Blogger Buat Duit Online - Fatihah Fazlin

Sabtu, 8 November 2014

Blogger Buat Duit Online

ASSALAMUALAIKUM.

Blogger Buat Duit Online | Semakin lama, semakin ramai blogger yang tumbuh dekat Malaysia. Dah kalah cendawan. Kebanyakkan muncul dengan pelbagi niche dan katogeri.  Antara katogeri yang paling famous di pilih dalam kalangan blogger baru ialah personal blog, lifesytle blog dan blog berita/gosip. Dan untuk pengetahuan, blog saya atas nama fatihahfazlin333.blogspot.com adalah ber"niche"kan personal blog 100%. Tapi bagi saya, untuk blog saya ni buat duit secara online adalah sesuatu yang tidak mustahil.

PERSOALAN MEREKA.

Orang luar sana mesti tertanya-tanya.. best sangat ke jadi blogger ni? Malah kadang-kadang ada yang cakap blogging ni adalah sesuatu yang buang masa, buang duit! Hakikat sebenar mereka tidak tahu, dengan hanya menjadi blogger, sesorang itu mampu mendapat income ribuan ringgit sebulan. Mereka tidah tahu Blogger Buat Duit Online dengan mudah tanpa perlu berpanas hujan. Tak percaya? Tanya Blogger Otai kita ni. Tak percaya jugak? Pergi selidik blog Sifu Blogspot ni atau korang akan rugi sendiri. 

Mari kita kaji dan kenal siapakah diantara blogger-blogger Malaysia yang sudah berjaya buat duit online dengan hanya melalui blog mereka. Kita selidik sampai habis! Kita jadikan blog mereka, cara mereka, dan semangat mereka sebagai platform untuk kita blogger baru mulakan langkah ini dengan lebih serius. Saya yakin, entry ini boleh bawa kita menjadi lebih bermotivasi untuk menjadi blogger dan buat duit online dengan mudah.



Blogger Buat Duit Online

Sebelum kita kenal beberapa blogger yang gigih buat duit dengan blog ni, jom baca dulu beberapa platform yang berkesan dan diguna pakai oleh ramai blogger dalam menjana pendapatan. Dan, suka nik tekankan kat sini, apa yang nik nak kongsikan ini lebih tertumpu kepada blogger baru atau blogger yang baru berjinak mahu buat duit secara online. Sebagai blogger, kita  perlu memilih stategi dan cara yang terbaik untuk buat duit di laman web atau blog kita.

Ruangan iklan
Nik dah cuba ketiga tiga iklan yang nik senaraikan dibawah.. Tapi dengan komli tak bertahan. Blog nik kan suam suam kuku. Sekarang masih dengan Nuffnang dan 8hare ni. Alhamdulillah nuffnang ni nik akan cash out tak lama lagi.. 8share pun dah dua kali cash out. Seronok tak terkira dapat gaji tak official ni. Jadi, kalau ada blogger baru yang mahu mencuba dapatkan duit dengan blog, nik cadangkan anda guna dua platform ni. Mudah. Tapi kena rajin sikit.
 -Nuffnang
 -Komli
 -8share

Affiliate Dalam Blog
Nik tak pernah menggunakan program affiliate kat dalam blog ni. So, nik tak boleh nak share pengalaman nik. Tapi dah terlalu ramai blogger yang menggunakan platform affiliate sebagai cara untuk jana duit melalui blog mereka. Antaranya yang ni senaraikan di bawah. Income yang dah mereka dapat bukan sepuluh dua. 
Antara syrikat affiliate yang nik boleh kongsikan ialah.
 -jomniaga.com
 -Lazada
 -Niche-x

Banyak lagi. Kena belek blog blog otai kalau nak senaraikan satu satu ni.

Advertorial atau buat job reviews
Review ni nik pernah buat dulu. Tapi dalam sekali dua je. Sebabnya? Tak berapa pandai nak menulis dan yakinkan pembaca. Takut mengecewakan mereka yang membayar. Tapi bila nik tengok balik entry yang nik buat tu, samapi sekarang views dia makin meningkat dari hari ke hari. Nampaknya nik kena asah bakat, belajar tentang SEO dan seangkatan dengannya serta teruskan mencuba. Kata nak berjaya kan? 

Senarai blogger buat duit online yang berjaya

HASRUL HASSAN
Siapa tak kenal dengan sifu blogspot ni. Rata-rata blogger kenal dengan pemilik blog hasrulhassan.com ni. Kejayaannya buat duit secara online memang tidak dapat disangkal. Nik betul-betul kagum dengan dia. Setiap hari ada sahaja komisyen dari pelbagai sumber dia kongsikan di facebook atau blog. Dengan komisyen affiliatenya.. dengan iklan-iklan berbayar yang bertenggek di blognya. Blognya bukan calang-calang. Pakar SEO, tentulah trafiknya tinggi. Boleh bayangkan berapa beliau dapat bersih sebulan? Kalau boleh nik mahu ikut jejak langkah beliau yang buat duit online dari rumah sahaja.

ENCIK TITAN
Pemilik nama Ahmad Faizal ini terkenal dengan nama titan. Katanya, sudah lebih 10 tahun berkecimpung dalam program affiliate ni. Kirnya memang otai betul betul otailah beliau ni. Setahu nik juga beliau memiliki lebih dari sebuab blog dan ada blog khas untuk jana pendapatan melalui affiliate ni. Jadi boleh anda bayangkan berapa banyak blogger hebat ni buat duit dengan blognya? 


Siapa tak kenal Red Mummy yang gojes pencinta merah ni? Beliau pun telah lama berkecimpung dalam dunia blogging. Kalau blogger wanita, nik rasa beliau paling pantas buat duit secara online dengan menggunakan kelebihannya menulis review dan advitorial di blognya. Blognya sudah punya ramai pengikut dan punya kekuatan tersendiri. Jadi tak mustahil beliau dapat income yang kita sendiri terkejut melihatnya. Tak percaya? Anda singgahlah di blognya.. banyak yang beliau kongsikan.


Konkluksinya..
Memang banyak cara untuk blogger buat duit online dengan blognya. Tapi nik yakin dan teramat pasti ianya bukan semudah yang di sangka. 

Pertama, kita mesti mantapkan blog kita terlebih dahulu dari semua segi. Ada otai cadangkan kita kena jadikan blog kita mesra SEO, ada trafik dan boleh dikatakan kencang.. Sebab tu sampai sekarang nik hanya beriklan guna nuffnang je. Bukan tak nak cuba join mana mana program affiliate atau buat advetorial ke apa,tapi kerana nik tahu blog ni belum ada kekuatan kearah tu dan nik sedang berusaha untuk mantapkan apa yang di cadangkan oleh blogger berpengalaman.

Akhirnya dapat menoktahkan juga entry cabaran terkahir contest iphone 5s ni. Alhamdulillah.. Berminat nak ketahui perjalanan contest ni?  Anda cuma perlu ke blog DENAIHATI.COM dan refer pada entry entry berkaitan..

Tak lupa kepada semua para penaja contest.. Terima kasih daun keladi saya ucapkan. Semoga perniagaan dan apa jua yang kalian usahakan di berkati Allah.



Penaja Utama
  1. http://amariman.com
Penaja Individu
  1. http://www.ombakcreatives.com
  2. http://ejamothman.com
  3. http://www.eridy.com
  4. http://www.hilalazmi.com
  5. http://www.eizil.com
  6. http://www.asamboi.my
  7. http://www.diarymama.com
  8. http://pendekarberkuda.org
  9. http://www.saji.my
  10. http://abangensem.com
  11. http://www.enveeus.com
  12. http://www.pakarniaga.com
  13. http://anarm.net
  14. http://www.daddydee.net
  15. http://www.sunshinekelly.com
  16. http://sweetkurma.com
  17. http://awn.my
  18. http://mawarmerah2008.com
  19. http://www.blogieta.com
  20. http://www.broframestone.com
  21. http://www.akmaomar.com
  22. http://khairilmazri.com
  23. http://wowberita.org/
  24. Japan Budget Trip



Sekian..

52 ulasan:

  1. btul2.. lg pun, bukan senang nak promote blog bg orang kenal. so yang dah berjaya tu memang respect sangat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah.. memang untuk permulaan ni banyak usaha yang perlu kita buat..

      Padam
  2. Tahniah nik sebab dah siapkan entri ni. ;D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sis sally.. penat gak nak cari idea.

      Padam
  3. wah..memang banyak cara untuk blogger buat duit online ni...good luck ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Caranya memang banyak.. tapi usahanya terpulang pada kita.terima kasih.

      Padam
  4. good job fatihah ! good luck tau ! nice entry .. sama la macam Anis , masih lagi belum bersedia tai sedang cuba mengarah ke sana . sekurang-kurangnya kita ada usaha mencuba kan , better late than never

    BalasPadam
    Balasan
    1. At least kita kena cuba.. cabar diri buat sesuatu yg kita tak pernah buat..

      Btw.. terima kasih ye.

      Padam
  5. Alhamdulillah...good luck yer...tak mudah tapi tak mustahil kan untuk jadi seperti mereka...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu mama.. semua tak mustahil .. cuma bergantung pada cara dan usaha kita.

      Padam
  6. Erkkk terima kasih sebb senaraikan blog saya sebagai rujukan. Tapi segan diletkkan pertama apatah lagi atas dari RM tu ....

    Saya memang jana income dari blog tapi tidaklah sehebat redmummy yang pengaruh dia lebih hebat. Jujur saya kata, income saya cukup untuk saya belanja hari-hari gi pasar, bawa anak makan-makan, bayar segala bil di rumah .... alhamdulillah, Allah kurniakan rezeki memudahkan saya.

    Penting-Jangan lokek dengan apa yang dapat. Sedekah, sedekah, sedekah dan lakukan kebaikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. sama sama.. saya senaraikan sifu HH dulu sebab saya kenal dulu dalam dunia blog ni. Ehhehe.. ikut ranking yang saya kenal awal tu. Ehhee.. en titan dan kak redmummy tak marah kot. Mereka pun blogger hebat.

      Alhamdulillah.. itu dah cukup banyak dah tu bagi saya yang bergaji kecil ni.

      Padam
  7. wah.. terima kasih.. dorang memang hebat kan, ..

    BalasPadam
  8. Saya harap saya dapat jadi macam mereka semua.

    Klik untuk baca entry terkini saya > Blogging : Cabaran November #1

    BalasPadam
  9. Rezeki datang dalam pelbagai bentuk dan cara.. Salah satunya melalui blog.. Selamat maju jaya Nik! ^_^
    RosmizaAliDotCom

    BalasPadam
  10. semoga menang dalam contest ini.

    nanti la leh pinjam ipong tu sehari dua eh.

    BalasPadam
  11. nik! artikel yang menarik nik ;) uncle hasrulhassan, jangan main-main. blogger otai tu, kena respek sikit :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha.. ini je yang mampu PG.. HEHEHE.itu memang!

      Padam
    2. hi nik :) adui, pening da PG nak edit artikel blogger buat duit online tu nik. :(

      Padam
    3. Alamak PG.. nik hari tu pun gitu.. last last publish jela.. selagi simpan selagi tu rasa tak puas hati...

      Padam
  12. tahniah..dan semoga berjaya untuk membawa pulang sebiji iPhone 5s..sekarang tinggal 4 sudah..yang satu tu bagi saya la ye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminnn.. Amboi...sabar bro. Kita tunggu pengumuman pemenang nanti... hahah

      Padam
  13. Semoga beraya fatihah dalam cabaran terakhir ni

    BalasPadam
  14. Blogger Buat Duit Online - Selamat berjaya dalam kontest Cabaran iPhone 5S..:)

    BalasPadam
  15. Pemilihan ikon yang bertepatan sangat-sangat. Tidak boleh disangkalkan lagi mereka ini. Moga jadikan mereka sebagai role model agar kita juga boleh jadi seperti mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan abg kamil.. Mereka orang hebat dalam dunia blog. Kita jadikan mereka contoh dalam bidang ni.

      Padam
  16. Semoga dengan entri ini, Fatihah bakal mendapat iPhone 5S nanti. Insya Allah...semoga berjaya.

    BalasPadam
  17. setuju tu, memang banyak cara nak buat duit online ni kan..cuma antara nak ngan tanak je

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup.. nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan?

      Padam
  18. awak sy blogwalking disini cantik laa blog awak dah laa ade novel best !! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. mekasih ye sudi singgah. :)
      jemput baca novel tu sampai habis nanti eh. 6_^

      Padam
  19. halu nik....
    mesti duit dah bnyk dpt from blogging kn.. i envy u.. hhihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. hai kak wenn.. tak de pun ni.. baru nak bertatih je.

      Padam
  20. billion terima kasih sudi sambung cabaran terakhir iPhone 5s gajet impian setiap blogger dan semuga sukses.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama tuan DH. saya dah buat apa yang saya mampu, harap ada tempat di hati para juri. : )

      Padam
  21. salute kat blogger2 awesome tu...tengah berusaha ke arah itu cayokkkkk!!!! ehehe

    BalasPadam
  22. kalau blog da banyak trafik..letak iklan,confirm boleh buat duit.

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum. Satu perkongsian yang menarik, seronok membacanya :D Hehe
    Semoga berjaya ya! ^__^

    BalasPadam
  24. Good Luck!! Semoga berjaya menjadi salah seorang pemenang cabaran ini... ;)

    BalasPadam
  25. gud luck dear...semoga berjaya.... sesama kita memeriahkan lagi GA mamaniza juga....

    salam ukhwah dan salam kenal semua blogger-2 hebat ... dari mommylina

    BalasPadam
  26. salam... sedang berjalan2 dialam maya..
    perkongsian yang menarik.. semoga berjaya..:)

    BalasPadam
  27. http://payripo.com/?share=93593
    Cara mudah dapat extra cash.

    BalasPadam
  28. Saya baru 3 bulan akrif blog..hee..

    Semoga dpt jadi seperti otai2 yg disenaraikan;)

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard