Diet Atkins (INDUCTION/FASA 1) - Fatihah Fazlin

Jumaat, 23 Januari 2015

Diet Atkins (INDUCTION/FASA 1)

ASSALAMUALAIKUM.

Diet Atkins bukan sesuatu yang membahayakan kalau kita buat dengan betul dan berdisiplin. Malah, dalam masa beberapa bulan kesannya kita dapat rasai. Jadi, kenapa masih nak persoalkan kalau ramai yang berjaya turunkan berat badan ke tahap yang mereka mahu. Insyaallah.. nik pun kalau boleh nak kurangkan 20-22kg lagi. Macam mana boleh 'jumpa' diet atkins ni? Korang baca entry Diet Atkins: Serasikah?

Amaran: Pesakit buah pinggang & Ibu hamil tidak boleh mengamalkan Atkins Diet. ibu mengusukan anak tidak digalakkan buat induction, tetapi masih boleh buat low carb diet(bawah 160g carb)

 

Diet Atkins (INDUCTION/FASA 1)
Induction berlangsung selama 2 minggu(PALING SINGKAT). Tapi kalau berat badan korang terlalu berat dan obes ataupun lambat menyusut korang boleh kekalkan/tambah jangka masa Induction(20g carbs) selama 2-6 bulan ke atas dengan selamat. 


Makan yang Dilarang semasa Induction
  1. Semua jenis beras/nasi, semua jenis mee & spagetti.
  2. Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
  3. Gula pasir, gula melaka, gula perang, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
  4. Semua jenis buah-buahan & jus buah-buahan
  5. Semua jenis minuman bergula, milo , barli, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
  6. Segala bentuk kekacang, tempe & sebagainya.
  7. Makanan berproses seperti bebola ikan, bebola sotong, bebola ayam(bertepung)
  8. Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih dan semua produk bergandum.
  9. Sos & Kicap (kebanyakkannya tinggi karbohitrat)
  10. Sayuran berkarbohidrat tinggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak. 
  11. Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
  12. Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim, twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
  13. Elakkan kopi, teh dan minuman ringan yang mengandungi kafein. Kafein yang berlebihan menyebabkan gula darah yang rendah, yang boleh membuat ketagihan gula.
  14. Sate yang diperap dengan gula @ madu. Keropok lekor, oat, otak-otak, sata.
Makanan yang boleh dimakan.
  1. Ayam(semua bahagian) - panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung.
  2. Telur ayam, Telur itik, Telur ikan. - telur dadar, rebus, goreng.
  3. Ikan, Udang, Ketam -  (kurangkan sotong & kerang kerana karbohidrat tinggi.)
  4. Daging(semua bahagian) - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai, keropok kulit lembu.
  5. Sayur, terutamanya sayur hijau. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun, Rumpai laut. Kurangkan lobak merah, kacang panjang, bendi & tomato.
  6. Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Cuba limit kepada 2-3 keping sehari.
  7. Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
  8. Burger & hotdog? daging sahaja, roti2 buang...(pastikan burger rendah karbohitrat)
  9. Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
  10. Garam & rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
  11. Minyak masak, olive oil & sebagainya.
  12. Chewing gum yang sugar free, selalunya 1 carb sebiji, cukup 2 or 3 biji sehari kalau nak makan.
  13. Psyllium husk, teh hijau, teh herba, teh org kampung.(tanpa gula)


    Syarat-syarat semasa Induction
    1. Pastikan cukup minum air, 1 liter setiap 25kg berat anda atau lebih.  (Penting) 
    2. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 8.00pm atau 4 jam sebelum tidur. Jangan ponteng makan(menyebabkan badan dalam mood lapar & metabolisma menurun) 
    3. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Jangan menganggap apa-apa makanan rendah karbohidrat tanpa membaca label! Periksa kiraan carb (pada setiap paket) 
    4. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat.  
    5. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang tidak dibenarkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. 
    6. Berjaga-jaga untuk karbohidrat yang tersembunyi dikuah . Kuah sering dibuat dengan tepung atau tepung jagung dan gula. 
    7. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway. 
    8. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.BERHATI2 KETIKA MAKAN DI KEDAI, tomyam/sup kemungkinan ada gula dalam masakan. 
    9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula. 
    10. Kurangkan makan berproses seperti burger & hotdog(boleh makan, cuma kurangkan)

"Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak."


Macam dalam syarat Induction kat atas, kena minum banyak air. Kalau boleh untuk setiap 25kg berat kita, 1 liter kena habiskan. So, kalau berat korang 75kg, kena minum 3 liter lah. Macam nik, memang susah sangat nak minum sebanyak tu. Tapi demi nak capai target, nik paksa diri je sekarang ni.  Dalam  diet atkins ni, kita minum air dalam kuantiti yang banyak untuk mengurangkan air sebanyak mungkin di dalam badan kita.  
 
Mesti korang tertanya-tanya macam mana kan? 
 
"Bila kita minum air kosong yang banyak, kita akan mengelakkan diri kita dari dehydrated atau kekeringan. Kemudian kita akan lebih kerap ke tandas untuk membuang air. Dengan kegiatan ini, banyak mineral yang kita tidak perlukan akan dibuang juga dalam proses ini. Sambil itu, kita akan secara tidak langsung akan melakukan senaman ringkas kerana perlu berulang alik ke tandas."

Kenapa tak boleh makan buah-buahan?
 
Nik pun mula-mula terkejut monyet. Dah apesal pulak tak leh makan buah. Selama ni nik diet makan buah banyak. Tapi for sure.. sekilo dua yang turun. takat tu je.
 
Korang.....buah-buahan berwarna mengandungi kandungan gula yang tinggi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Gula ni akan ditukar kepada kanji dan akan disimpan sebagai lemak jika kita tidak gunakan. Secara dasarnya, diet dengan hanya memakan buah-buahan adalah menyeksa diri, sebab kita akan lapar dan sentiasa lapar.

Peringatan: Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan 


"Benda paling penting, buang tabiat suka meminum minuman ringan seperti coke, sprite, pepsi dan sebagainya, kerana minuman ini mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. untuk makan malam, makan makanan yang ringan, seeloknya jangan makan terlalu lambat untuk membolehkan badan kita menghadamkan makanan dan dalam masa yang sama menggunakan tenaga yang dibekalkan oleh badan kita itu."
 
Mesti korang terfikir kan.. dah semua tak boleh makan, nak makan apa je? Satu stigma yang memang susah nak ubah! Kalau diet tak leh makan ayam.. takleh makan daging. Baca jadual kat bawah. Korang boleh makan keju.. Kegemaran kan? Korang boleh makan ayam! Kfc pon boleh tapi buang kulit. Burger pun boleh tap buang rotinya!! see. semua makanan kegemaran boleh makan. Yang penting, kalau jumlah karbohidratnya tinggi, jangan sesekali makan atau beli. 
 
Contoh sarapan / Breakfast
  1. Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
  2. Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
  3. Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
  4. Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
  1. Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
  2. Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
  3. Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
  4. Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
  5. Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)
  
Nak seribu daya. Tak nak seribu dalih. Pilihan dalam tangan korang sendiri ye, tak sesiapa memaksa. Tapi nik pilih Diet Akins :)





62 ulasan:

  1. Saya pun nak try diet atkins ni. tapi skang ni saya ajar dulu diri utk minum air kosong dengan banyak. kalau sebelum ni susah sangat nak minum air. 500 ml pun belum pasti habis dalam masa 1 hari. Tapi alhamdulillah, skang dah boleh minum 4L 1 hari. Try slow2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. memang sy pun susah nak habiskan 3L air sehari. tp sy buat jugak hehehe.. dh lama ni jadi okey pulak.. Good luck ieday:)

      Padam
    2. saya jenis xmakan sayur.. macam mana eh?

      Padam
    3. Ieday.. klu ikutkan sy pon mmg x mkn sayur... tp paksa diri... skrg pun sayur2 terpilih je mmpu mkn ..

      Padam
    4. Sy masak utk satu keluarga.. So sy kema rasa makanan tu ckup garam atau tidak.. Misalnya daging kurma yg ada kentang.. Klau sy rasa dalam 2, 3 sudu mcm mana ea

      Padam
  2. nik.....tadi aq dh TERmakan ubi...masa keja tadi hujan..tak dapat nak order makanan jadi pergila gerai2 kat luar tmpat keja..xda pilihan nik..uwarggghhh mo nangis pn ada sbb dh langgar pantang..huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ceh emmyyy...kena start balikkkk... nda boleh tu! hahaha. lama-lama akan biasa tak makan benda-benda yang dilarang oleh atkins ni.hehhe. bertabahlah kio..

