Disember 2014 - Fatihah Fazlin

Rabu, 31 Disember 2014

2014 Dan Kisahnya.
ASSALAMUALAIKUM..

sumber gambar sini


Tinggal beberapa jam lagi nak melangkah ke tahun 2015. Azam baru? Masih sama lagi dengan azam tahun 2010.. hahahhaa..takpe.. slow slow ambe kayuh. Banyak kisah suka duka, pahit maung tahun 2014 ni. Tapi yang pasti setiap apa yang dilalui ada hikmahnya. Setiap satunya, ada pengajaran dan pengalaman untuk tempuh tahun seterusnya. Insyaallah kalau panjang umur.

LETS WRAP 2014!
 
Awal tahun 2014 nik macam biasa. Tak ada yang menarik dan penting sangat cuma kalau tak salah nik, nik ada apply untuk sambung pjj kat Usm. And alhamdulillah dapat. Adakah sekarang nik student pjj Usm? Nantikan cerita seterusnya..dan kalau tak silap jugak, nik pergi KL awal jan. bagitahu kat sini sebab excited, iolls jarang dapat pergi Key ell. Dan kisah di Februari pun sama jugak.. menghabiskan hari hari yang ada dengan kerja.. Alhamdulillah, everthing okey dan berjalan lancar.

Mac mengejutkan dunia dengan kehilangan MH370 yang sampai sekarang tak ketemu. Ambe sebagai rakyat Malaysia, amat terkesan dengan kehilangan ni..April cuma jalani kehidupan macam biasa jugak. Cuma mungkin gembira sikit sebab ambe dapat lesen kereta setelah bertahun tertunda plus dapat menghadirkan diri ke kursus induksi(PTM) kat resort super duper best!. Dan MEI is my birthday. tapi takde yang bagi ferari sebijik pun kat ambe! T.T tapi alhamdulillah, tetap membesar dengan sihat.

Jun juga berlalu seperti biasa. Cuma mungkin ada lebih pengisian dalaman.. Alhamdulillah..dalam masa yang sama sempat ke Ranau melawat rumah anak yatim kat sana. And, masa tu betapa ambe sedar, ambe bertuah sebab masih ada mak abah yang boleh ambe bermanja. hehehhe. Bulan puasa juga di sambut sederhana sebab masih kat negeri orang.

Julai sekali lagi ambe dan kita semua dikejutkan dengan kes pesawat terhempas melibatkan MH17. Allah. Kuat sungguh ujian tuhan untuk negara kita. dan yang pasti, kita semua terkesan dan bersedih. Pada Ogosnya, negara menyambut kemerdekaan dengan suram. Mengenang apa yang berlaku pada negara kita. hummm. tak mungkin dapat dilupa semuanya. Akan terpahat kemas dalam memori rakyat malaysia.. 

Penghujung September nik sempat ke Labuan. jejak tanah baru. hehhee. seronok rupanya bila berjalan tempat orang ni. Hari raya haji pada bulan Oktober nik tak balik kampung pun. Tak dapat cuti. huhuhu. maka untuk kai keberapa beraya di perantauan. Untuk November nik plan nak balik kampung, tapi dek kerana tunggu tiket murah, akhirnya melepas. sebab sampai ke sudah tiket tak murah murah. masa tu sedih sangat. Last-last beli tiket flight untuk hujung bulan satu ni.

Disember datang dengan tenang, tapi sayang penghujungnya buat kita semua menitis air mata. Banjir teruk di Pantai Timur dah merobek hati dan jiwa nik. Sedih bila negeri kelahiran bertukar wajah. Tapi syukur sangat, sebab ramai insan yang sudi membantu. Tak lupa akan pesawat QZ8501.Takziah pada keluarga mangsa.. Alfatihah untuk mangsa yang beragama Islam.

2014 akan undur diri dalam beberapa minit lagi.  Welcome 2015, semoga anda muncul memberi harapan baru untuk kami semua.  
 


Jumaat, 26 Disember 2014

Banjir itu.
ASSALAMUALAIKUM.

