Isnin, 26 Januari 2015

Cara-cara Shopping Atkiners.

ASSALAMUALAIKUM..

Sejak dua menjak ni, gejala mengupdate blog semakin menjauh dari hidupku. Dan ini adalah satu perkembangan yang negatif tau dak. Diri mohon rajin rajin sikit. Blog boleh buat duit tau dakkkk...

Wokeh. Nak war-warkan kat sini, hari ni genap 12 hari nik berdiet atkins, menjadi sebahagian daripada atkiners **insyaallah yang berjaya** hehehe. Dan dalam 12hari ni, sudah nik halau 6kg berat badan yang tak penting. hahahah. Insyallah nik akan ikut fasa 1 ni sehingga hilangnya berat sebanyak 20kg kg kg lagi. Tahun ni nak beraya sebagai "the new nik" gitewwwww..



Mohon korang doa kat nik ye :)

Wokehh..*sekali lagi** entry simple lagi malas untuk ditaip kali ni, nik nak kongsikan dengan kalian seluruh alam, cara cara untuk shooping bagi atkiners.. Sonok tak? Harus, sebab rata-rata new atkiners *macam nik la* bila pergi giat ka...tesco ka.. mesti pikir nak beli apa.. kan kan..





So here... nik kongsikan pembacaan nik dengan korang semua..


Cara-cara Shopping Menurut Atkins Diet:

Bahagian Daging:
1.) semua ayam, daging lembu, kambing boleh dibeli.
2.) Semua jenis ikan, udang dan ketam okay. 

Section Frozen Food / Makanan Dibeku:
1.) Berhati2 memilih sosej dan burger.
Ramli burger ayam cuma ada 2.8 gram karbohidrat sekeping, yang Ramli daging ada 3-4 gram.
2.)Frozen pizza, frozen bread, frozen kuih-muih, ice-cream dan apa2 makanan diproses wajib dielakkan kalau nak kuruskan badan.

Bahagian Sayur dan Buah-buahan:
1.) Beli banyak sayuran hijau - kailan, sawi, bayam, kangkung, daun salad, etc.
2.) Elakkan buah-buahan.

Bahagian Makanan Ringan:
1.) Elakkan terus. Jangan galakkan anak-anak memakan keropok dalam peket / crisps / potato snacks sebab mengandungi Trans Fat yang boleh menyebabkab Obesiti di kalangan kanak2.
2.) Jauhi gula2 / coklat.

Section Makanan Dalam Tin:
1.) Pilih tin Tuna, Sardin atau Salmon dimasak dalam air/brine atau in oil. Jangan pilih yang dalam sos tomato sebab bergula.
2.) Jangan beli buah2 dalam tin. Bergula tinggi!

Bahagian Rempah-Ratus dan Perencah Makanan:
1.) Pilih rempah asli, bukan yang ditambah perisa tiruan.
2.) Perencah makanan banyak ditambah gula dan perisa tambahan.

Bahagian2 Lain:
1.) Keju - pilih Cheddar, mozzarella, Swiss, gouda, Goat. Tak kira shredded atau satu block. Jenama Australian Dairies and Krafts okay. Pilih dalam bentuk blok daripada kepingan (slices) sebab yang berkeping lebih banyak karbohidrat (ditambah pengawet lebih).
2.) Chicken / meat slice dalam packet. Baca label.
3.) Elak bahagian mi, spagetti, vermicelli, macaroni.
1.) Kalau ke restaurant/gerai, boleh order steak ATAU telur omelette, ayam panggang, sup sapi, ikan/udang bakar, steam fish, steam boat, sayur-sayuran, tomyam, satay, kebab, dan lain-lain.
asalkan BUKAN nasi, roti.
2.) Fast food
KFC - makan ayam KFC tapi kulit ayam bertepung tu kasi orang lain.
3.) Ayamas AyamA1 panggang - OK, tapi sos cili tu bergula so elakkan. Cicah dengan Tobasco sos atau lada hitam.




Dah khatam? 
Dah paham?
Dah boleh shopping dah pagi esok naaa.. Nik nak naik belon dah lusa. Balik kampung ohohhoho balik kampung...


 

Jumaat, 23 Januari 2015

Diet Atkins (INDUCTION/FASA 1)

ASSALAMUALAIKUM.

Diet Atkins bukan sesuatu yang membahayakan kalau kita buat dengan betul dan berdisiplin. Malah, dalam masa beberapa bulan kesannya kita dapat rasai. Jadi, kenapa masih nak persoalkan kalau ramai yang berjaya turunkan berat badan ke tahap yang mereka mahu. Insyaallah.. nik pun kalau boleh nak kurangkan 20-22kg lagi. Macam mana boleh 'jumpa' diet atkins ni? Korang baca entry Diet Atkins: Serasikah?

Amaran: Pesakit buah pinggang & Ibu hamil tidak boleh mengamalkan Atkins Diet. ibu mengusukan anak tidak digalakkan buat induction, tetapi masih boleh buat low carb diet(bawah 160g carb)

 

Diet Atkins (INDUCTION/FASA 1)
Induction berlangsung selama 2 minggu(PALING SINGKAT). Tapi kalau berat badan korang terlalu berat dan obes ataupun lambat menyusut korang boleh kekalkan/tambah jangka masa Induction(20g carbs) selama 2-6 bulan ke atas dengan selamat. 


Makan yang Dilarang semasa Induction
  1. Semua jenis beras/nasi, semua jenis mee & spagetti.
  2. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
  3. Gula pasir, gula melaka, gula perang, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
  4. Semua jenis buah-buahan & jus buah-buahan
  5. Semua jenis minuman bergula, milo , barli, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
  6. Segala bentuk kekacang, tempe & sebagainya.
  7. Makanan berproses seperti bebola ikan, bebola sotong, bebola ayam(bertepung)
  8. Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih dan semua produk bergandum.
  9. Sos & Kicap (kebanyakkannya tinggi karbohitrat)
  10. Sayuran berkarbohidrat tinggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak. 
  11. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
  12. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim, twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
  13. Elakkan kopi, teh dan minuman ringan yang mengandungi kafein. Kafein yang berlebihan menyebabkan gula darah yang rendah, yang boleh membuat ketagihan gula.
  14. Sate yang diperap dengan gula @ madu. Keropok lekor, oat, otak-otak, sata.
Makanan yang boleh dimakan.
  1. Ayam(semua bahagian) - panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung.
  2. Telur ayam, Telur itik, Telur ikan. - telur dadar, rebus, goreng.
  3. Ikan, Udang, Ketam -  (kurangkan sotong & kerang kerana karbohidrat tinggi.)
  4. Daging(semua bahagian) - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai, keropok kulit lembu.
  5. Sayur, terutamanya sayur hijau. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun, Rumpai laut. Kurangkan lobak merah, kacang panjang, bendi & tomato.
  6. Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Cuba limit kepada 2-3 keping sehari.
  7. Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
  8. Burger & hotdog? daging sahaja, roti2 buang...(pastikan burger rendah karbohitrat)
  9. Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
  10. Garam & rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
  11. Minyak masak, olive oil & sebagainya.
  12. Chewing gum yang sugar free, selalunya 1 carb sebiji, cukup 2 or 3 biji sehari kalau nak makan.
  13. Psyllium husk, teh hijau, teh herba, teh org kampung.(tanpa gula)


    Syarat-syarat semasa Induction
    1. Pastikan cukup minum air, 1 liter setiap 25kg berat anda atau lebih.  (Penting) 
    2. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 8.00pm atau 4 jam sebelum tidur. Jangan ponteng makan(menyebabkan badan dalam mood lapar & metabolisma menurun) 
    3. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Jangan menganggap apa-apa makanan rendah karbohidrat tanpa membaca label! Periksa kiraan carb (pada setiap paket) 
    4. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat.  
    5. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang tidak dibenarkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. 
    6. Berjaga-jaga untuk karbohidrat yang tersembunyi dikuah . Kuah sering dibuat dengan tepung atau tepung jagung dan gula. 
    7. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway. 
    8. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.BERHATI2 KETIKA MAKAN DI KEDAI, tomyam/sup kemungkinan ada gula dalam masakan. 
    9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula. 
    10. Kurangkan makan berproses seperti burger & hotdog(boleh makan, cuma kurangkan)

"Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak."


