Khamis, 27 Ogos 2015

Selamat tinggal HQE

Assalamualaikum..



Korang... nak bagitahu satu berita gembira..Minggu depan 1 haribulan nik akan melapor diri ke tempat baru di Jabatan Kesihatan Selangor. Tak sangka dapat pindah secepat ni. 

Gembira tapi ada sedihnya jugak sebab nik suka tinggal di Sabah ni. Kalau boleh nak stay sini lebih lama lagi. Tapi permintaan mak lebih penting kan. Dia nak nik balik semenanjung. Kalaupun tak dapat balik kelantan, sekurangnya balik di semananjung 

Akhirnya Allah makbulkan jugak doa mak abah. Alhamdulillah. Hari hari mak duk menanya bila dapat pindah. fuhhh.

Tak tahulah macam mana nak menempuh saat di tempat baru nanti. Nik ni dah la jenis manusia yang tak pandai nak bercakap dan beramah mesra. Kaku semacam je. Dah kena di cop sombong banyak kali dah. Dan nik paling takut nak masuk kelompok baru tak kira apa jenis  kelompok.. Gementar tu lain macam ! Harapnya nanti orang orang kat sana macam mereka kat sabah ni jugak.. Verry welcoming. hikhik..

So, selamat tinggal sabah. Ni mungkin entry terakhir di bumi bawah bayu. Semoga ketemu lagi lain masa. I will come again ! 

Orang sabah, kalau rindu wasap wasaplah ye. Kalau mood tak swing, dibalas jugak tu. hahaha. 



Isnin, 24 Ogos 2015

Berperang !




Assalamualaikum.

Ada sesuatu yang nak di luah dengan penulisan tapi tak tahu nak tulis apa. Takdak idea. Takdak semangat. Macam tengah berperang dengan perasaan sendiri. Tak tahu nak buat apa. tak tahu nak cakap apa. huhhhh. Payah kan.


MELANGAKAHKU KANAN
ADA GUSAR
MELANGKAHKU KIRI
ADA LOMPONG
SERBA KURANG 
SERBA SALAH
SERBA SEMUA JADI LAIN

RASA YANG ADA 
SEMUA BERCAMPUR JADI SATU
BERPERANG 
BERKELAHI 
HINGGA JASAD BAGAI LELAH TERLALU LEMAH
MENGHARUNG RASA ENTAH APA


HMMM...

Jumaat, 21 Ogos 2015

Overview Kehidupan.

Assalamualaikum,,.


Overview Kehidupan.

Belajar dulu atau kahwin dulu?





Assalamualaikum..

Belajar dulu atau kahwin dulu? What should i do dear friends? Whoooaaa. gempak gitu. bila cakap pasal belajar ni terus hilang mood. Malas benar manusia bernama nik ni nak sambung belajar. Tak tahu kenapa. Tapi tak boleh, sebab dah janji dengan mak, kot mana pun tetap kena sambung belajar nanti. Lagipun, bagi nik zaman sekarang pelajaran teramatlah penting..

Tapi sebaliknya bila cakap pasal kahwin,. terus segar mata. hahaha. Ni bukan merujuk diri sendiri. Actually nik nak bincang pasal trend zaman sekarang. Kalau korang perasan la kan, ramai student ipt kahwin masa masih belajar. Bila kita yang juga sebaya dorang ni tengok.. rasa macam wahhh bestnya.. ada kawan pergi kelas..ada kawan teman belajar.(Apa yang nik maksudkan kawan berlainan jantina yang sah dan halal).

Kadang terfikir jugak, macam mana dorang kumpul duit ye? Kenal masa sem 2 kat uni lepas tu sem akhir kahwin. Sempat eh? Nak kahwin bukan guna seribu dua kan,..paling dak kena 10k. Paling koman la kan.. 

Tapi bak kata ustazah, soal jodoh ni bukan kita boleh jangka. Allah dah tetapkan, cuma kita tak tahu bila. Ada duit ke tak de duit ke, kalau Allah nak, memang akan jadi. Kun Fayakun.

