Fatihah Fazlin: Raya
Memaparkan catatan dengan label Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Raya. Papar semua catatan

Rabu, 27 Mei 2020

Aidilfitri 2020 | CovEID
Asslamualaikum.

Rabu, 20 Julai 2016

Selamat Hari Raya ! Sebulan kan?
Assalamualaikum! 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN !!

Hai korang? Valid lagi kan ucapan raya ni? Matailah(dialek sabah ni)(rindu sabah weh.sob sob).. dah separuh syawal baru gigih update kat blog. Ini memang dasar pemalas lagi malas. Bulan puasa satu entry pun takde kat blog ni weiii.. Apa punya blogger la macam ni.. 

OKEY.. Macam mana agaknya puasa korang tahun ni ek? Best ke tak? Nik puasa kat sini rasa macam paling teruk lah dugaannya. Dengan cafe yang buka awal pagi tutup pkul 3.. bulan puasa nak beli makanan awal awal buat apa weeei. Sengsara sangat bab nak cari juadah berbuka. Dugaan.. tapi alhamdulillah. Dapat puasa dengan jayanya walaupun macam macam benda berlaku. Sekarang fokus nak puasa 6. Baru sehari je weii.. bila entah nak habis. Orang lain dah siap beraya puasa 6 dah. 

Hari raya? Macam biasa.. tapi tahun ni rasa macam meriah sikitlah. Tak tahu kenapa..2 haribulan 7 haritu nik dah balik kampung dah. Dengan angkut semua kerja2 penting untuk disiapkan. Beraya sambil bekerja -_-. Ko raserr.... tapi raya tahun ni jugak raya yang paling memenatkan weh. 2 hari sebelum raya nik dengan adik beradik pulun mengecat rumah. Fuh. Satu tumah kami cat kaler pepel. Start dari subuh sampai maghrib. Tengah malam pun mengecat lagi. Upah orang.. tak payah susah susah. Apa guna ada anak jantan dalam rumah kan. Lagipun nak upah mengupah ni mahalll.. hahaha. Nasib baiklaaa ada adik lelaki yang minat kerja kerja menukang ni. Dia yang banyak buat kerja. Tapi kesian.. hari raya dia flat habis..  tahun depan mu tak yah buat kerja dah min deh. 

Muka abah kena tutup dek anak sulung yang gajah.. 😂Yang besau baju melayu pink tu sepupu nik. Ada 3 lagi adik lelaki koreaku tak masuk gambar. Sorang yang flat mengecat, dua lagi beraya entah ke mana. Entah.

Hari raya pertama.. kami geng tema merah. Tapi takde lah geng sekeluarga sangat kan. Cuma yang wanita je berjubah merah. Lelakinya entah kaler apa.. semua bercampur. Beli last minit mana ada saiz dah... warna lagilah. Redha itu penting. Gambar pulak semua tak cantik. Geram sangat. Lighting kat rumah tak okey. Tahun depan nak kena bubuh 10 lampu jalan dalam rumah. Biar cerah secerahnya. Baru gambar meletop! 

Udah di bilang gambar tak cantik. Nak letak jugak.

Abah. Mak.  Kemain susah nak bergambar dengan mak. Abah senang masuk gambar tapi payah nak ada gambar yang menjadi. Paham paham la.


Dua beradik lagi takdak.. tak nak ikut kami beraya.. takpeee.

Me.Abah. Dehe. 

Raya kali ni tak makan banyak sebab timbang masa bulan puasa hari tu.. fuhhh. Terkojot mak nakkk.. punyalah gemuk. Sekarang dalam proses nak turunkan berat badan balik. Heheeee.. doa doa semoga nik istiqomah ye. Payah nau nak diet. Raya pertama kami p beraya rumah mak mak sedara 4 5 buah. Petangnya semua dah penat.. lentok tunggu orang datang rumah je. 

Raya ke dua. Berjalan ke Tanah Merah, rumah pak long belah abah. Dah lama tak pergi sana. Walaupun dekat tak sampai setengah jam perjalanan tapi nak sampai tu susah sangat. Haha. Semua sibuk ☺ Kat tanah merah rumah pak long tu makan mee kari makngah buat. Akhirnya dapat jugak makan mee kari.. sejak bulan puasa dok teringin.  

Raya ke tiga kat rumah nik ada buat makan makan sikit. Ajak sedara dekat dekat je. Yang lawaknya buat makan makan time raya ni.. ayam habis.. daging habis.. ikan habis.. ais habis.. macam macam betul. Tapi alhamdulillah semua lancar.. Yang penting semua dapat makan. Raya ke empat dah xde cerita sebab duk kalut pulun siapkan kerja pejabat. Raya kelima pagi nik dah bertolak balik ke Selangor. Jem teruk oiiii.. naik bas jam 10.30 pagi sampai rumah 11.30 malam.. fuhh. Dugaaan lagi.. 




Rabu, 5 Ogos 2015

Raya
Assalamualaikum..

Walaupun hari ni dah hari raya ke 20, tetap nik gigih nak update entry raya yang tak seberapa.. Almaklumlah.. balik beraya  pun dah hari raya ke lima.. Suasana raya pun dah jadi lain.. Bacalah kisah raya di tempat kerja di Malam hari raya nik ni ye.. Tapi steady sebab semuanya adalah pengalaman.

Antara tempat yang nik sempat pergi masa raya hari tu, rumah arwah tok ayah belah abah. Kalau kira tok ayah dengan nenek dah lama takde, tapi orang kata, hubungan kekeluargaan tu kena kekalkan walau orang tua dah takde. Lagipun kat rumah tu ada Paklong kami. 

Lepas tu mak sempat singgah rumah kawan lama tempat dia berniaga dulu.. Sebeleh je dengan rumah arwah tok. Sempat la posing posing ambil gambar dulu.. Tengah panas okey.


Ni masa kat rumah mak sedara. Semua rumah tak kehabisan kuih raya.. hahaha.. tulah datang mengejut pulak tu dah raya ke berapa..



Ni adik no tiga. Dia ni kalau ajak bergambar memang payah. Selfie lagilah payah. tak tahu kenapa.



Yang ni pulak suka bergambar. Fon ni penuh dengan gambar selfie dia sorang.. Jenuh nak delete. Bukan gambar selfie je, gambar kucing dia, gambar anak ayam semua masuk kamera. huhu. Ni terbaru duk menggila nak buat dubsmash.. Ajak semua orang buat dubsmash dengan dia. tapi takdak sapa nak layan.. ahaha





nak jugak tempek muka gemuk double chin yang entah pape kat sini. ni masa beraya kat jerteh. Actually pergi jalan-jalan makan angin kat jerteh je pun.. Tak beraya mana-mana. Hari terakhir di kampung sebelum terbang ke negeri di bawah bayu. Jumpa manusia kesayanganlah kan.. Lepak tepi pantai berpiknik dengan satay dan otak-otak kegemaran. Fullamak.. best !

Jumaat, 17 Julai 2015

Salam Aidilfitri
Assalamualaikum..

Tak nak tanya persiapan raya dah entry kali ni. haaa sebab nik tau dah mesti dah ready kan. Almaklumlah esok dah raya. Tinggal nak pakai baju raya je esok kan.. pergi sembahyang raya.. lepas tu makan-makan kat rumah.. lepas tu pergi berjalan rumah jiran jiran sekampung... uisshhh bestnya !



SALAM AIDILFITRI DARI NIK, SEORANG PERANTAU.. hahahah


Sementara berkesempatan ni, nik nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua pembaca blog nik.. kepada semua saudara mara nik...kepada semua kenalan dan kawan-kawan alam maya..


Mohon segala salah silap nik sama ada yang kecik atau yang besar di maafkan ye. Mungkin masa nik buat tu nik tak sedar benda tu salah. Kita sama sama bermaafan ye.. takmo marah-marah dah ye..:)

Semoga Syawal kali ni bermakna buat kita semua. Amin. 



Selasa, 9 Jun 2015

Kisah Raya dan Baju Raya
Assalamualaikum..

Dah dekat nak puasa ni, sana sini orang duk bercakap pasal persiapan puasa dan raya.. haiiihh.. nik menangis tepi jendela lagi la gamaknya tahun ni. Raya ke lima baru balik oii.. pasal cuti ni payah sikit nak cakap. Tapi tak pa...raya ke lima pun raya ke lima asalkan boleh balik.


Puasa? Hmm.  Dah ada yang start buat menu kan? Sepanjang 30 hari puasa.  Ni mak mak taulah. Sebab tak nak bagi pening petang-petang nanti. Nik? Balun je makan apa yang ada. Bujang katanya... Rindu nak terawikh kat masjid sebenarnya. Dulu kalau masa belajar.. best tau terawikh ramai ramai dgn kwn. . Jalan nak p masjid punya jauh. Tapi gigih.. hahahaha..

Sekarang.. rumahnya jauh dari masjid. Kenderaan takde alamatnya buat sendiri jelah. .

Raya.. Dua tahun lepas raya nik tak berseri okey.. 2013 baru dapat kerja posting masa bulan puasa, so memang tak merasa la cuti raya tu.. paling sedih masak mee kari pagi raya then makan sensorang kat rumah.. huaaaaa.. 


Raya 2014 balik sehari sebelum raya.  Dan jalan nak balik ke Machang dari airport kota bharu tu punyalah jem. Singgah wakaf che yeh nak cari baju raya.. hampeh dik.. sehelai pun tak dak yang kena dengan harga dan saiz. Keciwa gilee masa tu. Sedih toksah cerita la.. last last esoknya beraya dengan baju yang dah jahit lama dah, tapi tak pernah pakai. Hmmm.. sedihh.

Raya 2015? Hahaha. sejarah 2013 akan berulang kot.. cuma tahun ni kita tak makan mee kari sensorang kot , kita makan nasi tomato dengan rendang sensorang.  HahaAhah..  hah.. baju raya pun takdak lagi ni.. takdak mood nak beli sebab tak balik kampung raya pertama.. eh.. tapi sunat tau pakai baju baru di pagi raya.. so memang kena cari lah. Tahun ni kita cari jubah warna sky blue.. hoyehhhh..

Jubah kat atas cun gileeee.. cantiknya masyaallah..nak beliìi....mohle kita cuci mata kat sucibyyatthamzah.com. yang kat bawah ni pulak nik tengok kat ruccimodish.com .. huawaaa. 


Korang macam mana? Dah ada baju raya? Temanya? Humm. Kalau sudi jom share sikit kisah raya yang sendu mahupun enjoyable(ada ke istilah ni)  korang.  Hehehehe..

Rabu, 22 April 2015

Warna Tema Baju Raya Tahun 2015
Assalamualaikum.

Warna Tema Baju Raya Tahun 2015 | Raya dah nak dekat, tak lama dah lagi. Kurang dua bulan lagi kita akan menyambut Ramadhan, so raya  dalam tiga bulan lagi lah kan? Sepanjang pemerhatian nik, kebanyakkan tailor baju raya akan close order/tempahan menjahit dorang bulan lima. Fuhhh..Nik sendiri belum buat baju raya. Kain pun belum pilih lagi. hahaha. 

Tak sabar nak sambut Raya, tapi kena ada baju raya dulu. Tertanya-tanya jugak untuk tahun 2015 ni apalah agaknya Trend warna tema baju raya yang menjadi pilihan ramai ye? Macam kita tengok tahun-tahun lepas, mesti ada trend warna kan? Yang menjadi favourite ramai.

Macam tahun lepas kalau tak silap nik warna royal Blue dan Purple menjadi pilihan banyak keluarga. Menggayakan pakaian sedondon. Memang nampak kemas dan cantik! Kalau korang ingat, baju raya Aaron Aziz dengan family tahun lepas warna royal blue. Cantik sangat okeyy. Nik berkenan abis! Haha. Tapi, nik tahun lepas tak dak baju raya. Balik kampung sehari sebelum raya, pusing satu Kota Bahru..tapi baju yang sesuainya yilekkk.




Dan..setelah kajian dari pembacaan yang nik buatsedikit sebanyak semalam(over), nik rasalahkan tahun ni Warna Tema Baju Raya yang bakal menjadi pilihan ramai adalah warna pastel atau mungkin juga warna tanah. Boleh bayang dak kemeriahan tahun ni dengan warna warna pastel di rumah sedara mara anda.


Bila nik tanya kawan nik pulak, katanya tahun ni mungkin warna Burgundy dan Oren akan menjadi pilahan ramai. Nak tahu warna burgundy tu macam mana? Ha tengok kat gambar bawah ni. Koleksi sweet lagi cantik dari Sweetmuslimah.com. Warnanya nak kata unggu pun boleh, nak kata maroon pun boleh.


http://www.sweetmuslimah.com/ekedai/koleksi-jubah-cotton


Kalau rasa ada yang berminat nak dapatkan koleksi dari Sweet Muslimah, korang boleh la terus ke web sweet muslimah. Kat sana macam-macam koleksi lagi ada ya.







Bagi nik sendiri, mungkin akan pilih warna seperti baju di atas untuk Raya 2015 ni. Warna cream atau kuning cair. Insyallah. Kalau boleh nak sedondon semua mak abah dan adik beradik. hahaha.


Warna-warna lain pun menarik sebenarnya. Kalau kena gaya si pemakai.  Kalau jenis yang tak suka warna baju raya korang sama dengan warna orang lain, kena fikir sedikit kelainanlah. Cari warna-warna yang jarang orang guna untuk baju raya. Hitam ke. Merah ke. Warna chololate ke. Kan.

So, apa tema warna baju raya korang ya? Sudi sudikanlah share kat sini. :)





FATIHAH FAZLIN@templatesyard