Fatihah Fazlin

Rabu, 31 Julai 2013

Nikah Khitbah- Antara Mindset Masyarakat dan Hukum
Assalamualaikum...
Tadi sedang elok ber "twitter" tertarik la pulak dengan tweet2 rakan di laman sana..perbincangan tentang NIKAH KHITBAH..ramai yang dah tahu tentang ni, tapi nick yakin masih ada lagi yang tak full aware pasal benda ni. So, nick rasa elok dikongsi ilmu ni dengan semua..


Dalam adat Melayu perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yg diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang. Ada orang yang menyamakan Khitbah dalam Islam sebagai pertunangan,ia tidak sama sekali tidak tepat.

Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan "coupling" antara lelaki dan wanita. Ada yang memberi alasan untuk ber'couple' dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan untuk di "cuba-cuba" atau "trial and error". Ia adalah satu amanah dalam Islam. Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan, “Alah, takkan tak boleh couple ustaz, kita ni bukan hidup zaman dulu lagi. Lagipun bukan buat apa-apa, untuk suka-suka aje!”. Ada yang berkata,"Bertunang boleh kenal hati budi, kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah, nak bercerai malu!"

Isunya: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaitu BERNIKAH!

Apabila persoalan nikah ini diutarakan, ramai yang akan memberikan respon yang skeptik. “Saya belum bekerja!", "Saya masih belajar!", "Mana nak cari duit buat belanja kahwin?”, “Ni bukan main-main, nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak Ayah tak bagi!”, “Nak tinggal kat mana? Sapa yang nak bayar sewa rumah” dan 1001 alasan lagi. Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”.

 Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan. Yang utamanya, kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja.Bunyinya agak mudah, namun realitinya tidak demikian. Sudah pasti ada ibu bapa akan tidak bersetuju. Dalam hal ini, anjakan paradigma dan kesedaran ibu bapa amat diperlukan. Zaman kini fitnahnya berleluasa. Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air, rasanya pendedahan oleh sebuah akhbar harian baru-baru ini mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak. Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran, rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu.

Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma dan menerima realiti yang sebenar. Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian, sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina, dan kemudian mereka yang akan menanggung malu. Atau pilihan kedua, iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal, iaitu melalui ikatan perkahwinan. Walau bagaimanapun, membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko. Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka.

Definisi Nikah Khitbah

Khitbah bermaksud bertunang. Oleh itu, maksud nikah khitbah (atau, dalam sebutan biasa di Malaysia, nikah gantung) adalah perkahwinan yang memenuhi semua syarat-syarat sah nikah, tetapi pasangan belum hidup bersama. Cara nikah khitbah sama seperti perkahwinan biasa, cuma kenduri kahwin belum diadakan.

Di samping itu, tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri belum lagi diwajibkan keatas suami, sehingga mereka menjalani kehidupan suami-isteri seperti lazimnya.

Oleh kerana mereka sudah pun berkahwin, mereka boleh keluar bersama atau belajar bersama atau apa-apa saja aktiviti yang melibatkan hanya mereka berdua. Cara ini lebih baik dari berkapel atau bertunang.
Kalau ditakdirkan berlaku kehamilan, anak itu adalah anak sah taraf.

Rasulullah dan Aisyah tidak terus tinggal bersama selepas perkahwinan mereka. Mereka tinggal berasingan selama 2-3 tahun. Sesudah itu baru mereka tinggal bersama. Ini adalah contoh nikah khitbah.


Hukum Nikah Gantung Dalam Islam

Hukum nikah khitbah adalah harus dan majis kenduri ditangguhkan. Majlis boleh ditangguhkan seberapa lama sehingga pasangan bersedia dari segala segi.

Kebaikan Nikah Gantung


Perkahwinan cara ini memenuhi semua rukun nikah - ada wali, ada dua orang saksi, ada calon suami dan calon isteri, dan ada ijab kabul. Lelaki juga memberikan mahar (maskahwin) kepada perempuan yang dikahwininya. Oleh yang demikian, nikah gantung adalah sah kerana memenuhi semua syarat-syarat sah nikah dalam Islam.

Dalam keadaan di mana pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah agak bebas dan para remaja sering berkapel, nikah khitbah adalah satu alternatif yang baik untuk mengelakkan berlakunya maksiat dan mengurangkan kelahiran anak ltak sah taraf.

Setelah berkahwin, pasangan boleh bersama kemana sahaja. Tidak timbul soal zina atau kelahiran anak tak sah taraf. Tapi, kalau masih belajar atau masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab seorang ayah dan ibu, cubalah mengawal nafsu, sehingga masa yang lebih sesuai.
alam kita membayangkan sesuatu yg indah, jangan lupakan tentang risikonya juga.. Kalau takut dilambung ombak, janganlah berumah di tepi pantai. Kalau takutkan risiko, usah bicara soal perjuangan..




Hadis Rasulullah (saw)

"wahai pemuda pemudi, barangsiapa di antara kamu yg mampu berkahwin, kahwinlah kamu kerana dengannya mampu menjaga pandangan serta kemaluan kamu. Tapi.... Kalau kamu tidak mampu, maka berpuasalah"


Nick sekadar berkongsi dengan pembaca. Apa yang silap boleh perbetulkan. Wallahua'lam.

Sumber: sini dan sini

Sabtu, 27 Julai 2013

Mencari yang Dicari


Kalau kata risau,
Ya..
aku risau.

Engkau..sang yang dicari..
muncullah..
kerap titisan air mata,
laju merembes dek risau.

Memang.
mencari yang dicari susah,
kasih jadi penyebab,
sayang jadi kerana,
muncul..
kerana di sini...
aku terduduk lemah.

yang dicari,
gundah sakit sang mencari menunggu..
penyelesaian tiada terus lesu.
berita senyap jadi tamu..

Engkau..sang yang dicari..
tibalah.
kerana aku mencari yang dicari.



p/s: worried! May Allah help.

Isnin, 22 Julai 2013

Survive for the better!
Assalamulaikum..^_^
Salam 13 Ramadhan buat semua..
yang pasti bulan penuh barakah ini akan meninggalkan kita tanpa sedar. Dan syawal akan mula menjengah. Inilah namanya kehidupan.







gambar masa naik flight hari tu,..hahaha.


Dan nick pun sedang menempuh kehidupan baru. Menjadi anak rantau. Di Sabah rezeki tersurat. Dan di sini kudrat di perah.xD  tapi tak akan ada keluhan sikit pun sebab ini jalan yang nick pilih sendiri. biar seorang diri menjalani kehidupan di tempat orang, tanpa kenalan, tanpa keluarga, nick akan tetap teruskan perjuangan yang nick pilih.


Yup! ramai yang persoalkan..
"tak menyesal ke berhenti?"
"tak menyesal ke tinggal degree akaun? orang lain berpusu-pusu nak masuk U"

Hurm...bagi nick, in shaa Allah jalan yang nick pilih ni, adalah yang terbaik untuk nick and family. Kalau ada rezeki, in shaa Allah, nick akan sambung diploma/degree lagi.mungkin next 4/5 years..dan yang penting bukan bidang tu lagi.."TRAUMA" sains politik mungkin..hahaha..angan2!

Dan sebaik-baik perancangan adalah rancangan daripada Allah.
Alahamdulillah..ramai kenalan baru yang nick kenal kat sini.rakan sekerja pun sangat sporting dan excited nak makan budu. ada yang siap tempah kat nick dah,,huhu..dan yang paling penting..penduduk Sabah the best..Rakyat Malaysia..you all must come to Sabah. Negeri Bawah Bayu ni memang best..!! nick sendiri tak akan lepas peluang untuk melancong ke segenap tempat yang best kat sini.  As soon as possible!

Allhamdulillah sekali lagi, nick dah ada rumah sewa. dekat sahaja dengan tempat kerja.by car kalau jalan tak jem only 10 minutes. .Nampak macam kena beli kereta cepat-cepat ni! haahaa..:P doakan untuk nick yerp dears..>^_^
sebelum jumpa ruma sewa yang ohsem ni(sebab ada wifi agak laju), nick tinggal dengan kawan cousin nick..hiihi.dialah yang jemput nick kat airport and really appriciate what you have done kak su. Thanks sebab sudi hantar pergi and balik kerja.will miss your cute son and daugther.: :D

p/s : hOspital queen elizabeth

FATIHAH FAZLIN@templatesyard