Korang jangan salah faham tau, nik bukannya tak suka student kahwin masa belajar ni..cuma tertanya tanya je. Mana tau ada antara mereka yang sudi share kat sini. Kalau ikutkan nik pun suka je tengok dorang ni. 
Kawan nik sendiri yang sesama belajar dulu dah ramai yang kahwin. Dah ada yang ada anak pun. heheee. Suka je tengok. Sweet je dorang ni. 

So.. kesimpulannya nik kena lupakan bab kahwin kahwin ni. Jom kita belajar dulu. Mana tau tercapai cita-cita nak jad PTD. wahhh ! 

Isnin, 17 Ogos 2015

That's my problem



"Friend don't leaves you alone in the woods. Friends are the one who come and take you out." Tell me if there any friend like this nowdays. It's hard to find. For me, this just a typical quotes. Pity me right: i don't have a friend like that. haha

In fact, i be friend with the person that always don't know my feeling.  i think i don't deserve the best friend because i'm always and always berkecil hati with the people. 

I expect too much out of life, that's my problem. May be.  And i too sensitive. Just a little thing can make me cry. I really can't hold my tears. 

Readers, don't take too much about this entry.. Just a randomly thought,.,


Ahad, 16 Ogos 2015

Penutup raya bersama rakan sekerja.

Assalamualaikum.

Hi guys! 

Kita dah berjumpa dengan penutup lebaran. Betapa cepat masa berlalu kan? Macam biasa kat office nik memang dah menjadi tradisi kot, sambutan hari raya mesti kena  buat even secara kecil-kecilan. Wajib la kot kan.

Bila dah buat sambutan macam ni memang akan meriah la. Warna warni di hari raya gituu.. Siap pergi cari baju raya khusus lagi sebab tak nak kalah. hahaha. but not me! Raya pertama ke open house ke, apa ke baju tu jugaklah nik pakai. Jimat okey! Zaman kegawatan ekonomi !
Yang ni penggerak dan tulang belakang office. semua berpengalaman! Yang paling tengah tu bos kami.

Perasaan gembira sampai tak ingat dunia bila ada kawan yang boleh buat kita gelak sampai tercekik air sirap! Tapi fitrahnya, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Masa berpisah tu kita akan tahu mana yang akan terkesan dengan ketidakhadiran kita. She or he will be a true friend.  So far the beautiful women in this picture was my best partner. We have similaritis in a many things. Okey, termelalut! But kakak... if you read this, you need to know i love you! haha


Kenapa senyuman dorang cantik dan menawan tapi senyumanku senget? Korang kalau familiar dengan lelaki duckface tu, he is December Teo! A fashion designer and also my officemate. the most friendly person.



Selamat hari raya gais. Semoga bertemu lagi di hari raya yang akan datang! Maafkan salah dan silap nik selama ni. I know, im the person yang very annoying dan menjengkelkan. :)  Kenangan bersama korang akan sentiasa tersemat dihati. Yang manis mahupun pahit semua tu akan jadi memori dan pengajaran untuk hari esok. 

Thanks!

Wondering ni entry raya ke entry perpisahan #$&%*^*)

Jumaat, 14 Ogos 2015

Resepi: Sup telur mudah dan simple.

Assalamualaikum..

Hai korang. Salam Jumaat !

Sup telur mudah dan simple | Siapa pernah buat sup telur ni? Huaaa.. seriously ni baru tahu adanya resepi sebegini.. Telur pun boleh buat sup? Aku yang duduk di gua ke atau mereka yang biasa buat ni terlau canggih? hahaha.



Memandangkan nik ni jenis yang suka masak(baru suka dulu tak suka), so sup telur ni memang kira the best resepi la. Sebab senang gila nak buat. Nak nak lagi bagi yang pemalas tahap gaban tu. krik krik.

Meh korang.. ramai ramai kita buat sup telur! hahaha.. nik kongsikan resepi dan cara nik yang tak seberapa ni ye. Insyallah boleh telan. hahah

Bahan bahan sup telur:

Telur 4 biji
Ubi kentang
Kiub ayam/Sup bunjut
Sohun
Halia
1 biji bawang besar
1 biji bawang merah (hilis halus)
1 biji bawang putih (hilis halus)

Macam biasa, cara nak buat sup telur ni tak susah, malah senang yang amat. Tumis dulu hirisan bawang merah dan bawang putih.. Bila dah macam naik bau, masukkan 5 cawan air. 