Sebak hanya tuhan yang tahu bila ada kawan-kawan kat wasap hantar gambar situasi dan keadaan banjir kat Kelantan. Teruknya masyaallah. Rasa nak menitik air mata. Ya, alhamdulillah, rumah nik di kampung tak kena banjir tapi air naik di semua jalan masuk. Alhamdulillah family selamat kat kampung walaupun bergelap. Rumah kami tempat yang agak tinggi di kawasan machang. .

sumber

Tapi, yang sedihnya mak bagithu, rumah sepupu di Gua Musang, hanyut habis, tinggal tiang je.Ujian Allah.. Nik harap, semua mangsa banjir di Pantai Timur bersabar dan redha. Nik tak duduk tempat mak cik pakcik semua. Tapi nik turut terkesan dengan semua ujian ni. Tempat banjir di Machang,Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Merah dan Kota Baru, rata-rata sanak saudara dan kenalan. Tumpang simpati untuk mereka. Dan insyallah, apa yang mampu di bantu, kami semua akan bantu. 

Rumah kawan di Machang dan Kuala krai pun ada yang tenggelam. Harapnya ada bantuan sampai ke tempat mereka semua. Kalaulah ada daya untuk turut menolong, nik teringin nak tolong. 

Nik merayu pada mereka yang mampu, pihak berkuasa khususnya, tolong sangat sangat selamatkan saudara mara kami. Masih ada yang belum mendapat apa-apa bantuan. Tolong usahakan secepatnya Pemimpin, kerahlah sesiapa atau apa jua, asalkan dapat bantu saudara kami. Kesianlah dengan bayi kecil, pakcik tua yang uzur.. Mereka yang kurang upaya. Kalau sebab berbeza fahaman politik negeri kami dianaktirikan, sungguh itu tidak adil. Dan kalau itu berlaku, kami percaya, Allah ada jawapan untuk semua ni.

Bagi yang menyumbang, menjadi sukarelawan dan menderma, terima kasih atas kebaikkan kalian untuk saudara kami. Hanya tuhan yang mampu balas semua kebaikan kalian. Mohon juga doa dari kalian untuk saudara kami.



Selasa, 23 Disember 2014

Kemeriahan Kami!
ASSALAMULAIKUM..

19 Disember baru baru ni kerluarga Unit Hasil Hospital Queen telah mengadakan satu majlis tertutup dan sederhana.. *skema giler ayat kan** Sebenarnya, majlis ni 3 dalam satu..Sambutan hujung tahun... Jamuan makan-makan untuk mereka yang menyambut Hari Krismas nanti dan juga Majlis perpisahan Bos kedua kami.. humm.. 

Yang pasti, majlis yang di organise kan oleh Cik Joan berjalan lancar dan lurus.. hahaha Yang penting semua gembira dan kenyang dengan makanan yang ada. 

Mohon anda yang membaca tidak ralat atau tekan pangkah kerana kat bawah ni, pemilik blog Fatihah Fazlin akan sajikan gambar-gambar di sekitar majlis dan makanan yang ada.hahaha


Dalam ramai-ramai ni korang cuba tekalah nik yang mana satu ye.. cik joan pulak yang berbaju belang warna hijau.


Mohon besarkan gambar ni... dan fokus pada muka masing masing yang dapat hadiah cenderamata. Segmen tuko tuko hadiah katanyaaaa...yang pakai dress merah cantik kebabom tu akauntan yawww.. cantik gileeeerr.. baju kurung hijau tu lah bos kedua yang akan berpindah nanti... sobss.


Nampak kan betapa sukahatinya mereka dapat hadiaahhh... acctually yang menulis ni pun sukaaaa.. hahahah


Senyum melebar je semua...



Haa.. lepas semua yang ada dapat hadiah masing masing.. semua pakat serbu makanan.. hambek kau.. makanan banyak lagi sedap dan mabelesss.. tempah dengan sape entah..yang penting sedap .. makanan utama kami nasi. Ada lauk ikan masak merah kottt.. ada sayur labu.. ayam goreng dan popia disonsor oleh mereka yang baik hati.. hehehe..

Sate pulak memang tempah. Sedap sangat. Cukup rempah ratusnya..

Semua makanan kat atas, di taja oleh opismate.. ada yang bagi cekelat... ada yang buat kek.. mekasih korang semua sebab dah mengeyangkan perut i sampai tak larat nak jalan.. terpaksa sapu ubat tauuu..

Yang pegang kek hello th kitty tu bithday girl of that day.. happy belatd birthday ya roomate... 



Lepas makan.. sambung selfiee..yang pakai kemeja tu bukan main kan? I jadi macam mak dia pulak... padahal satu umur je..


Ini keluarga besar kami.. yang lelaki sebenarnya ada 3 orang tapi hanya seorang ada masa ni.. tema hijau merah memang menjadi dan meriah walaupun i pakai tudung pink! 

Ain the naughty dan azian the nice. Me?? The rockkkkk.. haha

dari kiri... atia the red.. kak merry..azian the nice.. judith the blur.. wani the green.

Motif gambar macam ni?? Entahlah.. 

Cantik kan dekorasi majlis kami yang cik Joan buat??? Hehehe.. tujelah nak cerita... tak de ape pun sebenarnya.. just majlis makan-makan kasi kenyang kami punya perut. Hehhehe.. tunggu raya tahun depan pulak... baru dapat makan best best macam ni... hehehehe.. 


Till then... good night...






Isnin, 22 Disember 2014

Movie Review: The Hobbit 3: The Battle Of The Five Armies
ASSALAMUALAIKUM.



Dalam duk bercerita tak sempat nak update blog sebab sibuk minggu ni, sempat jugak nik ikut kawan pergi tengok movie baru kat 1 Borneo Mall, KK. Movie yang nik tengok adalah The Hobbit 3: The Battle Of The Five Armies.. masa nik tengok hari tu, penuh panggung okey! Punyalah ramai.

Sejujurnya, episod The Hobbit yang sebelum ni nik tak pernah tengok pun. Dan, tak pernah tahu pun ada cerita epik yang best macam ni. Tabik pada pengarah dan semua yang terlibat.

Jenis Filem: Adventure | Fantasy
Tarikh di pawagam: 18 Desember 2014
Penerbit: Warner Bros. Pictures
Pelakon Utama: Martin Freeman, Benedict Cumberbatch, Evangeline Lilly, Richard Armitage, Manu Bennett, Orlando Bloom, Cate Blanchett, Lee Pace, Luke Evans, Ian McKellen
Pengarah: Peter Jackson

Dan korang kalau belum tengok The Hobbit 3 ni, jangan lupa p panggung tau! Cerita best sesangat. Kalau nak tahu sinopsis, baca kat bawah ni.


Filem bermula dengan Bilbo Baggins menceritakan kisah zaman mudanya – 60 tahun dahulu yang penuh dengan pengembaraan dan kisah-kisah lain yang menjadikan Bilbo seorang Hobbit yang banyak pengalaman hidup. Bilbo bersetuju untuk menyertai ‘perjalanan yang tidak dirancang’ atau unexpected journey bersama Gandalf dan 13 orang kerdil ke Lonely Mountain (Gunung Sepi). Untuk filem ini, penekanan cerita didasarkan kepada watak orang kerdil yang kehilangan gunung tempat mereka tinggal kerana ia ditawan oleh seekor naga bernama Smaug. -SUMBER SINI-

Secara keseluruhan, cerita ni memang best!




Sabtu, 20 Disember 2014

Hadiah Untuk Abah
ASSALAMUALAIKUM.

Dalam lebih kurang sebulan lagi nik akan terbang ke kampung halaman. Alhamdulillah.. cuti dah lulus.. tiket dah beli(rasa nak melompat pun ada sebab dapat harga murah)!! Tak sabar nak tunggu bulan Jan ni! 

Tiap tiap hari nik tengok kalendar. Dengan harapan cepatlah masa berlalu.. the verry over kan. Padahal tengok tak tengok masa tetap akan bergerak. Hahaha

Tiap kali balik, nik suka buat balik ole-ole untuk family. Tapi sayang, jarang nik beli apa apa untuk abah. Selalu blur kalau nak beli hadiah ke apa untuk abah. Hummm.. Last last, dua tiga hari lepas mak call tanya perkhabaran anaknya ni. 

Macam yang korang tahu, kat Pantai Timur tengah banjir sekarang ni dan area kampung nik tak terkecuali. Satu kampung tak dapat keluar sebab air naik di jalan. Harapnya tak de apa-apa yang buruk terjadi. 

Ehh.. lari tajuk. Lepas bercerita panjang lebar, mak bagitahu abah nak jam tangan.. Allah.. senang kerja nik. Punya fikir nak beli apa untuk abah, tiba-tiba je Allah bagi jawapan. 

Kasi teaser dulu hadiah abah ni. Hehehee. Nasib baik abah tak baca/layan blog.

Okey set, kelmarin dulu keluar p setel kad atm, p setel beli barang untuk majlis kat office, p beli sekali hadiah untuk abah tersayang. Cewahhh.. Harap abah sukalah! Jam tak mahal, tapi jam ni hadiah ikhlas dari anok abah.. hihihihi.. 



Jumaat, 19 Disember 2014

Tak Tahu Nak Kata Apa.
ASSALAMUALAIKUM.

Ambil masa sekejap untuk update blog. Nik pun tak tahu dan tak faham dengan diri sendiri. Penat yang melampau sangat hari ni. Dari pagi nik turun rumah, jam 9  tadi baru balik tukar baju, then bergegas ke tempat kerja. Malam ni kerja sampai jam 7 pagi esok! OHHHH.. Penattt.. aishh.. tak baik merungut. nik kalau mak baca mesti dia komen, "kalau nak merungut berhenti kerja. Ramai lagi orang beratur dok mintak kerja."

terima kasih pada pemilik gambar cantik ni.  Hiasan semata-mata.

Hummm..Dah la blog pun mula dianaktirikan. Niat untuk update blog hari demi hari tergendala sebab banyak benda lain yang perlu di beri lebih perhatian. Kadang nik rasa, nik pelik dengan diri sendiri, apa yang nik buat sampai sibuk tak sempat update blog, tak sempat call mak... Padahal hidup nik ni bukannya jenis yang "sibuk". Entah. Tak tahu nak kata apa. Blur..

Okey.. tak pasal-pasal bercerita kat sini. Jangan marah ye.


Rabu, 17 Disember 2014

WW : MISTAKES
ASSALAMUALAIKUM.


Renung-renungkan!

Selasa, 16 Disember 2014

Ephyra Skin Bar Dah Sampai.
Assalamualaikum..


Hai semua. Selamat pagi. 

Excited nak bagitahu korang yang hadiah Ephyra Skin Bar dah sampaii pagi kelmarin.. weeeehuuuuu.. nak tahu hadiah dari mana?? Ni haa.. ni join Giveaway Ephyra Skin Bar di blog Kak Mialianacom !. Seronok sangat tahu perasan menang GA ni. Sebab nik jarang menang.. tu yang kekadang rasa malas join. Tapi menegenangkan hadiahnya menarik, nik rajinkan diri.. hahaha. 


Tak sabar nak cuci muka guna Ephyra Skin Bar.


Oh.. kepada sesiapa yang tag nik, dan ajak nik join Ga, i'm soo sorry ya. Nik bukan takmo join, tapi pemalas sikitttt.. hehee. Korang akan faham perasaan malas ni kalau korang update blog dengan handphone.. kikiki..

Okey.. berbalik pada hadiah. 50 peserta yang mendapat hadiah ni akan ke peringkat seterusnya di mana perlu mencuba Ephyra Skin Bar dan buat review tentangnya.. can't wait! Nik dah lama nak guna produk ephyra. Nak ploles macam Memey Suhaiza! Hehe.

14 Dis hingga 14 Jan masa diberikan.. leboh kurang sebulan.. Okeh.. nik akan update perkembangan nik guna ephyra skin bar ni.. so stay tune. Harap-harapnya sesuai dengan nik.. ! Amin. Terima kasih kak mia dan pihak oceanlife. 


Ahad, 14 Disember 2014

Jangan Bangga dengan Pangkat Derrr
ASSALAMUALAIKUM..

Selamat Pagi. Weekend ni mesti best landing-landing kat rumah!

Nak buat sesi luahan perasaan pepagi ni. Ya Allah. Kadang-kadang dalam apa yang kita buat tu, mesti ada rasa sakit hati, rasa geram. Even kita cuba buat dengan ikhlas and keep remind diri supaya ikhlas. Kita manusia biasa.



Jangan Bangga dengan Pangkat Derrr
Segelintir manusia yang terlalu bangga dan bermegah dengan pangkat darjat yang dia ada. 

Apa awak fikir, awak kaya awak boleh hina mereka yang kurang mampu? Apa awak fikir, awak pangkat tinggi, raji beribu-riban, awak boleh minta "saya pegawai pangkat 70 gred ABC, cepat sikit eh,"   Apa awak fikir, awak berpangkat Datuk awak boleh park kereta di mana-mana? Apa awak fikir, awak pakai kot jenama mahal, awak boleh pandang sinis pada orang lain.

Hello derrrrr.. mati esok esok, kita semua ke kubur jugak. Tidak di bawak ke kubur pangkat ABC sampai Z awak tu. BMW awak tu tak muat pun nak kebumi sekali. 

Derrr.. apa salahnya kalau merendah diri sikit. Awak kaya, awak banyak harta, awak merendah diri, awak hormat orang lain.. Orang akan puji awak tahu. Malah silap-silap orang doakan kesenangan hidup awak. Tak ke berkat tu???


JANGAN JADI PEMUJA DUNIA!  

Luahan perasaan dari manusia yang penat berurusan dengan manusia yang demand!



Sabtu, 13 Disember 2014

Kurus dengan Workout
Assalamualaikum. 

Happy saturday korang. Alhamdulillah untuk segala yang Allah bagi pinjam selama ni. 

Badan besar. 
Thats me. Okey nik mengaku nik gemuk and i'm a little bit okey with that. Walaupun kekadang rasa nak kurus sangat-sangat. But, nak bagithu satu benda, walaupun nik kata nik tak kisah gemuk, tapi tetap ada jugak masalahnya. SUSAH NAK CARI BAJU! Blouse espesially. 

Yes.. admit it. Banyak banyak baju kat pasaran dikatanya susah nak cari? Yerp! Kalau kat shopping mall lagilah. Semua kedai jual baju saiz adik adik tadika. Saiz xl pun, yang muat-muat je. Allah. Payah sangat. Kecuali kalau masuk butik plusize. Tapi harganya.. memang korang telan ayaq liuq la. Jarang yang ada RM40 ke bawah. Dan nik jenis yang never beli baju memahal. I akan cari yang paling murah plus selesa la kan. Bukan orang kaya pun nak beli baju mahal kat butik atau atau barang branded tu. For me, pikai baju bundle pun tak kisah. Malah, baju bundle selesa buat tido. Fuhh..

Rentetan susahnya nak cari baju untuk badan gemuk macam nik ni, kadang nik decide untuk tukar gaya hidup. Nak kurus yawwww!! Nak kurus.. supaya boleh beli jubah lelawa kat igshop.. hehehe.. boleh beli blouse bebunga yang murah lagi cantik kat fb. Uraggghhh.. Nak start workoutlah macam ni! 

Tapi.. balik balik tanya diri sendiri. Boleh ke aku kurus dengan workout dalam masa yang sama aku tak mampu nak korbankan nasi dan benda sewaktu dengannya.? Sekali lagi.. bolehkah aku kurus dengan workout? Atau patutkah aku just buat diet atkins yang dicadangkan oleh beberapa teman tu? Atau biar je gamuk macam ni? 

Hummm..tak boleh jadi. Kena kurus jugak. Kena buat macam cik epal buat. Kena eat clean. Kena workout. Kena jaga kesihatan. Hehehheheh.


Sekali lagi. Mampukah aku????? 

Rasanya gaya gelak kat situ pun korng dah boleh agak mampu ke tak kan... hahahaha


Jumaat, 12 Disember 2014

Windbell Seafood Restaurant Tanjung Aru
ASSALAMUALAIKUM.

Windbell Seafood Restaurant Tanjung Aru | Kat Kota Kinabalu ni, ada banyak sangat tempat makan yang menarik yang boleh di singgah. Bagi korang yang di semenanjung kalau pasang cita-cita nak datang Sabah, stay tune dengan blog ni tau! Nik akan share dengan korang pelbagai tempat menarik kat sini, especially tempat makan menarik di Sabah ni.

Baru-baru ni, kawan sekerja ni sekali lagi plan untuk berkumpul ramai-ramai sambil makan. Apa lagi, nik kalu bab makan, never say NO! So, tempat pilihan kawan-kawan nik adalah Windbell Seafood Restaurant di Tanjung Aru


Macam gemuk pulak ambe.


sumber gambar

sumber gambar

Best ke kat Windbell ni? Okey, dari pengamatan nik, nik boleh bagi 7/10 la. kira tinggi dah tu ye. Yang nik suka, tempat ni ada aircond. Masa makan tu syok la. hehehe. Lagi satu, sampai je sana, terpampang besar-besar, FREE WIFI. Laju je wifinya. Memang off la kan data kat fon.
  

Windbell Seafood Restaurant ni tak jauh pun dari KK. Dalam 15 minit perjalanan, atau kurang. Berkereta. Dekat sangat dengan Pantai Tanjung Aru yang kengkononnya my fav beach tu. Untuk reservation boleh hubungi 088-222305. Windbell Seafood Restaurant dibuka setiap hari dari jam 10:30am-2pm & 6pm-10pm.

Thats all. Thank you.


Warna Tema Perkahwinan Meletop 2015
ASSALAMULAIKUM.

Warna Tema Perkahwinan Meletop 2015 | Hujung tahun ni mesti ramai yang akan melansungkan perkahwinan. Mesti dah melalui fasa pening kepala nak pilih warna tema dan sebagainya. Jangan stress ye sebab benda ni sekali je seumur hidup(insyaallah).

Jadi untuk bakal-bakal pengantin 2015, bersediakah korang untuk memeningkan kepala nanti? Korang kena baca entry ni sampai habis, kalau korang rasa masih mencari-cari idea untuk warna tema hari bahagia korang. Im sooo excited to share with you all warna-warna tema meletop kebabom untuk wedding 2015!! Lets cekidaud!


CELESTIAL BLUE
Bahasa melayunya mingkin biru kekelabuan kot. Nampak mewah sikit kan?



 PISTACHIO
Hijau muda la senang adik kakok. For sure keadaan majlis lebih kelihatan tenang right? Warna pistachio mix dengan warna-warna tanah. Mesti kebabom majlis korang!


PURPLE + YELLOW
Kat Malaysia jarang kot buat pepel kuning ni. Eh ke nik yang tak tahu. Cantik  jugak. Tapi orang kata kalau sanding kat dalam rumah and ruang dia sempit, kalau boleh elakkan warna terang-terang.


 WATERMELON PINK
Jatuh cinta dengan gabungan ketiga-tiga warna ni. Nampak ceria.



NATURAL SAND
Natural sand ni nik yang pandai-pandai letak ye. Atau maybe champange colour kot. Warna ni bagi nik tak menyerlah sangat, tapi kalau kena gaya, theme colour wedding korang akan dapat pujian ramai.


 NAVY BLUE/ROYAL BLUE
Kalau tahun lepas banyak weeding buat emerald green kan? Ala macam awal & scha tuuu...
2015 maybe royal blue ni akan menjadi pilihan bakal pengantin.



Gabungan soft pepel dengan soft green.(nama saintifik warna nik tak tahu). Pastel colour la kiranya kot. Nice. Tak berat mata memandang.



PEARL + PEACH
Sweet sangat warna ni... I guees, ia akan timbulkan suasana romantik gitewwww..



ELEGENT GREY
Pepandai je ye nik letak nama warna ni. Sekali tengok macam buruk pulak warnanya. Dua kali tengok, cantik pulak. Pilih yang berkenan ye.



VIBRANT TURQUOISE
Biru turquoise ni warna kegemaran iolss ye. Tapi kalau kahwin, iolss nak warna baby blue.hehehe. Kat malaysia sana, ramai mix kan turquoise dengan baby pink kan? 




Oritee.. b2b sekalian.. rambang mata kan? Jangan buat keputusa terburu-buru tau. Bincang dengan partner and family dulu nak pilih warna tema korang. Jangan main redah jugak eh. hehehe

Apapun ni je nik dapat kongsikan Warna Tema Perkahwinan Meletop 2015. Perkongsian ni nik buat setelah nik kaji daripada sumber sini, sumber sini, sumber sini, dan juga sumber sini. hehehe.

Eh, nak pesan berpesan jugaklah untuk korang dan siri sendiri, kita orang islam elakkan ye buat majlis yang membazir dan telalu "keorang putihan" tu. Pakaian pun jangan ikut contoh kat atas tau. Kita buat majlis yang Allah redha.




Khamis, 11 Disember 2014

Birth of A Beauty
ASSALAMUALAIKUM.

Hai Korang! Mesti ramai yang dah tido masa ni. Hidup seorang blogger, memang jam 12-3 am masih boleh diibaratkan jam 11pm. Selagi mampu tahan memang akan tahan. Sebab selalunya tengah-tengah malam baru ada idea nak menulis. Siang-siang nan hado.

Birth of A Beauty !


Orite! 
Ada sesiapa kat sini peminat Drama Korea? Sila angkat tangan dan jujur. Sebab nik nak suggestkan satu cerita best, gempak dan terbaik untuk korang semua. Birth of A Beauty! A romantic comedy drama!

