Ahad, 24 November 2019

Singgah di Surau Viral, Langgar Rindu Setiu Terengganu

Assalamualaikum,

Weekend lepas nik ke Penarik, singgah kejap kat pasar pagi Penarik sambil sambil ambik angin pantai. Sebulan lebih dah tak ke pantai.  Banyak jugak kedai yang bukak kat pasar pagi di Penarik ye, nik ingatkan sikit je. Dah singgah, banyak pulak yang dibeli. Biasalah. :)

Dah makan kenyang-kenyang buah, satar dan  kuih kuih nik ajak suami ke surau kecil yang viral baru-baru ni kat area Merang, Setiu. Surau yang dibagi nama LANGGAR RINDU. Unik tempatnya sebab tu nik teringin nak pergi tengok dengan mata kepala sendiri. Lagipun memang dah dekat kan. Alang-alang takde nak buat apa dah.

Singgah di Langgar Rindu, Setiu Terengganu



Gambar kat atas ni boleh nampak dari tepi jalan lagi. Kalau yang dah biasa lalu jalan ni mesti perasan kan? Sebab binaan dia memang unik dan menarik. Nik sendiri memang tergerak hati nak pergi melawat sebab nak tengok sendiri seni binaan dia.

Masa nik sampai sana hari tu, tak de orang pun, tapi pak su(pemilik surau) cakap baru je ada orang yang singgah. Setiap hari ada je yang singgah, siap bagi sumbangan lagi. Yang dari luar negera pun ramai jugak yang datang.  Kira dah jadi tarikan pelancong dah kan?
Pak su pun baik je, kitaorang datang dia tanya macam-macam pun dia okey :)




ruang dalam


My small family. Gambar pun Pak Su yang ambilkan. Mula-mula segan, tapi dia cakap semua yang datang dia akan ambilkan gambar pengunjung. Siap dia ambilkan dengan handphone dia sendiri lepastu upadate kat fb. hehe


semua handmade !



Bahangian dalam. Kalau korang datang tengok sendiri akan lagi kagum la.

Anis Farhana suka betul turun naik tangga ni.


Bahagian tepi sebelah luar. Kayu-kayu ni semua kebanyakan guna kayu cendana dan tembusu.

struktur binaaan dia nampak macam ni kan, tapi nik dok perhati memang kukuh.

Anis dengan papa bergambar kenangan. Ibu macam biasa tak boleh masuk dalam gambar sangat sebab takut nampak gemuk.  Kalau korang perasan, surau ni masih lagi dalam proses nak dicantik dan diperbesarkan. Pak su kata nak tambah ruang untuk jemaah wanita.

Kalau ada yang nak singgah, surau ni terletak diantara Jalan Merang, betul-betul tepi jalan kat Kampung Rhu Tapai, Setiu.


Khamis, 7 November 2019

Tauhu Begedil Paling Sedap ! Senang je resepinya.

Assalamualaikum.

Tauhu begedil kan kalau kena gaya buatnya perghh.. sedap menjilat jari. Nik suka makan tauhu begedil ni tapi tak suka nak buat. Hahaha. Kat pejabat lama dulu kak ton selalu ambik order. 7 biji RM10. SEDAP NAMATI akak tu punya tauhu, besar besar gedabak dia buat. Sambal kicap pulak mabelesss!


Nampak macam sedap kan? Memang sedap weii
Kejadian belum digoreng!


Close up sikit  Tauhu Begedil yang dah siap goreng! Mabeles .Tiga tak cukup.
Disebabkan kempunan nak makan tauhu begedil orang sana, nik beranikan diri buat sendiri. Hmm. Kalau rajin semua jadilah. Haha.



Resepi tauhu begedil:
  • Tauhu (nik beli dua paket) lupa dah berapa biji tapi sepeket dalam RM4
  • 4 Biji kentang saiz penumbuk budak darjah 3
  • Bawang holand separuh cincang halus
  • Daging ayam kisar (nik guna separuh paket je yang saiz biasa tu)
  • Daun sup banyak sikit biar sedap
  • Garam satu sudu kecil 
  • Kiub pati ayam 
  • Lada merah dan hijau untuk hiasan
  • Bawang goreng
  • Minyak
  • Telur 2 biji 

Cara penyediaan Tauhu begedil ni verry the senang

  • Rebus kentang dalam air mendidih hingga empuk. Bila dah empuk buang kulit dan lenyek kentang sampai hancur.
  • Dekat kuali pulak, korang panaskan minyak dan masukan ayam cincang dan bawang holand. Kacau bagi masak sikit. Then letak dalam satu mangkuk.
  • Campur semua sekali gorengan tadi ,lenyekan kentang, hirisan daun sup, kiub pati dan garam. Kacau supaya semua bersatu teguh bercerai roboh! bentukan bulatan sikit untuk sumbat dalam tauhu nanti. 
  • Tauhu tu pulak gunting sikit bahagian tengah dan buang isi dengan hati-hati. Kalau kasar hancur lerrr tauhu korang.
  • Sumbatkan begedil korang yang dah siap tadi!
  • Celupkan dalam telur dan goreng dalam minyak yang panas.
  • Wallaaa.. siap tauhu begedil korang. Hiaslah dengan lada warna warni dan bawang goreng korang.
  • makan dengan sambal kicap yang mabelesssss. meletop kebabom. Resepi sambal kicap korang google la ek. Nik takleh share resepi nik sebab tak berapa nak sedap buat haritu. hahahhaa. Korang google yang sedap-sedap sikit. hahahahah
Selamat mencuba ! ! 


Jumaat, 1 November 2019

Makette Steamboat & Grill di Kuala Terengganu

Hi Assalamualaikum!

Minggu lepas 25 hb hari jadi suami nik, so sebelum tu dah plan siap-siap nak ajak dan belanja dia makan steamboat(tapi dia yang belanja) Nik tanya kawan-kawan dorang suggest makan kat Makette Steamboat and Grill kat Kuala Terengganu. So malas nak fikir panjang, nik ajak suami ke situ jelah. Senang. Dari setiu takdelah jauh sangat.

Kitaorang pergi dah maghrib.

Tapi nik kecewa sikit sebab dalam banyak-banyak Restoren steamboat yang nik pernah pergi, hanya di Makette ni takde ketam. Whyyyy. Dahla kita suka makan ketam. Kalau bersteamboat, memang ketamlah nik aim siap-siap!

Masa sampai hari tu tak ramai orang lagi. Tapi bila kami nak start makan tu, makin ramai yang datang. Satu family tu 5, 6 orang.

Tak taulah sama ada hari nik pergi tu stok ketam habis ke, memang takde ke. tapi kuciwaaa la. Rasa macam tak lengkaplah makan steamboat kalau ketam tak de. Lepas tu pulak, udang pun kecik je. Hampa kali kedua.  Korang pernah makan kat Mekette? Memang takde ketam ke cam mana ek?

Anis Farhana makan kon aiskrim! Suka sangat dia dengan benda tu. Dua kon dia habiskan!

Tapi overall, seafood lain dan lauk lauk lain semua ada dan sedap. Daging kambing punya perapan dia serius terbaik. Berapa piring nik tambah, hahaha. Lokan, lala dan spesis yang lain pun banyak, setiap masa dorang punya staff tambah lauk. Ha satu lagi, dorang punya kuah tomyam tu pun sedap bagi nik. Rasa dia elok je dengan semua bahan lain bila dah boilkan.

Air pun ada banyak jenis, korang tinggal pilih je ikut selera masing-masing. Tapi awas, agak manis ye. :) 


Bab harga standardlah, tak mahal sangat RM25/person. Budak kecik macam Anis free. Lepastu ada ada ambil deposit RM10. Btw, kita kena bayar dulu baru makan, so deposit tu dorang ambil incase kalau ada korang ambil buffet tapi tak habiskan, tolak kat deposit tulah. Adalah pengiraan dia cemana entah, staff tu explain. Nik lupaa.








Nik nak hunting restoren steamboat and Grill lain kat area Kuala Terengganu/ Setiu. Kalau korang ada cadangan kedai mana yang best dan wajib ada ketam, bagitau ek! Nak pergi :)


 Makette Steamboat & Grill di Kuala Terengganu
 ALAMAT: Kawasan Perindustrian Chendering, 
                      21070 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 0136699905
















Selasa, 22 Oktober 2019

Guna Traveloka Untuk Beli Tiket Klia Express Airport Transfer

Hi, Selamat Petang korang!

Dah lama nik tak naik flight. Sejak dah berpindah tempat kerja ni memang susah sikitlah nak merasa naik flight kan? Dulu kerja kat Sabah setahun tu dua tiga kali jugak setahun merasa naik kapal terbang. Mula-mula dulu naik flight dari KLIA bertolak dari rumah cousin kat Shah Alam. Minta tolong dia hantarkan. Naik naik public transport masatu takut, lebih kepada jakun sebenarnya, sebab tak reti. hahahah. Nasib baik sekarang dah reti sikit-sikit.



Cerita nik kerap naik flight ni dah lama berlalu dah sebab sekarang kan dah dapat transfer dekat dengan kampung, So tak pening-pening dah. 2 jam naik kereta dah sampai. Cumanya nik nak share dengan dengan korang, kita boleh guna Traveloka untuk beli Tiket Klia Express untuk Airport Transfer. Tak payah dah korang nak berebut naik teksi ke apa dah. 

Nak booking tiket pun senang je wei.  Korang boleh terus ke website, KLIA TRANSIT TICKET BOOKING yang dikendalikan oleh  Traveloka ni, terus pilih pilih time yang korang nak, bayar and dapat voucher terus boleh gerak. Senang! Less than 10 minutes je kalau nak beli tiketnya. Tak payah dah susah susah nak beratur bagai kat kaunter. Jimat masa. 

Korang kalau dari KL Sentral dan pilih untuk naik KLIA Express ni ke KLIA atau KLIA 2 dalam 30 minit je ! Dah jadi airport transfer yang paling laju kat KL. Lagipun train ni ada jadual perjalanan yang agak kerap, korang tak kalut dah takut terlepas flight ke apa. Tpi yang penting pengurusan masa kita sendiri lah. Jangan flight pukul 7.30 pagi, pukul 6 pagi kau baru terkedek nak naik train. Assalamualaikum jelah cik kiah!

