2016 - Fatihah Fazlin

Rabu, 20 Julai 2016

Selamat Hari Raya ! Sebulan kan?
Assalamualaikum! 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN !!

Hai korang? Valid lagi kan ucapan raya ni? Matailah(dialek sabah ni)(rindu sabah weh.sob sob).. dah separuh syawal baru gigih update kat blog. Ini memang dasar pemalas lagi malas. Bulan puasa satu entry pun takde kat blog ni weiii.. Apa punya blogger la macam ni.. 

OKEY.. Macam mana agaknya puasa korang tahun ni ek? Best ke tak? Nik puasa kat sini rasa macam paling teruk lah dugaannya. Dengan cafe yang buka awal pagi tutup pkul 3.. bulan puasa nak beli makanan awal awal buat apa weeei. Sengsara sangat bab nak cari juadah berbuka. Dugaan.. tapi alhamdulillah. Dapat puasa dengan jayanya walaupun macam macam benda berlaku. Sekarang fokus nak puasa 6. Baru sehari je weii.. bila entah nak habis. Orang lain dah siap beraya puasa 6 dah. 

Hari raya? Macam biasa.. tapi tahun ni rasa macam meriah sikitlah. Tak tahu kenapa..2 haribulan 7 haritu nik dah balik kampung dah. Dengan angkut semua kerja2 penting untuk disiapkan. Beraya sambil bekerja -_-. Ko raserr.... tapi raya tahun ni jugak raya yang paling memenatkan weh. 2 hari sebelum raya nik dengan adik beradik pulun mengecat rumah. Fuh. Satu tumah kami cat kaler pepel. Start dari subuh sampai maghrib. Tengah malam pun mengecat lagi. Upah orang.. tak payah susah susah. Apa guna ada anak jantan dalam rumah kan. Lagipun nak upah mengupah ni mahalll.. hahaha. Nasib baiklaaa ada adik lelaki yang minat kerja kerja menukang ni. Dia yang banyak buat kerja. Tapi kesian.. hari raya dia flat habis..  tahun depan mu tak yah buat kerja dah min deh. 

Muka abah kena tutup dek anak sulung yang gajah.. ๐Ÿ˜‚Yang besau baju melayu pink tu sepupu nik. Ada 3 lagi adik lelaki koreaku tak masuk gambar. Sorang yang flat mengecat, dua lagi beraya entah ke mana. Entah.

Hari raya pertama.. kami geng tema merah. Tapi takde lah geng sekeluarga sangat kan. Cuma yang wanita je berjubah merah. Lelakinya entah kaler apa.. semua bercampur. Beli last minit mana ada saiz dah... warna lagilah. Redha itu penting. Gambar pulak semua tak cantik. Geram sangat. Lighting kat rumah tak okey. Tahun depan nak kena bubuh 10 lampu jalan dalam rumah. Biar cerah secerahnya. Baru gambar meletop! 

Udah di bilang gambar tak cantik. Nak letak jugak.

Abah. Mak.  Kemain susah nak bergambar dengan mak. Abah senang masuk gambar tapi payah nak ada gambar yang menjadi. Paham paham la.


Dua beradik lagi takdak.. tak nak ikut kami beraya.. takpeee.

Me.Abah. Dehe. 

Raya kali ni tak makan banyak sebab timbang masa bulan puasa hari tu.. fuhhh. Terkojot mak nakkk.. punyalah gemuk. Sekarang dalam proses nak turunkan berat badan balik. Heheeee.. doa doa semoga nik istiqomah ye. Payah nau nak diet. Raya pertama kami p beraya rumah mak mak sedara 4 5 buah. Petangnya semua dah penat.. lentok tunggu orang datang rumah je. 

Raya ke dua. Berjalan ke Tanah Merah, rumah pak long belah abah. Dah lama tak pergi sana. Walaupun dekat tak sampai setengah jam perjalanan tapi nak sampai tu susah sangat. Haha. Semua sibuk ☺ Kat tanah merah rumah pak long tu makan mee kari makngah buat. Akhirnya dapat jugak makan mee kari.. sejak bulan puasa dok teringin.  

Raya ke tiga kat rumah nik ada buat makan makan sikit. Ajak sedara dekat dekat je. Yang lawaknya buat makan makan time raya ni.. ayam habis.. daging habis.. ikan habis.. ais habis.. macam macam betul. Tapi alhamdulillah semua lancar.. Yang penting semua dapat makan. Raya ke empat dah xde cerita sebab duk kalut pulun siapkan kerja pejabat. Raya kelima pagi nik dah bertolak balik ke Selangor. Jem teruk oiiii.. naik bas jam 10.30 pagi sampai rumah 11.30 malam.. fuhh. Dugaaan lagi.. 




Khamis, 2 Jun 2016

Nak try Cherry Blossom Moisturizing Tender Lotion !
Assalamualaikum.

Okey dah 2nd June dah hari ni. Menghampiri setengah tahun dah ni untuk dua kosong kosong enam! Tambah tolak darab bahagi, dah nak masuk puasa dah.

Nak tanya ni, korang guna lotion apa ye sekarang? Ada tak yang guna lotion Cosway R Series tu? Ada? Kita geng okey. Tapi start June 2016 ni, nik dah tukar angin. Haaa.. Bukan sebab R Series tu tak best ke apa.. serius best! malah nik dah guna lotion tu sejak dari form 4 lagi. Setia okey! 


berkenan kat botol ! 



Tapi minggu lepas.. kawan office punya kerja la ni.. dia p sogok nik untuk beli set  Cherry Blossom ni. Dalam satu set tu ada tiga jenis.. tak ingat apa yang lain.. tapi salah satunya lotion ni lah.. Nak beli semua kang, kalau tak guna nanti rugi jugak.. So nik beli jela lotion dia dulu.. nak trylah. Lagi best dari R series tu ke atau tak? 

eh.. lupa.. nama penuh lotion pink sweet ni panjang 2 ekar tanah, Cherry Blossom Moisturizing Tender Lotion.. huhhh tediaaaa.. memang panjang namanya. tapi sebab botol dia pink then ada bunga sakura sikit sikit kita abaikan je nama dia. simpan kat bilik boleh la filing-filing kat korea.. yeeee. berbekalkan bunga sakura kat botol tu. :P 

Cherry Blossom Moisturizing Tender Lotion

Tadi nik dah try la pakai.. dari segi bau memang ada bau bau korea.. yess.. mungkin bau bunga sakura lah kot. entah ! sebab tak pernah bau bunga tu in real. tapi bagi nik, ai lebih suka bau lotion Cosway R Series tu. Lebih kena dengan jiwa..Jangan marah.. Nik tergerak hati nak try ni sebab fungsi utama dia untuk moistkan kulit. Almaklumlah.. jenis kulit kering.. 

Tak tahulah bila akan habis Cherry Blossom Moisturizing Tender Lotion ni.. Tiga tahun lagi kot.. hahaha.  Meh share dengan nik, korang pakai losyen apa? Best ke tak? 


Rabu, 1 Jun 2016

Dah balik kampung.. Yeayyy.
Assalamualaikum ! 

Hai !

Korang yang kerja/belajar dekat dengan rumah parents mesti best kan boleh balik tiap tiap minggu - istilah balik kampung jugak ke? 



Aaaaa..jeles benor. Nik ni dah lama duduk negeri luar(bukan oversea ye), Dari umur 18 ke Perlis.. lepas tu ke Terengganu.. lepas tu ke Sabah..sekarang di Selangor pulak.  Balik kampung tu adalah sesuatu yang memang ditunggu setiap masa. Malah kalau boleh pantang ada public holiday nak balik kampung. tapi kena buka bab bajet la pulak kan.. Yang ni kena banyak berkifir dan buat kira-kira. hahahah.

Khamis lepas dapat balik kampung.. wehuu. seronok okey ! Walaupun balik 4 hari je, nak jalan-jalan pun memang tak sempat..tapi tak kisah pun. Dapat balik duduk rumah.. lepak lepak dengan adik beradik mak abah.. tu pun dah cukup. Yelah.. semua dah belajar jauh. Dapat berkumpul  ramai-ramai macam ni memang susah dah sekarang. 

Rindu? Tipulah kau tak !

Part paling best bila dapat masak kat dapur. waaaa. Sejak bermaharajalela kat selangor ni, memang tak masuk dapur dah. Balik kampung tu.. memang balas dendam balik la. Nik pulak dah lama nak makan sambal pauh pergghhh.. memang tak leh sebut tertelan air liur okey! Maka buatlah sambal pauh.. sup sayur..pastu buat asam pedas ikan kembung( yang ni sedap. ehhh! adik ai yang cakap.) 

Sambal pauh to be.. hahaha


Mak pulak kalau tahu anak dia yang ni nak balik, dia order tulang lembu siap-siap. Sebab sub tulang kaki lembu is my fav.  Fav yang mak buat je, yang orang lain buat nik tak berapa. Habis berpeluh mengembeleng tenaga makan. part isi dalam tulang tu, hirupp dengan straww. Ada bran??

Satu je benda tak best bila balik kampung... saat nak packing barang nak balik ke tempat kerja balik. Tak suka . 




Isnin, 16 Mei 2016

Pengalaman ajar kenal dunia
Assalamualaikum..


Payah nau nak buka dashbord blog. Dulu hari hari duk buka fikir nak tulis apa
 Tapi sekarang dah jadi mcm lain pulak. Faktor umurlah kot kan? Korang macam mana.? Okey ke dengan blog masing2? Ke ada macam nik jugak, dah terfikir nak resign? Wakakak.. mohon jangan!



Banyak benda dah berlaku sepanjang dekat 9 bulan nik berhijrah kat bumi Selangor ni. Dan boleh dikatakan semuanya tough enough untuk dihadam. Fikiran pun jadi bling bling untuk beberapa ketika. Hahaha. Tak sangaka banyak betul dugaan kat sini. Dari utara selatan timur barat... semua dalam satu masa menghempap. Tapi still lagi under control orang kata. 

Dan rasanya orang lain kena lebih teruk lagilah kot.. rilek je depa nik tengok. Nik pun dok belajar jadi lebih rilex dan matang. In  case datang lagi ribut taufan ke...kena banyak cool... malas dah rasanya nak melenting bagai macam sebelum ni. Yaaa. Pengalaman mendewasakan kita. Lagi banyak pengalaman lagi banyak kita akan rasa kita kebudakkan. Lagi banyak pengalaman, lagi senang kita nak hadapi situasi. Setuju? 

Yang penting kena banyak banyak tanam sabar kat hati. Kalau hilang sabar tu, dunia boleh terbalik. Kan?  


Jumaat, 6 Mei 2016

Aku gila steamboat & grill.
Assalamualaikum.

Hai korang. Sedang berkursus sekarang ni. Haha. Tapi sempatlah jugak nak update blog. Mengantuk weeei. Bwt, hari selasa hari tu sempat nik melepaskan hajat yang telah sekian lama terpendam. Gigih okey. !








Nak makan steamboat & grill katanyaa.. tapi susah nau nak dapatkan steamboat kat hulu selangor ni. Duk google cari.. ada kat bukit sentosa.. tapi bila pergi tempatnya.. tak jumpa pun kedai steamboat tu. Keciwaaa.. pernah juga nik cari kedai steamboat kat rawang.. kat google kata adalah satu kedai kat tesco rawang.. tapi tak jumpa jugak. Kecewa jugak. 

Semalam, dek kerana teringin sangat nak makan steambot and grill, nik gigih google sekali lagi. Sampaikan cari kat insta. Gigih cari melalui hashtag.  haahaha. Nampak tak kegunaan # ni? Akhirnya jumpa la satu #steambotkalumpang . Nik apalagi usha ka profile semua igers yang berhashtagkan #steamboatkalumpang tu. Kebayakkan gambar dorang masih baru. Means kedai tu masih ada di alam nyata. HAHAHA. 


Tunggu apa lagi kan, kedai dah jumpa, pastu tak jauh dari tempat nik dalam 15km je atau lebih dekat, nik terus peceut ajak si kawan pergi. Alhamdulillah.. pencarian berakhir.. Dengan bantuan waze nik akhirnya bertemu dengan restoren steamboat and grill kat kalumpang tu. Dan makanlah nik dengan jayanya. Nikmat hidup! Syukur. 

Lepas ni kalau nak makan lagi, nak pergi situ je. Harga berbaloi dengan apa yang disediakan(buffet).  Suasana pun okey. Pelayan pun takdelah kerek ke apa ke. 


p/s: Entry ni dh lebih seminggu di simpan dalam draf. Baru teringat nak publish. Sibuk bak hang. 

Jumaat, 15 April 2016

Di amaran mama by Hazama !
Assalamualaikum. 

Maap..


Hello korang. Esok cuti dah yeaay !! Nak ot tak boleh sebab start petang ni sampailah ahad.. server down katanya. Tak pelah. I can rest and rest and rest. Gituhhh.  

Sebenarnya.. dalam dua ke tiga minggu ni nik duk dengar kat radio ofis yang dorang duk pasang. Satu lagi ni best gila dengar. First time dengar  hari tu. Eh.. lagu apa ni? Suara macam penyanyi fav kita.. hazama. Eh.. takkan lah hazama nyanyi lagu gini.. gitulah nik punya monolog. 

Tak puas hati nik google..haaa. memag tepat dah betul dan clever girl lah. Memang Hazama yang nyanyi. Di Amaran Mama. Dah jatuh cinta dengan lagu ni. Duk buka youtube 10 kali dengar tak bosan. Haaa. Gigih.  *jangan nanti ada yang kata lagu merapu boleh dengar... ceramah agama tak nak. 

Eh hellooo.. kita nak buat benda elok tak bagitahu orang pun tak pe kot. Haha. Yang penting dont judge a book by its cover. Okeyh? Tengok.. nik dah merapu dah.  Tujuan sebenar dah lari.  

Nah lirik Di Amaran Mama By Hazama untuk korang. Ye. Sama-sama๐Ÿ˜›

Lirik Lagu Di Amaran Mama – Hazama

Mamaku ada kata
Pada satu ketika
Awas datangnya seseorang

Dia ada sakti
Bikin duniamu
Senang-senang saja bergoncang

Mamaku kata lagi
Awasi orang ini
Dia kan jadi segalanya

Membuat kau ketawa
Juga akan berduka
Dan dalam kekuasaannya

Engkau orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan menpuntang pantingkan duniaku
Engkau orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan mencuri hatiku buat selamanya

Mamaku ada kata
Pada satu ketika
Cinta akan berkunjung datang

Tanpa engkau sangka
Dia di depan mata
Menyambut hatimu terbang pergi

Tanpa aku sangka
Kau di depan mata
Menyambut hatiku terbang pergi

Engkau orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan menpuntang-pantingkan duniaku
Engkau orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan mencuri hatiku buat selamanya

Orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan menpuntang-pantingkan duniaku
Engkau orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan mencuri hatiku buat selamanya

Engkau orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan menpuntang-pantingkan duniaku
Engkau orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan mencuri hatiku buat selamanya


Okey.  Siapa minat lagu ni kita geng. Siapa minat lagu lagu hazama. Kita lagi geng. Hehehe. 

Bye !

Isnin, 11 April 2016

Kita dah cuba Vitamin ni !!
Assalamualaikum.



Hi korang ! Monday blues ke? Hahaha. Nik okey okey je hari ni. Nak tanya korang pernah dengar tak pasal DIANZ VITAMIN? alaaa.. yang tengah meletop tu.. pernah viral pasal tagline hot tu.. haaa. Yang tu lah ! Kalau korang nak tau nik dah cuba tau.. dah sebulan dah.. ni masuk botol ke dua dah. Seronok suka sebab sesuai dengan ni setakat ni. 

Kalau nak ikutkan.. nik ni jenis kedekut utk benda benda macam ni. Ishh.. memang tak lah nak bazirkan duit utk cantik apa semua. Kalau utk makan, takpa ! (Baca: nik manusia kuat makan, lepastu gemuk !) Tapi nak dijadikan nik ni berjodoh dengan DIANZ VITAMIN ni sebab adik pempuan nik, dia duk consume vitamin ni. So nak try la jugak. Last-last nik ambik keputusan untuk jual jugak. 





Haa.. seronok sangat jual Dianz Vitamin ni sebab banyak pengguna yang share testi yang best best.  Alaaa. Nik tau korang mesti was was kan. Yelaaa. Beratus produk jenis macam ni terjual kat luar sana. Boleh percaya ke kan...? Jangan risau. Insyaallah dianz vitamin ni produk muslim yang boleh dipercayai . Yang penting korang beli yang ori. Ada hologram utk korang scan kalau nak tau vitamin yang korang beli tu ori atau tak. 

Okey.. katakanlah ada diantara korang berminat nak cuba DIANZ VITAMIN ni.. korang boleh je wasap nik tau ! Jangan segan jangan malu. Lelaki perempuan boleh makan. Takde hal. 

Nanti korang wasap ni kat number ni ye ... 
014 3799417
014 3799417
014 3799417


Isnin, 21 Mac 2016

Media Sosial ?
Assalamualaikum..

Hi korang. Fuh.. Tarik napas panjang panjang nak start menulis. Nilah akibatnya kalau dah lama tinggalkan blog. Orang pun dah tak masuk baca. Sedih tau ! tapi... hari ni sempena menyambut ulangtahun kelahiran blog nik yang ke 4, rasa kena write somethinglah. hahaha. 

Media sosial.

Nik ni walaupun tak berapa nak rajin menulis kat blog tapi kat instagram dan fb aktif je memanjang. Twitter pun sama. So nak jumpa ai please follow Instagram | Twitter | Facebook ni ye.  Acah-acah femes pulak. Ya ampun.. 



Sebenarnya naik cerita sikit pasal media sosial sekarang ni. Fuh bahaya kan. sekejap je boleh viral. Nak nak lagi kalau benda tak elok. Sekelip mata satu dunia tahu. Takut pulak  Yang lagi buat nik seram, pakar pakar media sosial yang tak bertauliah yang seolah berpakat untuk turut sama menghentam. bagi nik kalau benda tu salah, then kita lagi duk menghentam makin benda tu akan jadi teruk.

Fungsi share pun dah banyak disalah guna. Hm.. Tak perlu kot kita nak share benda yang mengaibkan orang, yang boleh buat orang malu. Nik cuma terbayang dan terikir macam mana kalau benda tu jadi kat kita dan orang dok pakat share. aihhh.. Lainlah kalau benda elok kan. 

Minta Allah jauhkan kita daripada benda benda macam ni. 

Sabtu, 5 Mac 2016

Ingat senang ke nak kahwin?
Assalamualaikum.



Balik kampung raya cina hari tu ramai kawan-kawan sekolah kahwin. Ada yang sama umur ada yang lebih muda... ada yang lebih tua. Seronok pulak ye tengok orang kahwin ni. Hahaha. Majlis pun kemain boleh tahan.. rasa macam nak kahwin jugak. Eh. *mak baca ni tak taulah* Pastu ada kawan ni.. duk berwasap dengan dia.. pastu tercakap la kat dia..

Nik: weh.. rasa macam nak kahwin je. Kawan aku ramai kahwin dah. ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ

Pastu dia balas..

Dia: Hahaha. Ingat senang ke nak kahwin ni weh.

Nik: Payah ke?

Dia: ish. Ko ni. Kahwin tu race keta ah weh. Menang kalah tak tentu. Sebelum sampai kt penamat tu mungkin keta akn ada problem
.mungkin excident..mungkin orang potong line...

Bayangan mungkin yang kawan poyo nik bagi.. nik pun fikirlah logiknya. Aahhh... bkn senang nak kahwin weh. Kita tengok orang kahwin ni indah je hidup dia. Nak nak lagi tengok kat instagram.. bahagia je... tapi hakikatnya kita tak tahu. Sebab kat instagram tu kita hanya akan tengok benda yang cantik dan indah je. Kan. ? 




Sabtu, 6 Februari 2016

Cuti-cuti CNY
Assalamualaikum..

Dah masuk hari sabtu dah ni.. mesti geng geng pantai timur terutamanya kelantan dah penuh mengisi jalan raya. Hahaha. Bestnya cuti panjang ye korang. 

Nik baru je dua minggu lepas balik kampung. Ni pun rasa nak balik lagi tapi tapiiiiii.. bila fikirkan kalau balik kampung paling tidak kena ada Rm100 untuk tiket bas.. wahhhh.. dengan brim tak lulus.. aihhhh.. delima betul. 

Hah.. korang balik kampung ke CNY ni.?? Beraya sakanlah cuti panjang kan.. hahaha. Nik... sekarang tengah tunggu officemate datang.. nak siapkan keje yang menimbun.. baru boleh cuti.. Opss.. walaupun tak dapat brim nak jugak balik kampung... hahaha.. Tumpang kereta kawan.. kehkeh. Tak sabar nak tunggu esok pagi.. 

Kalau cuti lagi panjang kan best.. boleh duduk lama-lama kat kampung.. Boleh pergi Bukit Keluang lagi.. 


Jumaat, 29 Januari 2016

Pentingnya give and take !
Assalamualaikum. 

Punya payah nak dapatkan mood untuk menulis kat blog ni.. Nasib esok cuti, so tido lambat pukul dua tiga pagi malam ni pun tak pa. Kan? 



Alkisahnya nik teringat kat seseorang kat tempat kerja lama nik. Nik kena mengaku kat sini that she was the best friend there.. Bila teringat kat dia.. tetiba teringat la kerajinan dia. Suka buat kerja remeh-remeh yang orang lain tak suka buat which is apa yang dia buat tu dah banyak memudahkan kerja rakan rakan yang lain. Thanks wei.. 

Lepas tu nik teringat pulak kat kawan yang tak berapa nak kawan.. yang nik dah lama kenal dalam 5 tahun macam tu. Wahai kawan nik tahu awak akan baca apa yang nik tulis ni nanti.. dan awak tahu nik nak cakap ni pasal awak.. hehehe. Awak manusia yang bertimbang rasa. 

*******

Give and Take !

Dalam sesuatu perhubungan.. tak kiralah hubungan sahabat.. hubungan percintaan.. hubungan perkahwinan.. hubungan kekeluargaan.. . GIVE AND TAKE ni amatlah penting.. awak hanya bagi.. tapi awak tak ambik. Ia akan jadi masalah nanti. Dan awak hanya ambik tapi awak tak memberi.. lagilah masalah besar. 

****

Jadi.. apa motif entry ni? Takde motif. Cuma teringat kat kawan kawan yang datang dan pergi silih berganti..  dan disesuaikan pula dengan perangai hamba Allah yang satu ni... yang pandai sepandainya bab bercakap tapi actionnya yillek. ! Then boleh pulak suruh kita GIVE AND TAKE. Bertolak ansurlah.. kita malas dah nak give and take apa benda tu semua. 

Bai. !

Rabu, 20 Januari 2016

Private Blog?
Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Bila korang dapat baca entry nik yang satu ni, maknanya blog picisan ni dah kembali normal. Untuk pengetahuan korang.. nik dah private blog nik ni untuk beberapa minggu. Kalau nak ikutkan sayang sangat, bagi nik apa gunanya ada blog kalau nak private kan.? Dah la bagi effect tak baik pada pageview. Keputusan yang nik buat ni susah sebenarnya. Tapi demi kebaikan dan keselamatan.. i have too.

Kenapa? Sebabnya hanya kerana sebuah kesilapan dari diri nik sendiri. Dan nik betul-betul mengaku tu memang silap nik dan sesekali tak akan menegakkan benang yang basah. Pada mereka yang mungkin one day baca apa yang nik tulis ni... nik minta maaf sepenuh hati.. Kalaulah mampu bayar balik apa yang nik buat.. sepenuh hati...nik minta maaf.. 

Selalunyakan korang.. kalau orang yang buat salah dengan kita.. payah jugak untuk kita maafkan.. mungkin makan masa.. mungkin juga tiada maaf.. yepp.. payahh.. sekali kita buat salah orang akan ingat sampai bila-bila. Kalau salah kita tu orang tak dapat terima.. maka jadilah dendam.. benci dan so on. Bila orang dah benci kat kita tu yang kita takut.. bila dah jadi dendam.. lagilah ngeri... itu yang terjadi.. dan ni pengalaman paling ngeri yang tak boleh lupa. 

Korang.. berhati-hatilah dalam setiap perkara yang kita buat. Jangan silap langkah. Jangan silap memilih. Fikirkan dulu semasak masaknya untuk buat keputusan terutamanya soal hati perasaan. Sebab hati kita kita tahu caranya.. tapi hati orang lain kita tak tahu. Sebelum buat sesuatu.. tolonggg.. berfikir semasaknya... tanya pendapat mak ayahhh.. terutamanya yang perempuan ni. Pendapat dorang jangan abaikan.. sebab kalau nasi dah jadi bubur... percayalah.. menangis air mata darah sekalipun.. kita tak akan dapat undur balik masa untuk ubah keputusan kita. Nak tak nak kena hadap. Stress. Tension.. akan jadi makanan harian. Mintak dijauhkan. 

Lagi satu.. media sosial.. memang mengerikan kalau disalahgunakan. Untuk korang gegadis.. elakkan letak gambar penuh di mana2 media sosial...kalau nak letak jugak.. letak gambar beramai-ramai yang kecik yang orang nak cam pun tak boleh. Bahaya korang ! ! ! Orang dah benci kita dia boleh buat apa sahaja dengan gambar kita tu. Pesan untuk korang... adik-adik perempuan korang.. sepupu sepapat... semualah ! For your/  their own sake. Cegah sebelum jadi ! Dan peringatan ni untuk empunya tulisan ni jugak yang sebelum ni tak pernah fikir side effect benda macam ni. Dan terlalu menyesal. 

So korang..sesama kita fikirkan baik buruk isi penulisan nik ni. Tak berniat nak buka pekung ke apa. Cuma nak kita sama sama beringat.

Terima kasih sudi baca.

Nik. 
Jan 16






Ahad, 17 Januari 2016

Mana pergi bulan 12?
Assalamualaikum.

Tak sangkakan.. dah masuk tahun 2016 dah kita. Sekejap je masa berlalu. Tup tup umur pun automatik meningkat. Haaa. Tapi nik muda lagi. Hahaha. Rasa macam baru je ambik result upsr hari tu.. ni dah kerja dah. 

Macam macam jenis manusia dah sempat nik jumpa sepanjang 23 tahun ni. Ada yang baik..yang menyenangkan. Tak kurang jugak yang annoying tahap gaban. Tapi yang tak boleh blah.. nik geram dengan diri sendiri. Huh ! 


Korang nak tau, boleh pulak nik tak update satu entry pun kat blog ni bulan 12 hari tu. ! Tadi bila tengok kat bahagian archive sebelah.. aikkk.. knp bulan 12 takde. Gelabah.. mula mula ingat ada masalah ke apa. Tapi recall balik... 

"Eh.. memang aku tak update apa-apalah. Kan busy clossing akaun kewangan hujung tahun ritu.. oooo"

Dah termarah kat diri sendiri pulak.. tulah.. patutlah entry bulan 12 kosong
. Dah tuan blog sibuk kalah kak mah iron lady ! Nasiblahkan. 

Haa. Buat korang yang sudi baca blog cabuk kesayangan nik ni, nik nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2016 lah. Walaupun dah nak masuk bulan 2 dah. Hahaha. Semoga kita semua lebih bahagia.. lebih kaya dan berjaya dunia akhirat. Amin..


Sabtu, 16 Januari 2016

Cukup Derita Itu... tak mengecewakan.
Assalamualaikum. 