Macam dalam syarat Induction kat atas, kena minum banyak air. Kalau boleh untuk setiap 25kg berat kita, 1 liter kena habiskan. So, kalau berat korang 75kg, kena minum 3 liter lah. Macam nik, memang susah sangat nak minum sebanyak tu. Tapi demi nak capai target, nik paksa diri je sekarang ni.  Dalam  diet atkins ni, kita minum air dalam kuantiti yang banyak untuk mengurangkan air sebanyak mungkin di dalam badan kita.  
 
Mesti korang tertanya-tanya macam mana kan? 
 
"Bila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas."

Kenapa tak boleh makan buah-buahan?
 
Nik pun mula-mula terkejut monyet. Dah apesal pulak tak leh makan buah. Selama ni nik diet makan buah banyak. Tapi for sure.. sekilo dua yang turun. takat tu je.
 
Korang.....buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula ni akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar dan sentiasa lapar.

Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan 


"Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu."
 
Mesti korang terfikir kan.. dah semua tak boleh makan, nak makan apa je? Satu stigma yang memang susah nak ubah! Kalau diet tak leh makan ayam.. takleh makan daging. Baca jadual kat bawah. Korang boleh makan keju.. Kegemaran kan? Korang boleh makan ayam! Kfc pon boleh tapi buang kulit. Burger pun boleh tap buang rotinya!! see. semua makanan kegemaran boleh makan. Yang penting, kalau jumlah karbohidratnya tinggi, jangan sesekali makan atau beli. 
 
Contoh sarapan / Breakfast
  1. Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
  2. Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
  3. Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
  4. Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
  1. Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
  2. Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
  3. Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
  4. Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
  5. Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)
  
Nak seribu daya. Tak nak seribu dalih. Pilihan dalam tangan korang sendiri ye, tak sesiapa memaksa. Tapi nik pilih Diet Akins :)





Diet Atkins: Serasikah?

ASSALAMUALAIKUM.

Lima hari ambe tak update blog yawww!! Sedih bila blog terabai sebegini rupa. Tapi nak buat cemana.. Line internet slow yang amat, so nak buka blog kat fon memang tak dapat.

DIET ATKINS


Untuk pengetahuan korang, nik dah 9 hari terjebak dengan diet atkins!!! huhuuu. So far so good. And im happy dengan perubahan yang berlaku. Macam mana boleh terjebak? Orite.. meh nak cerita.. acctually, nik tertarik dengan status fb blogger fofuler Emas Putih aka Uzu.

Kalau nik tak silap, dah dekat sebulan Uzu menjadi pengamal Diet Atkins ni. Tanpa berlengah lagi, nik google diet apa yang Uzu tengah buat. Now, nik dah dapat jawapan, dan dengan senang hati, dan dengan hati terbuka, nik isytiharkan diri sebagai Atkiner *betul ke istilah ni?* bermula 14 JANUARI 2015. Dan alhamdulillah, kelmarin nik timbang berat nik dah bekurang 5kg!!!! Betapa gumbiranya ambe sampaikan p bagitahu kat semua orang!

Dah nampak hasil, nik lagilah bersemangat untuk teruskan diet atkins ni sekarang. Korang nak tahu pasal diet atkins? Stay with this blog..atau scroll je sampai bawah nanti. Nik akan cerita serba sedikit yang nik tahu. Cuma awal-awal nik nak cakap..nik diet sambil buat excercise yang termampu. Workout dalam bilik boleh kata 2 hari sekali nik buat. Sekali buat dalam 45 minit.

Ni antara workout yang nik buat.


APA ITU DIET ATKINS?

Diet Atkins ialah sejenis corak pemakanan yang membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.


