Jumaat, 17 Julai 2015

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum..

Tak nak tanya persiapan raya dah entry kali ni. haaa sebab nik tau dah mesti dah ready kan. Almaklumlah esok dah raya. Tinggal nak pakai baju raya je esok kan.. pergi sembahyang raya.. lepas tu makan-makan kat rumah.. lepas tu pergi berjalan rumah jiran jiran sekampung... uisshhh bestnya !



SALAM AIDILFITRI DARI NIK, SEORANG PERANTAU.. hahahah


Sementara berkesempatan ni, nik nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua pembaca blog nik.. kepada semua saudara mara nik...kepada semua kenalan dan kawan-kawan alam maya..


Mohon segala salah silap nik sama ada yang kecik atau yang besar di maafkan ye. Mungkin masa nik buat tu nik tak sedar benda tu salah. Kita sama sama bermaafan ye.. takmo marah-marah dah ye..:)

Semoga Syawal kali ni bermakna buat kita semua. Amin. 



Rabu, 15 Julai 2015

Popia Nestum Bermilo Meletops Kebabom...


Assalamualaikum..

Alang alang rajin nak menaip ni, nik nak share la dengan korang resepi nak buat popia nestum meletops kebabom . Mak aih nama tak boleh blah kan. Eh.. popia kita ikut kita lah nak letak nama apa..:)



Alkisahya biskut raya untuk dikirim ke kampung nik beli sikit je tahun ni. Tak sempat nak tempah sebab hari tu ada masalah ringgit malaysia. hahaha. So tak kan nak kirim sikit je kan.. nik buat la popia.. takde lah gempak mana pun. tajuk je lebih. Tak susah pun korang nak buat popia nestum ni. Cuma kelainannya nik buat popia nestum bermilo. kehkeh

Resepi Popia Nestum Bermilo.

- 2 paket kulit popia (nik memang plan nak buat banyak)

Bahan-bahan sampingan.(dikisar sekali)


- 2 cawan kecil Nestum (terpulang nak jenama apa)
- 1/2 cawan susu tepung
- 1/2 cawan horlicks
- 1/3 cawan milo
- 1/3 cawan gula kasto r(terpulang nak lebih atau kurang) 



- Tepung gandum (bancuh dgn sedikit air- bertindak sebagai gam kulit popia) tapi nik guna telur je nak kasi lekat. 

- Minyak 

Cara-cara membuat Popia Nestum Bermilo.

1. Mula-mula kena potong 2 kulit popia dan ceraikan kulit tu satu persatu. Gulung kulit popia tu jadi macam kat bawah ni. Untuk lekatkan kulit popia tu, boleh sapukan telur atau bancuhan gandum tadi. 



2. Lepas dah habis gulung semua, biarkan dulu lama sikit supaya gulungan popia betul betul melekat. Ada orang cakap biar selama sehari, tapi nik tak sampai setengah jam pun. haha. excited nak menggoreng.

3. Siap semua, gunting popia tu secara menyerong. Saiznya ikut suka hati. Dah siap gunting, boleh la goreng. 


4. Bila popia dah masak digoreng, angkat dan keringkan minyak. Lepas tu masukkan bahan bahan yang di kisar tadi. Gaul lembut. Taknak bagi popia hancur. hehehe. Popia nestum bermilo meletop kebabom anda siap.




Tadaaaaa.. dah siap goreng separuh daripada popia tu..  semalam dah tak larat nak menggoreng. Jam 12 baru siap. penat denn !

Okey popia nestum bermilo nik dah siap untuk di kirim kat mak.. Hehe.. Dah siap masuk kotak pagi tadi. So, sesiapa yang rasa nak cuba buat.. silakan.. Mudah je nak buat popia ni. Cuma kena rajinlah. 


Selamat mencuba ! 

Selasa, 14 Julai 2015

Depa kata jangan balik kampung kalau nak jimat...

Assalamualaikum..

Hi. Ada yang dah sampai kat kampung ke? Best ke idok ye tahun ni? Kita beraya bersama gst dan sekutunya.. haha.. Yang dah sampai kampung tu alhamdulillah Allah lindungi perjalanan. Bestlah korang boleh balik kampung awal kan. Boleh berpuasa sekejap dengan orang kesayangan di kampung. Nik tahu, memang seronok tak boleh nak cakap! Perasaan gembira tu hanya Allah je yang tahu.




Perkara paling best balik beraya di kampung

Depa kata jangan balik kampung kalau nak jimat...mak aih ! mana boleh macam tu. Kat kampung tu ada mak abah. Kalau tak balik time raya, apa pulak kata mereka kan. Kecil hati orang tua. Tak boleh. Tak dak duit sekalipun, kalau dapat cuti kena balik kampung. 

Selain nak jaga hati mak ayah.. nak jaga hati sendiri jugak. Boleh ke nak tahan hati tengok orang lain..adik beradik lain beraya kat kampung dengan seronok dan gembira. sedangkan kita gara-gara nak jimat minyak jimat tol. Aduhh! 

Masa raya nilah nak jumpa kawan. nak jumpa kenalan sekolah. nak jumpa saudara waris dekat dan jauh. Kalau bukan time raya, bila lagi? Duit tu insyaallah boleh cari lagi. Jimat jimat jugak. Kita sahut la saranan mereka nak berjimat, tapi hal tak payah balik kampung semata mata nak jimat, mana boleh.


Ke macam mana?

Eh..Yang bersiap sedia nak balik kampung, bawak kereta lelok okey. Hati-hati di jalan. 




Sabtu, 11 Julai 2015

Then And Now

Assalamualaikum and hi ! 

Dulu dan sekarang.. terlalu banyak benda dan perkara yang berbeza. Dan for me, seriously banyak perkara yang di luar jangkaan. Semua berubah. dari sekecil kecil perkara hinggalah ke perkara besar. 


nnn
it should be 2015, tv tu lebih nipiss.. dan manusia lebih malas dari kebiasaan.






Okey.. yang ni banyak kat ig. hahahha.. trend kot. sape tak ikut dia old school. Boleh gitu? nampak abis bulu-bulu kaki. ohhh no ! !

krik krik depan pc/hp untuk tunggu notification. Sadisnya hidup! Tak semua macam ni. Rakyat malaysia still celebrate ramai-ramai dengan family dan kengkawan kan?












Money is important. Sekarang semuanya perlukan duit. Ko takde duit ko duduk diam sana. Manusia jadi hamba kepada duit. 


Rabu, 8 Julai 2015

Suka Duka 10 Terakhir Ramadhan.

Assalamualaikum...


Suka Duka 10 Terakhir Ramadhan | Dulu masa kecik suka sangat-sangat kalau puasa dah nak habis. Excited nak sambut raya kan. Sampai siap doa bagai supaya cepat-cepat raya.. Budak budak.. semua macam tu kan. Siap lagi kalau puasa penuh dapat upah.. lagilah excited nak tunggu hari terakhir puasa.






Tapi tulah.. bila dah tua ni baru nak faham...Alim ulama sedih kalau puasa dah nak habis.. Mereka menghitung amal kebaikkan yang mereka ada  di bulan puasa. Cukupkah? Memadaikah? humm..

Bila dah sedar betapa banyak fadhilat bulan ramadhan ni, lama-kelamaan nik pun macam terfikir balik.. Macam mana pengisian ramadhan yang sebelum ni..haihhh.. mengeluh panjang kan.. Tapi manusia berubah kan.. 


Teringin nak hayati bulan ramadhan dengan pelbagai aktiviti bermanfaat yang mendatangkan ganjaran akhirat. Sebab banyak sangat keistimewaan bila kita berada di 10 malam terakhir Ramadhan. 


1) Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya; “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


2)  Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak). Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti Firman Allah bermaksud:

“Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1) .

Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun.




3) Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)


4)  Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)


5)  Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.


6)  Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud: “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4).Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.


7)  Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.


sumber DI SINI

Selasa, 7 Julai 2015

Potong gaji untuk bayar PTPTN

Assalamualaikum.


Pagi tadi sempat nik baca berita online penjawat awam diwajibkan potong gaji untuk bayar hutang PTPTN. Amacam berita hari ni? menarik kan ! huhuhu. Bila baca je, nik terus teringatkan hutang PTPTN nik yang ada sekarang.. dalam RM5K jugak la. Tak banyak sebab nik belajar setahun je. 



Okey.. rasanya berita penjawat awam di wajibkan potong gaji untuk bayar hutang PTPTN ni memang dah sahih kan? 


So kepada sesiapa yang belum bayar satu sen pun PTPTN ni, rasanya memang kena potong gaji lah kan? Tapi apa yang nik baca tadi seramai 480 orang je yang bakal dipotong gajinya. Macam mana dorang buat pemilihan 480 orang ni, nik tak tahu.. tapi jom la bayar sikit sikit kan.. hehehe. dah kita berhutang.. bayar jelah setakat mana yang mampu dulu.


Tapi kan.. tertanya tanya jugak, tak boleh ke PTPTN negara kita ni ditukarkan kepada biasiswa? Eh.. macam mustahil je. 

Isnin, 6 Julai 2015

Tuntutan Kerja

Assalamualaikum.


Akhirnya gigihkan diri menaip barang seayat dua di blog sendiri. Punyalah banyak masa yang ada, tapi takde hati nak menulis. huh. Payah kan kalau takde mood ni. Semua idea terbang tak tau pergi mana. Eh, apapun nik ni hanya blogger separuh masa, Menulis bila rasa ada mood.




Hari ni dah 19 Ramadhan. Nak masuk 10 Ramadhan terakhir dah kita. Cepat kan? Nik macam biasa, hari hari kerja. Pagi sampai petang. Petang sampai malam. Malam sampai pagi. Penat kot kerja syif. Kalau tahu dulu masa awal-awal, nak pilih penempatan lain. Huhhh. Tidur pun tak tentu masa. Bagun tu ingatkan dah pagi, rupanya petang. Punyalah kelibut.


Tapi dah namanya kerja . Kalau kerja berkait rapatlah pulak dengan tanggungjawab. Amanah!  Tapi kan, kadang kadang masa frust bila orang awam tak langsung hargai kerja kita. Malah mengutuk lagi. Korang tahulah kan, ramai rakyat Malaysia yang secara terang kondem goverment servant. Fuhhh.. Panas hati nik. Tapi tahan je sebab faham jugak, ada antara kami yang buat kerjanya tak berapa okey,, Yang curi tulang pun ada. Tapi korang tolonggglah faham. Tak semua goverment servant macam tu.. Jangan terlalu mengeji kami yang cari makan ni. 


Tengoklah sikit sisi kanan kami. Terutamanya yang kerja syif, kerja malam, kerja di laut. Jauh dari keluarga. Kami pun macam korang semua kat luar sana jugak. Ada waktu mengantuk.. dan tertidur. Ada masa sakit demam, senggugut, Ada masa ada masalah keluarga. Jangan terlalu menghentam dan menghukum kami wahai rakyat Malaysia.. 


Haaaa.. kan dah termeluah sekali lagi...
Maaf ye yang mana terasa.


Khamis, 2 Julai 2015

Manusia oh Manusia.

ASSALAMUALAIKUM..

Salam 15 Ramadhan korang..



Pernah tak korang jumpa dengan manusia yang pelik.. bukan yang pelik fizikalnya tau tapi yang pelik perangai atau lebih tepat lagi mengada-ngada ! Sakitnya jiwa nak melayan manusia manusia macam ni.. Kalau korang jumpa dalam kehidupan korang, fuhh.. penat ooii.. tapi doa doalah tak jumpa, sebab nanti pening nak melayan. hahaha


Tapi tulah. Tak boleh nak elak dah sebuah pertemuan tu. Kunfayakun. Allah kata jadi, maka jadilah.


Tapi nik macam wondering la sikit kan dengan manusia yang macam ni. Yang mudah label orang. Yang suka cakap belakang. Yang rasa diri sempurna sangat. Yang tak leh orang lebih dari dia. Yang tak reti nak kenang jasa orang !! eh jap, nik tak kata diri ni smepurna tau. Atau silap-silap nik pun ada buat perkara yang menjengkelkan orang lain. Tapi nik nak tulis jugak kat sini untuk renungan kita bersama.  hehe 


Yang mudah label orang.
Whoaaa.. ni bahaya ni. Baru jumpa orang tu, dah siap label dia macam-macam. Si polan bini dia kaki kikis. Si polan kuat makan. Si polan bukan orang baik-baik.. Amboooiiii.. Awak siapa nak label orang. Tak baik tau. Tak kenal dia, maka kita tak boleh cakap macam tu. Tak boleh  ! 


Jangan suka cakap belakang saya, sebab 'saka' saya ada kat belakang awak ! 


Yang suka cakap belakang.
Manusia ni lagi bahaya. Cakap belakang kita yang buruk-buruk tapi depan kita pijak semut/kuman tak mati. What ! Kalau nik, manusia gini elok pupus jelah. Sebab dorang nik boleh cetuskan konfontasi,, hahaha. Daripada duk bercakap yang entah betul entah tidak tu, baiklah istigfar33x..


Yang rasa diri sempurna sangat.
Mungkin la kan, mereka yang rasa diri mereka sempurna ni mempunyai tahap confiden yang melangit sampaikan semua yang lain buat, dia pandnag rendah. Pulak tu memperlekehkan. Takpun dorang rasa dorang ni memang throbaik.. paling bagus. hahaha. Tapi kita toksah la jadi macam ni kan. Sebab orang sekeliling tak suka. 


Yang tak reti nak kenang jasa orang.
Erkk.. Kata pepatah, orang berbudi kita berbahasa. Jadi wahai umat sekalian alam..kadang dalam tak sedar, ramai sebenarnya insan lain yang bantu kita.. tolong kita. boleh jadi kawan kita.. orang sekelilinglah. Yes, ada yang tak berapa nak membantu, tapi percayalah seorang yang tak sudi nak bantu tu kalah pada mereka yang menghulur dalam senyap. Budi baik dan jasa orang orang ni kita kena sentiasa ingat..


Rabu, 1 Julai 2015

Bersihkan wajah dengan dian'z vitamin C & E

ASSALAMUALAIKUM..


Bersihkan wajah dengan dian'z vitamin C & E | Pernah dengar kan pasal Dianz Vitamin C & E ni? Produk tengah meletop meletop kan sekarang...Dengan kesan dan testimoni yang superb.



ORDER>>>>> WHATSAPP  0198301196


ANTARA TESTIMONI MENARIK  dian'z vitamin C & E... Banyak lagi sebenarnya kalau nak letak kat sini.. Kalau nak rasai sendiri perubahan ketara, korang kena cubalah sendiri dulu..









Sijil kelulusan kementerian kesihatan Dian Pixy 



 
1. Apa kegunaan Vitamin ni?? 
VITAMIN C & E + WHITENING COLLAGEN 6000mg.
 Memutihkan seluruh badan,
 melembabkan kulit,
mencantikkan kulit.,
merawat jerawat,jeragat .dan sel kulit mati.
 

 2. Isi kandungan
Gabungan daripada extra berry..mengahasilkan vitamin C & E dan Menggunakan collagen dari sumber ikan tilapia.. tidak meberikan kesan alahan jika anda alergik kepada seafood seperti collagen marine..
ALERGIK IKAN TALAPIA TIDAK DI GALAKKAN AMBIL
TAPI JIKA ALERGI SEAFOOD MEMANG TAK ADA MASALAH

3.Cara guna 
dian'z vitamin C & E?? 
 1 biji selepas sarapan.1 biji sebelum tidur. Tablet boleh di isap atau di telan.
Ambil ketika perut berisi makanan. 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Sebelum nak consume   dian'z vitamin C & E?? ni, ada beberapa perkara asas yang korang kena tahu tau! Which is memang penting la untuk pastikan ianya berkesan sebaiknya..

1.     Vitamin C & E  berapa harga ? cara makan ?
RM80.00 SEMENANJUNG / RM85 SABA SARAWAK TIDAK TERMASUK POS .  ambil satu biji selepas sarapan dan 1 biji sebelum tidur. Jika anda ada gastric makan 1 biji selepas sarapan sahaja.sebotol 60biji untuk sebulan  UNTUK ORDER ISI FORM DI www.dian-pixy.com


2.     Vitamin C & E selamat ? halal ? dan ada pengesahan KKM?
Ye, pasti halal, product bumiputra dan di buat di kilang bertaraf GMP, dan di luluskan oleh kementerian kesihatan sebagai makanan tambahan 

3. Vit C & E sebenar nya untuk apa?
 untuk memutihkan kulit,mengurangkan dan menghapuskan parut jerawat dan jeragat,menbantu pertumbuhan sel baru..

4.     kalau kita stop ambil vit C & E ni.adakah ada efek buruk ?n apa akan terjadi apa kulit kita?
  kalau stop tidak akan beri kepada anda seperti jerawat atau jeragat .tetapi kulit yang putih dan bersih mungkin akan kembali kusam..sbb zat2 vitamin dalam badan telah berkurang..tnya knp diri anda.jika produk yg baik utk tubuh anda knp perlu berhenti ?

5.     Berapa lama untuk melihat kesan selepas ambil vit C & E ni ?
   Depend atas metabolisme masing2.ada yang cepat ada yang lambat. Paling cepat 3hari.paling lambat 3bulan. So jgn baru makan sebulan dah give up ye

5 . boleh campur makan vitamin lain jika makan vitamin C & E ?
jarak kan pengambilan selama 3-4 jam

6.     Perlu ke pantang apa2 untuk ambil vitamin C & E ni ? seperti kafein,seafood?
 
:  ya anda perlu elakkan kafien dan air karbonat utuk kesan yang lebih cepat tetapi anda bleh ambil seafood seperti biasa.vitamin ini mggunakan collagen ikan talapia. tidak meberi alahan kepada individu yang alahan seafood
  
7.     Vitamin C & E ni sesuai untuk semua peringkat umur ke?
 
         Sesuai . Disyorkan untuk wanita yang sudah balgih.. kalau belum baligh masih kanak2. Agak tidak sesuai.hormon pun masih muda remaja.. 16tahun dan ke atas.selalonya umur 40an da stat ada jeragat.stil blh makan.untuk pudar kan jeragat

  
8.     Vitamin C & E ni untuk muka je ke?
·    Vitamin C ni bertindak sama rata pada keseluruhan badan kita jgk. Vitamin c & e ini akan cair.dan akan salur melalui darah..mana mungkin darah pergi kt muka je kan ? Takkan muka kita je nak putih licin cantik berseri kan? Badan kita pun juga nak putih cantik berseri juga. Betol x?



9.     vitamin C & E  ni mengemukkan tak ?
  Tidak 

10.  mengandung dan menyusu boleh ambil ke vitamin C & E ni ?
: ye boleh utk ibu menyusu dan mengandung. Sbb sy sendiri mengadung sy makan dan sy n baby sihat tetapi jika anda ragu2..anda boleh bawa vitamin berjumpa doctor untuk kepastian.. keselamatan baby Adalah yang utama kan ?


11. Tengah berpantang boleh makan ke ?
boleh tetapi pendpt sy tak galakkan.sbb anda makan bersama jamu yang panas..lada hitam.so habiskan pantang anda dulu..hanya 44 hari kan ? sabar la kejap .kelam kabut nak pergi mana ? hahaha,,

12.   MENOPAUSE , adakah selamat untuk saya makan vit C & E ini ?
      Iya, selamat dan disarankan untuk memakan vitamin ini kerana ia menstabilkan hormon bagi masalah yang di alami oleh sesetengah wanita yang tengah menopause.


13.      Darah tinggi, kencing manis ,sakit jantung boleh ambil ?
Jika melibatkan ubat doctor..sila rujuk doctor anda telebih dahulu . 
 

14.    Waktu datang bulan (period) boleh makan vit c tak?
 Datang bulan boleh ambil mcm biasa.tiada masalah


15. saya ambil pil perancang.. boleh ke ambil vitamin ni ? 
ye boleh.

PENGESAHAN LAB TEST DIAN VITAMIN DI SAH SELAMAT TANPA DADAH / RACUN / KIMIA 







ORDER>>>>> WHATSAPP  0198301196