Sabtu, 28 Februari 2015

30 fakta menarik tentang diri dan perasaan wanita.

ASSALAMUALAIKUM...


30 fakta menarik tentang diri dan perasaan wanita.


1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3.Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

4.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.

5.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6.Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.

8.Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.

9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10.Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.

11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.

13.Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.

14.Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.

15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.

16.Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17.Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.

19.Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.

20.Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21.Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!

22.Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.

23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.

25.Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.

26.Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.

27.Senjata wanita adalah airmata!!

28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.


30.Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


SUMBER: iluvislam


30 fakta menarik tentang diri dan perasaan wanita.

Steamboat Bakar Kepayan

ASSALAMUALAIKUM..

Kesibukkan sungguh melanda diri ini, sampaikan jarang dapat update blog macam kawan-kawan blogger yang lain. Jeles yang teramat tengok dorang dapat update blog tiap tiap hari. Tapi nak buat macam mana kan. Benda lain lbih penting, urusan kerja dan kehidupan lebih penting. Terpaksalah tinggal sekejap blog biru ni...

Sebenarnyaaa.. nik pun tak tahu apa yang sibuknya.. hhehhee.. oh btw, bukan nak cakap pasal sibuk bizi ni. Hal tu letak tepi sebab dah free sikit sekarang ni. :) 

Siapa pernah sampai kat Steamboat Bakar di Kepayan? Kedai ni katanya baru buka dalam a few months. Kedainya not bad, lokasi pun agak menarik.. Macam biasa, my officemate suka tawwww pergi makan ramai-ramai..  Walaupun tak kerap, tapi sepanjang nik kat sini dekat dua tahun banyak kali dah join dorang.. so happy! 

 apakah motif letak magkuk kosong di awal entry ni?

Kali ni sempena kawan kitaorang nak berpindah tepat kerja. kira unofficial farawell party la gitewww... meh la kita kasi gambar sikit. 


sampai je restoren dalam jam 6 lebih kurang, terus makan laksa pinang!! ohmaiii.. ni fav sejak zaman dulu kala lagi.. Nak jadikan cerita laksa pinang dia mabeles sedap giler.. Nik rasa la kan,,, owner dia ni orang kelantan.. sebab laksa pinang kalau rasa gini air tangan orang kelantan.. hehehehe. maaf kalau salah. ini cuma firasat saya yang lemah.:)



THIS IS US!!!










Ehhh... apesal gambar ni terbalik..??? alamak,,sila pusingkan pc/laptop atau hp korang ye.. malas pulak nak rotate..dan macam banyak pulak gambar yang tak tersusun.. mohon maaf ye, nik update guna fon je.








Manusia yang di sabut  masa majlis kami ni adalah manusia yang pakai t-shit hitam bintik putih tu... tapi apasal muka ko bluurrr judith oiii.. hahaha. ko jangan marah aa aku up gambar tak jadi kat sini.. :P

the cake.. entah bila dorang pakat beli cake.. yummm.. sedap.. habis diet ambe!!! Dah ada kan, so makan jelahhh..



kepada judith.. kalau ko baca blog picisan ni.. semoga ko berbahagia dan seronok di tempat kerja baru. Jangan lupakan kami di sini yee... Jangan nakal-nakal. :P



Rabu, 18 Februari 2015

Ketosis dalam Diet Atkins

ASSALAMUALAIKUM..

Hi korang pembaca budiman..:)
Ada dalam kalangan pembaca blog ni mengamalkan diet Atkins? Macam mana perkembangan korang? Dah banyak penurunan ke? hehehe. Teruskan sampai capai target ye. Insyaallah, hasil yang positif menanti korang.

Nik? Hehehe. nik on off ni. Dalam 4 hari off Atkins sebab banyak makan sedap dijamu depan mata. Bab makanan ni kalau ada, memang susah nak tolak. Harapnya lepas ni, dah takde godaan menarik dah. Penat tau! Hati kata taknak..mulut kata nak. Nafsu nafsu.

Bagi yang still on Diet Atkins, nik nak share pasal Ketosis, which is benda ni seorang pengamal atkins wajib tahu! 

Apa tu ketosis?
Ketosis ialah proses penukaran lemak dalam tubuh badan kita kepada tenaga, katone dan air. Proses ketosis ni yang paling ditunggu oleh semua Atkiners sebab ini proses untuk kita jadi kurus. Kebiasaannya proses ketosis ni bermula 2 hari selepas kita mula induction. So korang bila dah mula induction jangan laaaaa nak cheat walaupun SEHARI!!! Sehari korang cheat sama je macam korang cheat 3 HARI!! RUGIIII!! Jangan jadi macam nik... kalau asyik cheat, lambat nanti nak kurusnya.

Tempoh induction kebiasaannya amik masa dalam 2 minggu, tapi bergantung pada berat badan kita; berat badan yang kita nak capai. Macam nik, nik target nak buat induction 3 bulan, tapi sebab dah banyak cheat, so macam kena tambah sebulan lagi la.

