BISMILLAH.
ASSALAMUALAIKUM buat semua yang sudi meluangkan masa, singgah ke blog nik ni :)
Sejak dah bekerja ni, banyak perubahan yang berlaku dalam hidup nik. Secara fikikal atau mental. Salah satu yang nik nak highlight kat entry ni adalah pasal pengalaman naik kapal terbang.. Bagi mereka yang memang dah biasa naik tu, okeylah kan. Tapi bagi nik yang first time ni, satu pengalaman baru jugaklah,.hehehe.
Masa mula-mula nak mai sabah dulu, perghhh. perasaan tu tak tahu nak gambarkan macam mana.
Yap !
Nik mai sorang-sorang je. First time mai sabah, first time naik kapal.. Memang kekok dan takut sangat. Tapi, nik dah buat keptusan, dan nik kena teruskan. Rasa takut nak naik flight tu memang teramatlah tak boleh nak dibayangkan! Uolls semua pun mungkin takleh bayang tau. Macam-macam nik fikir sebelum naik flight tu. Takut jatuh la. terhempas la. takut kapal terbang tu tak naik la. ishh,, banyak lagi lah._^_^ Dengan beg besar gedabak nik bawak. Macam dah tak nak balik dah kalau tengok saiz beg tu!
Tapi sekarang, Allahmdulillah. Dah banyak kali naik, perasaan takut tu dah semakin hilang. setahun nik kat sini, dah banyak kali jugaklah nik balik. ehhehe. So, nik nak kongsi dengan korang semua yang mungkin one day akan alami situasi sama macam nik. hehehe. Mungkin perkongsian ni berguna :)
Pilih Tempat Duduk
Untuk memilih tempat duduk, uolls kena buat tempahan awal. Serakarang ni rata-rata buat tempahan
online.
Cepat dan senang! Namun, bagi yang mudah rasa cemas masa kapal terbang tu nak
berlepas atau mendarat, dicadangkan uolls pilih tempat duduk di barisan hadapan Ini kerana turbulance/goyangan kencang yang
berlaku semasa take off/landing normalnya lebih tertumpu di bahagian
belakang kabin pesawat.. Yang ni memang nik rasa sendiri. Kalau duduk kat belakang-belakang tu, rasa bergegar sangat. Kat depan okey sikit!
Sampai awal di lapangan terbang
Sebolehnya kena datang ke lapangan terbang lebih awal dari jadual penerbangan ye. Kalau terlambat, confirm uolls akan rasa cemas dan gabra. Pastu mulalah terketar-ketar.
Rasa cemas ini sememangnya tidak akan membantu sebaliknya menjadikan
anda lebih teruk! Bayangkan apabila jantung berdengup kencang, ia akan
menyikarkan keadaan kita untuk relaks ketika di dalam kapal terbang.
Paling tidak, cubalah untuk sampai sejam sebelum berlepas.
Elak minum kopi atau minuman berkafein
Minuman berkafein seperti kopi, teh dan minuman tenaga boleh
membuatkan minda menjadi lebih ‘hyper’ dan buat kita lebih gelisah masa tengah. Antara minuman yang dicadangkan
adalah air masak atau jus buah-buahan.
Mendengar muzik yang menenangkan.
Muzik instrumental atau lagu kegemaran boleh menjadi peneman di kala
berada di dalam kapal terbang. Muzik yang lembut juga bakal memberikan
anda ketenangan sekali gus menjadikan anda lebih relaks. Tapi kita sebagai orang Islam, lebih baik amalkan ayat suci al quran. Sebelum melangkah naik, baca bismillah hitawakal tua'allah. Insyaallah Allah akan jaga kita. Lepas tu boleh juga baca ayat-ayat lain. Pernah ada penumpang di belakang nik, nik dengar dia baca yassin sepanjang perjalanan. Mungkin dia memang takut sangat. Yelah, sejak kebelakangan ni, banyak nahas melibatkan kapal terbang.Banyak kali dia ulang. Kita yang dengar ni pun turut terikut. Baguskan?
Tarik nafas dalam-dalam..
Bila terasa cuak, gugup atau nervous mulakan dengan menutup mata then tarik nafas dalam-dalam secara perlahan,kemudian hembus. Buat secara berulangkali pun takpe. Nik selalunya before kapal betul-betul nak naik, memang nik buat. Boleh hilangkan gemuruh.
Beritahu Pegawai penerbangan
Beritahu pramugara/pramugari bertugas jika
mengalaman masalah ‘takut’. Yang pasti, jangan rasa malu kerana rasa takut
dan cemas bukan kita je yang macam tu. Kebanyakan penumpang lain pun macam kita jugak. Kalau yang pandai atasi tu okeylahkan? Kalau yang kita ni, nafas pun dah lain macam, baik bagitahu flight attendent cepat-cepat. Mereka biasanya ada cara tersendiri untuk menenangkan
penumpang. ;)
Bagi yang akan fly nanti, semoga selamat sampai ke destinasi!
p/s : nik rasa ada banyak typo. hehe. rasa malas pulak nak cek. abaikan ye :)
dah lama tak naik flight. dulu dalam flight tidur je een perjalanan tak sampai sejam hahahha
BalasPadamx penah naik flight..huhu *teringin
BalasPadamdulu masa mula2 kawen..kene ikut suami g labuan.dan itulah kali pertma naik flight.Allahu..excited..tp jujur takut.esp ms flight nak naik..tu.huh~btw,it was best moment...
BalasPadam