Lepas tu m asukkan je terus halia dan ubi kentang(kalau nak rebus awal pun boleh). 

Bila ubi kentang dah empuk, masukkan telur. Ada tips yang nik baca.. nak masukan telur tu korang pecahkan telur dalam sudip. Masukkan perlahan lahan dalam periuk..  

Lepas tu boleh masukkan sohun yang dah di rendam dalam air panas. Masa ni jugak boleh masukan bawang besar. Last sekali boleh masukan kiub ayam. Tapi nik tak guna kiub ayam. Nik guna sub bunjut biasa je. Mana-mana pun boleh ye korang. 

Then sup telur ayam korang dah siap. ! Selamat mencuba.

Rabu, 12 Ogos 2015

Keputusan UPU. Ke mana hala tuju ?

Assalamualaikum.




Kelmarin telah pun keluar keputusan UPU untuk adik adik lepasan STPM/Matrikulasi. Alhamdullillah. Bedebar jugak menunggu adik nik punya keputusan. Dia dapat tawaran ke Uitm Jengka Pahang. Kami  tak pernah ke pahang. Blur sikit pasal negeri Pahang hahaha, pelik kan padahal berjiran je kelantan dengan pahang tu. 

Tapi okey gak kan.. mana mana negeri pun, mana-mana universiti pun, bagi nik tak kisah. Yang penting masuk u, th untuk belajar. Kalau tak, useless jugak.Nampaknya memang my sister akan ke Uitm Jengka. Muktamad dah rasanya Uitm akan menjadi  hala tuju dia lepas ni. Harap harap dia akan okey kat sana. 

Apapun, tahiah untuk semua adik adik yang dapat tawaran ke universiti tahun ni. Belajar elok elok ye. Banggakan family korang semua... Yang tak dapat buat rayuan dulu ye.

Ahad, 9 Ogos 2015

Jangan layan ego sendiri.

Assalamualaikum.


Hi korang ! Selamat berhujung minggu.





Ego dengan manusia ni memang macam aur dengan tebing, kak mah dengan najib, tak boleh nak pisahkan. Akrab ! Semua orang ada ego. Nik pun sama. Ego manusia bernama nik ni kadang boleh tahan jugak... Jangan main main ye..







Walaupun orang kata lelaki ebih tinggi egonya berbanding wanita, tapi jangan berlapang dada ye wahai lelaki sekalian, sebab wanita ni kadang kadang kita tak boleh  nak ramal perangai dan tingkah laku apatah lagi ego!




Bagi nik, memang nik rasa nik ni ego.  Tahap yang mana nik tak tahu tapi bila nik termenung sambil berfikir, nik rasa nik memang tak mudah nak control. Bagi nik ego banyak yang tak elok, sebab ia lebih kepada sifat mementingkan diri. Orang yang tinggi egonya, akan buat manusia kesayangan di sekelilingnya kecil hati atau terluka.



Keyword menarik minggu ni

Assalamualaikum..

Keyword menarik minggu ni | Siapa kata jadi blogger tak best.. Best tau. Hari ni nik sempat godek godek kat akaun nuffnang.. hmmm.. Nak cashout pun tak cukup lagi.. sikitt lagi je. Singgah kat akaun nuffnang tergerak la pulak nak tengok di bahagian keywords. Kat situ ada excited sikit. 



Ni keywords untuk minggu ni.. Belum habis lagi Syawal 2015 orang dah mula cari baju raya untuk tahun 2016. Amboi cepat ye korang.. hehehe.. Ni tak boleh lepaskan peluang ni, memang kena buat entry SEO TEMA BAJU RAYA 2016 pulak. Orang dah mula mencari. Kalau tak rugi. Cerita pasal tema baju raya 2015 pun masih hits kat blog nik. 