So, here, nik dengan sukacitanya nak share lagi tanda-tanda KETOSIS berlaku kat diri kita.

TANDA - TANDA KETOSIS
  • Nafas berbau - xteruk pon, cam bau mulut org puasa. Utk mengelakkan org kiri kanan aku pengsan aku banyakkan minum air. So bau tu boleh kurang sikit la. Ngeh3!
  • Pening untuk permulaan (proses pertukaran sumber tenaga)
  • Lesu pada permulaan (proses pertukaran sumber tenaga, mungkin dalam 3 hari) - tapi lepas tu korang akan jadi bertenaga, InsyaAllah.
  • Air kencing pekat (kalau tak cukup minum air)
  • Tenaga bertambah (selepas 3 or 4 hari)
  • Selera makan berkurang
  • Mulut kering (lebihkan minum air)
  • Air liur pekat
  • Jerawat naik, bisul, ruam (kesan dari toksin dari fat yang dah berkumpul lama didalam badan, akan hilang apabila toksin didalam badan berkurangan.
  • Sembelit (boleh makan fiber psyllium husk atau minum teh org kampung) - aku minum green tea Boh jer. Ok gak, hari2 tak miss buang air besau. InsyaAllah.



P/S: Malas pulak nak letak gambar dalam entry ni...

sumber : http://bicikut.blogspot.com

Daging singgang versi Simple.

ASSALAMUALAIKUM.

Daging singgang versi Simple| Nak jadikan cerita petag semalam nik pergi pasar, nampak daging. Rasa macam dah lama sangat tak makan daging lembu. Craving for daging singgang la pulak. Terus beli. Untuk dinner siaplah daging singgang simple versi nik.

Sdap tak sedap lain cerita tau!





Nampak tak menarik kan? HEHHEHE.. tak pe, untuk percubaan pertama nik maafkan diri sendiri.. hahaha.

Isnin, 16 Februari 2015

Bukit Keluang, Besut Terengganu


ASSLAMUALAIKUM.. Belum habis lagi cerita balik kampung hari tu. . Iolls sempatlah melencong ke pantai which is my fav place forever and ever. Nak nak lagi kalau ada sunset.. tapi kali ni pergi tengahari..so sunset belum muncul la.

Sata... craving dah lama benda ni okey.. sekali masa tengah jalan tu nampak gerai tepi jalan jual, singgah terus! Serius sedap yang amat. Dah lama tak makan, sekali beli rm5 untuk lima cucuk. Habis makan dalam kereta. Kalau nak cari yang sedap kena jalan kat area Bukit Keluang ni. nak bagi arah semua, nik tak pandai sangat. kekkekeke. 




Kengkonon nak ambik gambar wnaita melayu terakhir la. Tapi bawah matahari panas terik. Hangit habis muka! Tapi berbaloi la, dapat tengok pantai dan pemandangan yang cantik...:)

Nak hayati lagi kecantikan pantai Bukit Keluang ni, scroll lagi bawah ye. Nik berani jamin, CANTIK! tapi kalau nak tengok yang betul-betul cantik depan mata, sila silalah ke Bukit Keluang.





Kalau perasan kat gambar ni ada satu binatang menyibuk nak masuk gambar.




Gambar nampak macam pucat, eden pun tak tahu kenapa. Sebab lapar kot. hahaha. So itu sajalah. Tak sabar nak balik kampung sekali.:)



Jumaat, 13 Februari 2015

Majlis Akad Nikah Yana Samsudin dan Fadzil Zahari.

Assalamualaikum.

Majlis Akad Nikah Yana Samsudin dan Fadzil Zahari.| Mesti ramai dah tahu pasal pernikahan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari kan? Tahiah untuk pasangan Yana dan Fadzil. EH.. Fadzil Zahari ni adik Farid Kamil GHUPENYA.. apa ketinggalan sangat nik ni, serius.. langsung tak tahu menahu. hehe

Cantiknya ..

Untuk pegetahuan korang ***kalau korang nak tahu la*** nik tak akan update atau bercerita pasal pelakon atau artis yang nik tak minat. hehehe.. So kalau sekali sekala nik up pasal cerita artis kawen ke, tunang ke, dapat anak ke.. it means nik minat dorang. Tapi berapa kerat sangat je. hehhee

Balik pada majlis akad nikah Yana Samsudin ni..tema putih suci gitewww.. OHMAI.. cantik sangat-sanggggatt. Nanti kahwin nak macam ni boleh?




Kredit gambar pada official photographer dorang project2pi.

Kehilangan Besar.

ASSALAMUALAIKUM..

Semalam kita di kejutkan dengan berita sedih, Tuan Guru Nik Aziz telah pergi mengadap Pencipta. Innalillahiwainnarojiun... sebak sungguh bila dapat tahu. Geng group wassap KBBA Borneo yang bagitahu.. Masa mula mula nik macam tak percaya. But it was the truth. 

