Fatihah Fazlin: resepi
Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan

Selasa, 10 Januari 2023

Resepi Puding Roti Simple

 Assalamualaikum.


Puding roti sos kastard. 


Lama dah buatnya Puding roti ni. Tapi tulah sebabnya malas nak menaip, semua idea tertangguh je.  Nik suka buat apa yang Anis suka makan. Puding roti ni memang dia suka sangat, terutamanya bila ada sos kastard tu. Dia suka sampai boleh hirup kuah tu. Dibuatnya macam sup.


Meh la nik share resepi Puding Roti bersos kastard yang nik buat. 


Puding Roti bersos kastard resepi ni sesuai untuk 4-5 orang makan.


Bahan-bahan Puding Roti:

  • 8 keping roti sandwich
  • 2 cawan susu segar**
  • 2 sudu mentega - dicairkan**
  • 2 biji telur**
  • 4 sudu besar gula halus**
  • 1 sudu teh esen vanila**
  • Kismis - ikut suka nak banyak mana*
  • Ceri makan hiasan - ikut suka jugak*


Bahan-bahan sos kastard:

  • 1 Tin susu cair
  • 1/3 gelas air
  • 2 sudu tepung kastard
  • 2 sudu gula - boleh tambah kalau nak manis atau sebaliknya


Cara-cara:

Carikan roti tu ikut suka nak bentuk macam mana pun. Ada orang dia gunting kasi cantik. Masukan/susun dalam loyang yang dah disapu mentega. Campurkan semua yang bertanda ** dalam mangkuk dan kacau sebati. Tuang campuran tu kedalam loyang. Make sure semua roti terkena dengan campuran tersebut. 

Taburkan kismis dan ceri hiasan tu kat atas. Then dah boleh bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius, selama 25minit. Bergantung pada oven masing-masing. 

Untuk sos kastard tu pulak, korang campurkan je kesemua bahan-bahanya, lepastu kacau dalam periuk dengan api sederhana. Kena kacau selalu tau. Kalau nak cair sikit korang tambah lah air. 

Sos kastard yang dah siap tu, kita tuang ke dalam loyang dan dah siap untuk dihidang. Kalau nak rasa yang mantop, korang sejukkan dulu dalam peti ais. Makan pulak dengan yang tersayang, lagi tambah sedap puding roti korang tu.. hahahah. 


Isnin, 10 Januari 2022

Resepi Kuih Tradisional Poli Ubi

 Assalamualaikum. 


             


Poli ubi kuih kegemaran terbaru nik. hahaha. Hari tu cari barang basah kat pasar pagi, suami beli kuih poli ubi ni. Macam biasalah, nik kalau dah sekali makan, lepas tu tersuka, kena makan lagi.  Dok teringat ingat kuih ni, cari pasar pagi takde, pasar malam takde, gerai tepi jalan takde. 


Puas dah cari, mulut rasa nak makan, nik fikir, baik buat je sendiri. Nik terus google resepi. Almaklumlah, nik masak semua pakai google je. 😅 Bahan-bahan nak buat pun ada, kebetulan kawan suami bagi ubi kayu. 


Poli ubi ni tak susah pun nak buat, kalau ikut resepi ni confirm jadi. 


Bahan-bahan Poli Ubi. 

🔸Ubi kayu

🔸Garam secubit

🔸Gula 2 sudu setengah

🔸 Sedikit air

🔸 Kelapa

🔸 Daun pisang


Bahan untuk pencicah. 

🔸Nisan kerek/gula melaka 

🔸 Sedikit air

🔸 Daun pandan 2 helai


Cara-cara membuat poli ubi. 

1. Mula-mula parut dulu ibu kayu. Nik guna dalam 2.5kg ubi kayu dapat dalam 5 ke 6 cawan selepas dipaarut.  Dah parut ubi, perah buang air ubi tu. 


2. Masukan gula dan garam. Nak kurangkan gula pun boleh. Gaul sebati. 


3. Dah sebati, masukan elok-elok dalam daun pisang yang siap cuci bersih. Lipat macam buat tepung bungkus tu. Lepastu kukus dalam 15-20minit.  Nak pastikan ubi dah masak ke belum, cucuk dengan garfu/lidi. Kalau tak lekat tu, dah masaklah tu. 


4.  Dah masak boleh potong segi empat kecil macam dalam gambar nik tu. Lepastu, golekan dia dalam kelapa. 


5. Siap. Boleh buat air nisan(air gula melaka). Didihkan dua gelas air bersama  nisan 2 keping(yang jenis bulat-bualt nik guna). Kalau nak pekat kurangkanlah air ye. Boh daun pandan sekali, bagi sedap aroma nanti. 





Maka, makanlah nik dengan tak ingat dunianya bila dah siap. hahahha. Poli ubi ni kuih betul betul tradisional la bagi ni, sebab payah betul nak jumpa kan. 


Korang kalau nak makan, buat sendirilah nanti. Boleh buat banyak-banyak. Makan pon bolrh banyak. hehehe. 




Isnin, 13 Disember 2021

Resepi Kek Pisang Simple dan Mudah | Guna Bahan Biasa Jer.

 Assalamualaikum.


Resepi Kek Pisang Simple dan Mudah | Guna Bahan Biasa-biasa Jer.


Buat ape tu? Bila mood rajin datang kan, nik suka jugak masak, buat kuih atau kek. Nik suka try resepi yang nik tak pernah buat. Terutamanya kalau kuih atau makanan western. Hari tu nik cuba buat Kek pisang, resepi simple dan senang. Tertengok resepi ni kat tiktok sape entah. Hafal resepi dia lepastu seminggu kemdian cuba sendiri buat. 


Resepi Kek Pisang Simple dan Mudah


Rasa dan tekstur, not bad tau. Sedap! 


Nik share resepilah kat blog, benda sedap kan. Moga-moga orang yang share kat tiktok tu dapatlah pahala sebab share benda berfaedah untuk kita. 


Kek Pisang Coklat Cip Simple dan Mudah : 


Pisang 7 biji(kalau guna pisang yang jenis besar tu, 6 biji cukup dah)
Minyak 1 cawan
Telur 3 biji (nik guna saiz c)
Gandum 2 cawam
Baking powder 1/2 sudu kecil
Soda Bikarbonat 1 sudu kecil
Esen vanila 1 sudu kecil
Coklat chip(hiasan)


Cara-cara Buat Kek Pisang Coklat Cip Simple


First, korang potong pisang tu(apa-apa pisanglah, nik guna pisang emas) jadi kecil sikit, untuk senang blend.

Masukkan semua bahan-bahan sikit-sikit untuk bled. Jangan masuk semua terus nanti blender korang tak gerak. hahaha. Kalau guna blender mahal lain citer ye.

Dah blend tu, masukkanlah dalam loyang. Nik beli bekas dalam gambar tu kat kedai eco Rm2. dapat dua bekas untuk kuantiti resepi yg nik bagi ni.

Tabur coklat cip, then masuk dalam oven. Nik set masa dalam 15 minit, suhu 160-170.

Dah masak, hidanglah untuk anis, tak menyempat je dia abis satu bekas. Laku ye Kek Pisang Coklat Cip ibu 😅

Khamis, 26 Ogos 2021

Sarapan Pagi Bakwan Sayur

Assalamualaikum.

Lamanya lahai tak update blog. Masih tak boleh nak bagi full komitmen untuk blog. Tak tahu kenapa. Sibuk tu tak sangat. 




Hari minggu hari tu tak tau kenapa teringin sangat nak makan bakwan. Bakwan kalau kat Malaysia macam jemput-jemput bersayur. Orang Indonesia panggil bakwan. Macam terasa rasa je kat mulut. hahaha. Nik memang suka dengan masakan Indonesia. Ayam penyet, bakso, gado-gado, seblak, bakwan. semua ni sedap!  

Dah terliur nak makan, kita buatlah sendiri. Nak cari kedai belum tentu ada. 

Bakwan ni sama mcm jemput-jemput lah. Tapi versi Indonesia yang nik makan, dia letak macam macam jenis sayur.

Meh nik share resepi bakwan sayur ni:


1. 2 cawan gandum

2. 1 Sudu tepung beras

3. Secubit Serbuk Kunyit

4. Sebiji telur

5. Garam sesudu kecil

6. Kubis dihiris kecil

7. Carrot dihiris memanjang nipis

8. Daun bawang

9. Jagung

10. Bawang besar hiris nipis

11. Lada besar hiris nipis

12. Air secukupnya.


Senang je kan. rasa pun confirm sedap. Kalau nak letak serbuk perasa pun boleh. Dah  masak boleh makan macam tu je. Tapi ada orang dia cicah dengan sos. Mana-mana boleh. Apa lagi, pergilah korang buat sekarang. Boleh hidang untuk minum pagi atau makan petang. Very easy peasy! 



Rabu, 10 Jun 2020

Baking lagi - Resepi Kek Chocolate Moist Kukus Simple
Assalamualaikum.



Resepi Kek Chocolate Moist Kukus Simple | Nik tak pandai nak baking kek pun sebenarnya, tapi sebab suka makan and kalau beli nik akan fikir banyak kali. hahaha. Kedekut punya pasal. Takdelah kedekut mana pun, nik kalau bab makan okey tak sayang sangat duit. Asalkan puas makan. 

Cuma, sebab dua menjak ni jadi rajin dengan sendiri nak buat kek lah, nak buat kuih muihlah. Dah alang alang rajin, bahan pun tak rumit nak cari, kita onnzzz! 

So jadilah Chocolate Moist Cake paling senang dan simple. Btw, ni resepi kukus ye sebab nik suka makan kek yang kukus lebih lembut.

campuran bahan A. Maap comot sikit. hehehe



campuran bahan B setelah diayak.

Bahan C diblend. Nik memang blend lama. Tu putih melepak tu.


buat dalam tupperware kecil untuk anis bawak bekal rumah pengasuh. budak tu suka sangat makan kek.
 

Bahan A.
1 cawan gula halus
1 cawan serbuk koko
1cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 susu pekat manis - nik kurangkan sikit, tak nak manis sangat

Campurkan semua bahan A ni then masak atas api kecil sampai semua dah sebati elok.

Bahan B.
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Ayak semua bahan B dalam bekas berlainan.

Bahan C.
3 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila

Yang ni nik tuang je semua dalam blender, lepastu blend sampailah campuran tu jadi putih untuk hasil kek yang thorbaikkkk.
okey.. Dah siap sediakan semua bahan A,B, dan C, korang dah boleh mula. Masukan bahan A ke dalam bahan B. (Pastikan mangkuk bahan B sedikit besar ye). Kacau sebati.

Masukan bahan C. Boleh gunakan senduk biasa untuk kacau, tapi nik guna wisk. Adunan lebih mudah sebati dan tak berketul.

kejadian bila dah siap kukus. Lembut je! 

In the same time, kita panaskan periuk kukusan. Masukan adunan tadi kedalam bekas yang korang suka. Loyang ke, bekas kecil-kecil ke. Mana-mana pun boleh, ikut suka hati. Kukus dalam 15 minit je. Angkat dan sejukan, lepastu boleh buat topping.

tadaaaaa. rupa kek coklat moist bila dah siap. Sedap sungguh! 

okeyhhh. letak 1 lagi gambar. yang tengah menaip ni telan air liur jer.

Untuk topping nik double boil:

2 sudu serbuk koko
3 sudu susu pekat
3 sudu susu cair
2 sudu majerin

Then, nik taburkan sikit manik warna warni nak nampak lebih meriah. hahaha. jadilah kek coklat moist kukus yang simple dan senang ituu..

sekian. 




Isnin, 11 Mei 2020

Apam polkadotku tak menjadi
Assalamualaikum.

Hari ke berapa PKP dah tak tahulah. Yang pasti TSMY dah umumkan pun dah semalam, PKPB akan terus bersambung sebulan lagi. Sebulan terus ye dia bagi, mereputlah kita kat rumah walaupun boleh keluar tapi kalau nik baik dok rumah jela. Ramadhan pun dah hari ke 18 dah, nak masuk 10 hari terakhir dah.

Duduk rumah takde benda nak buat, masak jelah kerjanya. Dua tiga hari lepas datang idea nak buat apam polkadot. eh tapi kita tak pandai buat. Selalu makan free yang kak has(officemate kat hulu selangor) dulu buat. Hahaha. sebab teringin nak makan apam polkadot kak has, kita buat sendiri. Mencuba tu penting ye walaupun tak pandai. 



Memandangkan bahan-bahan pun ada cukup lengkap, dan berbekalkan resepi google nik trylah buat. hahaha. Nak kata berjaya tu taklah sebab bentuk dia tak jadi cantik bulat-bulat macam yang orang lain buat. Rasa dah nak sama dah dengan kak has punya. hahaha.


Warna warni cantik sangat.



Yeeeeee rupa tak berapa nak ada. Tapi okeylah anak nik suka sangat makan. Nik simpan dalam peti ais keseokan harinya, dia dok suruh bukak peti ais nak makan kek. adoooi! sejam sekali nak makan kek. Tapi nik tak bagi sangatlah sebab kita buat guna pewarna kan. agak tak sesuai untuk budak.

tengok ni, tak paham nik kenapa dia bersegi macam tu. orang lain buat elok cantik bulatntya.






Memandangkan apam polkadot nik tak cantik, hahahah. resepinya korang googlelah blog orang lain. Kan nik bagi resepi kat sini dengan apam korang tak menjadi.


Isnin, 27 April 2020

Ramadhan yang berbeza
Assalamualaikum.

Hi. Lama dah tak bukak blog sebab tak tahu nak tulis apa, kering idea sebab asyik duduk rumah je. Sesekali keluar untuk kerja pun tak jumpa orang sangat. Sedar sedar dah bertemu Ramadhan. Cepatnya lahai masa berlalu. Hari ni pun dah hari ke empat ramadhan. 

Tapi suasana ramadhan kita tahun ni memang lain kan, tanpa terawih kat masjid, tanpa bazar ramadhan, tanpa bersesak kat bazar tu. Berbeza sungguh. Apa pun, kita doakanlah virus corona ni dapat dijumpai ubat/vaksin secepatnya. Tapi alhamdulillah kita kat Malaysia ni kes makin berkurang kepada dua digit. Esok-esok mungkin dapat digit 1. PKP pun dah ditambah masa lagi.

Puasa tahun ni, memang nik plan nak masak setiap hari makanan berbuka. cewahhh. setakat hari ni memang masak lagi, cuma bila hari kena kerja tu tak tahulah macam mana, larat ke tidak sebab balik kerja pun dah 5.30 petang. Nak masak beria waktu hari bekerja agak susah sikit. 

Alang-alang bercakap pasal menu berbuka ni, nik share kat sini teruslah makanan yang nik masak dua tiga hari ni. Saje je, mana tahu boleh dapat idea untuk menu untuk hari seterusnya.


Hari pertama puasa takde gambar sebab nik dengan suami masing-masing lembik hari tu. Lepas masak terus masuk bilik baring, orang azan terus makan takde hidang-hidang dah. Teruk kan. hahaha  Second day dah okey dah, semangat berpuasa.

Sup carrot putih, sedap sangat dan bagus untuk ibu menyusu. 

Buah nenas dan tembikai untuk pencuci mulut. Husband suka sangat makan buah-buah. 

Tepung pelita jiran kami bagi. Alhamdulillah.

Ayam grill, the hero! 

Pinggan saya! Nik tengah nak cuba eat clean sekarang ni. Harapnya istiqomah.

Untuk hari ketiga berpuasa, nik tak masak banyak, just buat roti jala sebab yang lain jiran-jiran dah bagi. Nak masak lagi takut tak habis pulak sebab yang makannya dua orang je. Nanti membazir.
Roti jala nik. bolehlah sedap jugak!


Yang dalam mangkuk macam kari tu pengasuh anis bagi, nik tak tau pulak nama apa, lepas tu ada bawang putih jeruk. Simple-simple dah la, nak makan banyak perut ada 1 je. hahaha


Ni makanan berbuka nik. Sandwich ayam grill. Lepastu adalah try segulung roti jala. 

Betik. shosedap.

Overnight oat nik buat untuk sahur. Hari- hari sahur ni ni. Letak buah buahan sikit then 2@3 biji kurma


Saje je nik share kat sini, disamping untuk tambah content blog yang makin tak terurus ni. Hahaha. Korang masak apa hari ni, meh share meh, nik nak balik masak pulak petang karang.


Isnin, 13 Januari 2020

MY FIRST TIME BUAT DONUT
Hai..

Hai korang, assalamualaikum.

Weekend hari tu nik try buat donut, menjadi weh! terus excited giler sebab first time buat terus jadi dan hemm cantik je rupa donut ai.  Gebu! Takdelah susah sangat pun kan nak buat donut ni, kena rajin sikit je, terus jadi. hekhek

Cantik kannn kan kan. Ni sebelum buat lubang kat tengah tu. Time nak goreng baru nik buat lubangnya. Dah masak pun cantik gebu. Tapi sayang ai is lupa nak ambik gambar ya g dah siap goreng. Dah makan habis baru teringat. 

Seronok weh bila benda yang kita nak sangat tu menjadi. 


Alkisahnya nik termengidam donut lambung kat tepi jalan ontheway balik kampung, tapi tiap kali lalu situ asyik tutup je. Banner besar gedabak tapi kedainya tutup, bukan sekali tapi banyak kali lalu kedai tutup. Kita ni dah membuak-buak nak try donut lambung tu, rupanya pun tak pernah tengok. Sedihhh.

Dah frust tu, dapatlah ilham nak buat sendiri je. Nik google je resepi donut simple dan senang nak buat. Dah buat, eh jadi cantik je kejadiannya. Bangga jap maklumlah kita noob bab bab buat kuih ni.

Bahan-bahan pun senang sangat. Cuma perlukan:

-Tepung gandum 500g
- Yis mauripan (guna separuh je)
- Susu cair 2 sudu
- Gula halus 1 sudu
- Garam 1 sudu kecil
- Air

Yis tu bancuh dulu dengan air suam. Lepas tu campurkan semua bahan uli sampai adunan tak melekat, Biarkan adunan dalam sejam setengah. lepas tu dah boleh bahagikan ikut lah besar mana. kalau nak donat korang besar-besar sekali makan kenyang, buatlah besar. Saiz nik buat ni kecil je. Dapatlah dalam 22 biji. Bolehla bagi kat jiran, heheheh

Ada resepi nik baca dia letak telur, terserahlah. Tapi nik ikut resepi nik alhamdulillah terus jadi kiranya terus guna resepi ni jela sampai bila-bila.

Khamis, 7 November 2019

Tauhu Begedil Paling Sedap ! Senang je resepinya.
Assalamualaikum.

Tauhu begedil kan kalau kena gaya buatnya perghh.. sedap menjilat jari. Nik suka makan tauhu begedil ni tapi tak suka nak buat. Hahaha. Kat pejabat lama dulu kak ton selalu ambik order. 7 biji RM10. SEDAP NAMATI akak tu punya tauhu, besar besar gedabak dia buat. Sambal kicap pulak mabelesss!


Nampak macam sedap kan? Memang sedap weii
Kejadian belum digoreng!


Close up sikit  Tauhu Begedil yang dah siap goreng! Mabeles .Tiga tak cukup.
Disebabkan kempunan nak makan tauhu begedil orang sana, nik beranikan diri buat sendiri. Hmm. Kalau rajin semua jadilah. Haha.



Resepi tauhu begedil:
  • Tauhu (nik beli dua paket) lupa dah berapa biji tapi sepeket dalam RM4
  • 4 Biji kentang saiz penumbuk budak darjah 3
  • Bawang holand separuh cincang halus
  • Daging ayam kisar (nik guna separuh paket je yang saiz biasa tu)
  • Daun sup banyak sikit biar sedap
  • Garam satu sudu kecil 
  • Kiub pati ayam 
  • Lada merah dan hijau untuk hiasan
  • Bawang goreng
  • Minyak
  • Telur 2 biji 

Cara penyediaan Tauhu begedil ni verry the senang

  • Rebus kentang dalam air mendidih hingga empuk. Bila dah empuk buang kulit dan lenyek kentang sampai hancur.
  • Dekat kuali pulak, korang panaskan minyak dan masukan ayam cincang dan bawang holand. Kacau bagi masak sikit. Then letak dalam satu mangkuk.
  • Campur semua sekali gorengan tadi ,lenyekan kentang, hirisan daun sup, kiub pati dan garam. Kacau supaya semua bersatu teguh bercerai roboh! bentukan bulatan sikit untuk sumbat dalam tauhu nanti. 
  • Tauhu tu pulak gunting sikit bahagian tengah dan buang isi dengan hati-hati. Kalau kasar hancur lerrr tauhu korang.
  • Sumbatkan begedil korang yang dah siap tadi!
  • Celupkan dalam telur dan goreng dalam minyak yang panas.
  • Wallaaa.. siap tauhu begedil korang. Hiaslah dengan lada warna warni dan bawang goreng korang.
  • makan dengan sambal kicap yang mabelesssss. meletop kebabom. Resepi sambal kicap korang google la ek. Nik takleh share resepi nik sebab tak berapa nak sedap buat haritu. hahahhaa. Korang google yang sedap-sedap sikit. hahahahah
Selamat mencuba ! ! 


Ahad, 15 September 2019

Resepi Puri/Makanan Baby Untuk Anis Farhana
Assalamualaikum.

Haa. bila dah jadi mak mak ni, nak cerita dalam blog pun pasal anak je la manjang kan? Jsngan risau korang, nik pun macam korang. Kat instagram dan facebook semua gambar anak je. Takpe, life circle kan. Semua orang akan mengalami benda sama.

Anis Farhana masa 6-8 Months tak cerewet. Suap ape pun dia nganga je. Senang kerja ibu dikk.


Nik nak share dengan mak mak semua(terutama mak newbie) resepi makanan baby, real baby food. Awal awal Anis Farhana start makan dulu nik memang ambik gambar bila prepare untuk dia, tapi dah lama-lama. Eh tak larat den nak masak nak ambil gambar lagi. Time banyak masa tak pelah.

Anis start makan masa umur 5 Bulan setengah, Sebelum masuk 6 bulan tu nik bagi Puri yang betul-betul cair. Just untuk bagi dia rasa je. Dah genap 6 bulan baru nik bagi yang pekat sikit.

Antara Puri/Bubur yang nik bagi:

  • Bubur Nasi Kosong
  • Puri Epal - Anis tak suka, tak tahu kenapa. Masam kot! So, papa dia habiskan.
  • Puri Kiwi
  • Puri Brokoli - kegemaran Anis
  • Puri Labu- kegemaran anis
  • Puri Carrot
  • Puri Mangga
  • Puri Avoccado - Anis tak suka, ibu pun trylah, memang avoccado tak sedap eh?
  • Puri Betik- Agak -agak anis tak berak, nik bagi dia betik
  • Puri Kurma- rendam air dulu (air ibu minum, kurma tawar buat puri anis)

Start 7 bulan, nik dah mula campurkan makanan Anis, start tumis :) masa ni dia makan banyak. ibu suka. Sua je sudu, dia nganga. 

Nik memang guna beras yang nik dah frozen untuk buat bubur anis. Beras frozen cepat sikit masak dan tekstur dia cantik je. 


Resepi Puri/Makanan Baby Untuk Anis Farhana


Resepi Puri/Makanan Baby Untuk Anis Farhana

RESEPI 1
  • Beras Frozen
  • Bayam
  • Carrot
  • Salmon
  • EVOO
RESEPI 2




  • Beras Frozen
  • Ubi Kentang
  • Garlic
  • Bawang Merah
  • carrot
  • Pakchoi
  • Serbuk ikan bilis(home made)
  • Evoo


  • Untuk dua gambar atas ni, makanan anis masa umur 7, 8 bulan kalau tak silap. Anis rupanya allergik dengan ikan bilis dan ayam, so memang sampai dia 11 bulan nik tak bagi ikan bilis dan ayam. Dia cuma makan ikan salmon/ikan selar/daging lembu je. Untuk portion dalam gambar kat atas tu, boleh dapat bekalkan kat pengasuh untuk 3 hari(2x makan). Yup, anis makan makanan yang sama je pagi dan tengahari. hehehe

    Semua tu nik akan blend, Anis 7 bulan nik blend halus lagi, tapi masuk 8 bulan nik blend kasar. Mula-mula dia macam tak nak terima, tapi suapan ke lima tu dah okey dah.


    Resepi Puri/Makanan Baby Untuk Anis Farhana

    Pasta baby ni pulak, nik start kenalkan masa 8 bulan, and walla. Anis memang lebih suka pasta dari nasi. hahaa. Pasta ni nik selalu buat carbonara cheese je. Resepi macam biasa cuma untuk pasta nik guna yang khas untuk baby, Prego Buddies. Nak tumis bebawang tu guna unsalted butter. Senang sangat aihh. Kalau kata baby dah boleh makan kasar, tak payah blend. 2 kali senang! hahaha

    BAJU TAK MUAAATTTT


    Alhamdulillah. Anis start makan, memang nik bagi dia makanan homemade je. Yang nik buat sendiri. Lebih terjamin kan, tanpa gula tanpa garam tanpa perasa tambahan.

    Harap anis membesar dengan sihat, makan masakan ibu yang tak seberapa. Kekeke.







    Jumaat, 14 Ogos 2015

    Resepi: Sup telur mudah dan simple.
    Assalamualaikum..

    Hai korang. Salam Jumaat !

    Sup telur mudah dan simple | Siapa pernah buat sup telur ni? Huaaa.. seriously ni baru tahu adanya resepi sebegini.. Telur pun boleh buat sup? Aku yang duduk di gua ke atau mereka yang biasa buat ni terlau canggih? hahaha.



    Memandangkan nik ni jenis yang suka masak(baru suka dulu tak suka), so sup telur ni memang kira the best resepi la. Sebab senang gila nak buat. Nak nak lagi bagi yang pemalas tahap gaban tu. krik krik.

    Meh korang.. ramai ramai kita buat sup telur! hahaha.. nik kongsikan resepi dan cara nik yang tak seberapa ni ye. Insyallah boleh telan. hahah

    Bahan bahan sup telur:

    Telur 4 biji
    Ubi kentang
    Kiub ayam/Sup bunjut
    Sohun
    Halia
    1 biji bawang besar
    1 biji bawang merah (hilis halus)
    1 biji bawang putih (hilis halus)

    Macam biasa, cara nak buat sup telur ni tak susah, malah senang yang amat. Tumis dulu hirisan bawang merah dan bawang putih.. Bila dah macam naik bau, masukkan 5 cawan air. 

    Lepas tu m asukkan je terus halia dan ubi kentang(kalau nak rebus awal pun boleh). 

    Bila ubi kentang dah empuk, masukkan telur. Ada tips yang nik baca.. nak masukan telur tu korang pecahkan telur dalam sudip. Masukkan perlahan lahan dalam periuk..  

    Lepas tu boleh masukkan sohun yang dah di rendam dalam air panas. Masa ni jugak boleh masukan bawang besar. Last sekali boleh masukan kiub ayam. Tapi nik tak guna kiub ayam. Nik guna sub bunjut biasa je. Mana-mana pun boleh ye korang. 

    Then sup telur ayam korang dah siap. ! Selamat mencuba.

    Rabu, 15 Julai 2015

    Popia Nestum Bermilo Meletops Kebabom...

    Assalamualaikum..

    Alang alang rajin nak menaip ni, nik nak share la dengan korang resepi nak buat popia nestum meletops kebabom . Mak aih nama tak boleh blah kan. Eh.. popia kita ikut kita lah nak letak nama apa..:)



    Alkisahya biskut raya untuk dikirim ke kampung nik beli sikit je tahun ni. Tak sempat nak tempah sebab hari tu ada masalah ringgit malaysia. hahaha. So tak kan nak kirim sikit je kan.. nik buat la popia.. takde lah gempak mana pun. tajuk je lebih. Tak susah pun korang nak buat popia nestum ni. Cuma kelainannya nik buat popia nestum bermilo. kehkeh

    Resepi Popia Nestum Bermilo.

    - 2 paket kulit popia (nik memang plan nak buat banyak)

    Bahan-bahan sampingan.(dikisar sekali)


    - 2 cawan kecil Nestum (terpulang nak jenama apa)
    - 1/2 cawan susu tepung
    - 1/2 cawan horlicks
    - 1/3 cawan milo
    - 1/3 cawan gula kasto r(terpulang nak lebih atau kurang) 



    - Tepung gandum (bancuh dgn sedikit air- bertindak sebagai gam kulit popia) tapi nik guna telur je nak kasi lekat. 

    - Minyak 

    Cara-cara membuat Popia Nestum Bermilo.

    1. Mula-mula kena potong 2 kulit popia dan ceraikan kulit tu satu persatu. Gulung kulit popia tu jadi macam kat bawah ni. Untuk lekatkan kulit popia tu, boleh sapukan telur atau bancuhan gandum tadi. 



    2. Lepas dah habis gulung semua, biarkan dulu lama sikit supaya gulungan popia betul betul melekat. Ada orang cakap biar selama sehari, tapi nik tak sampai setengah jam pun. haha. excited nak menggoreng.

    3. Siap semua, gunting popia tu secara menyerong. Saiznya ikut suka hati. Dah siap gunting, boleh la goreng. 


    4. Bila popia dah masak digoreng, angkat dan keringkan minyak. Lepas tu masukkan bahan bahan yang di kisar tadi. Gaul lembut. Taknak bagi popia hancur. hehehe. Popia nestum bermilo meletop kebabom anda siap.




    Tadaaaaa.. dah siap goreng separuh daripada popia tu..  semalam dah tak larat nak menggoreng. Jam 12 baru siap. penat denn !

    Okey popia nestum bermilo nik dah siap untuk di kirim kat mak.. Hehe.. Dah siap masuk kotak pagi tadi. So, sesiapa yang rasa nak cuba buat.. silakan.. Mudah je nak buat popia ni. Cuma kena rajinlah. 


    Selamat mencuba ! 

    Isnin, 30 Disember 2013

    Popia Pisang Coklat

    Assalamulaikum semua...
    Hari ni terdetik pula nak share resepi popia pisang dengan coklat. Resepi ni bukan resepi nick tau...dari orang lain jugak. Memang sedap! Senang pulak tu nak buat.


    Bahan-bahan dia cuma pisang, kulit popia, telur kuning, dan coklat masakan. :-)


     kat bawah ni ha lebih kurang rupa & bentuk popia pisang coklat!

    Pisang tu, kita buang kulit dia. Boleh pilih la nak guna pisang apa.. nik beli kat giant je.tak kenal jenis pisang..hehehe..Pisang ni bloeh la potong ikut saiz yang anda suka. :-)

    Bungkus pisang yang dah dipotong dengan kulit popia.
    kreatifkan diri anda.

    Nak bagi lekat, jadikan telur sebagai gam.

    Terhasillah popia pisang ni bila anda cairkan coklat masakan di atas popia pisang yang telah digoreng..
    selamat makan!


     

    FATIHAH FAZLIN@templatesyard