BAB 3
“Suara macam orang frust
aje ni.. Ada masalah ke?” tanya Shahrul. Suara Hazriq pagi ini lain benar, persis
orang bermasalah besar.
“Dia reject aku
Shah…”luah Hazriq hampa. Dari riak wajahnya sesiapa pun akan dapat mengagak dia
sedang berdepan dengan masalah, monyok bagai suami yang baru kehilangan isteri.
Tidak pernah dia begini.. Kerana seorang gadis dia jatuh tersungkur.
“Bodoh la dia tolak tuah! Dahlah, tak payah nak bersedih
sebab perempuan, satu pergi sepuluh yang datang. Cari yang lain jelah!Bukan
seorang aje perempuan kat dunia ni.”
“Aku tahu lah. Tapi lain orang lain perangai.. Aku suka
dia kau tahu!”
“Hah! Kalau dah betul-betul suka kenalah usaha lebih. Kau
sendiri yang cakap dulu, kalau usaha lebih ganjaran pun lebih. Nak seribu daya,
mahu seribu cara.”
Hazriq mengukir senyuman mendengar nasihat kawannya. Dia
teringat, dia sendiri pernah melafazkan ayat itu pada Shahrul suatu ketika
dulu.
“Macam nilah Riq, kau jumpa dia sekali lagi. Jelaskan
pada dia satu per satu. Buat dia faham perasaan kau. Tunjuk kat dia yang kau
betul-betul serius.”Shahrul behenti sekejap mengambil nafas. Dia kemudian
menyambung.
“Kali ni kalau dia tak terima kau, maknanya kau bukan
citarasa dia. Mungkin dia mahukan anak raja!”
“Yelah! Kau doa la supaya dia terima aku”
Shahrul dan Hazriq sama-sama ketawa.Shahrul tahu kawannya
itu bukan seorang yang mudah berputus asa. Jika melibatkan perkara penting, Hazriq
tidak akan mudah menyerah. Selagi apa yang diinginkannya belum tertunai,selagi
itu dia akan berusaha mendapatkannya.
“Wei,macam mana dengan motor aku, buat hal ke?”
“Pasal motor kau
jangan risau, aku akan jaga baik-baik.”
“Aku bukan risau fasal mator tu, aku risaukan
kau..manalah tahu tiba-tiba dia buat hal kat tengah jalan, kau juga yang susah.”
“Tahulah aku handle
nanti. Oh ya, Hani ada cakap bila dia nak datang KB?”
Perbualan mereka berubah dari satu topik ke satu topik
yang lain. Keakraban mereka lebih daripada seorang kawan. Jika orang yang tidak
mengenali, pasti menyangka dua rakan baik ini yang bukan-bukan. Pernah sekali
mereka disindir sebagai homoseksual olah rakan sekampus. Sukar untuk mengubah
pandangan manusia. Apa yang pasti mereka bukan manusia sebegitu. Mereka masih
lagi digarisi sempadan fitrah azali manusia.Nauzubillahiminzalik.
Tika itu jam telah menunjukkan pukul 11.25 minit pagi. Fazlia
mendengar namanya dipanggil oleh Pak Cik Zainal dari pondok jaga. Ketika itu
suasana di kawasan Aspura dan Aspuri tenang sekali. Kebanyakkan penghuni asrama
ke pusat Bandar memandangkan semua pelajar dibenarkan outing sehingga jam 5.00 petang. Semua merebut peluang ini kerana
ianya hanya sekali dalam dua minggu. Fazlia yang sedang membasuh pakaiannya di
bilik pantri cepat-cepat masuk ke dorm dan menukar baju T-shirtnya kepada baju
T asrama. Disarung tudung hitamnya dengan cepat. Dia mengambil telefon
bimbitnya dan memaklumkannya pada Syakila. Dia yakin, uminya yang datang
walaupun baru semalam Puan Fauziah menelefon
memberitahu tidak akan datang kerana terpaksa ke Terengganu.P ada
perkiraannya mungkin uminya membatalkan perjalanan ke sana.
Dari koridor asrama, dia langsung tidak nampak akan
kelibat umi atau abahnya.
**********************************************************
‘Siapa pulak yang
datang ni? Tak kan Faizol.’hati Fazlia berteka-teki. Dia dalam dilemma samada
untuk turun atau tidak. Sekali lagi Fazlia mencari-cari kalau-kalau ada kelibat
manusia yang dikenalinya, tetap juga dia gagal. Tiada siapa pun di pondok
pengawal kecuali Pak Cik Zainal. Akhirnya dia turun apabila namanya di panggil
sekali lagi.
“Siapa yang datang pak cik?”tanya Fazlia sambil matanya
memerhati keadaan sekeliling.Tiada sesiapa!
“Pergilah tengok sebelah sana, pak cik kurang pasti.”
Fazlia mengalihkan pandangannya ke tepi pondok pengawal.
“Fazlia..saya rindukan awak.”
Bicara yang ditutur Hazriq benar-benar menarik keluar
seluruh urat nadinya. Platletnya seakan mencair. Dan hanya membisu respons
darinya. Tiada sepatah pun kata yang mampu terkeluar dari bibirnya yang pucat
itu. Malangnya bukan sekadar bibir yang berubah,tangannya juga tetiba menjadi
teramat sejuk. Wajahnya ditundukkan. Gerak tubuh Cikgu Hazriq mengingatkan dia
kepada insan yang amat dirinduinya. Cuma…yang menjadi persoalan, apa tujuannya
kemari? Dia mendekati lelaki itu perlahan-lahan. Dengan perasaan yang berbelah-bagi,
dalam getar suara Fazlia cuba membuka mulut. Sungguh dia tidak menyangka lelaki
ini datang menemuinya.
“Cikgu datang nak apa?”
Hazriq cuba membuang gementar yang sejak sekian tadi
beraja di hati.
“Nakkan jawapan daripada Fazlia.”jawab Hazriq, terus
kepada matlamat utama dia kemari. Namun begitu dia tetap tidak pasti apakah
dengan cara mendesak begini, Fazlia akan dapat menerimanya. Menurut kata Ayah
Ngahnya, Fazlia tidak patut diasak dan didesak, boleh jadi akan timbul masalah.
“Cukuplah cikgu! Saya dah bosan dengan semua ni. Faizol
memang nekad nak kenakan saya. Dia tak habis-habis mahu bermusuh dengan saya. Sampaikan
Cikgu pun dia sanggup gunakan. Memang dasar lelaki gila!”
Wajah Fazlia merah menahan marah. Dia benci sebencinya
pada Faizol. Lelaki itu bersama keluarganya telah memusnahkan seluruh hidupnya.
“Fazlia jangan serkap jarang okey! Hal ini tak ada kena
mengena dengan Faizol. Saya! Saya sendiri yang nak datang sini, nak jumpa awak.
Saya tak digunakan sesiapa. Saya sukakan awak, sayangkan awak. Susah sangat ke
awak nak faham?”
Bagaikan halilintar membelah tubuhnya tika itu. Apakah
betul apa yang sedang dia dengar ini atau hanya ilusi pada pandengarannya? Dia
pernah berikrar pada diri untuk melupakan segala-galanya tentang Arwah Eri. Tapi
mengapa kini bila ada sedikit cuma memori tentangnya terbias, Fazlia kembali
lemah. Kenapa harus begini jadinya? Fazlia keliru bermain perasaan. Dia kembali
ke dunia nyata. Dia sedar siapa dirinya, dia juga sedar siapa insan
dihadapannya. Lelaki ini tidak boleh masuk ke dalam hidupnya apatah lagi dia
sekutu Faizol.
“Fazlia, are you
okey?”Hazriq menggelabah melihatkan wajah yang berhadapan dengannya tidak
semena-mena pucat dan berpeluh.
Fazlia menarik nafas panjang. Dia duduk di atas pasu
sebesar pemeluk orang dewasa yang tidak ditanam dengan sebarang pokok. Nafasnya
makin tidak menentu. Beberapa kali dia menelan air liur.
“Fazlia?”Hazriq memanggil. Dia mula risau, panik dan
cemas.
Tangan Cikgu Hazriq yang cuba menyentuhnya ditempis kuat
oleh Fazlia.
“Berapa Faizol bayar Cikgu untuk buat saya
jadi lebih gila daripada ni?”Agak kuat Fazlia menengking cikgunya.
Hazriq berundur setapak dari gadis itu. Dia ternampak Pak
Cik Zainal sedang memerhati dari jauh. Mungkin pak cik itu ingin tahu apa yang
sedang terjadi.
“Bukan saya nak buat awak gila Fazlia, tapi saya yang
tergila-gilakan awak. Please.. Percayalah,
Faizol tak pernah bayar saya! Dia bukan macam tu, dia baik Fazlia.”
Fazlia ketawa. Baginya, apa yang dilafazkan Cikgu Hazriq
bukan dari minda yang waras.
“Ya! Saya mengaku Faizol memang baik, tapi cuma baik
sedikit sahaja daripada iblis dan syitan! Faizol di mata saya kotor dan jijik! Dan
tak lama lagi, Cikgu pun akan jadi macam tu kalau Cikgu berterusan menyebelahi
dia. Dah kira untung saya layan Cikgu agungkan pembunuh tu!”
Hazriq terkedu mendengar pengakuan dan tengkingan dari
Fazlia. Dia hairan mengapa remaja bernama Faizol begitu rendah di mata Fazlia. Daripada
riak wajah dan pergerakan mata, Hazriq begitu pasti kebencian Fazlia tiada
batasan.
“Listen, dalam
hal ni, Faizol langsung tak terlibat. Sayang saya pada awak bukan kerana
berpura-pura atau bersubahat dengan Faizol. Saya betul-betul ikhlas.”
“Oh…Terharunya saya. How
sweet. Saya yakin ini akan jadi kenangan terindah dalam hidup saya. Cikgu
boleh balik dan bagitahu Faizol, rancangan dia memang tahap terbaik. Saya respect dia sebab pandai buat plan. Lepas plan A, plan B.Never give up!”Fazlia membalas sinis
kata-kata Cikgu Hazriq.
Dia langsung tidak memandang wajah guru itu.Pandangannya
dilempar jauh ke arah jalan raya yang ada di luar pagar asrama. Yang jelas
pandangan itu tidak tertumpu kepada apa-apa atau sesiapa. Hanya untuk melarikan
matanya daripada terus diratah pandangan Cikgu Hazriq yang bisa menggetarkan
jiwa. Ironinya, dia tidak mampu untuk bertahan jika berterusan direnung setajam
itu.
“Berapa kali harus saya bagitahu untuk buat awak percaya?
Come on Fazlia, dahlah buat tak tahu.
Saya suka awak dan saya yakin awak pun sama. Betulkan?”
Fazlia tersengih. Dia mula membuka langkah.
“Fazlia, I want
the answer!” pinta Hazriq.Dia menarik
kuat pergelangan tangan Fazlia agar gadis itu tidak terus pergi.
“Biarkan saya pergi Cikgu.”
“No! Till I get the answer.”
Fazlia dan Hazriq masing-masing sama-sama berkeras. Kedua-dua
tak mahu mengalah.
“Cikgu janganlah paksa saya menjerit. Lepas!”
Fazlia merentap tangannya dari genggaman Cikgu Hazriq. Dia
masih tetap dengan egonya. Begitu juga
dengan Cikgu Hazriq. Pak Cik Zainal, pengawal asrama begitu risau menyaksikan
apa yang sedang terjadi di hadapannya. Namun tiada sebarang kemungkinan untuk dia
turut masuk campur.
“Lepaskan saya Cikgu. Tolonglah.”
Kali ini Fazlia seakan mengalah. Lemah kedengaran
suaranya. Wajahnya yang tadi sudah pucat kini bertambah pucat. Tangannya juga
kian sejuk. Manakala kepalanya yang tadi agak pening kini bertambah pening. Akhirnya
tubuhnya yang kurus itu hampir rebah ke tanah, namun masih sempat disambut oleh
Cikgu Hazriq.
Desakan demi desakan menjadikan Fazlia begini. Hazriq
sedar akan salahnya. Menyesal dahulu pendapatan menysal kemudian tidak berguna.
Hazriq tidak tentu arah. Belum pernah dia mengalami situasi sebegini. Pahanya
dijadikan alas untuk kepala Fazlia menyandar. Tubuh kurus di ribanya itu
bagaikan mayat. Pucat! Hazriq tidak berani memutuskan apa-apa waktu itu. Pak
Cik Zainal menguruskan segala-galanya bersama-sama warden asrama yang juga
salah seorang guru sekolah itu.
Untuk beberapa
jam, Fazlia ditempatkan di bilik sakit asrama. Namun, menyedari gadis
itu meracau dan suhu badannya kian meningkat, pihak asrama memutuskan untuk
membawa gadis itu ke hospital kerana tidak mahu perkara yang lebih buruk berlaku. Hazriq yang tetap
tidak berputus asa masih setia di pondok pengawal.
“Kenapa masam aje Cikgu? Janganlah risau sangat fasal
Faz. Mungkin demam biasa aje kot. Lagipun dia memang selalu begini.” Ujar
Syakila, cuba menenangkan hatinya sendiri juga yang kerisauan.
Hazriq mengangguk. Tiada sepatah kata yang diucapnya. Salah
dia, Fazlia jadi begitu.
“Takpelah Cikgu, Cikgu Lan dah panggil tu. Saya nak papah
Faz masuk dalam kereta.”
Belum sempat Syakila Marini membuka langkah, Cikgu Hazriq
mengutus pertanyaan.
“Syakila, awak dah tahu?”
Gadis itu tersenyum dan kemudian melangkah pergi. Dari
jauh, Hazriq memerhati Fazlia dipapah oleh beberapa pelajar lain masuk ke dalam
kereta Wira milik Cikgu Zailan, warden asrama Jejak Gemilang sekolah itu. Rasa
kesal masih lagi memerpa di hati. Kasihan Fazlia.
BERSAMBUNG...
Baca yang lain..
KERANA CINTA KLON BAB 1
KERANA CINTA KLON BAB 2
Puteri.. Dia Suami Nur!
PART 1
PART 2