Dan nik telah kehilangan seorang agamawan dan ahli politik yang nik paling sayang dan hormat. Dan Malaysia juga telah kehilangan seorang ulamak yang begitu zuhud dalam kehidupannya. 

Tiba-tiba nik terfikir..macam manalah selepas ni,, Tok Guru dah takde. 

Tapi lumrah..setiap yang hidup pasti akan mati. 12 Februari 2015 tok guru pergi mengadap Ilahi. Esok lusa, mungkin kita. 

Semoga roh almarhun Tok Guru dicucuri rahmat. 



Demi Allah, nik rasa kita semua dah kehilangan seorang lelaki, bapa, atuk,dan penasihat yang hebat.

Dan terima kasih Tok Guru atas semua yang dah Tok guru sumbangkan kepada kami semua.  

"JIKA KERETA ROSAK, MEKANIK YANG AKAN MEMBAIKINYA, JIKA TUBUH BADAN BERMASALAH, DOKTOR YANG AKAN MENGUBATINYA. JIKA KEHIDUPAN MANUSIA BERMASALAH, MAKA PENCIPTA MANUSIA ITULAH YANG PERLU DIRUJUK. PELIK SUNGGUH MANUSIA YANG MENGAKU ALLAH SWT SEBAGAI TUHAN TETAPI ENGGAN MERUJUK KEPADA SYARIAT ALLAH BILA BERDEPAN DENGAN MASALAH" -Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat-

Khamis, 12 Februari 2015

Akhirnya!

ASSALAMUALAIKUM..

WOOOAHHH.. dah lama kot tak menaip kat blog ni. eh sebenarnya baru je.. entry cepat lagi panas pasal ZERO JUARA MLM 2014 tak dikira sebab tu kira nik update lunyai-lunyai je. hehehe. Ni baru menaip dari hati... cehhh.




Akhirnya, hari ni nik di beri kekuatan untuk menaip kat blog ni. Itupun setelah beberapa kali tulis padam tulis padam. Kekdahnya... tak tahu nak tulis apa. Tu yang tajuk pun entah apa-apa.

Eh. sebelum cerita panjang, nik nak ucap terima kasih bebanyak eh pada yang sudi singgah blog cabuk lagi suamsuam kuku ni. View meningkat, maknanya korang ada singgah la kan. Mekasih.. :)


WOookeh.. ni nak cerita.. dua minggu lepaih cek balik kampung. Punya seronok rasa macam dunia ni ana yang punya. Yelah... dekat 5 bulan tak balik kampung. Rindu semua yang ada kat kampung tu. huaaaa. Tuhan je yang tahu hati ni lagu mana tau dak. Alhamdulillah. AKHIRNYA... 27 Jan hari tu nik jejak kaki ke bumi kelantan. Alhamdulillah. Tapi sayu je hati tengok negeri sendiri dari udara. Mungkin effect daripada banjir kot. Tu yang nik sayu.


Okee.. stop cerita sedih ni.. move to cerita happy happy lak. Macam biasa kalau balik kampung tak sah la kalau mak tak buat jamuan kecik-kecik kami satu family. Laksa ya tuan puan. Kegemaran sejak berzaman. Dan diet yang nik dah buat dan konsisten selama 13 hari dianaktirikan begittu sahaja.. hurmmm... Makan banyak gilerrr.. Laksa. Tomyam.. Mee Sizzling.. Pizza.. apa lagi. Semua perut nik terima dan pasrah.

Akibatnya.. 3 Feb timbang.. naik 1.5kg.. ambekk,.. padan muka ko nik. Hancur induction diet atkins! HEE.. Tak pa.. la ni dah sambung balik dahh :)

Balik kampung bukan selalu. Lagipun adik adik dah besar, belajar jauh semuanya. nak jumpa dan berkumpul semua memang payah. So, alang-alang ada kesempatan, kita guna jelah kan? Sekarang tengah berkira-kira nak cari cuti sekali lagi. Harap cuti kali ni untuk cuti kahwin la ye... Oppsss..

Sabtu, 7 Februari 2015

Zero Juara MLM 2014

Assalamualaikum.

Fuh... malam ni berakhirnya perjuangan 5 kumpulan peserta maharaja Lawak Mega 2014. SEPAHTU. SHIRO, NABIL, BOCEY DAN ZERO. Tahniah le untuk semua peserta tahun ni. Anda semua memang hebat dan terbaik. Buat penonton geli hati. Dan mahajara lawak Mega terutamanya lawak lawak peserta memang lagi lagiiii lagiiiiii best dari Running Man! heeee


Dan juara MLM 2014 mesti semua dah tahu kan...

Juara Zero
Naib Juara Sepahtu
Tempat ke 3 Nabil
Tempat ke 4 Shiro
Tempat ke 5 Bocey








Dapat 500 ribu... hummm.. banyak tu. Tahniah again Zero. Sepahtu pun..my favourite all the time.. Korang terbaik ah... Tak puas tengok sekali!