Aplikasi dubsmash pun kena cari weiii.. Ni mesti korang nak buat dubsmash kan? Mesti yang baru try try nak buat kan? Hikhik... Singgah sini untuk belajar buat dubmash ye.. kat entry hot dubsmash ni ada kot tutorialnya.. silakan...


Sabtu, 8 Ogos 2015

Cara letak "MESEJ HELP" dan nombor telefon waris di lock screen jika kecemasan

Assalamualaikum..


Cara letak "MESEJ HELP" dan nombor telefon waris di lock screen jika kecemasan | Masa duk tengah sibuk sibuk kerja pagi tadi, sempat nik berbual dengan best friend forever and ever *lah sangat* pasal handphone. Dia la yang mula dulu. Dia kata di handphone kita ni ada satu cara untuk  letak "MESEJ HELP" dan nombor telefon waris di lock screen jika berlaku kecemasan.

Rupanya senang je. Dengan cara ni, kalau kata kita tertinggal handphone di mana-mana, then no waris yang kita akan setting nanti akan sentiasa ada kat lock screen kita. Ini bagi smartphone yang buat screen lock la ye..

Oh untuk makluman, fon nik guna ni Samsung Galaxy Note 3. So munggkin ada beza la sikit sebanyak kalau korang guna fon lain eh.

First, korang kena pergi dekat SETTING.  Dekat setting tu korang kena pilih bahagian Device. Sesetengah fon kena pilih display. Cek satu satu ye. Then scroll ke bawah tekan kat LOCK SCREEN.


Lepas tu dia akan keluar macam kat bawah ni kan.. Korang kena pilih Owner Information. Dia berbeza ikut fon. Macam kawan ni, fon dia tulis Owner Info. Tengok yang dekat-dekat sama, dialah tu. hhihi



Bila korang tekan kat owner information tu dia akan kelua pop up macam kat bawah ni. Haaa.. kat dalam tu korang boleh la tulis apa yang korang nak tulis. Make sure tulis juga no telefon yang boleh dihubungi kalau berlaku kecemasan nanti ye. Tekan OK. Siap !




Dan korang boleh tengok hasilnya kat lock screen korang la. Insyaallah menjadi. Ni ha kat bawah ni contoh kat telefon nik.. hehehe... Amacam..



Selamat Mencuba....

Khamis, 6 Ogos 2015

Jom bakar kalori dengan senaman simple.

Assalamualaikum.

Jom bakar kalori dengan senaman simple | Masa nik gigih berdiet atkins dulu kan, nik jadi manusia yang paling rajin bersenam. Bersenam masa tu jadi kegilaan nik. Siang malam nak bersenam.. terutamanya skipping dan lompat bintang. Sehinggakan dalam sehari nik buat dalam 500x skipping, hahaa.. gigih tak gigih.

Dan resultnya memang best, di samping dah hilang beberapa kilo dalam sebulan tu, bsadan pun dah mula ringan. Rasa segar  dan tak mudah penat. Jadi lebih happy. Ini perkara benar korang. Serius nik tak tipu..

Korang ada nak nak bersenam tapi tak tahu nak mulakan? tak tahu nak buat senaman yang macam mana.. meh nik share meh.. Untuk beginner memang tak susah la.. senang je!


Circuit trainning dari Kevil Zahri.. Nik buat 3 kali seminngu je. Ulang dalam 3 kali untuk satu kitaran. Seriously berpeluh sampai ke ketiak.. hahahah. sama jugak dengan yang bawah.. cuma ada tambah la sedikit sebanyak.. nik combine je dua ni. Wall sit tu buat 1 minit=  60 saat... semput bak hang.. tapi paling lama nik boleh buat dalam 41 saat je.. pun boleh la kan..




Time mandi pulak buat squat dalam bilik air. 40 kali setiap kali mandi.  Bicycle crunches  ni pun jadi fav nik... huaaaa.. bagi tekanan kat bahagain perut. Sesuai sangat bagi mereka yang nak kurangkan perut buncit. Nak ada six pack pun boleh.. hahaha.



Nik ada jugak pergi gym kat kawasan tempat tinggal nik ni, tapi tulah, tak berapa seronok sikit sebab gym tu free dan bercampur lelaki perempuan. tak best nak melompat bagai. Senam senam jugak, aurat kena jaga kan. So, kebanyakkan senaman nik buat sendiri je kat rumah. Melompat sampai bergeger kat rumah je.  

Bila entah nak start buat semua ni lagi.. kena paksa diri supaya jadi rajin macam dulu.. Kalau ada kawan semangat sikit kan.



Rabu, 5 Ogos 2015

Keluarkan duit dari ATM tapi duitnya tak keluar.

Assalamualaikum..

Macam biasa bila tiba je hari gaji, berpusulah manusia kat ATM yang di sediakan kat tempat nik kerja ni. Beratur panjang dah jadi kebiasaan dah kalau time gaji. Tapi hari malang bagi nik pada 25 JUN lepas apabila nik Keluarkan duit dari ATM tapi duitnya tak keluar. Bukan sedikit jumlah RM1500 bagi nik. Nak nak pulak duit tu memang khas untuk persediaan raya dan untuk bayar rumah sewa. Memang Allah nak menguji nik. 





Kisahnya nik nak keluarkan RM1500, dah siap buat then kat ATM tu keluar "Transaksi anda telah berjaya" Nik pun macam pelik la sebab duit tak keluar dari ATM . Tunggu punya lama duit tak keluar keluar jugak.. Nik tak tahu nak buat apa, tinggal macam tu je. Masa tu tak terfikir pun duit "kena telan"


Dua hari kemudian, nik cuba masuk akaun bank rakyat online, cek baki duit dah berkurang RM1500. Ada pengeluaran 25hb ! Pening lalat kejap. Rasa nak marah kat diri sendiri.. Nik rasa merah muka nik masa tu. sebab mula-mula nik ingat memang duit ada dalam akaun. Tapi rupanya ??? Sakit hati sangat masa tu. Then masa tu juga nik call pusat panggilan tele bank rakyat..

Oh.. untuk info kad ATM nik guna masa tu kad ATM bank rakyat dan Mesin ATM pulak mesin Bank Islam. 


Operator bank rakyat ambil aduan nik.. dia cakap dalam masa maksimun dalam masa 14 hari dah boleh dapat duit tu. Okey nik akan sabar menunggu 14 hari tu. Dalam masa sama 3 hari sekali nik call bank rakyat.. Resah gilerr duit kena telan. huhuhu. takut tak dapat balik.


Kali ke 3 nik call dorang kata masih dalam proses.. hemm.. sabar lagi. walaupun masa tu dalam hati nak maki je. duit nak buat beraya kott.. aku nak beraya dengan apa.. pastu dia cakap pulak... boleh dapat dalam 14 hari masa bekerja.. nik kira kira dari tarikh nik buat aduan.. mungkin sehari sebelum raya nik akan dapat la.. tapi hampeh.. tiap hari cek.. hampa..


haaa.. masa cakap dengan orang bank rakyat tu banyak la nik tanya..antaranya 

1. Perlu ke nik call bank  islam untuk bagitau dan buat aduan pasal ni?
-dia jawab tak perlu(tapi demi duit tu nik call jugak bank islam)

2. Perlu tak nik pergi cawangan bank rakyat untuk buat aduan ?
-dia jawab tak perlu. Sebab memang aduan dah nik buat masa mula2 call diorang lagi. Dah ada no aduan.


Call bank rakyat UNTUK KALI KEBERAPA LAGI.. tak tahu status dan prosesnya macam mana.. tapi kecewa untuk kesekian kalinya. Kena tunggu "jawapan " dari bank Islam katanya sebab ini melibatkan banyak pihak katanya.. banyak la dia terangkan. nik faham, tapi nik tak puas hati kenapa benda ni ambil masa yang terlalu lama. 2 minggu nik boleh tahan lagi tapi sekarang dah LEBIH SEBULAN. Dan sehingga entry ni ditaip, duit nik masih belum dapat. Call lagi tadi katanya masih dalam proses.. Berapa lama diorang nak proses duit yang hanya rm1500 tu pun nik tak tahu.. 