Nak lagi best, kalau korang ada bajet lebih sikit and nakkan sesuatu yang lebih selesa dan terbaik korang book je private transport terus dari Traveloka. Door to door service! Cornfirm cepat, senang dah tak leceh. Korang pun takyah nak fikir banyak dah. Korang book je driver, dia akan tunggu kat airport dan boleh terus ke hotel korang. Tak payah fikir panjang, korang cek out teruslah kat Cheap Airport Limo ni.

Merasalah jadi orang ado ado kejap. Jadilahhhh. 


Private Transport

  • Available 24 hours.
  • Your flight gets delayed? No problem, your driver will wait.
  • No queue at the airport.
  • Secure and convenient pick-up point.
  • Door-to-door service that will take you to your destination
  • All-inclusive price—driver, fuel, toll, parking fees, and taxes.

Korang kalau dari Kuala Terengganu, Kota Bharu, Johor Bharu atau belah belah utara tu kalau nak bawak anak-anak bercuti ke KL lepasni senanglah, selain daripada tiket flight untuk Airport Transfer pun dah senang nak book online. Dapat harga istimewa lagi. Boleh bawak anak jalan-jalan. Nik cadangkan beberapa tempat best dan menarik dekat dengan nature kat KL ni. Ada yang free dan berbayar, nak jimat boleh bawak anak anak masuk kat tempat percuma ni. hehe :)


  • Taman Eko-Rimba KL, Hutan Simpan Bukit Nanas
Waktu Beroperasi: Setiap Hari (7.00 pagi – 6.00 petang)
Harga Tiket : Percuma

  • KL Tower Mini Zoo
Waktu Beroperasi : Setiap Hari (10.00 pagi – 9.00 malam)
Harga Tiket : Dewasa RM32, Kanak-kanak RM27

    • KL Bird Park
    Waktu Beroperasi  : Setiap Hari (9.00 pagi – 6.00 petang)
    Harga Tiket  : Warganegara
      (Dewasa RM25, Kanak-kanak 3-11 tahun RM12)
      Biasa
     (Dewasa RM63, Kanak-kanak 3 - 11 tahun RM42)
    • Taman Rama-rama KL
    Waktu Beroperasi  : Setiap Hari (9.00 pagi – 6.00 petang)
    Harga Tiket : Warganegara (Dewasa RM11, Kanak-kanak RM6)
      Biasa (Dewasa RM24, Kanak-kanak RM13)
      • Aquaria KLCC
      Waktu Beroperasi : Setiap Hari (10.00 pagi – 8.00 malam)
      Harga Tiket  : Warganegara
       (Dewasa RM49, Kanak-kanak RM39, Warga Emas RM39) Biasa
      (Dewasa RM69, Kanak-kanak RM59, Warga Emas RM49)

      • Taman Rusa dan Kancil KL
      Waktu Beroperasi : Setiap Hari (10.00 pagi – 5.00 petang)
      Harga Tiket : Percuma

      Nik pun pernah sampai kat Taman Eko Rimba KL. Rasa macam nak pergi sekali lagi. Walaupun untuk santai-santai jalan-jalan je, tapi boleh tahan berpeluh sebab nik gayat naik laluan gantung dia tu. hahaha. Nanti ada rezeki lebih nak bawak Anis Farhana jalan-jalan KL, boleh singgah Aquaria KLCC tu. Plan dulu, jadi tak jadi kemudian kita fikir. Eh!

      Isnin, 21 Oktober 2019

      Aku buat Diet Atkins TURUN SIKIT JE!

      Assalamualaikum!

      Hah buat ape tu? Mesti tengah makan kan, seronok kan jadi orang kurus makan banyak pun berat dok taraa tu ja. Macam nik ni, terlebih makan sikit ja rasa naik macam berkilo-kilo. Rasa berdosa pada diri bila makan banyak. Tapi time tengah makan tu, syokkkk.

      Tengah bulan september ritu, nik cuba buat diet atkins balik, Oh untuk info korang dulu nik pernah buat atkins turun 9 KILO TANPA SENAMAN DALAM MASA 3 MINGGU!! Mana tak syok kan.  Tapi cerita tak bestnya diet atkins nik kali ni tak berjaya macam yang sebelum ni. Setereesss makkk.

      Yang paling besar tu, kitalah. Maap letak gambar kawan kawan kita kat ofis lama. RINDU.


      Tak tahulah kat mana punca yang buat diet kali ni tak jadi. Setelah 3 minggu nik buat dengan gigih, berat yang turun hanya 2kG. Tak cukup untuk nik sebab nik target at least 5KG. Kita ni punyalah tolak semua makanan yang "tak halal atkin" tapi resultnya, sedehhh!

      Korang agak-agak kenapa? 

      Gula nik tak sentuh langsung 3 minggu. 
      Kek kuih muih aneka macam tu, nik pandang je!
      Nasi mee dan angkatannya ni tinggal terus.
      Air manis memang tak try.
      Air kosong 3 Liter atau lebih nik minum sehari.

      Apa lagi tak kena ek?

      Nik mula fikir yang metabolisma nik ni rendah sejak-sejak bersalin kot. Tu yang berat tak mau turun. Dulu semudah Abc je hilang 9kg. Ni 2kg pun payah. Bukan nik tak bersyukur, tapi tulah sebab kita dah usaha kan, so frust menunggeng la jugak. Dah berat tak mau nak turun, nik bedal jelah nasi esoknya lepas timbang tu!

      Frust kan? Padan muka. 

      Nanti nantilah diet balik. Tapi nak try buat Intermitent Fasting pulak. Mana tau boleh kurus macam Lisa Surihani. Sekrang tengah trend kan IF ni, sejak sejak viral diet IF yang Lisa buat tu.

      Tunggulah ada kekuatan, tahun depan ke. Tahun ni kita gemuklah dulu. Hemmm.

      Korang kalau berminat nak try Diet Atkins boleh refer link yang list kat bawah ye.



      Jumaat, 18 Oktober 2019

      Sudocream Sesuai Untuk Nappy Rash dan Ruam Susu Baby

      Hai, selamat pagi korang!

      Memamdangkan kita tengah ada mood nak menulis ni, nik nak share sikit pasal cream yang nik guna masa Anis Farhana umur 3, 4 bulan hari tu. Kat bontot dia kena nappy rash nak kata teruk tu taklah tapi kita sebagai mak ni, hmmm sedihnya lahai tengok anak sakit macam tu. Dengan merah merahnya lagi. Lepas tu, kat pipi pun macam kena ruam susu. :(

      Ni ha  rupa sudocream tu. Maaf gambar kelam sikit.  Tulis kat situ hypo-allergenic kan? Masa nik bawak anis kat klinik kulit pun doktor suruh cari produk yang hypo-allergenic.



      Korang tengoklah harga sudocream kat farmasi ni, bapak mahal weii. Tapi sebab nak cepat, tak nak tunggu esok dan tak mau dah nak beli online sebab lambat, nik minta husband beli je kat farmasi dekat rumah. Padahal kalau tengok kat Lazada/Shopee dalam 22-25hengget je. Takpelah, demi anak.

      nampak biji-biji tu kan

      sian anak ibu. tak nak bagi garu dah besar pun kena pakai mitten lagi. :(


      merah merah pipi anak kita :( ibu sedih.



      Dah jadi mak ni, anak sakit pun kita boleh nangis! hati tisu betul. Tak faham macam mana ada mak yang sanggup buang anak kat dalam tong sampah tu. Kejam sangat!

      Ok, back to the topic. 

      Sudocream ni serius sangat membantu untuk nappy rash dan ruam susu kat pipi anis. Nik just sapu sapuan paling nipis dalam dua tiga hari dah menghilang dah rashes tu. Alhamdulillah.

      Nasib baik masa tu nik baca review sape entah kat group mak mak kat fb, dia sapu sudocream ni kat baby dia. Sebab sebelum tu nik ada try jugak ubat sapu lain, tapi tak jadi.  Nappy rash bontot anis takde pulak, tapi kalau ada pun tak kan nak letak sini. hahaaa. 

      buekkkk..
      Kat gambar atas ni, muka anis dah start licin dah. Ada lagi kesan sikit sikit, tapi makin membaik. Kalau baby korang naik ruam susu ke, ruam kat bontot ke boleh la try sudocream ni, Insyallah boleh baik.

      Tapi lepas je sembuah ruam susu kat pipi dah bontot anis, anis dapat eczema pulak. Which is ibu dia  tak boleh makan telur, ikan bilis, ayam dan seafood sebab anis fully breastfeeding sehinggalah umur dia 11 bulan.

      Ahad, 6 Oktober 2019

      Pakai Tudung Bawal Cornskin Jeeeeee

      Hai awak.

      Awal tahun hari tu naik sekejap nama tudung cornskin ni kan?


      Kalau ada semua colour kan best!

      Sejak ada cornskin ni,  boleh dikatakan tiap-tiap hari pakai tudung jenis ni, senang jadi kat bahagian muka satu hal, lepas tu kalau yang bercorak pulak macam tak payah iron dah. Senang kerja kau jahhh!


      Dukunglah anis farhana ke mana-mana pun, payah dia nak kedut.

      Ni yang bercorak! Cantik kan?
      Nak masuk kerja pukul 7 pagi takdehal, sarung je! Even bukan tudung sarung pun tetap senang nak sarung. Sesuai sangatlah dengan mak mak anak kecik ni. Kat bahagian muka, awak gumpallah guane pun, elok je tak kedut.

      Customer nik ramai yang repeat order bawal cornskin ni.


      Merangkap profile picture 


      Senang-senang nanti add lah Instagram @afiehijab ye?


      Ha, btw nik jual tudung bawal cornskin bidang 60 je. Takmo jual bidang lain sebab malas nak fikir banyak-banyak. haha Boleh ek macam tu? Kalau nak try pakai bawal cornkin ni korang dm je kat ig @afiehijab ni ye. Kat situ ada number whatsapp jugak, in case korang tak suka ber'dm" kt ig.

      Serius nik cakap, bawal cornskin ni memang best giler. Student pun, korang mesti suka.


      Selasa, 24 September 2019

      Kos Bersalin Normal Hospital Kerjaan, Mahal ke Murah?

      Hai guyssss..

      Hari tu jumpa kawan lama, dia tanya kat nik berapa kos untuk bersalin di hospital kerajaan, kerajaan Malaysia ye. Kerjaan negara lain nik tak tahu!

      Oh, dia tanya sebab dia tahu nik kerja bidang ni lepastu kebetulan pulak masa tu memang duk bercakap pasal ni. 

      budak ni lahir kat hospital gov jugak. 

      Okey, nak cakap awal-awal ye kalau awak awak mampu ke Private Hospital untuk bersalin, dipersilakan ke sana untuk perkhidmatan/pengalaman yang lebih baik.  

      Kos Bersalin Hospital Kerjaan, Mahal ke Murah?

      Untuk kita yang biasa-biasa ni, bagi nik agak murah . Mampu bayar untuk semua orang. Bagi yang bersalin secara normal kat Hospital Kerajaan ni, anggaran nik boleh bagi dalam RM30 hingga ke RM50 atau mungkin lebih sikit. Anggaran harga nik letak ni boleh diguna pakai kalau korang just masuk wad dalam 2 ke 5 hari. Selalunya kalau bersalin normal tak stay lama kan?

      Untuk pengetahuan korang, caj wad untuk kelas tiga hospital Kerjaan hanya RM3 sehari. 
      Kelas 2, RM30 dan kelas 1 pulak banyak jenis*bergantung kepada pilihan pilik yang ada* . Yang pasti lagi mahal la.

      Alert! Selain RM3 sehari tu, caj lain akan kena jugak in case korang kena buat ujian makmal- ambik darah ke, cek CTG ke, kena ultrasound ke. Tapi tak mahal la. Pendek kata kalau bersalin normal ni memang range harganya macam nik bagitau kat atas ni lah. 

      Contoh:

      Bersalin normal : RM 10 (harga memang ikut pekeliling kerjaan)
      Warded 3 hari: RM 3 X 3= RM9
      Ujian makmal FSH dan FBC =  *dalam RM 15

      So total baru RM 34.00 :) Kalau ada ujian lain lagi, korang kena tambah lagi bayaran. Untuk ujian makmal ni, dia ada banyak jenis, lain jenis lain harga ye. Tapi tak mahal. Ada caj serendah RM2 jugak kalau korang nak tahu. Harga caj-caj ni murah sebab dah disubdsidikan oleh kerajaan. Harap maklum.

      NI CAJ YANG NIK DAPAT DARI LAMAN WEB KKM

      Jenis rawatan
      Kelas Satu
      Kelas Dua
      Kelas Tiga
      Pembedahan Caesarean
      RM1,200
      RM400
      RM100
      Bersalin dengan bantuan: Forcep/songsang/vakum
      RM600
      RM200
      RM50
      Bersalin kembar
      RM600
      RM200
      RM50
      Bersalin Biasa
      RM450
      RM150
      RM10
      Kemaskini pada 2019-01-07 11:54:58 daripada Administrator

      Harga yang nik bagitau ni untuk Warga Malaysia ye, warga asing for sure lagi mahal saing saing bersalin kat Private Hospital lah. hehehe. Tapi tak kisahlah kan, kita pun kalau masuk hospital kat luar jenuh nak kira duit!

      Harap post ni menjawab teka teki korang yang mana tak biasa dengan kadar bayaran bersalin hospital kerajaan kita. Nik tau, ramai yang tak tau dan nak tau kan? 

      Nik mampu cerita bab kos bersalin jelah ek, bab perkhidmatan dan layanan staff tu, ikut nasib kita jugaklah. Nik bersalin hari tu pun alhamdulillah, nurse okey. Sebelum masuk pagar hospital tu doa siap-siap! hehehe. Tapi nak harap layanan macam private memang tak la kan, nurse bukan nak layan ko sorang! Doktor pun silap-silap keja dari subuh sampai ke isyak tak berhenti mana mau nak senyum 24jam. 

      Kalau betul-betul nak layanan bak puteri, moh ler kita saving awal-awal, mengandung esok esok senang dah tak yah serabut. Boleh bersalin kat Andora ke, Avesina ke, kan? 


      Ahad, 15 September 2019

      Resepi Puri/Makanan Baby Untuk Anis Farhana

      Assalamualaikum.

      Haa. bila dah jadi mak mak ni, nak cerita dalam blog pun pasal anak je la manjang kan? Jsngan risau korang, nik pun macam korang. Kat instagram dan facebook semua gambar anak je. Takpe, life circle kan. Semua orang akan mengalami benda sama.

      Anis Farhana masa 6-8 Months tak cerewet. Suap ape pun dia nganga je. Senang kerja ibu dikk.


      Nik nak share dengan mak mak semua(terutama mak newbie) resepi makanan baby, real baby food. Awal awal Anis Farhana start makan dulu nik memang ambik gambar bila prepare untuk dia, tapi dah lama-lama. Eh tak larat den nak masak nak ambil gambar lagi. Time banyak masa tak pelah.

      Anis start makan masa umur 5 Bulan setengah, Sebelum masuk 6 bulan tu nik bagi Puri yang betul-betul cair. Just untuk bagi dia rasa je. Dah genap 6 bulan baru nik bagi yang pekat sikit.

      Antara Puri/Bubur yang nik bagi:

      • Bubur Nasi Kosong
      • Puri Epal - Anis tak suka, tak tahu kenapa. Masam kot! So, papa dia habiskan.
      • Puri Kiwi
      • Puri Brokoli - kegemaran Anis
      • Puri Labu- kegemaran anis
      • Puri Carrot
      • Puri Mangga
      • Puri Avoccado - Anis tak suka, ibu pun trylah, memang avoccado tak sedap eh?
      • Puri Betik- Agak -agak anis tak berak, nik bagi dia betik
      • Puri Kurma- rendam air dulu (air ibu minum, kurma tawar buat puri anis)

      Start 7 bulan, nik dah mula campurkan makanan Anis, start tumis :) masa ni dia makan banyak. ibu suka. Sua je sudu, dia nganga. 

      Nik memang guna beras yang nik dah frozen untuk buat bubur anis. Beras frozen cepat sikit masak dan tekstur dia cantik je. 


      Resepi Puri/Makanan Baby Untuk Anis Farhana


      Resepi Puri/Makanan Baby Untuk Anis Farhana

      RESEPI 1
      • Beras Frozen
      • Bayam
      • Carrot
      • Salmon
      • EVOO
      RESEPI 2




      • Beras Frozen
      • Ubi Kentang
      • Garlic
      • Bawang Merah
      • carrot
      • Pakchoi
      • Serbuk ikan bilis(home made)
      • Evoo


      • Untuk dua gambar atas ni, makanan anis masa umur 7, 8 bulan kalau tak silap. Anis rupanya allergik dengan ikan bilis dan ayam, so memang sampai dia 11 bulan nik tak bagi ikan bilis dan ayam. Dia cuma makan ikan salmon/ikan selar/daging lembu je. Untuk portion dalam gambar kat atas tu, boleh dapat bekalkan kat pengasuh untuk 3 hari(2x makan). Yup, anis makan makanan yang sama je pagi dan tengahari. hehehe

        Semua tu nik akan blend, Anis 7 bulan nik blend halus lagi, tapi masuk 8 bulan nik blend kasar. Mula-mula dia macam tak nak terima, tapi suapan ke lima tu dah okey dah.


        Resepi Puri/Makanan Baby Untuk Anis Farhana

        Pasta baby ni pulak, nik start kenalkan masa 8 bulan, and walla. Anis memang lebih suka pasta dari nasi. hahaa. Pasta ni nik selalu buat carbonara cheese je. Resepi macam biasa cuma untuk pasta nik guna yang khas untuk baby, Prego Buddies. Nak tumis bebawang tu guna unsalted butter. Senang sangat aihh. Kalau kata baby dah boleh makan kasar, tak payah blend. 2 kali senang! hahaha

        BAJU TAK MUAAATTTT


        Alhamdulillah. Anis start makan, memang nik bagi dia makanan homemade je. Yang nik buat sendiri. Lebih terjamin kan, tanpa gula tanpa garam tanpa perasa tambahan.

        Harap anis membesar dengan sihat, makan masakan ibu yang tak seberapa. Kekeke.







        Khamis, 5 September 2019

        Pengalaman Bersalin Anak Pertama. Ngeri?

        Macam mana pengalaman bersalin anak pertama korang? Seronok atau ngeri? Haha.

        Alhamdulillah.

        Nik dapat merasai pengamalan melahirkan seorang umat nabi Muhammad tahun lepas, 2018. (Hambekkk, dah setahun baru terkedek nak update!) Syukur sangat-sangat. Memandangkan bersalin anak pertama ni,jadi nik teringinlah nak catatkan sedikit memori indah tu kat blog ni. Mana tau boleh dijadikan panduan atau bahan bacaan untuk ibu mengandung yang lain.  Sebab nik tau, masa kita mengandung  semua benda yang jadi kat diri kita, kita akan google kan? Mau tak! Anak dalam perut tu ibarat nyawa. Kalau boleh tak nak jadi apa-apa kat baby. Kan?

        Kita sama!

        Pengalaman bersalin nik agak ngeri la jugak, bagi nik la. Okey nik start dari awal ye. Oh btw, nik bersalin kat hospital kerajaan je tau, bukan private.

        Setelah setahun dilahirkan. Baby ibu :)


        Awal kehamilan, nik memang ada morning sicknes setiap pagi bangun tidur nik akan muntah air warna kuning. Sebelum pergi kerja memang wajib muntah. Kalau tak silap sampai bulan ke 5. Fuhhh. Perit kat tekak tu Allah je yang tahu.

        Ok. Kita start. Panjang nau mukadimah!

        19 OGOS 2018

        Nik ambik Cuti bersalin awal seminggu dari due date 30 Ogos 2018. Hari kedua kat kampung nik ke Pasar dan balik dari pasar tu dalam tengah hari nik dan suami singgah masjid. Nak dia jadikan cerita, nik terjatuh dalam tandas masjid. Sakit giler kat bahagian punggung masa jatuh tu. Tapi sekejap tu jelah. So nik fikir, tak de apalah.  Balik rumah macam biasa je.