Hujung minggu macam ni kalau takde sape ajak keluar, nik hanya kat bilik melayan jiwa raga.. haha. Kalau ikutkan hati memang nak sangat buat aktiviti yang lain. Tapi nak buat cemana.. tak dapat.

Selain dari hobi, bagi ni baca buku jugak satu terapi untuk hilangkan stress. 

Cukup Derita Itu.


Tapi mestilah masa yang ada ni kena isi kan. Tak lain tak bukan membacalah jawabnya. Tu antara sebab kenapa nik tak bosan duduk sendiri. Asalkan ada buku, then it fine for me ! Walaupun bukan buku ilmiah. Haha. Janji ada !

Cukup derita itu . Karya terbaru novelis popular, Siti Rosmizah. Penulis yang sangat sangat nik suka. Dari segi plot, cerita ni memang tak mengecewakanlah. Dari awal sampai akhir buat kita tertanya-tanya akan akan jadi for the next page. Haha.

Cerita yang mengisahkan kembar.. adik beradik kembar yang kontra perangai.. tingkah laku..cara pemikiran dan sebagainya. Hero pulak dengan membawa watak yang tak terlalu sempurna.. masalah kemalangan..hilang ingatan... diri hero tu sendiri tak seperti hero hero novel lain yang mana.. dia seorang yang nik boleh cakap jenis yang tak percaya diri. Tapi best ! Herion pun takde lah terlalu diagungkan cantik dalam penulisan ni. 

Pastu.. babak sedih memang banyak. Nik baca sambil lap hingus sebab nangis. Haha. Isus kekeluargaan pun banyak diterapkan dalam novel ni. Which is memang banyak yang boleh kita ambil iktibar.  

Kesudahan cerita Cukup Derita itu nik tak mau ulas banyak.. tapi of courselah happy ending kan.. nak tahu macam mana dan apa yang berlaku dalam novel ni.. kena bacalah. Hehe. 

Oh.. hero novel ni namanya ZARUL ZAFRAN  dan heroin pulak ELLANI, kembarnya ELLANA.




Sabtu, 9 Januari 2016

Demam dilwale baru sampai !
Assalamualaikum..

Huh. Lama gila rasanya tak update blog. Takde mood punya pasal. Pastu sibuk dengan keje satu hal. 

Hari ni cuti dah tak leh tahan dah. Nak kena update jugak. Haa.. semalam nik pergi tengok cerita bollywood yang tengah hot, Dilwale. Masa keluar trailler lagi duk berangan nak pergi kan. Mau tak nak tengok ! Shah Rukh Khan tu kita minat.  Ajak orang tu ajak orang ni.. semua ada keje.  Nasib baik ada hamba Allah ni sudi bawak kita. 



So, menapak lah kami petang semalam ke Aeon Rawang demi nak tengok Dilwale ni. Lambat dari koranglah kan. Orang lain dah 77kali tengok nik baru terkedek nak pergi beli tiket. 

Hahaha. Tapi memang puas hatilah ! Panggung penuh weii. Kalau kira beli awal dah tu. Tapi seat yang ada cuma dua baris kat depan je! Geram. Melengut kami kat bawah tu. Hahaha

Kira semlama mission accomplish la. Dapat tengok. Best kot cerita ni sampai menitik air mata. Tapi orang sebelah cover cun je. Kita ni dah tak leh nak tahan, teresak esak lah jugak. Orang kata terubatlah rindu nak tengok lakonan baru Shah Rukh Khan dengan Kajol kan. Entah bila pulak dorang nak ada movie lain lagi. 

Nak review pasal movie ni, macam taklah sebab malas. Yang nik tahu cerita ni best dan kalau yamg belum tengok lagi tu pergilah tengok ye. Nik dah tangkap leleh dengan lagu dia tu. Nak downloadlah! Hahaha. 

4.8/5 rate untuk dilwale. Nik suka ! Sampai semalam balik tido termimpi mimpi. Rasa nak jadi Kajol. Haha.


FATIHAH FAZLIN@templatesyard