Dan nik tak tau jugaklah proses yang lambat tu datangnya dari BANK RAKYAT ataupun BANK ISLAM.. dan nik nak tekankan kat sini nik kecewa sebab teralu lama prosesnya.. dari 27 JUN sehingga sekarang 05 OGOS nik menunggu.. Sudah 39 hari... 

Agak agak korang sampai bila lagi nik nak kena tunggu.. 

Di sebab kan duit tu tak keluar, banyak masalah lain timbul. Yelah, setiap hari kita berurusan dengan duit. pergi situ sini duit. Semua nak duit. Terpaksa cover dengan simpanan lain. Pinjam dengan adik pun ye jugak. Habis semua perjalanan kewangan nik terjejas. Sakit hati. Geram. Marah . Tertanya tanya. semua ada. 


Harap nik akan dapat duit tu dalam masa terdekat ni. Banyak benda nak guna duit. Lagipun gaji seterusnya pun lambat lagi.. hemmm..Tak tahu nak buat apa.. Apa pandangan korang. Nik kena buat apa sekarang? sesiapa yang pernah ada pengalaman nak keluarkan duit dari atm tapi tak keluar duit macam nik ni, boleh share tindakan korang.. apa yang korang buat seterusnya..

Dah buntu dah ni...



Raya

Assalamualaikum..

Walaupun hari ni dah hari raya ke 20, tetap nik gigih nak update entry raya yang tak seberapa.. Almaklumlah.. balik beraya  pun dah hari raya ke lima.. Suasana raya pun dah jadi lain.. Bacalah kisah raya di tempat kerja di Malam hari raya nik ni ye.. Tapi steady sebab semuanya adalah pengalaman.

Antara tempat yang nik sempat pergi masa raya hari tu, rumah arwah tok ayah belah abah. Kalau kira tok ayah dengan nenek dah lama takde, tapi orang kata, hubungan kekeluargaan tu kena kekalkan walau orang tua dah takde. Lagipun kat rumah tu ada Paklong kami. 

Lepas tu mak sempat singgah rumah kawan lama tempat dia berniaga dulu.. Sebeleh je dengan rumah arwah tok. Sempat la posing posing ambil gambar dulu.. Tengah panas okey.


Ni masa kat rumah mak sedara. Semua rumah tak kehabisan kuih raya.. hahaha.. tulah datang mengejut pulak tu dah raya ke berapa..



Ni adik no tiga. Dia ni kalau ajak bergambar memang payah. Selfie lagilah payah. tak tahu kenapa.



Yang ni pulak suka bergambar. Fon ni penuh dengan gambar selfie dia sorang.. Jenuh nak delete. Bukan gambar selfie je, gambar kucing dia, gambar anak ayam semua masuk kamera. huhu. Ni terbaru duk menggila nak buat dubsmash.. Ajak semua orang buat dubsmash dengan dia. tapi takdak sapa nak layan.. ahaha





nak jugak tempek muka gemuk double chin yang entah pape kat sini. ni masa beraya kat jerteh. Actually pergi jalan-jalan makan angin kat jerteh je pun.. Tak beraya mana-mana. Hari terakhir di kampung sebelum terbang ke negeri di bawah bayu. Jumpa manusia kesayanganlah kan.. Lepak tepi pantai berpiknik dengan satay dan otak-otak kegemaran. Fullamak.. best !

Selasa, 4 Ogos 2015

Cinta Paling Agung

Assalamualaikum..


Cinta Paling Agung?  Seriously, masa mula mula ayat ni terukir kat bibir nik terfikir sekejap..Wujudkah ia antara cinta manusia dan manusia? Terutamanya zaman mellinium ni? And guess what, my heart say no! Definietly, big NO. 




Bagi nik sendiri; i'm totally agree dengan apa yang di perkatakan dalam video promo oleh Siti Saleha untuk cerita Cinta Paling Agung ni. Tiada cinta paling agung kecuali cinta kepada Allah SWT. Yes betul.. nik setuju tapi tulah, how much time people say "öh i love Allah so much". 


Setakap cakap boleh. Nik boleh cakap berulang kali. But deep inside of our heart, apa yang ada kat situ? What we have done to show our love to Allah SWT. ?


I asked myself. And i got the answer. Cinta aku pada tuhan aku masih sedikit berbanding apa yang tuhan dah bagi pada aku. Beza jauh bagai langit dengan bumi. 


Dan seriously, bila dengar acap kali kata-kata Siti Saleha dalam iklan.. hati ni tersentap kuat. I dont know why. Tapi rasa macam Allah cuba nak tarik hati ni, pergi pada Dia.

Tentunya lagu Ingatkan Dia soundtrack cerita Cinta Paling Agung ni kena dengan jalan cerita. Mempersoalkan diri sendiri yang terlalu mudah lupa akan janji dan dosa sendiri. Macam kita.. yang selalu sangat pandang remeh dengan apa yang kita dah buat dan sedang buat. Bila dah hancur dan retak, kita tujukan salahnya pada yang lain. Hakikatnya.. salah tu dari kita.


Dan.
percayalah cinta paling agung bukan cinta manusia ini pada manusia itu,
tapi pada pencipta


Oh.. ini yang nik simpulkan dari pandangan seorang manusia bernama nik! Dari perspektif rohani mungkin. 



Lirik Lagu Ingatkan Dia – Wings


Semenjak awal lagi Bila ku mengenalimuDunia ini serasa Cuma dalam genggamankuRamai yang datang menduga Namun tak sama denganmuAku percayalah Biar pun remuk di hati Akan aku rawat sendiriKerana kau aku rela Mengapa aku yang tidak setiaMengapa akukah yang berdosaMengapa aku mudah terlupa Janji-janji kita kali pertamaSesalnya aku cumaIngatkan engkau merayuItulah kesilapanku Belum terlewat lagiItu kata darimu mudahMemang begitu indahMengapa aku yang tidak setiaMengapa akukah yang berdosaMengapa aku mudah terlupa Janji-janji kita kali pertamaMusuh tak kenal Jangan diikut tinggalkan dia Mengapa aku masih kau goda Masih kau goda Mengapa aku yang tidak setiaMengapa akukah yang berdosaMengapa aku mudah terlupaJanji-janji kita kali pertama 
Lagu : Ingatkan Dia 
Artis : Wings Album : Menakluk Kosmos



Ahad, 2 Ogos 2015

Rutin Biasa Kembali Lagi

ASSALAMUALAIKUM..


Dua belas hari bercuti kat kampung sempena raya dan still rasa tak puas! Sedih yang teramat bila tiba hari kena terbang ke kota kinabalu. Peritnya sebuah perpisahan. Peritnya meninggalkan kampung halaman berserta dengan orang yang kita sayang. Satu perasaan yang semua orang tak suka kan? Tapi terpaksa buat dan terpaksa hadapi. Tak boleh lari ! 




Hari ni, hari Ahad nik kembali ke rutin biasa. Dengan semangat yang hilang melangkah ke tempat kerja yang memang dah malas nak tengok. Rutin yang membosankan tanpa keluarga dan kawan-kawan rapat. 


Kenapa bosan? Mungkin nik ni sejenis manusia yang tak boleh nak buat kerja yang sama selama bertahun tahun. Nik sejenis manusia yang sentiasa perlukan suasana dan keadaan yang baru. Bukan statik macam sekarang. Pulak tu jangka masa yang lama. Lagilah jiwa kacau.


Mengeluh ke apa ni? tak kot cuma nak mengadu dan bercerita. Kang pendam sorang sorang jadi lain pulak. Nauzubillah. Eh  korangf flight balik KK semalam delay dalam 15 minit. Awan tebal kot. Lepas tu kapal asyik asyik langgar awan tu. Bergetar jiwa raga. Takut bukan main. Berkali-kali naik kapal terbang tapi tetap takut, nik selalu amalkan tip elak perasaan takut menaiki kapal terbang ni.


Anyway, korang yang baca ni, doa doakanlah nik dapat bertukar ke semenanjung ye dalam masa terdekat ni.