        Dah sampai rumah, malam tu mak balik ceritalah kat mak. Hahaha. Terus kena suruh pergi emergency. Masa tu nik macam. Hemmm. Tak sakit apa ni, segan gila nak pergi hospital. Nak cakap apa dengan misi dengan doktor nanti?

        Pergi emergency, dorang refer nik ke dewan bersalin terus. Masa tu 38w++ dah.

        Misi: Nok beranok doh ko? Sakit sakit doh?

        Me: Dok misi. Takdi pukul 3 reboh bilik air. Mok suruh mari cek takut jadi gapo gapo.

        Misi: Aik. Kalu mok tok suruh tok mari ko?

        Me: Hihi. Tok sakit apo pun ni.

        Mengucap panjang nurse. Haha.

        Nurse cek semua. Bp nik tinggi. Cek CTG apa semua okey. Tapi nik bagitaulah nurse, baby memang kurang gerak hari tu. Tak pastilah sebab jatuh atau sebab nik yang tak rasa sbb banyak jalan.

        Doktor nak admitkan nik kat wad bersalin sebab BP tinggi. Hahaha. Lepastu dia pun cakap patient kalau datang dengan complain baby kurang gerak, wad kena pantau.

        Ha ambekkk.. kena masuk wad which is nik tak jangka dan tak bersedia jiwa dan raga lagi.. nik ambik cuti bersalin awal sebab nak balik kampung awal. Nak jalan jalan cari makan dulu.. sudahnyaaaaa. Huwaaa.  Nak tak nak duduk la kat wad tu. Setiap 4 jam kot kena cek BP. Asyik tinggi je. Kalau dah tinggi memang tak boleh nak keluar wad lah kan.. Pastu ada berapa kali entah misi pasang benda alah kat perut nak cek CTG.

        Nik berkampung kat wad bersalin tu empat hari sebelum bersalin. Berkampung tanpa ada rasa sakit nak bersalin pun. Tengok orang lain sakit tunggu masa je nak keluarkan baby tapi ni. Jalan situ jalan sini melawat patient lain sebab bosan tak tau nak buat apa. Mak siap bawakan air asam gelugor nak bagi bacaan BP tu turun tapi tak jadi jadi. Tsssskkkkk.

        23 OGOS 2018

        Malam 23 ogos tu nik solat hajat. Minta Allah permudahkan semua. Kalau belum masa nak bersalin nik mintak Allah bagi nik keluar wad sebab masa tu memang dah betul betul bosan tahap stress dah. Sebab memang tak rasa sakit apa!  

        24 OGOS 2018

        Alhamdulillah. Allah dengar doa nik masa tu, esoknya pukul 1 tengahari macam tu, air ketuban pecah sendiri. Masa tu ai is konfius jugak ingatkan terkencing ke apa.  Nik bagitaulah nurse. Dia minta pakai pad dan tunjuk kat dia bila nak tukar pad. Hmmm. Malu weh! Tapi tak sampai dua jam pakai, pad dah rasa penuh. Sah memang dah pecah ketuban dan nurse bawak nik cek bukaan kat bilik lain. Nik stay bilik asing sbb ada darah tinggi, Bp tinggi, katanya tak nak bagi terganggu dengan patient lain. ( HAHAHA. TAPI NIK YANG PERGI GANGGU DENGAN BERBUAL DENGAN PATIENT LAIN. STRESSS TAKDE KAWAN BERBUAL)

        Cek bukaan masa tu baru 3cm. Tak sakit lagi masa tu. So pergilah berbual dulu kat luar. Kebetulah waktu melawat family nik datang. Suami pun ada. Bawak makanan macam-macam. Nik pun apalagi makan jela semua yang ada. Haha. Jenis nik, masa nak dekat dekat terikh nak bersalin tu, nik suka sangat-sangat makan ais. Mak siap bawak satu jag ais hari tu. 

        Dalam pukul 4 macam tu dah start sakit. Lepastu ada darah sikit bercampur lendir keluar. Sebab dah rasa sakit nik bangun nak bagitau nurse. Kena cek bukaan sekali lagi, baru 5cm nurse kata. Lambat lagi ni katanya. Dia pesan suruh banyak jalan. Hmm. Masuklah semula kat bilik terkontang-kanting seorang diri

        Masuk pukul 5 lebih macam tu nik dah mula rasa sakit contraction yang teramat sangat Allah saja yang tahu sakitnya macam mana tak boleh nak cerita. Masa tu hari sabtu kalau tak silap. So waktu melawat panjang sampai pukul 7 malam. Masa sakit sangat tu mak dan suami ada tolong gosokan belakang.  Kata orang kalau gosok kurang sikit kan. Tapi bagi nik masa tu sama je. Sakitnya masa tu sampai tak mampu tak cakap apa-apa.

        PENGALAMAN SAKIT NAK BERSALIN NI MEMANG TAK BOLEH NAK DESCRIBE. Kita dah lalui sendiri baru kita akan tahu. Tabik hormat pada mak mak sekalian!

        OK! Sakit contraction berlanjutan. Mula mula dalam 15-20minit sekali dalam 3 4 saat, lepastu jadi makin kerap! Masa ni nik masih boleh kira sakit contraction kat apps dalam phone. Yelah kan, sakitnya sekejap sekejap. Bolehla pegang phone lagi. Sambil sambil tu bukak video mengaji.


        Jam dekat pukul 9 malam nik dok dengar nurse macam bising-bising kat luar. Dorang siap-siap nak tukar syift dah agaknya. Masa tulah kemuncak sakit yang memang nik dah tak boleh nak tahan. Rasa nak uk uk tapi jenis yang sakit sesakitnya. Berpeluh dah nik masa tu. setiap saat rasa sakit dah takde yang berhenti dah. Sebelum tu sempat jugak tarik nafas dalam-dalam time sakit hilang. Rasa sakit yang tak tahan tu sampai nik tendang katil sendiri.

        Meringkuk badan sebab dah tak tahan. Rasa ada sesuatu dah nak keluar kot bawah tu. Pengalaman sungguh!

        Dengan tenaga yang ada nik jerit panggil nurse.  Dua tiga kali panggil jugak sebab nurse kat luar mungkin dia tak dengar

        Misi: Hoh bakpo dik?

        Me:  Sakit dooh dah misi. Saya rasa nok tubik(baby) dah ni.

        Misi: Eh dok eh. Lambat lagi ni. Anok first lambat sekalo dio nk buka(bukaan cm)

        Me: Sakit sangat dah misi (sambil tu nik menangis kuat kuat sebab tak tahan dah)

        Misi: Doh marilah turun.

        Nurse macam nak marah pun ada. Dengar suara dia tak puas hati. Yelah dia nak habis syif dah masa tu. Nik pulak  merengek- rengek. Mau tak berbulu. Haha. Dia bantu nik naik atas kerusi roda.  Dengan tak pakai tudung, tak pakai selipar dia tolak nik ke Labor Room.

        Sempat nik pesan kat dia suruh bagitau kat suami nik. Masatu suami and mak memang ada je kat ruang menunggu kat luar. Dari petang tadi dorang tak balik sebab nik dah mula sakit kan.

        Kat LR menang kena suruh naik atas katil kat sana, terus bukak kaki untuk cek bukan. Papppp.. terkejut akak nurse kat LR sebab dah bukaan 10cm.

        Nurse 2: Fully dialate doh ni. FULLY!(nik dengar dia menjerit bagitau kawan-kawan kat luar. Tau kalut. Tadi tak percaya. hahaha)

        Masa tu terus dua tiga orang masuk siapkan apa yang patut. Kalut teruk masa tu nik tengok nurse2 LR.. hehe. Dorang dah bersedia, nurse baju biru terus mintak nik push. Tapi dia siap siap betulkan kedudukan nik ape semua dulu. Dia ajar suruh letak dagu biar rapat ke dada. Punggung jangan angkat apa semua tu. Fuhhh.

        Kali pertama teran tak keluar. Fuhhhhh. Penat jugak meneran manusia ni tau. Berpeluh dah nik masa tu. Suami pun dah ada sekali, nurse tadi bawak masuk masa tengah kalut kalut. Kali kedua nik teran lagi sekuat hati. Erghhhhh. Tak keluar jugak! Walaupun masa tu rambut baby dah nampak banyak dah.

        Suami pun cakap dah nampak rambut baby. Nurse suruh dia tengok. Hahaha. Lepas tu dia mai pengang tangan nik. Sejuknya tangan laki aku masa tu!! Hahahaha. Riak muka pun macam takut je.

        Me: Sakit misi. Saya tak reti teran.

        Nik mengadu kat nurse. Aihhhhh. Memang kena marahla. Nurse suruh tarik nafas panjang panjang dulu. Dia betulkan kedudukan kaki nik apa semua, lepas tu dia suruh teran. Kali ni nik teran sekuat hati lagi.

        Jengggggg. Keluar kepala si Anis Farhana. Hahaha. Dah keluar kepala, nik teran sekali lagi senang je keluar badan dia. Rasa macam meluncur lajuuuu je. Alhamdulillah. Kejadian dalam LR ni lebih kurang dalam 10-15 minit je. Anis farhana dari dalam perut lagi menyenangkan ibu. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

        Kira-kira nik menahan sakit contraction tak lama la kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain, dalam 5jam je kot. Tapi dia punya sakit tu memang lain macam!

        FRESH FROM HER MOTHER TUMMY. WELCOME TO THE WORLD MY DEAR DAUGTHER

        Pengalaman Bersalin Anak Pertama

        BABY GIRL NAMED NIK ANIS FARHANA

        Anis
        Yang mesra, teman setia, ramah tamah dalam pergaulan.
        Farhana
        Riang gembira, senang.


        Semoga Anis Farhana membesar dengan sihat ye. Dikurniakan akal yang cergas, jiwa yang kuat dan tubuh yang Cerdas untuk memberi bakti kepada agama dan bangsa. Amin...

        Pengalaman bersalin nik tak habis kat situ je, sebab sebaik baby keluar, proses nak keluarkan uri pula bermasalah sampaikan nik kena bawak dengan ambulans ke Hospital lain pulak. Nanti nik sambung lagi ye. Entry ni pun dah panjang giler. Haha. Ampunn.


        Baca Part 2 kat sini -> pengalaman bersalin anak pertama-part-2