Mac 2014 - Fatihah Fazlin

Isnin, 31 Mac 2014

Induksi: Program Transformasi Minda



Assalamualaikum..
Hello dears. Minggu lepas nik selama 5 hari berkampung di Borneo Paradise Beach Hotel. Serius, hotel ni best walaupun takdelah besar mana. Kira okeylah kalau nak buat short vacation kat sini. Udara nyaman bangett. 





Entry ni bukan nak promote Borneo Paradise Beach Hotel atau ape, just nak ceritakan pengalaman ni lebih kurang satu minggu kat sana mengikuti kursus induksi atau sekarang lebih dikenali dengan nama PROGRAM TRANSFORMASI MINDA(PTM). Kalau yang kerja kerajaan tahulah benda ape ni. Kursus yang wajid dihadiri untuk mengesahkan jawatan anda dalam sektor perkhidmatan awam selain daripada 2 ujian lain. 

Most of us, kalau dengar kursus mesti fikir..boring la.. tak menyeronokkan la. Nik pun macam tu. Tapi tu mula-mula la, before the kursus start. Bertolaklah Nik dan 5 lagi rakan2 yang lain tengahari 23hb Mac. Bermulalah misi kami untuk berkursus selama 5 hari..hehhehe. Dihantar dan dijemput oleh pemandu yang juga kakitangan tempat kami bertugas.

Dekat je sebenarnya Borneo Paradise Beach Hotel(Kinarut,Papar) dengan bandar Kota Kiabalu(kk). Kalau tak jem, kurang sentengah jam.
Macam biasa..sampai je sana terus check in..and masuk bilik..kami dapat bilik yang sea view, tapi tak berapa view sangatlah 'sea'nya. But, boleh tahanlah. Environment bersih, suasana nyaman. Selesalah!  Kemas-kemas barang jap lepas tu keluar tengok kawasan sekitar, sementara tunggu masa sesi ice breaking. 

Tengok gambar. Dah nama Hotel ni tepi laut, arah kami semestinya ke pantai. Ambil angin pantai. Allah. Tenang rasa. 


 

 
Bermulalah sesi program kami pada petang tu. Penyelaras Program Transformasi Minda kami, Puan Nelly Nasir memulakan sesi. Degar penerangan sikit sebanyak. Membentuk ice breaking. Ukhwah pun mula terjalin. 

Kenal-kenal dengan rakan sejawat yang lain yang datangnya dari seluruh Sabah. Pelbagai ragam. Pelbagai bangsa. Pelbagai agama.




Jadual yang diatur agak padat. Jam 6 pagi kami bangun, jam 10.30-11.00 mlm baru abis. Macam tulah selama 5 hari.  Pelbagai aktiviti telah diadakan. Ceramah pun tak berhenti. Dalam sehari ada 4,5 slot. Ada yang best, tak kurang juga yang mengantuk tersengguk.. huhuhu. Biasalah. 

Tapi yang penting Program Transformasi Minda ni penting bagi yang masih baru dalam sektor perkhidmatan awam. Selain lebih memahami tanggungjawab, kita akan lebih kenal pelbagai gelagat manusia. Macam-macam kerenah. Dan dapat juga kenal rakan -rakan baru, membina ukhwah.

 

Okeylah. setakat ni saja yang dapat nik kongsikan. sekian :)

Jumaat, 28 Mac 2014

Hukum Bersanding Dalam Islam.
 
 
ASSALAMUALAIKUM.
 
 
Semalam ada berbual dengan mak pasal kahwin. bagitahu kat dia, nak kahwin cepat, kalau bbboleh end of this year. Mak cakap, kahwin la kalau ada duit. Dia tak halang. Tapi bila buka bab pelamin, mak mula tak suka. Dia cakap, kalau tak de pelamin pun, tetap boleh kahwin. Sentap sekejap. Mak selalu cakap tak boleh ada pelamin. Frust kejap. yelah, dah lama duk idam pelamin. hummm..siap buat lakaran dah walaupun tak tahu bila lagi nak kahwin. huhuuhu.

Tetiba terfikir mesti ada sebab kenapa mak tak nak bagi kahwin yang ada pelamin. Masa kat universiti dulu pun pernah ada kawan-kawan yang cakap pasal ni. bila google, inilah jawapannya.....
  

 
 
HUKUM NYA : HARAM JIKA PENGANTIN TIDAK TUTUP AURAT, TAK SEMBAHYANG (SEBAB BERSANDING), KEBANYAKAN DI MALAYSIA PERSANDINGAN ADALAH HARAM KERANA MELANGGAR HUKUM SYARAK. 

Persandingan mungkin suatu yang biasa kita dengar dan lihat. Namun, sedarkah kita tentang apa pandangan syarak terhadapnya? Mungkin ramai yang bersetuju pada teorinya...tetapi bila ketika praktikalnya, ramai yang kecundang..termasuklah Ustaz dan Ustazah (yang mengaji agama). Bila ditanya persoalan tu oleh seorang sahabat, saya rasa seperti diketuk kepala..tersedar banyaknya hukum kita ambil mudah..setiap perbuatn kita tidak teliti soal hukum..apabila diselidiki, artikel ini mungkin dapat membantu dan membuka perbincangan..mudah-mudahan kita tidak terjebak ke landasan ciptaan syaitan yang inginkan menyesatkan manusia...

1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.

2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.

3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu. Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)

Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:

(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.

(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.

Hukum Islam Terhadap Persandingan

1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: Thee do we worship, and Thine aid we seek., dan Yunus: 107: If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.

2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.

3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."

Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)

6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)

7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)

Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:

1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.

2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.






Fuhh..sudah baca kan? Jadi nilailah sendiri. Ia automatik akan jadi haram bila kita tak timbang balik apa yang kita lakukan,. beware ya sayang. 





SUMBER: sini DAN sini






Jumaat, 21 Mac 2014

Puteri ! Dia Suami Nur!




PART 1

Aku bukan meminta. Apatah lagi merayu padanya.. aku cuma berharap dia faham dan mengerti apa yang aku rasa. Sebab aku tak pernah minta perasaan ini hadir. Mimpi itu menakutkan. Dia selalu ungkapkan bahawa aku ni miliknya. Ya. Aku percaya kerana aku faham perasaan cintanya pada aku. Kerana aku juga begitu.
                                          
Tapi tak salah aku curiga. Kerana wanita itu terlalu menghimpitnya. Aku rimas. Aku tahu dia juga. Tapi dia punya perasaan dan nafsu. Wanita itu cantik. Cukup lengkap pakej sebagai wanita. Dia seindah ciptaan Allah. Aku sendiri mengagumi kecantikan dia. tulah yang membuatkan aku takut.  Aku faham tentang jodoh. Walaupun naluriku kuat mengatakan kami berjodoh panjang, tapi tetap aku risau kehadiran si penggoda. Aku risau iman suamiku menipis. 


Aku risau cintanya pergi bersama rasa asyik di pujuk rayu wanita cantik. Setiap hari aku positifkan perasaan sendiri. Aku tetapkan hati supaya percaya pada suami sendiri. Aku doa agar Allah tidak palingkan cinta suami pada aku. Aku berharap tidak berlaku tsunami pada syurga yang kami bina atas dasar suka sama suka. Dia suami yang cukup baik. Pelengkap segala kekurangan yang aku miliki. Tapi mimpi itu seolah musnahkan impian aku untuk terus bahagia dengan suami yang menjadi kesanyangan aku dunia akhirat. Inshaallah. 
Selalu rasa rindu bertapa. Ketika di pejabat, sebelum aku makan, aku akan pastikan dia aku hubungi. Aku akan pastikan aku berpesan padanya supaya jangan lupa makan. Paling tidak, aku sms. Aku sayang insan bergelar suami itu. Dia nyawaku. Dua tahun hidup bersama cukup membuatkan aku tidak betah melalui hidup tanpa dia.

Dan aku juga sedar dia sama sepertiku. Dia sayangkan aku sepenuh hati. Dia jaga aku umpama aku menjaga nyawanya. 

Puteri. Sebaris nama yang secantik orangnya. Dia aku rasakan bukan sembarangan wanita yang bakal menjadi sebahagian daripada sejarah hidup kami. Dia cantik. Dia terlalu indah. Mashaallah..ciptaan tuhan yang satu itu buat aku getar. Dia kawan aku di pejabat. Tidak rapat tapi cukup sudah untuk buat aku menganggapnya sebagai saudara. Ya. Yang baik denganku inshaallah aku akan baik dengan mereka. Aku sedar..aku pun bukanlah sebaik mana. Cuma manusia biasa yang kekadang banyak juga silapnya. Pernah ditegur ibu bapa, cikgu, sahabat, dan suami sendiri. Tapi aku tidak kisah dan tak simpan dihati. Aku macam orang lain. Pendosa tanpa sedar. Tapi alhamdulillah, Mereka di sekeliling menerima dan memperbetul. Kerana aku tetap aku.

Dia pernah juga datang berkunjung ke rumah kami. Sebagai kawan. Aku senang dengan dia. Suamiku pun okay. Dia baik. Selalu menolong. Cuma yang aku tidak berapa suka dia terlebih bebas bergaul dengan lelaki. Aku cuba menegur dan alhamdulillah dia boleh terima dengan baik. Tapi aku tahu dia sukar megubah tabiat yang sudah sebati dengan dirinya itu. Yang aku sedar, di hadapanku, sudah jarang dia berkelakuan seperti itu lagi. Semoga caranya berubah. Aku sayangkan kawanku yang satu itu. Dia banyak menceriakan hidup aku sejak perkenalan kami.      

Sedang sibuk aku meneliti draf tender jabatan, aku dikejutkan dengan panggilan puteri dari depan. Sekilas aku melihat jam. 12.45 pm! Lunch! 

"Jom Nur. Lunch! Aku dah lapar ni" begitulah selalunya puteri.. Dia sentiasa girang. Aku pun! Bab makan aku nombor satu.

Aku senyum padanya. Memberi isyarat ' sebentar'. Sms pesanan aku layangkan pada suami. Rindu orang Indon bilang! Aku dan puteri beriringan menuju ke lif.

"Kenapa naik?" Tanyaku pelik. Puteri menekan butang tingkat 9. Selalunya kami makan tengahari di food court tingkat bawah. Puteri tersenyum.

"Ada orang nak belanja kita la Nur." Girang dia menjawab. Aku turut senyum. Sekali sekala dibelanja makan, siapa tak gembira. Boleh jimat bajet. Maklumlah, setakat kerani cabuk lulusan diploma perakuanan, berapa sangatlah gajiku. Tolak bayaran bulanan kereta kesayangan, kirim untuk mak di kampung, tinggal berapa sajelah lagi. Nasib baik suami ada. Belanja dapur, sewa rumah, dan semua belanja lain dia yang tanggung. Bab duit memang suami tidak pernah berkira.

"Siapa yang nak belanja kita ni puteri? Pakwe puteri eh?" Naif aku menyoal sambil mengusiknya.

"Mana ada pakwe nur. Kawan kitalah. Suprise!" Puteri mahu berteka teki. Biarlah dia. Aku tak kisah sangat. Yang penting perut yang berkeroncong terisi. Huhuhu. 

Puteri menarik aku memasuki restoran yang padaku bertaraf. Yang kaya-kaya saja mampu lunch disitu. Kami kerani cabuk tidaklah mampu. Sekali setahun bolehlah. Tapi tetap jua aku rasakan membazir. Ikan yang kecil dikerat tiga pun harganya lebih 30 ringgit. Haihh! Puteri ni biar betul! Kaya sangatkah kawannya itu? Belanja kat food court bawah pun boleh apa? Atau ini hari istimewa. Aku cuba bersoal sendiri.

Muka puteri berseri-seri bila dia menunjukkan aku susuk tubuh seorang lelaki.

Jantung aku seakan jatuh terletak di lantai. Seolah-olah pecah berderai! Terasa darah dari kaki hingga hujung kepala menyerbu ke muka. Susuk tubuh itu terlalu biasa denganku! Ya. Susuk yang selama ini menjadi pendampingku selama lebih 2 tahun. Yang menjagaku, menatangku, menyayangiku sepenuh hatinya. Abang! 

Baju kemeja yang berwarna purple muda itu aku yang iron hujung minggu lepas. Slack hitam jenama itu aku belikan awal bulan lepas. Itu suamiku! Aku kenal!

Dengan langkah longlai aku menuju ke meja makan di sudut hujung. Membuntuti puteri dengan beribu persoalan. Nyata, gadis di sebelahku bergitu riang. Seronok barangkali dapat makan dengan suami orang. Puteri memberi salam pada gerangan yang bermurah hati membelanja kami. Senyumnya tidak lekang di bibir.

Hanya aku., Memendam menjeruk rasa. 
"Assalamualaikum abang." Ucapku, berlagak biasa. Tidak sekali aku menunjukan riak kurang senang. Dia suamiku, maruahnya utama buat aku. Tidak akan aku persoalkan kenapa dihadapan orang lain. Tangan suamiku aku salam hormat. Dia memberi senyuman buat aku. Juga buat puteri!! Duhai hati, sabarlah. Semoga, apa yang terkutik di fikiran hanya khayalan. Bukan kebenaran.       

Suami membantuku duduk. Kerusiku dia betulkan. 
"Suprise tak Nur?" Puteri menyoal. Aku tersenyum. 

"Kan..Puteri tahu Nur suka kalau Puteri ajak abang Zam lunch dengan kita. Kan abang?" 

Suamiku mengangguk laju. Tangannya diletakkan di atas penyandar kerusi yang aku duduk. Aku cuba mencari erti.
 

'Memang Nur suka abang. Tapi kenapa Nur tidak di beritahu. Bila abang berhubung dengan Puteri? Bila Abang berjanji dengan dia? Bila semua ni bermula abang? Nur nak tahu.' Sayang. Persoalan itu cuma aku simpan kemas di minda. Bibirku ibarat terkunci. Hati yang sangsi ini bagai sudah mahu pecah.                                
                                                           
'Kenapa mesti begini kejutan untuk Nur abang?' Lagi persoalan aku ajukan; tapi hanya hati aku yang mendengar. Juga Tuhan.

Allah maha mengetahui. Aku cemburu! 
"Abang zam lepas ni terus balik office?" Puteri bertanya. 

" Iya Puteri. Banyak kerja kat office lagi. Kalau ikutkan memang abang malas nak balik sana dah. Tapi, sebab esok abang cuti, kenalah selesaikan kerja esok tu petang ni." Panjang suami aku menjelaskan.


Mesranya mereka. Seolah sudah lama kenal. Ibarat selalu saja berbual. Aku? Aku diam. Tersisih.Macam aku pula menjadi orang luar. Siapa isteri Megat Zamani Bin Megat Zul ni sekarang? Nur Hawani Ismail atau Puteri Maria Mustapha? Siapa??

"Kenapa cuti esok abang? Kan baru hari Jumaat" 

"Abang saja apply cuti hari tu. Tup tup approve, so cuti jelah. Lagipun hajatnya nak bawa Puan Nur ni holiday. Dah lama tak keluar dari Putrajaya dengan Nur. Kan sayang?" 

"Boleh je abang. Tapi tulah, esok Nur kerja lagi." Jawab aku nak tak nak. 

'Nak bawa Nur holiday? Tiba-tiba? Bawalah abang. Ke hujung dunia Nur ikut. Tapi tolong jangan berahsia dengan Nur. Nur tak sanggup! 
'EL la sayang. Nanti esok pagi abang call Encik Junaidi. Dia kan kawan badminton abang." Suami aku memberi cadangan. Cepat saja dia mencari jalan. 
Aku mengangguk tanda setuju. Yalah. Bila difikirkan balik sudah agak lama kami suami isteri tidak keluar dari kesibukan kerja. Hujung minggu kadang suamiku ada sukan dengan rakan rakannya. Kadang aku pula yang kerja overtime. Tapi hubungan kami tidak terjejas dek kesibukan. Aku faham dia. Sejujurnya, aku terlalu mengharap dia memahami aku. Keseorangan dirumah ada kalanya buat aku bosan. Tengok tv sudah. Bercucuk tanam di laman sudah. Menjahit sudah. Masa selebihnya? 

Lantas aku putuskan untuk membuat OT, itupun hanya hujung minggu pada setiap hujung bulan. Membantu para pembantu tadbir membuat hapuskira dan pelbagai kerja lain. Itu bisa buat bosanku terisi.

Pasal EL esok, aku rasa Encik Junaidi akan luluskan walaupun EL tersebut aku rasakan bukan lah EL sangat. Akan aku cuba utarakan pada Encik Junaidi petang nanti. Selebihnya, tahulah suamiku memainkan perasan. Kenal sangat dengan Encik Junaidi itu, dia pasti akan setuju dengan permohonan aku itu. Dia dan suamiku kawan baik walaupun beza umur mereka hampir 15 tahun.     
Segar lagi di ingatan aku tika kami mula mula kahwin 2 tahun lepas. Balik dari bulan madu di Taiwan, aku dihantar dan diambil dari tempat kerja oleh sang suami. Nak dijadikan cerita aku tersilap mengemaskini dan meneliti laporan perakaunan bulanan syarikat. Aku terpelas pandang beberapa kesilapan kecil yang dibuat si pembuat laporan. Aku serahkan pada dia untuk di cop dan ditandatangani. 

Tak sampai 3 jam, sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di kerusi pejabat, Encik Junaidi menalefon. Aduh. Teruk aku di bebelnya. Pekak telingaku di buatnya. Jauh-jauh aku letak gagang telefon dari cuping telinga. Biar dia bebel sorang -sorang. Salah aku kecil sangat. Aku terlupa nak 'initial' pembetulan yang aku lakukan. Kerani yang buat laporan tersebut iaitu Kak Jaja tersilap mencatat nombor resit, jadi aku betulkan. Tapi aku terlupa nak buat tandatangan kecil diatasnya. Haih..

Serta merta aku di suruh masuk kebiliknya(Encik Junaidi). Di marahnya aku macam kesalahan aku tu membunuh satu nyawa. Kecut perut aku di buatnya. Bergetar kepala lutut! Nak tak nak aku menakui kesalahan, dan meminta maaf. Hukumannya, bulan depan aku yang kena buat laporan tu. Hadoiii...nasib... Dan nak jadikan cerita lagi, balik petang itu suamiku yang jemput. Almaklumlah cutinya lebih panjang daripada aku. Aku kalau nak cuti panjang buka syarikat sendiri. Selagi Encik Junaidi ketua aku sampai bila-bila aku tak akan dapat cuti panjang, walaupun cuti kahwin! Sakit hati!!
  
Sambung balik.. petang itu suami aku dengan gaya macho berdirilah di pintu kereta Audinya yang dipakir di sebelah Toyota Avanza Encik Junaidi. Aku menghampiri suamiku. Lagakku biasa biasa saja. Tak pula terniat nak ceritakan nasib malangku padanya. Bagi aku itu asam garam bekerja. 

"Nur kenapa? Keruh je ni, ada masalah?" Dengan sepantas kilat si suami dapat meneka. Betullah kata ibu, riak wajah aku menggambarkan segala yang aku simpan di hati. Tapi ibu kata yang tulus menyanyangi aku baru akan nampak segala rasa yang aku sembunyikan. Maknanya Megat Zamani merangkap suami aku sayangkan aku, tulus! Ikhlas! Aku tersenyum masa tu juga! Ehehehe.

Sempat aku menyalaminya sebelum bersuara.
"Boslah abang. Orang baru je balik kerja dah kena marah. Itu tak kena. Ini tak kena. Hormon tak stabil agaknya.!" Aku meluahkan rasa tak puas hati.

Lebih kepada nak bermanja sebenarnya. Erkk. Kan pengantin baru 2 minggu! Gituu. Sebelum kahwin mana pernah aku dekat dengannya. Kenal 6 bulan, aku dirisik, 2 kali berjumpa, aku tamatkan pengajian diploma perakuanan, kami terus naik pelamin. Nanti aku ceritakan bagaimana aku dan suami berkenalan. Hehehehe..

"Bos sayang tu tak kenal abang. Siaplah dia nanti. Berani dia marah wife kesanyangan abang ni.." suamiku menunjukan 'kekuasaannya'. Mentang-mentanglah ramai kenalan berlagak pula ya abang. Selebihnya aku tahu dia bergurau. 

"Siapa abang? Nur pun tak kenal!" Aku mengenakan dia. 

"I'm Megat Zamani. Nur's bodyguard!" Sejurus itu terlerai ketawa kami berdua. Belum sempat nak membuka pintu kereta kedengaran ada yang memanggil.



Bersambung...


BACA INI--->  KERANA CINTA KLON BAB 1
                    KERANA CINTA KLON BAB 2




Khamis, 20 Mac 2014

Keputusan SPM 2013



ASSALAMUALIKUM.


Tinggal beberapa jam lagi keputusan SPM akan keluar. Ketaq kepala lutut ni. hahhaha.. rasa berdebar pulak, kalah budak-budak yang nak pergi ambil result tu esok. Yuyien, merangkap satu-satunya adik perempuan kesayangan nick(sayang la sangat) err... akan one of the SPM candidate yang akan ambil result esok.


yein, aku boh gambar hang besaq gedabak kat sini.hahaha.



Harap sangat-sangat mung dapat keputusan yang cemerlang. straight A pun jadilah Yien!! hahaha. Make us, your family proud of you weh! Malaysia boleh. MUNG PUN BOLEH!!


Kat sini nick sertakan cara untuk menyemak keputusan SPM 2013. Adik-adik yang lain yang nak semak result korang bolehlah semak ya bermula jam 10.00 pagi 20 Mac hingga 11.59 malam 26 Mac 2014.



Boleh juga ke PORTAL RASMI LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA untuk menyemak keputusan SPM anda. :) Good Luck!

Ahad, 9 Mac 2014

Pesawat MAS MH370: Jangan buat spekulasi dan andaian sendiri!




ASSALAMUALAIKUM..


Terpanggil juga untuk menulis kisah yang tengah hangat diperkatakan. Kita masih belum maklum keadaan dan situasi sebenar yang terjadi pada MH370. Mohon pada yang terlalu ghairah menjadi "media", berhenti dari terus membuat spekulasi dan andaian yang belum tentu sahih. Hormati perasaan ahli keluarga dan kawan-kawan mangsa. Mendengar berita ini sudah cukup menyedihkan mereka. 


MH370 yang berlepas dari KLIA menuju ke BEIJING pada jam 12.41 pagi 8 Mac 2014 telah dilaporkan hilang pada jam 2.41. Penerbangan ini hilang perhubungan dengan menara kawalan pada jam tersebut membawa 239 penumpang termasuk 2 bayi dan 12 krew.




Rasa sedih dengan apa yang menimpa, diharapkan pihak keluarga sabar dan tabah mengahadapi segala kemungkinan. Apapun, kita sebagai manusia, umat islam..hanya mampu hulurkan sekalung doa buat mereka.
Semoga ada hikamh di sebalik apa yang berlaku. 

Tapi, pada pihak yang berwajib rakyat Malaysia minta anda tolong jangan sembunyikan kebenaran. Tolong jangan lengahkan berita yang sepatutnya. Semua kami tertanya-tanya dan ingin tahu. Walaupun pahit, tapi kebenaran tetap kebenaran. Kita semua tahu, bila Allah sudah berkehendakkan itu berlaku, ia memang berlaku.


Berikut adalah nama-nama penumpang yang menaiki penerbangan MH370:



To alls.. keep praying. 

Ya Allah  jika mereka di darat, kerahkanlah tenteraMU Ya Allah untuk mencari mereka.

Ya Allah jika mereka di laut, gerakanlah tenteraMU Ya Allah untuk mencari & memelihara mereka.

Pelihara & permudahkanlah urusan hamba-hambaMu.

Aamiin...


#PrayForMH370

Sabtu, 8 Mac 2014

Tawadhu' dan Sederhana




..ASSALAMUALAIKUM..




Kisah Dialog seorang anak murid dan Ustaz
 

Amir : Assalamualaikum Ustaz, Nak tanye satu soalan bOleh?
Ustaz : Walaikumsalam, nak tanya ape tu?
Amir : Ustaz pernah pergi buat haji kan?
Ustaz : A'a betul saya dah pergi haji 10 tahun yang lepas
Amir : tapi kenapa ustaz tak letak gelaran haji kat nama ustaz?
Ustaz : sebenarnya saya malu pada Rasulullah,
Amir : Malu? Maksud Ustaz
Ustaz : Ye saya malu pada Rasulullah, Rasulullah pernah buat haji, tapi Rasulullah tak penah mengunakan gelaran haji begitu juga dengan para sahabat sedangkan mereka menerima CERCAAN, HINAAN dan SEKSAAN sehingga mengorbangkan NYAWA ketika berjuang menegakkan ISLAM
Bersama RASULULLAH S.A.W
Amir : Oo begitu terima kasih Ustaz
Ustaz : Sama-sama


----------------



MasyaAllah, tawaduk nya Rasulullah SAW..
sama-sama kita ikuti contoh Rasulullah SAW..

allahummasolia'ala saidina muhammad wa'ala alihi wasobbihi wassalam.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard