ASSALAMUALAIKUM...
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Dahulu UniSZA dikenali sebagai KUSZA (Kolej Sultan Zainal Abidin), terletak di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu kira-kira 30 minit dari Bandar Kuala Terengganu dan 10 minit dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu.
Dah lebih setahun nik tinggalkan UniSZA.. Rasa rindu dengan suasana UniSZA. Dan for sure, suasana ni hanya dapat uolls rasa sendiri kalau pergi sana. Lain dari yang lain. UniSZA ada aura tersendiri. :)
Btw, result budak-budak STPM dah keluar 12 ogos hari tu kan? So how? friends kat fb ramai duk update status dapat sambung belajar. Tahniah untuk korang. Dan pada yang tak dapat tu, jangan putus asa, itu bukan pengakhiran hidup korang okey. Banyak lagi peluang dan kesempatan lain. Jangan terlalu set your mind, bila tak dapat UPU, then its the end of your life. Jangan ye sayang. :)
Okey.. those who yang dapat UniSZA tu, tahniah untuk korang ya. Jangan risau akan mulut-mulut yang mengata...
"UNISZA?tak pernah dengar pun. takyah la."
"UNISZA tak femes la."
"UNISZA? tak setanding u lain la wei."
Satu yang nik nak pesan kat korang yang dapat Uni kesayangan nik ni, abaikan mereka. Kalau korang dah dapat sini, dan ni satu-satunya pilihan yang ada, korang teruskan. Jangan pandang belakang lagi. Pengalaman setahun di UniSZA, banyak ubah dan sedarkan nik menjadi manusia yang lebih baik dari sebelum ni, opss... nik bukan kata nik baik, cukup sempurna, tapi at least, better than before.
Memang ramai yang tak tahu pasal UniSZA. Dan ramai yang memperlekehkannya. Its like you don't know a person, then you just condem he/she? How could??? Okey korang, meh sini baca dan hadam betul-betul sebab kenapa korang patut pilih UniSZA sebagai tempat belajar korang. Btw, point-point nik nik copy dari salah seorang student UniSZA. 5 tahun beliau study kat Uni ni, start dengan dip and terus sambung degree sana jugak. Syukran atas perkongsian beliau.
1) Suasana yg aman.....jauh hiruk pikuk kota dan bunyi bising. Kalau
nak study dan belajar dalam kuliah korang akan rasa aman dan nyaman serta
tenang..Boleh pergi study kat student hall yang kalau waktu petang terasa amat dia punya angin sepoi-sepoi bahasa.
2) Unisza daripada kusza.. asal usul unisza korang boleh google, yang pasti unisza ni asalnya dulu adalah kusza. Dan ramai lepasan kusza yang grad menjadi ulamak dan ustaz, ustazah.Insyaallah unisza adalah tempat
belajar yang mempunyai aura keberkatan daripada mereka.
3) Senang dapat kawan..ukhwah kat UniSZA sangat kuat. student
di sini cepat mesra dan mudah untuk bergaul,tidak sombong..senang nak
buat kawan. Tolong menolong dan mcm2 lagi.
4) Pensyarah yang sporting..
unisza mempunyai pensyarah yang sangat-sangat sporting..kebanyakan pensyarah kat sini senang diajak
berbual walaupun di luar kuliah dan di luar unisza.... smpaikan
pensyarah ada yg suka belanja studentnya makan..hehehe..nak drop
atau nak blacklist pelajar pun mereka tak sampai hati...sentiasa memberi peluang
untuk student berubah...
5) Baju kurung...student2 unisza ni DIWAJIBKAN
memakai baju kurung bagi student perempuan..tapi sebenarnya, taklah sampai wajib tahap memang wajibbb, asalkan menutup aurat dengan sempurna. itsokey...even non muslim pun ramai
jugak pakai.. malah ada di antara mereka pakai jubah! nampak tenang dan sejuk mata memandang. And, nik harap sangat unisza keluarkan peraturan ketat kena pakai baju kurung. Sebab bila peraturan tu longgar, akan adalah yang pakai jeans ketat, baju sendat. Serius, benda ni akan jatuhkan imej UniSZA.!
suasana masjid unisza waktu malam.. cantik kan?
6) Program
keagamaan..di unisza ni banyak sangat buat program-program berunsur
keagamaan..Yang nik perasan, fakulti Kontemporari Islam la. mereka tak pernah lekang dengan program sebegini, bermanfaat untuk semua. Dan selalunya freelah. huhuhuhu.. Terpulang pada kita nak cari makanan hati atau tak kan? Sebagai orang Islam, nabi menggalakkan kita pergi
mendalami dan mendengar ilmu agama.. kan??
7) Asrama baru.. Asrama baru unisza adalah asrama yang terbaik daripada ipta yang lain..sangat selesa,luas,mempunyai kemudahan dan keperluan telah disediakan..asrama baru macam apartment tahu. siap ada ruang tamu, ruang dapur..boleh memasak.hehe.Kalau blok lama pun tak kurang hebat tau..sebab kat blok lama suasana lebih meriah dan ukhwah mereka lebih rapat sebab kedudukan bilik yang bersebelahan sepanjang satu level..
8) Kenderaan sendiri..part ni paling best! student unisza boleh bawak kenderaan seperti motor,kereta, dan sebagainya.Lori? pun boleh! hahaha..
walaupun student tu masih lagi sem 1, korang dah boleh bawak kereta sendiri..dan student unisza ni jugak ramai yang buat perkhidmatan kereta sewa..so,nak pi
mana-mana senang je..dah payah sewa kereta luar..
9) Unik..Yang uniknya unisza ni korang boleh berjalan di atas bumbung kalau nak pergi kuliah..jalan atas
bumbung? nak tahu macam mana, kena p unisza lah!.hehehe..unisza ada, ipta lain ada?? Lagi satu, korang yang tak pernah merasa banjir tu memang berpeluang merasainya di unisza ni..
ni unisza masa banjir, dekat blok baru. Nak pergi kuliah payah la sikit. tapi serius heppening kalau time2 banjir kat sini. main air dengan roomate, classmate... hhihiho.. kan dah terimbau memori lama!
10) Berdekatan
dengan PANTAI !! korang boleh layan kepala di sana untuk hilangkan stress
akibat terlalu banyak belajar dan sbgainya..masyaallah, bagi penggemar pantai macam nik ni, memang sesuailah sanagt tau! Sambil2 tu makan udang
celop tepung, sotong celop tepong, ikan pari, kopok lekor, dAn pelbagai
lagi makanan ganu yang korang boleh pilih.
11)LIBRARY yang best.. bagi
sesiapa yang jenis ULAT BUKU tu, kita ada library yang beroperasi
sampai malam tau.. korang boleh baca sampai muntah kat situ..LIBRARY
unisza ni dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik
perbincangan, komputer PC lebih 30 biji, dewan, lif pun ada tau,
library kita ada 3 aras(tingkat)...kalau korang nak buang lemak, guna la
tangga..hehe air cond confirm sejuk, tambah-tambah lagi kalau
malam. Digalakkan memakai jeket, sweater atau sewaktu dengannya okey. :P
13)HOSPITAL sendiri.. InsyaAllah, tak lama lagi unisza bakal ada HOSPITAL yang akan
dibangunkan dalam kawasan unisza sendiri..akan ada padang kawad dan macam-macam
lagi... tengok la dalam 3-5 tahun lagi, pasti Unisza akan duduk sama
rendah, berdiri sama tinggi dengan IPTA2 yang femes.. insyaAllah...
See.. ni baru sikit yang dapat nik konsikan. Actually, banyak lagi benda menarik kat sini. Tapi uolls semua kena pegang pada benda ni satu je, setiap ipt ada baik dan buruknya..kita(korang la, nik dah jadi ex) sebagai mahasiswa kena menaikkan
nama ipt kita, bukannya menjatuhkan.okey??
Dan kat mana u pun yang kita dapat..
bersyukurlah.Apa yang Allah dah aturkan adalah yang
TERBAIK buat kita.Ada hikmah disebalik yang terjadi.. wallua'lam..
Selamat belajar :)
Kredit pada pemilik
FACEBOOK ini kerana sudi berkongsi pandangan beliau.