Prinsip ini dari diet Atkins 'adalah bahawa, dengan menyekat karbohidrat, tubuh kita dipaksa untuk membakar lemak yang disimpan, bukan karbohidrat untuk bahan bakar.

Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut. Kat luar sana, ramai yang tidak percaya dengan keberkesanan diet atkins. Tapi insyaallah, nik akan cuba buktikan.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

1)Induction ( permulaan dan pengenalan ) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan - (Had Carbo 20 gram sehari)
2)Ongoing Weight Loss ( penyusutan berat berterusan ) - ( Tambah jumlah karbohidrate kepada 5 gram - 10 gram dari fasa induction )
3)Pre-maintenance - (try buat pre maintenance sebulan, sampai dapat berat ideal, sambil top up jumlah carbo 5 gram - 10 gram dari fasa kedua)
4)Lifetime Maintenance - ( Tambah 50 gram- 90 gram carbo sehari )




Faham kan sikit-sikit.?? Kalau dah faham, nik akan kongsikan lagi apa benda yang boleh di makan dan tak boleh di makan semasa mengamalkan diet atkins ni. Tapi nanti next entry ye. Penat nak menaip panjang-panjang. So.. jawapan untuk Diet Atkins: Serasikah? Dengan nik alhamdulillah, setakat ni serasi. Boleh je pun tak makan nasi even nasi tu makanan ruji kita rakyat malaysia.. Antara nak dengan tak nak je kan..


Sabtu, 17 Januari 2015

Header baru!

ASSALAMUALAIKUM.

Yeay! Kita ada header baru! 
oke seronok kemain walaupun header baru tu tak berapa nak cantik dan cute macam header korang! 
Tapi tak pe, header baru ni ni buat sendiri tau, dengan penat lelah sendiri. So, walaupun simple tak langsung tidak berseni, tapi nik tetap suka dan nak war warkan. gitewww! 


 Untuk info(macamlah berinformasi sangat kan), header sembelum ni *yang kat atas ni* nik buat tempahan kat blogger aimisyafiqah.com. Kalau korang berminat nak tempah edit blog ke, buat header ke, boleh p blog cik aimi ye. Nik tak pandai. 



Header baru ni macam senget kan? Entahla, nanti ada masa buat baliklah. Sekarang guna yang ni je dulu. hehehe. malas.


Jumaat, 16 Januari 2015

Operasi berjimat cermat

ASSALAMUALAIKUM.

Alhamdulillah.. tahun 2015 ni nik mula tanamkan satu tekad baru. Insyaallah. Bermula dengan melatih diri untuk berjimat dengan menabung. Kalau sebelum ni sifat boros nik terlalu keterlaluan sampai ditegur dan selalu ditegur oleh abe li dan my mom.. sekarang nik dah nak cuba ubah. Dan bermula hari ni, hari bonus**hehehe** nik akan mulakan operasi berjimat cermat dan operasi menabung. Satu tabung hand made telah nik siapkan.

Satu cara menabung yang telah dikongsikan oleh kawan tempat kerja nik. Tabungkan wang pelik dalam dompet kita. Wang pelik tersebut adalah wang kertas rm5. Warna hijau. Jarang sekali ada dalam dompet. Kalau ada terus masuk tabung. Nik akan amalkan perkongsian kawan nik ni.

Selain tu jugak, bagi membanyakkan tabungan**cewaaahh** nik akan mengumpul syiling. Setiap kali ada syiling dalam dompet, nik akan cuba nasihat kat diri sendiri supaya katakan tidak pada gula gula rm0.50. Syiling yang dari sekecil 1 sen hingga sebesar 50sen akan ni tabungkan. Insyaallah..



Operasi berjimat cermat


Harap nik mampu latih diri menabung dan berjimat cermat. Aminn..

Saat ni... nik masih menunggu kemasukkan Brim 4.0 masuk ke akaun. Kalau masuklah.. tapi nik tak mengharap sangat sebab tahun lepas pun nik tak dapat.kihkihkih.

Menjelang 2016 nanti nik harap dapat menyimpan sebanyak yang mungkin. Untuk masa depan. Untuk hal hal kecemasan jugak.  Semoga lepas ni, diri ini tidak lagi boros dan sentiasa berjimat cermat. 


2nd Giveaway Sulaman Lace Heaven - Happy Birthday

Assalamualaikum.. 

Ni ha.. tadi ternampak satu GA menarik. Serius.. hadiah dia tu memang kegemaran nik.. so nik nak join.. ni pantas punya Ga sebab syarat tak banyak. Hehehe.

Tekan banner lah ye kalau berminat nak join sama.


Ohhh... Giveaway ni sempena birthday kak Fuza . So im happy to wish you happy birhday akak.. Semoga sentiasa gembira dan bahagia.. semoga di murahkan rezeki sentiasa. Semoga sentiasa mendapat keberkatan dari Allah swt. Amin...

Pasca Banjir di Gua Musang, Kelantan

ASSALAMUALAIKUM.

Dah dua minggu rasanya banjir besar melanda negeri Pantai Timur berlalu. Terlalu banyak gambar-gambar banjir yang menyayat hati di kongsi di media sosial. Kalau buka facebook, memang scroll sampai ke bawah hanya gambar situasi banjir je. Memang menyayat hati. Sebak tak terkata. Teruk dan memang sukar nak terima. Tapi dah ketentuan Allah. Nak tak nak, benda dah berlaku dan kita tak mampu nak elak. 

Banjir Pantai Timur kali ni memang mendapat perhatian seluruh masyarakat negara kita. Tidak terkecuali beberapa negara luar/jiran yang turut memberi bantuan dan sumbangan. Nik sebagai anak kelantan, turut merasakan keperitan mangsa-mangsa banjir yang terjejas teruk. Macam yang nik katakan semasa banjir tengah teruk melanda hari tu, ramai juga kenalan dan saudara mara nik yang turut kehilangan harta benda semasa banjir kali ni. 

Menurut kata mak, rumah bapa saudara nik di Tanah Merah lumpurnya sampai ke buku lali. Seminggu proses membersihkan rumah dijalankan. Alhamdulillah rumah masih elok tapi kebanyakan perabot musnah. Nik tahu, payah untuk mangsa mangsa banjir bangkit balik... terutamanya bagi yang rumah mereka "total lost". Tapi, insyaallah mereka mampu untuk hadapi semua ni. 

Sini nik kongsikan beberapa gambar Pasca Banjir kiriman kawan nik di Gua Musang. Gambar terbaru yang dia ambil di area sana. 

















Bila tengok gambar, nik tak dapat bayangkan macam mana keadaan semasa banjir. Juga keadaan selepas air surut. Apapun..harap semua mereka mangsa banjir bertabah dengan apa yang berlaku. Insyallah ada hikmah di sebalik bencana alam yang berlaku ni. Tak lupa juga jutaan terima kasih kepada yang sudi membantu menjadi sukarelawan dan menderma barang serta wang ringgit. Bila terjadi musibah sebegini; baru nik sedar yang rakyat Malaysia masih ramai yang berhati mulia dan pemurah. Hanya Allah yang mampu balas jasa baik kalian semua.



Selasa, 13 Januari 2015

Dalam banyak banyak blogger, aku kenal Fatin Liyana je.

ASSALAMUALAIKUM.

Siapa tak kenal Dr Fatin Liyana?Sejak belum mula start berbelog lagi nik dah kenal Fatin Liyana ni. Hingga sekarang 'jenama' "FATIN LIYANA" nampak makin kukuh dan dikenali. Tanya je sesiapa yang ada facebook, twitter ataupun instagram, mesti kenal punyalah. Berapa peratus je yang tak kenal Dr. Fatin Liyana nih... kan kan...



Cantik? Opkos. tengok gambar Dr. Fatin Liyana kat atas ni, cantik kan..tengah masak pun masih cantik.. hehehe.

Nak share satu cerita.. alkisah nik dengan sorang kawan berbual. Dia ni minat nak buat blog. Tapi agak malas nak menulis. Ada ke patut?  

Berikut sedikit perbualan kami beberapa tahun lepas, masa tu nik baru berjinak dengan blog ni.


Me       : Aku ada blog weh.. nanti kau tengok eh.
Kawan  : Biar betul ! Apa nama blog kau? *dengan nada tak percaya*
Me       : *TULS ATAS KERTAS URL BLOG* nanti kau tengok tau!
Kawan  : Hmmm..dalam banyak-banyak blogger, aku kenal Fatin Liyana je weh. Dia je yang famous.
Me       : Errrr... *ter'kecik' hati den. De*


So, nik tak boleh nak cakap apalah kan.. Dr FL memang dah dikenali dari dulu lagi. Kalau tak, kawan nik yang langsung tak kisah akan dunia blogging ni tak akan kenal beliau.. 

Baru-baru ni nik ada tengok kat instagram Datin, kawan Dr Fatin Liyana, Dr. FL dah bertunang.. seronok pulak dengar berita ni. Tak tahulah kenapa. Maybe sebab nik minat kat dr. FL sesangat kot. Suka baca blog dia, sampaikan entry dia yang terdahulu semua nik khatam. ambikkk khau.. Gigih!  

Kelmarin Fatin Liyana dan update pasal majlis tunang dia..Nik excited p baca!!! Fuhh.. 
cantik sangat kan kakpaten kitewwww... hikhikhik..Gambar masa majlis tunang kakpaten.

Last, tahniah Dr FL dan Dr AF. Mood sekarang, tak sabar tunggu wedding FATIN LIYANA! Hahaha Kakpaten nanti jangan lupa jemput peminatmu ini ye. :) *ya ya je aku, padahal dia tak kenal pun sape aku*

 

Ahad, 11 Januari 2015

Semua Orang Entry Santai.

ASSALAMUALAIKUM,.

Happy weekend!

Huh.. happy bagi yang berweekend jelah kan. Yang sibuk kerja macam nik ni, kita berweekend nanti-nanti je. Tapi kalau nik, kerja weekday atau weekend sama je. Macam tak dak beza. Kadang rasa macam hidup ni tak de apa yang menarik pun sebab rasanya hari-hari kena kerja. Dah le jauh dari keluarga apa semua. Kat tempat orang, asing lagi terbuang. 

Okey, ayat pasrah. 

Jeles sebenarnya ni tengok entry rakan-rakan blogger pagi ni. Semua dok bercerita entry santai-santai je. Bestnya dapat bersantai dengan keluarga. Dapat breakfast nasi lemak ramai-ramai. Minum teh panas dalam selimut. hahaha. 

Realitinya, Nik jam 7 lagi dah turun 'kerja'. Haishhhh...

Nasiblah kerja hari ni tak sibuk sangat. Orang tak ramai. so, santailah jugak walaupun tak dapat rehat. Yang penting, sambil santai sambil buat kerja.



Nik kongsikan kata-kata UAI pagi ni buat renungan kita bersama. hehehe.



Jumaat, 9 Januari 2015

Nak Jaga Isteri ni....



ASSALAMUALAIKUM..

Alkisah si suami nak menjaga seorang isteri. 
Bahagia rumahtangga kalau semua suami dan semua isteri kat negara kita saling bertolak ansur, faham memahami. kan? 

“Lelaki ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.” (Surah an-Nisa, ayat 34)


Perempuan/wanita ni cerewet+rumit. 
Kena faham mereka. 
Jangan cepat sangat menghukum.

Harap maklong..

Segmen Mama Mencari Bloglist




Assalamualaikum

Mama akan memilih 20 blog secara random untuk mengisi senarai bloglist mama yang baru.

Syaratnya :

Follow blog Mama Niza.

Letakkan URL blog mama di bloglist anda.

Tamat : 10 Januari 2015

Senarai peserta akan diupdate pada 12 Januari 2015

Nota : Jom beri sokongan pada mama!

Khamis, 8 Januari 2015

Aku Pengguna Ephyra Skin Bar !

ASSALAMUALAIKUM.

Bismillah. Kali ni kekok sikit nak menulis. Mungkin sebab masalah hati kot..Maklumlah, masalah bila berkaita dengan hati, semua benda akan jadi tak kena. 

Okey, benda tak penting letak tepi dulu.

Kali ni kita nak bincang pasal produk yang tengah femes sekarang ni, produk EPHYRA SIKIN BAR! Tipu okey kalau korang tak tahu atau tak pernah dengar pasal epyra ni. kan kan? Lagi pelik kalau tak tahu siapa duta epyra ni. kehkehekeh.

Ephyra Skin Bar



"Masalah kulit yang dihadapi. Jelaskan kenapa anda perlu dapatkan Ephyra Skin Bar."
Seperti yang nik nyatakan kat atas, kulit muka nik jenis yang berminyak. Tona kulit pulak memang tak sekata. Kalau tengok memang macam tak bermaya dan kusam walaupu tiada jerawat. Ditambah pulak dengan kulit yang agak gelap. Dari dulu lagi dah beli macam-macam produk online dan ofline, tapi kesannya tetap sama. Masih lagi mencari produk yang sesuai. Harapnya dapatlah nik cuba produk ephyra skin bar lepas ni memandangkan nik baca banyak testimoni berjaya dari blogger dan orang awam diluar sana.

Bermula saat entry ni ditulis, dah genap 22 hari nik secara officialnya menjadi seorang pengguna EPHYRA SKIN BAR. Pertama dulu nak say thank you kat Kak Mia dan pihak Ephyra sendiri sebab sudi anjurkan GA ni. Merasa jugak nik guna produk Ephyra Skin Bar.

Kalau korang nak tahu, sabun pencuci muka ephyra skin bar ni baunya sangatlah wangi. And i love it! Nik memula expect sabun dia maybe warna putih ke apa, rupanya warna biru.. hehehe. jakun jap sebab memang sebelum ni tak pernah tengok/perasan warna apa.

Paling best, kulit muka berminyak yang nik alami selama ni dah macam berkurang sangat sejak guna pencuci muka Epyra Skin Bar. Kalau sebelum ni kan, tak kira kat mana muka macam pakai minyak je..(kecuali dalam gambar yang iolls guna kamera 360 la..hehe). Even masa bangun tido, bila sentuh muka... eeiii. nik sendiri terkejut.


Haaaa.. lagi satu, rasanyalah tona kulit pun dah makin sekata. Nik tak perasan muka nik sendiri tapi ada kawan dua tiga orang tegur.. sukanya hati makkk.. bila dah kena tegur, mula senyum sambil sentuh pipi sendiri.kehkeh. Tahu-tahu jelah, sebelum guna Ephyra Skin Bar ni, memang muka nik tak sekata tona warnanya.  Then satu lagi kusam. Banyak kali tukar pencuci muka, tak jadi jugak. 

Kat sini nik tempek sekali gambar sebelum dan selepas guna ephyra skin bar. Yang sebelum tu masa nik pergi Labuan hari tu. Muka memang sememeh je. Nampak kan kusam, gelap. cuma yang tang berminyak je tak berapa nak jelas.



Yang selepas tu, nik ambik sebelum entry ni ditaip. Over putih tu sebab pencahayaan kot. Tapi serius, muka lebih segar. Korang yang memang guna produk ni mesti faham apa yang nik nak sampaikan.

Alhamdulillah, dah hampir sebulan guna Epyhra Skin Bar,nampak kesan positifnya. Harapnya lepas ni dapat terus gunakan Ephyra Skin Bar. Tapi, lepas ni kena saving sikitlah nak beli.. hihiii


Official Facebook : https://www.facebook.com/oceanlife2u
Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 (office hours only)



Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Oceanlife Marketing Sdn Bhd. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

** Ejen/dealer Ephyra lain dilarang membuat promosi di ruangan komen entri review peserta giveaway ini. Harap maklum.

Rabu, 7 Januari 2015

Kurus Dengan Nikko Slimm Juice


Kurus Dengan Nikko Slimm Juice | Ada sesiapa rasa badan dia terlebih lemak macam penulis tak? Kalau ada meh sini baca entry ni sampai habis. Sebab ini mungkin peluang keemasan untuk anda dapatkan berat badan ideal, mungkin dapat kurus macam Emma Maembong! 

Pernah dengar pasal NIKKO SLIMM JUICE? tak pernah? Kalau tak pernah hari ni korang akan kenal dengan satu produk untuk kurus selimm melim. Insyaallah, kalau ada usaha, adalah ganjarannya.


http://nikkobeauty.com.my/
Kurus Dan Menang Dengan Nikko Slimm Juice
 

Kali ni korang bukan setakat boleh kurus je dengan NIKKO SLIMM JUICE ni, tapi kalau bertuah, korang juga berpeluang memenangi hadiah RM1000!!!!! Ohhh.. siapa nak bagi RM1000 FREE?

Pung pang pung pang bercerita, korang mesti nak tahu jugak kan apa kelebihan produk ni berbanding produk lain di luar sana. Baca kat bawah kelebihan produk Nikko Slimm Juice ni ye.

Kelebihan nikko slimm juice.
 

Benda best pasal Nikko Slimm Juice ni adalah produk ni 2 in 1: Detox dan Fat Burner. Detox bertindak mencuci perut dan masa ni agen fat burner akan bertindak menghapuskan lemak. Selain itu Nikko Slimm Juice juga ada cara diet yag tersendiri. Khusus untuk pengamalnya. Meh nik share dengan korang cara diet berkesan Nikko Slimm Juice.

Cara Diet Gaya Nikko Slimm Juice:

BREAKFAST  
1) Makan 1 sudu besar NIKKO Slimm Juice sebelum breakfast
2) Breakfast wajib diambil
3) Contoh: sandwich,oat dan roti

LUNCH
1) Makan nasi satu genggam kecil sahaja
2) Lebihkan sayur, ambil lauk seperti sup ayam atau ayam bakar3
3) Elakkan makanan bergoreng
4) Minum air mineral


TEA TIME
1) Makan buah buahan atau roti.
2) Makan OAT sangat digalakkan sebab ia mengenyangkan

DINNER
1) Makan 1 sudu besar NIKKO Slimm Juice
2)
Latih diri anda makan dinner awal bermula pukul 6 hingga 8 malam 3)
3) Makan nasi segenggam kecil sahaja
4) Lebihkan lauk. Kalau mampu, jangan makan nasi.


Kalau berdisiplin, dan ikut one by one langkah suggestion yang diberikan insyallah korang boleh lihat result yang menggembirakan.
 
Kurus Dan Menang Dengan Nikko Slimm Juice
Nikko Beauty, & Wellness, syarikat yang mengedarkan produk Nikko Placenta White kini mengeluarkan produk kurus mesra pengguna iaitu Nikko Slimm Juice.
Nikko Slimm Juice lulus KKM dan Halal. Rata rata pengguna memberikan respon atau testimoni yang baik setelah menggunakan produk tersebut.

Berikut merupakan info tambahan produk :
1) 1 botol cuma berharga RM60 
2) Tidak perlu bancuh,terus minum sahaja 2x sehari 
3) Mengandungi 250ml, tahan untuk 2 hingga 3 minggu

Pihak syarikat ada melancarkan pertandingan Kurus Dan Menang. Setiap pengguna Nikko Slimm Juice layak menyertai pertandingan ini.

Pemenang akan memenangi RM1000 jika berjaya turun berat badan sebanyak 10 Kg dalam masa sebulan. Antara syarat pertandingan :

Wajib ada bukti sahih sebelum dan selepas amalkan Nikko Slimm Juice
Ada gambar ‘before – after ‘

Untuk menyertai pertandingan dan maklumat lanjut, boleh hubungi kami melalui saluran berikut :

Website : http://nikkobeauty.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/nikko.slim.juice.hq
Email : staffnikko@gmail.com
Hp : 019 3444513

Contest Mudah Nikko Slim Juice ini dianjurkan oleh Farid Laham Network dan ditaja oleh Nikko Beauty serta duniafarisya.com.