ASSALAMUALAIKUM.
Betapa cepat masa meninggalkan kita. Tup tup dah hujung bulan Oktober.
Okey.. jangan mukaddimah panjang-panjang sangat nanti korang jemu dan meluat pulak. Fyi, nik dengan sukacitanya nak bagitahu nik join contest dari blog nadot.my . Nak tahu siapa Nadot.my ni?? Terjah blog beliau ye. Walaupun entry ni berbwntuk pertandingan, tapi apa yang nik tulis bukan gimik atau sekadar mahu menang ye.
Bukan blogger semata-mata.
Nik bukan nak puja blogger yang bakal nik senaraikan nanti. Tapi penglibatan mereka dalam dunia blogger ni nik jadikan teladan dan panduan. Sebab mereka yang bakal ni sebutkan nanti bukan blogger semata-mata. Mereka ini telah berbakti kepada masyarakat secara tak langsung.
Makluman, ini bukan entry mengampu atau semata-mata kerana contest. Senarai berdasarkan pendapat peribadi sepanjang nik kenal mereka(mereka semua tak kenal nik pun). Hehehe
Senarai blogger yang nik kagumi.
BEN ASHAARI
Siapa tak kenal abang sado lagi macho sorang ni. Mr. Mama dan bapa kepada dua budak comel(Qhaliff Iman dan Zahra) ni blogger sepenuh masa! Hebatnya Ben Ashaari ni dalam satu hari beliau tak pernah miss nak update entry padahal sibuk dengan anak-anak dan event-event lain. Dan walaupun blog beliau kebanyakkan berkisar kisah seharian bersama anak-anak, tapi viewsnya meningkat saban masa. Network Ben Ashaari dah ada di seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak melalui penubuhan Kelab Blogger Ben Ashaari(KKBA). Ben Ashaari mendapat banyak keistimewaan dan tajaan atas nama blogger. Tahniah Abang Ben. Usaha yang bukan cuma sehari dua.
IRINE NADIA MARCELLO
Wanita cantik ini bertuah kerana memiliki sebuah keluarga yang lengkap. Seorang suami dan anak perempuan yang comel, Fiska Medina. Irine juga bakal mendapat seorang lagi baby. Irine Nadia membesar sebagai seorang remaja dengan berblog. Entry di blognya berubah seirang dengan perubahan dalam kehidupanya. Dari seorang remaja yang happenning bercerita dalam blog, kini cara beliau dah lebih matang. Masih muda berumur 22 tahun dan masih belajar. Irine juga pernah mendapat anugerah Blogger of the Year DiGi WWWOW Awards 2103. Populariti Irine Nadia tak dapat di nafikan.. Instagram Irine sudah mempunyai lebih 200k followers.
DR. FATIN LIYANA
Doktor cantik Fatin Liyana bukan semata mata seorang blogger. Beliau tersangat bertuah. Selain rupa paras yang cantik Fatin Liyana juga seorang yang bijak. Seorang doktor! Tak perlu bercerita banyak pasal doktor cantik ni sebab nik rasa semua blogger mengenalinya. Tapi yang nik kagum dengan beliau, sikapnya yang merendah diri melalui gaya penulisannya. Sedikit pun dia tak pernah bangga dengan apa yang dia miliki. I wish i can meet her.
DENAIHATI
Tuan Haji Amir, pemilik denaihati.com ini tak asing lagi dalam kalangan blogger. Blognya ada aura tersendiri. Penuh ilmu dan peringatan untuk kita. Bulan lepas sebualan berkampung di blog beliau kerana sebuah contest yang ni join, banyak entry-entry lama beliau nik baca. Lawatannya ke berpuluh buah negara di abadikan dalam blog peribadinya. Beliau juga seorang usahawan berjaya. Rangkaian dan network denaihati bukan calang-calang. Nik hormat beliau sebagai seorang senior dalam dunia blogging mahupun dalam kehidupan nyata. Tak lokek dengan ilmu dan beliau punya serta suka berkongsi. Hidupkan untuk memberi.
DIARI RINDU MIRA DAN MUHSIN
Puan Amirah Hasane. Mungkin tak ramai yang kenal dengan Mira dan Muhsin ni. Tapi nik kenal mereka melalui blog diari rindu mira dan Muhsin. Pasangan suami isteri muda yang berkahwin pada umur 18 tahun. Dan sekarang tak silap nik umur mereka masuk 22. Mereka juga pelajar sepenuh masa. Yang menarik dan kagum tentang Puan Mira ni, beliau seorang yang nik rasa boleh di jadikan role model untuk remaja-remaja masa kini untuk menutup aurat sempurna.. Beliau cantik dengan tudung labuhnya.. Allah. Nik suka tengok Puan Mira ni.