      Padam
  3. Today is my 4th day of induction. tapi nape baru semalam n hari ni badan saya rasa menggeletar n xbermaya? first n second day x pon...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab xdk gula dlm bdn... sbb tu bdn awak mnggeletar

      Padam
  4. gula dlm masakan tak boleh lgsung ke? tapi baca cni,'http://cicikbombom92.blogspot.com/2013/11/jumlah-karbohidrat-makanan-info-pada.html'
    1 sudu kecil gula - 4.2g karbo.. so still tak bole lebih dr 20gm kan sehari kan..so bole tak?

    BalasPadam
  5. hi nik.

    if kita cheat 1day so kita msti start from the begining ke ?

    BalasPadam
  6. Saya baru hari keempat amalkan diet berserta teh detox. Dan saya baru bg blog ni. Banyak rupanya saya tak tahu pasal pemakan ni. Saya fikir buah2 blh bantu kuruskan badan. Makan nasi dlm kuantiti sedikit tidak menggemukkan. Rupanya... TIDAK. ��
    Tapi sekarang saya dh tahu cara diet yg betul. Ok ... for sure, selama 4 hari ni dpt minum air lebih 4L. Walaupun payah rasa smpai nak termuntah, namun saya gagahkan juga. ☺

    -FATIN-

    BalasPadam
  7. boleh tuh produk,ada lagi produk diet bagus yang alami

    BalasPadam
  8. minum air sejuk bileh kan? Tak semestinya air suam kan

    BalasPadam
  9. sy dh wt diet atkins nie dr start pose smpi smlm hari kelapan pose sy dh hilng 6 kg ... ok ker atau lmbt proses penurunan tu

    BalasPadam
  10. mau nyiba buat nurunin berat badan

    BalasPadam
  11. menurunkan berat badan memang sangat mudah ddan sulit heee

    BalasPadam
  12. Kalau nak stevia boleh Whatsapp sha ok 0135353574

    BalasPadam
  13. Kalau nak stevia boleh Whatsapp sha ok 0135353574

    BalasPadam
  14. Kalau nak stevia boleh Whatsapp sha ok 0135353574

    BalasPadam
  15. Good info. Memang tgh search pasal the diet ni..cosin ena turun 25kg dlm masa 2 bulan je follow diet ni

    BalasPadam
  16. assalaaamualaikum..saya nak Tanya sikit,kalau sy dah Berjaya kekalkan berat saya kepada 50+kg,macam mana saya nak kekalkan berat badan saya? takut kalau saya teruskan makin kurus kering plak.saya seorang perokok,ada kaitan atau kesan jika amalkan diet atkins ni? kalau tuan Tanah masih aktif tolong whatsapp saya,019-3244118.terima kasih

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum, boleh tak dalam diet ni kita minum air kosong campur dengan kepingan lemon?

    BalasPadam
  18. sedih peha saya besar ..ad cara tak untuk kecilkan peha dan buntut....berat dah turun tpi lemak dekat peha .masih sama ..ad cara tak..plze mohon petolongan

    BalasPadam
  19. sedih peha saya besar ..ad cara tak untuk kecilkan peha dan buntut....berat dah turun tpi lemak dekat peha .masih sama ..ad cara tak..plze mohon petolongan

    BalasPadam
  20. Mvm mana nk tingkatkan motivasi diri sbb kadang2 saya rasa down bila sdg diet

    BalasPadam
  21. saya sudah buat..dari 90kg turun 75kg dalam masa 20hari siap dgn berbasikal..hehe..diet atkin terbaik !!! mental mau kuat....

    BalasPadam
  22. Sy dlm indction ng da msuk mggu ke 4... Mggu lpas g tmbg 2kg hlg.. Dr 74.3kg ke 72.3 kg.. Air 3-4lter stu hri.. G hliday pm sy pntang jgk mkn... Mkn telur mate je.. Cme air je slow skit... Hehehe... Brat sy dlu 45kg.. Sy nk sgtttt trun brat bdn bgnda2...n brada dlm fasa 1.. Shgga cpai trget... Soal nye skrg... Blh x.. Klu sy mkn telur je..bkn ape... Ad laa si polan ng... Dy nk diet ikut rentak sy... Lbh kurang 100% nk tiru... Tp.. Nk sy yg mskkn... Shre mknn ngn dy... Shre rhsia atkins blh thn lg... Ng siap arahkn klu msk... Msk lbh utk dy skli... Tu yg sy ingt time ad dy kt umh sy nk msk telur je... Time dy xde... Bru nk variasikan mknn +sayur , +ayam @ +ikn... Nyesal ad... G tw hbs... Hahaha.. Boleh kn dlm satu hri bfast, lunch or dnnner sy mkn telur je...

    BalasPadam
  23. Sy dlm indction ng da msuk mggu ke 4... Mggu lpas g tmbg 2kg hlg.. Dr 74.3kg ke 72.3 kg.. Air 3-4lter stu hri.. G hliday pm sy pntang jgk mkn... Mkn telur mate je.. Cme air je slow skit... Hehehe... Brat sy dlu 45kg.. Sy nk sgtttt trun brat bdn bgnda2...n brada dlm fasa 1.. Shgga cpai trget... Soal nye skrg... Blh x.. Klu sy mkn telur je..bkn ape... Ad laa si polan ng... Dy nk diet ikut rentak sy... Lbh kurang 100% nk tiru... Tp.. Nk sy yg mskkn... Shre mknn ngn dy... Shre rhsia atkins blh thn lg... Ng siap arahkn klu msk... Msk lbh utk dy skli... Tu yg sy ingt time ad dy kt umh sy nk msk telur je... Time dy xde... Bru nk variasikan mknn +sayur , +ayam @ +ikn... Nyesal ad... G tw hbs... Hahaha.. Boleh kn dlm satu hri bfast, lunch or dnnner sy mkn telur je...

    BalasPadam
  24. salam.. saya nak tanya kalau untuk fasa 1 ni minum air sejuk tanpa ais boleh ke?

    BalasPadam
  25. saya baru start diet dlam 3 hari.. mmg kena minum byk air kosong.. kadang xsampai 15minit nk ke tandas... alhamdulilah 1 hari 1kg turun..

    BalasPadam
  26. Diet atkins best,mental kna kuat,sy amalkankn atkins xda mslh yg penting byk mnum air putih..blm smpi sbulan kwn da puji nmpk kecil krn sblm diet atkins sy nmpk besar..selamat mncuba kwn2..

    BalasPadam
  27. Diet atkins best,mental kna kuat,sy amalkankn atkins xda mslh yg penting byk mnum air putih..blm smpi sbulan kwn da puji nmpk kecil krn sblm diet atkins sy nmpk besar..selamat mncuba kwn2..

    BalasPadam
  28. Pelangsing Biolo super ampuhh

    BalasPadam
  29. boleh tak awak coba sikit...nak tu bbboleh cuba wsc biolo awak

    BalasPadam
  30. sis..kalo rasa masakan boleh ke...sbb sy kne msak hari2..untuk hb..

    BalasPadam
  31. sis..kalo rasa masakan boleh ke...sbb sy kne msak hari2..untuk hb..

    BalasPadam
  32. nk tya la... dlm diet atkins ni boleh x minum air oren sunquik tanpa gula...

    BalasPadam
  33. nk tya la... dlm diet atkins ni boleh x minum air oren sunquik tanpa gula...

    BalasPadam
  34. Saya dah amalkan diet atskin selama setengah bulan.. alhmdllh dah turun 12 kg...

    BalasPadam
  35. Nak tanya .fasa satu .air suam then tambah lemon sikit tak boleh ke ?

    BalasPadam
  36. Lepas bkfast/lunch dinner boleh mnum air teh+lemon tak?

    BalasPadam
  37. Lepas bkfast/lunch dinner boleh mnum air teh+lemon tak?

    BalasPadam
  38. TQ so much Nik. Banyak info yg akak dapat dan belajar.
    Akan teruskan misi demi kesihatan

    BalasPadam
  39. TQ so much Nik. Banyak info yg akak dapat dan belajar.
    Akan teruskan misi demi kesihatan

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard