Fatihah Fazlin: cari makan
Memaparkan catatan dengan label cari makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cari makan. Papar semua catatan

Isnin, 8 Mac 2021

Restoren Menarik di Jerteh | Makan Bakso Pelakor, lama dah mengidam!

 Assalamualaikum.


Sejak balik semenanjung 5 tahun lepas, nik memang teringin nak makan bakso. Even, masa mengandungkan anis pun teringin nak makan. Semua tempat yang terdaya capai, suami bawak makan. Tapi sayang, takde satu pun kena dengan jiwa atau makna kata tak sama dengan Bakso Mas kat tempat kerja lama dulu, HQE. 


Nik teringin nak makan bakso yang sebijik sama dengan bakso Mas. Sampai sekarang tak de! Pernah book flight nak g ke Sabah, tapi sebab ada hal yang takleh elak, burn macam tu je tiket. Dah la menyimpan sikit-sikit duit nak beli tiket tu. huaaaa. Almaklumlah kita buka T20. Nak ke Sabah pun 5 bulan saving baru boleh beli tiket. hehehe



Haa. Korang kalau nak jalan jalan cari makan kat Jerteh, mesti singgah dan try bakso pelakor ni tau! 


Gambar dari story ig. Boleh nampak yang ruang makan dia pun selesa dan kemas. 





Okeh, nak jadikan cerita, sebelum PKP 2.0 baru baru ni ontheway nak ke Jerteh, nampak kedai bakso ni. Dah dia punya signbord pun warna merah, dari jauh dah boleh nampak "BAKSO PELAKOR" . Nama kedai pun unik! 


Apalagi nik terus ajak papa anis singgah. Hahaha. Takleh tunggu minggu depan dah!


Nik takdan nak ambik gambar beria masa 1st time singgah tu. Memang singgah, order then terus makan. Sempat selfie sikit je. Maknanya memang sedap sungguhlah bakso kat sini. hahahaha. Even rasa dan rupa dia tak sama dengan Bakso Mas yang nik mengidam tu, tapi boleh makan yang ni pun dah cukup puas dah. Tak pe dah kot tak pergi cari sampai ke sabah. >,<


Banyak jugak jenis bakso kat kedai ni. Nik makan Bakso Jumbo RM8 semangkuk. Bolehla portion dia buat keyang 3 jam. Bakso gunung berapi pun ada. Harga lain-lain. 


Nak detail harga, korang singgahlah nanti. Kat bawah nik bagi alamat. Sebab nik sendiri pun lupa, gambar menu pun tak snap. HAHAHHA. Korang yang tercari-cari tempat makan menarik kat kawasan Jertih/Besut, boleh la try singgah kat sini tau.


LOT 60274,JLN GERAI, Kampung Bukit Kenak, 22000 Jerteh, Terengganu
Hours




Jumaat, 1 November 2019

Makette Steamboat & Grill di Kuala Terengganu
Hi Assalamualaikum!

Minggu lepas 25 hb hari jadi suami nik, so sebelum tu dah plan siap-siap nak ajak dan belanja dia makan steamboat(tapi dia yang belanja) Nik tanya kawan-kawan dorang suggest makan kat Makette Steamboat and Grill kat Kuala Terengganu. So malas nak fikir panjang, nik ajak suami ke situ jelah. Senang. Dari setiu takdelah jauh sangat.

Kitaorang pergi dah maghrib.

Tapi nik kecewa sikit sebab dalam banyak-banyak Restoren steamboat yang nik pernah pergi, hanya di Makette ni takde ketam. Whyyyy. Dahla kita suka makan ketam. Kalau bersteamboat, memang ketamlah nik aim siap-siap!

Masa sampai hari tu tak ramai orang lagi. Tapi bila kami nak start makan tu, makin ramai yang datang. Satu family tu 5, 6 orang.

Tak taulah sama ada hari nik pergi tu stok ketam habis ke, memang takde ke. tapi kuciwaaa la. Rasa macam tak lengkaplah makan steamboat kalau ketam tak de. Lepas tu pulak, udang pun kecik je. Hampa kali kedua.  Korang pernah makan kat Mekette? Memang takde ketam ke cam mana ek?

Anis Farhana makan kon aiskrim! Suka sangat dia dengan benda tu. Dua kon dia habiskan!

Tapi overall, seafood lain dan lauk lauk lain semua ada dan sedap. Daging kambing punya perapan dia serius terbaik. Berapa piring nik tambah, hahaha. Lokan, lala dan spesis yang lain pun banyak, setiap masa dorang punya staff tambah lauk. Ha satu lagi, dorang punya kuah tomyam tu pun sedap bagi nik. Rasa dia elok je dengan semua bahan lain bila dah boilkan.

Air pun ada banyak jenis, korang tinggal pilih je ikut selera masing-masing. Tapi awas, agak manis ye. :) 


Bab harga standardlah, tak mahal sangat RM25/person. Budak kecik macam Anis free. Lepastu ada ada ambil deposit RM10. Btw, kita kena bayar dulu baru makan, so deposit tu dorang ambil incase kalau ada korang ambil buffet tapi tak habiskan, tolak kat deposit tulah. Adalah pengiraan dia cemana entah, staff tu explain. Nik lupaa.








Nik nak hunting restoren steamboat and Grill lain kat area Kuala Terengganu/ Setiu. Kalau korang ada cadangan kedai mana yang best dan wajib ada ketam, bagitau ek! Nak pergi :)


 Makette Steamboat & Grill di Kuala Terengganu
 ALAMAT: Kawasan Perindustrian Chendering, 
                      21070 Kuala Terengganu, Terengganu
Tel: 0136699905
















Ahad, 1 September 2019

Kedai Makan Murah dan Sedap di Machang
Haaa. Macam tu tajuk, macam tulah apa yang nik nak kongsi.

Kalau korang orang Machang yang tengah cari kedai makan sedap tapi murah murah, meh datang kedai mak sedara nik ni. Tak tipu, sedap dan murah. Kot kot lah kan.. korang nak cuba kedai lain dari tempat kebiasaan tu..

Semua yang bergoreng hanya Rm2.  Mana nak cari mee goreng rm2 zaman sekarang dikkkk..


Ni kedainya. Agak ter'susuk' sikit dengan rumah-rumah besar kat situ . 

Mee goreng Rm2 je wehhhh. Nak tambah telur mata pun boleh. Tambah singgit jerr.

Nampak sedap giler kan. Ishhh

Fav!

Nik kalau makan sini suka makan mee sup atau bihun celup tambah perut. Mabeles. Letak pulak lada jeruk tiga empat sudu. Perghhhh.

Baby tak leh makan lada jeruk okeyyy..

Kedai makan ni kat area Kolam Abu kat lawasan perumahan, kalau korang dari pekan machang, jumpa stesen bas kat sekolah Hamzah then terus je jumpa Masjid Ehsan warna hijau tu then terus jalan sikit lagi ada simpang kecik. Masuk simpang tu sikit, lepastu belok kanan. Straight je nanti akan jumpa kedai/warungnya. Paham kan?


Jumaat, 15 April 2016

Di amaran mama by Hazama !
Assalamualaikum. 

Maap..


Hello korang. Esok cuti dah yeaay !! Nak ot tak boleh sebab start petang ni sampailah ahad.. server down katanya. Tak pelah. I can rest and rest and rest. Gituhhh.  

Sebenarnya.. dalam dua ke tiga minggu ni nik duk dengar kat radio ofis yang dorang duk pasang. Satu lagi ni best gila dengar. First time dengar  hari tu. Eh.. lagu apa ni? Suara macam penyanyi fav kita.. hazama. Eh.. takkan lah hazama nyanyi lagu gini.. gitulah nik punya monolog. 

Tak puas hati nik google..haaa. memag tepat dah betul dan clever girl lah. Memang Hazama yang nyanyi. Di Amaran Mama. Dah jatuh cinta dengan lagu ni. Duk buka youtube 10 kali dengar tak bosan. Haaa. Gigih.  *jangan nanti ada yang kata lagu merapu boleh dengar... ceramah agama tak nak. 

Eh hellooo.. kita nak buat benda elok tak bagitahu orang pun tak pe kot. Haha. Yang penting dont judge a book by its cover. Okeyh? Tengok.. nik dah merapu dah.  Tujuan sebenar dah lari.  

Nah lirik Di Amaran Mama By Hazama untuk korang. Ye. Sama-sama😛

Lirik Lagu Di Amaran Mama – Hazama

Mamaku ada kata
Pada satu ketika
Awas datangnya seseorang

Dia ada sakti
Bikin duniamu
Senang-senang saja bergoncang

Mamaku kata lagi
Awasi orang ini
Dia kan jadi segalanya

Membuat kau ketawa
Juga akan berduka
Dan dalam kekuasaannya

Engkau orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan menpuntang pantingkan duniaku
Engkau orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan mencuri hatiku buat selamanya

Mamaku ada kata
Pada satu ketika
Cinta akan berkunjung datang

Tanpa engkau sangka
Dia di depan mata
Menyambut hatimu terbang pergi

Tanpa aku sangka
Kau di depan mata
Menyambut hatiku terbang pergi

Engkau orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan menpuntang-pantingkan duniaku
Engkau orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan mencuri hatiku buat selamanya

Orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan menpuntang-pantingkan duniaku
Engkau orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan mencuri hatiku buat selamanya

Engkau orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan menpuntang-pantingkan duniaku
Engkau orangnya yang telah di amaran mama
Yang kan mencuri hatiku buat selamanya


Okey.  Siapa minat lagu ni kita geng. Siapa minat lagu lagu hazama. Kita lagi geng. Hehehe. 

Bye !

FATIHAH FAZLIN@templatesyard