HASRUL HASSAN
Sifu blogspot! Kalau tak kenal Hasrul Hassan ni anda tak boleh jadi blogger. Hahaha. Juga seorang manusia yang tak lokek dan kedekut dengan ilmu blogspot yang beliau ada. Juga teramat merendah diri. Juga seorang blogger sepenuh masa tapi dah berjaya mendapatkan ribu riban income dari blognya. Fuhhhh.. Kalau anda mahu hebat dalam SEO, Hasrul Hassan memang patut jadi cikgu anda. Pengetahuannya dalam dunia blogspot bukan calang-calang.
MIA LIANA
Mialiana atau Julia Ngah adalah orang yang sama. Seorang blogger separuh masa yang hebat dan baik hati. Ramai blogger mengatakan kak Mialiana ni suka membantu. Yess. I admit it. Kak Mia seorang yang sibuk di pejabatnya. Tapi dia sempat memastikan blognya di update setiap hari. Blognya bukan calang-calang juga. Ranking alexa dalam tahun kebelangan ni tidak pernah lebih dari 500 di Malaysia. Antara blog yang mempunyai ranking alexa terbaik di Malaysia.! Tahniah kak mia.
ABANG ENSEM
Hensem Abang Ensem ni bukan sebarang hensem. Hesemnya tidak terkalah dengan baju pinknya. Gituhh. Kalau korang kenal Ben Ashaari, Denaihati.com dan Hasrul Hassan korang juga patut kenal AE ni. Blogger yang juga pakar hartanah berjaya di Malaysia. Boleh tanya sendiri berapa buah rumah yang dia miliki. Sentiasa sibuk dengan penganjuran seminar bersama-sama 'awek mari"nya. Tapi AE begitu bersahaja. Aktif di facebook dengan membalas segala komen awek-awek. Balaks katanya tak layan. -_- Yang nik kagum dengan AE ni, dia memulakan bisnes hartanah di di blognya yang pink tu. Nak tahu macam mana, rujuk blog AE.
TIFFIN BIRU
Dapur Tanpa Sempadan. Tagligne yang ibu-ibu pasti tahu kan? Eh.. yang bukan ibu-ibu pun mesti kenal dengan blog www.tiffinbiru.com ni. Blog dengan niche masakan ni memang hebat. Viewsnya sudah jota-jota. Dan pemiliknya seorang lelaki, jiran Ben Ashaari, dikenali dengan Mat Gebu atau PCM. Seorang lelaki yang terlalu gemar dan suka memasak serta berkongsi resepi di blog. Jasa PCM kepada pencari resepi di dunia maya tak terkira rasanya. Beliau dah membantu wanita-wanita di luar sana untuk menyediakan hidangan untuk keluarga. Siapa PCM yang sebenarnya, nik tak dapat jawab sebab nik tak pernah tengok dia di alam maya mahupun face to face. Tapi nik kira dia seorang blogger masakan yang terbaik di Malaysia.
DENA BAHRIN
Juga seperti Irine nadia dan Puan Mira, Dena Bahrin berkahwin di usia muda ketika masih belajar lagi dan sekarang di kurniakan seorang anak lelaki yang the verry hensomed, Saif. Dena bahrin begitu terkenal dalam kalangan pengikutnya. Walaupun tidak berapa aktif menulis di blognya sejak akhir-akhir ni. Dena lebih aktif di laman instagramnya. Sekarang, Dena Bahrin sudah mula di jemput memberikan talk di pelbagai program ilmiah. Wanita kecil molek ni pada pandangan nik sangat ceria dan kental. Tak lupa pada cara pemakaiannya yang menjadi idola kepada ramai gadis di luar sana. Cara Dena Bahrin menutup aurat dengan pelbagai fesyen ini memamg menarik dan kelihatan cantik. Nik rasa pemakaian dia dah berjaya membuka mata ramai gadis untuk lebih melabuhkan tudung. Alhamdulillah.
FATIHAHFAZLIN
Blogger Fatihah Fazlin ni bukan blogger hebat. Apatah lagi popular macam yang tersenarai di atas. Tapi di berbangga dan kagum dengan blognya yang mungkin di pandang sepi oleh orang lain. Impian dia, dia mahu mempersembahkan sebuah penulisan yang mampu memberi impak kepada masyarakat. Semoga mereka yang singgah di blognya akan singgah buat kali kedua dan seterusnya.
10 blogger ni, semua dari latar belakang yang berbeza. Semuanya berlainan cerita. Tapi semangat mereka nik cuba ambil dan serapkan dalam diri. Apa yang baik, nik cuba teladani. Tapi mereka semua pun manusia biasa juga. Kadang ada silapnya. Macam nik.. macam kita.. macam semua orang.
Kalaulah nik mampu, mahu sahaja nik senaraikan ramai lagi blogger yang nik kagumi yang lain. Tapi 10 dahulu buat masa ni.
Nik harap nik dapat jumpa mereka semua 10 orang ni suatu hari nanti. Untuk pengetahuan korang jugak, CONTEST BLOGGER YANG DI KAGUMI ini dianjurkan oleh Nadot.my dan ditaja oleh Ejam Othman dan Hey.my.
Sekian.