sayangkan kawanku yang satu itu. Dia banyak menceriakan hidup aku sejak perkenalan kami.
Sedang sibuk aku meneliti draf tender jabatan, aku dikejutkan dengan panggilan puteri dari depan. Sekilas aku melihat jam. 12.45 pm! Lunch!
"Jom Nur. Lunch! Aku dah lapar ni" begitulah selalunya puteri.. Dia sentiasa girang. Aku pun! Bab makan aku nombor satu.
Aku senyum padanya. Memberi isyarat ' sebentar'. Sms pesanan aku layangkan pada suami. Rindu orang Indon bilang! Aku dan puteri beriringan menuju ke lif.
"Kenapa naik?" Tanyaku pelik. Puteri menekan butang tingkat 9. Selalunya kami makan tengahari di food court tingkat bawah. Puteri tersenyum.
"Ada orang nak belanja kita la Nur." Girang dia menjawab. Aku turut senyum. Sekali sekala dibelanja makan, siapa tak gembira. Boleh jimat bajet. Maklumlah, setakat kerani cabuk lulusan diploma perakuanan, berapa sangatlah gajiku. Tolak bayaran bulanan kereta kesayangan, kirim untuk mak di kampung, tinggal berapa sajelah lagi. Nasib baik suami ada. Belanja dapur, sewa rumah, dan semua belanja lain dia yang tanggung. Bab duit memang suami tidak pernah berkira.
"Siapa yang nak belanja kita ni puteri? Pakwe puteri eh?" Naif aku menyoal sambil mengusiknya.
"Mana ada pakwe nur. Kawan kitalah. Suprise!" Puteri mahu berteka teki. Biarlah dia. Aku tak kisah sangat. Yang penting perut yang berkeroncong terisi. Huhuhu.
Puteri menarik aku memasuki restoran yang padaku bertaraf. Yang kaya-kaya saja mampu lunch disitu. Kami kerani cabuk tidaklah mampu. Sekali setahun bolehlah. Tapi tetap jua aku rasakan membazir. Ikan yang kecil dikerat tiga pun harganya lebih 30 ringgit. Haihh! Puteri ni biar betul! Kaya sangatkah kawannya itu? Belanja kat food court bawah pun boleh apa? Atau ini hari istimewa. Aku cuba bersoal sendiri.
Muka puteri berseri-seri bila dia menunjukkan aku susuk tubuh seorang lelaki.
Jantung aku seakan jatuh terletak di lantai. Seolah-olah pecah berderai! Terasa darah dari kaki hingga hujung kepala menyerbu ke muka. Susuk tubuh itu terlalu biasa denganku! Ya. Susuk yang selama ini menjadi pendampingku selama lebih 2 tahun. Yang menjagaku, menatangku, menyayangiku sepenuh hatinya. Abang!
Baju kemeja yang berwarna purple muda itu aku yang iron hujung minggu lepas. Slack hitam jenama itu aku belikan awal bulan lepas. Itu suamiku! Aku kenal!
Dengan langkah longlai aku menuju ke meja makan di sudut hujung. Membuntuti puteri dengan beribu persoalan. Nyata, gadis di sebelahku bergitu riang. Seronok barangkali dapat makan dengan suami orang. Puteri memberi salam pada gerangan yang bermurah hati membelanja kami. Senyumnya tidak lekang di bibir.
Hanya
aku., Memendam menjeruk rasa.
"Assalamualaikum
abang." Ucapku, berlagak biasa. Tidak sekali aku menunjukan riak kurang
senang. Dia suamiku, maruahnya utama buat aku. Tidak akan aku
persoalkan kenapa dihadapan orang lain. Tangan suamiku aku salam hormat.
Dia memberi senyuman buat aku. Juga buat puteri!! Duhai hati, sabarlah.
Semoga, apa yang terkutik di fikiran hanya khayalan. Bukan kebenaran.
Suami membantuku duduk. Kerusiku dia betulkan.
"Suprise tak Nur?" Puteri menyoal. Aku tersenyum.
"Kan..Puteri tahu Nur suka kalau Puteri ajak abang Zam lunch dengan kita. Kan abang?"
Suamiku mengangguk laju. Tangannya diletakkan di atas penyandar kerusi yang aku duduk. Aku cuba mencari erti.
'Memang Nur suka abang. Tapi kenapa Nur tidak di
beritahu. Bila abang berhubung dengan Puteri? Bila Abang berjanji dengan
dia? Bila semua ni bermula abang? Nur nak tahu.' Sayang. Persoalan itu
cuma aku simpan kemas di minda. Bibirku ibarat terkunci. Hati yang
sangsi ini bagai sudah mahu pecah.
'Kenapa mesti begini kejutan untuk Nur abang?' Lagi persoalan aku ajukan; tapi hanya hati aku yang mendengar. Juga Tuhan.
Allah maha mengetahui. Aku cemburu!
"Abang zam lepas ni terus balik office?" Puteri bertanya.
"
Iya Puteri. Banyak kerja kat office lagi. Kalau ikutkan memang abang
malas nak balik sana dah. Tapi, sebab esok abang cuti, kenalah
selesaikan kerja esok tu petang ni." Panjang suami aku menjelaskan.
Mesranya mereka. Seolah sudah lama kenal. Ibarat selalu saja berbual.
Aku? Aku diam. Tersisih.Macam aku pula menjadi orang luar. Siapa isteri
Megat Zamani Bin Megat Zul ni sekarang? Nur Hawani Ismail atau Puteri
Maria Mustapha? Siapa??
"Kenapa cuti esok abang? Kan baru hari Jumaat"
"Abang
saja apply cuti hari tu. Tup tup approve, so cuti jelah. Lagipun
hajatnya nak bawa Puan Nur ni holiday. Dah lama tak keluar dari
Putrajaya dengan Nur. Kan sayang?"
"Boleh je abang. Tapi tulah, esok Nur kerja lagi." Jawab aku nak tak nak.
'Nak
bawa Nur holiday? Tiba-tiba? Bawalah abang. Ke hujung dunia Nur ikut.
Tapi tolong jangan berahsia dengan Nur. Nur tak sanggup!
'EL la sayang. Nanti esok pagi abang call Encik Junaidi. Dia kan kawan badminton abang." Suami aku memberi cadangan. Cepat saja dia mencari jalan.
Aku mengangguk tanda setuju. Yalah. Bila difikirkan balik sudah agak lama kami suami isteri tidak keluar dari kesibukan kerja. Hujung minggu kadang suamiku ada sukan dengan rakan rakannya. Kadang aku pula yang kerja overtime. Tapi hubungan kami tidak terjejas dek kesibukan. Aku faham dia. Sejujurnya, aku terlalu mengharap dia memahami aku. Keseorangan dirumah ada kalanya buat aku bosan. Tengok tv sudah. Bercucuk tanam di laman sudah. Menjahit sudah. Masa selebihnya?
Lantas aku putuskan untuk membuat OT, itupun hanya hujung minggu pada setiap hujung bulan. Membantu para pembantu tadbir membuat hapuskira dan pelbagai kerja lain. Itu bisa buat bosanku terisi.
Pasal EL esok, aku rasa Encik Junaidi akan luluskan walaupun EL tersebut aku rasakan bukan lah EL sangat. Akan aku cuba utarakan pada Encik Junaidi petang nanti. Selebihnya, tahulah suamiku memainkan perasan. Kenal sangat dengan Encik Junaidi itu, dia pasti akan setuju dengan permohonan aku itu. Dia dan suamiku kawan baik walaupun beza umur mereka hampir 15 tahun.
Segar lagi di ingatan aku tika kami mula mula kahwin 2 tahun lepas. Balik dari bulan madu di Taiwan, aku dihantar dan diambil dari tempat kerja oleh sang suami. Nak dijadikan cerita aku tersilap mengemaskini dan meneliti laporan perakaunan bulanan syarikat. Aku terpelas pandang beberapa kesilapan kecil yang dibuat si pembuat laporan. Aku serahkan pada dia untuk di cop dan ditandatangani.
Tak sampai 3 jam, sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di kerusi pejabat, Encik Junaidi menalefon. Aduh. Teruk aku di bebelnya. Pekak telingaku di buatnya. Jauh-jauh aku letak gagang telefon dari cuping
telinga. Biar dia bebel sorang -sorang. Salah aku kecil sangat. Aku
terlupa nak 'initial' pembetulan yang aku lakukan. Kerani yang buat
laporan tersebut iaitu Kak Jaja tersilap mencatat nombor resit, jadi aku
betulkan. Tapi aku terlupa nak buat tandatangan kecil diatasnya.
Haih..
Serta
merta aku di suruh masuk kebiliknya(Encik Junaidi). Di marahnya aku
macam kesalahan aku tu membunuh satu nyawa. Kecut perut aku di buatnya.
Bergetar kepala lutut! Nak tak nak aku menakui kesalahan, dan meminta
maaf. Hukumannya, bulan depan aku yang kena buat laporan tu.
Hadoiii...nasib... Dan nak jadikan cerita lagi, balik petang itu suamiku
yang jemput. Almaklumlah cutinya lebih panjang daripada aku. Aku kalau
nak cuti panjang buka syarikat sendiri. Selagi Encik Junaidi ketua aku
sampai bila-bila aku tak akan dapat cuti panjang, walaupun cuti kahwin!
Sakit hati!!
Sambung balik.. petang itu suami aku dengan gaya macho berdirilah di
pintu kereta Audinya yang dipakir di sebelah Toyota Avanza Encik
Junaidi. Aku menghampiri suamiku. Lagakku biasa biasa saja. Tak pula
terniat nak ceritakan nasib malangku padanya. Bagi aku itu asam garam
bekerja.
"Nur
kenapa? Keruh je ni, ada masalah?" Dengan sepantas kilat si suami dapat
meneka. Betullah kata ibu, riak wajah aku menggambarkan segala yang aku
simpan di hati. Tapi ibu kata yang tulus menyanyangi aku baru akan
nampak segala rasa yang aku sembunyikan. Maknanya Megat Zamani merangkap
suami aku sayangkan aku, tulus! Ikhlas! Aku tersenyum masa tu juga!
Ehehehe.
Sempat aku menyalaminya sebelum bersuara.
"Boslah
abang. Orang baru je balik kerja dah kena marah. Itu tak kena. Ini tak
kena. Hormon tak stabil agaknya.!" Aku meluahkan rasa tak puas hati.
Lebih
kepada nak bermanja sebenarnya. Erkk. Kan pengantin baru 2 minggu!
Gituu. Sebelum kahwin mana pernah aku dekat dengannya. Kenal 6 bulan,
aku dirisik, 2 kali berjumpa, aku tamatkan pengajian diploma perakuanan,
kami terus naik pelamin. Nanti aku ceritakan bagaimana aku dan suami
berkenalan. Hehehehe..
"Bos
sayang tu tak kenal abang. Siaplah dia nanti. Berani dia marah wife
kesanyangan abang ni.." suamiku menunjukan 'kekuasaannya'.
Mentang-mentanglah ramai kenalan berlagak pula ya abang. Selebihnya aku
tahu dia bergurau.
"Siapa abang? Nur pun tak kenal!" Aku mengenakan dia.
"I'm
Megat Zamani. Nur's bodyguard!" Sejurus itu terlerai ketawa kami
berdua. Belum sempat nak membuka pintu kereta kedengaran ada yang
memanggil.
Bersambung...
BACA INI---> KERANA CINTA KLON BAB 1
KERANA CINTA KLON BAB 2