Sinopsis Pendek:

Kisah mengisahkan seorang wanita yang mempunya berat badan berlebihan iaitu Sa Geum Ram yang telah berkahwin dengan Lee Kang Joon. Setelah beberapa lama, kerjaya Lee Kang Joon semakin meningkat naik dan dia tidak pernah sayangkan isterinya. Lee Kang Joon jatuh cinta pada wanita lain. Dia merancang pembunuhan isterimya sendiri. 

Dan akhirnya muncullah watak Sara(Sa Geum Ram). Dia melakukan pembedahan plastik dengan bantuan seorang lelaki yang di panggil "doktor". Doktor(Han Tae Hee) tersebut yang membantu Sara membalas dendam, namun akhirnya dia jatuh cinta terhadap Sara! 

Bagaimana penerimaan Sara? Dan bagaimana pula kehidupan Lee Kang Joon serta teman wanitanya Geo chae Yeon?

Kena tengok drama ni kalau curious nak tahu!

Yang nik boleh cakap, jalan cerita ni memang best dan mantap! Ada diselitkan lawak jugak. Memang berbaloi kalau tengok sebab penuh pengajaran(ambik yang bagus kita jadikan pengajaran).

Salah satu babak romantik tapi lawak gileee.. ^_^


Nik follow drama Birth of A Beauty dari awal kat Dramacool.com. Sekarang dah episod 12. Sabar jelah menggu episod seterusnya. Kawan kerja nik pun ada yang follow cerita ni. Sebab memang gerenti best korang! 



PARA PELAKON BIRTH OF A BEAUTY

  • Han Ye-Seul sebagai Sara / Sa Geum Ran
  •  Joo Sang-Wook sebagai Han Tae-Hee
  • Wang Ji-Hye sebagai Yoon Chae-Yeon
  • Han Sang-Jin sebagai Han Min-Hyuk 
  • Jun Gyu Woon sebagai Lee Kang Joon


sekian:)


Isnin, 8 Disember 2014

Shopping RM1212 di Lazada Malaysia
ASSALAMUALAIKUM.

Hai! Lately ni, nik suka sangat window shopping kat website LAZADA. Hujung tahun ni macam-macam benda ada diskaun. Teringin nak membelinya! 

Lazada Malaysia akan mengadakan Online Revolution Lazada pada 12 December 2014 iaitu 12 hari sebelum perayaan Krismas. Lazada akan menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 24 jam. Dapatkan apa yang anda inginkan musim cuti ini, dari telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen, barangan rumah, alat permainan dan peralatan sukan.



Dengan RM1212, apakah yang ingin nik beli dan dapatkan dari Lazada Malaysia ni? Banyak benda yang terlintas difikiran, tapi as a blogger, nik rasa antara benda yang paling nik inginkan dan memang dah lama nak memilikinya ialah;



Olympus E-PM1 14-42mm Kit Mirrorless Camera White

 

 

Nampak kan betapa smartnya kamera olympus yang satu ni. Ya Allah.. Nik berkenan sangat! Harga di LAZADA RM629.00 selepas diskaun.


  Olympus E-PM1-14-42mm di LAZADA MALAYSIA
Dah lama sebenarnya teringin nak ada kamera digital ni. Tapi biasalah, nik lebih pentingkan makanan dari beli benda-benda lain. Huhuhu.. That why nik mencuba nasib join contest Shopping RM1212 at Lazada Malaysia di blog Sayaiday. Nik kalau boleh nak ambil gambar yang cantik dan clear, especially gambar nature! Memang best la kan kalau dapat guna Olympus E-PM1 14-42mm ni. Hari tu, pernah ternampak ada seorang blogger guna kamera  ni. Gambar-gambar yang ada memang cantik!



Samsung Galaxy Core 2 SM-G355H Dual Sim

Harga di Lazada RM495.00



Samsung Galaxy Core 2 di LAZADA MALAYSIA

Samsung Galaxy Core 2 SM-G355H Dual Sim ni harganya pun boleh tahan. Tapi di Lazada agak murah kan? Dah lama berniat nak hadiakan sebuah smartphone kat mak di kampung. Boleh whattaps dengan mak kan? So, kalau dapat shopping Rm1212 nanti, ini juga antara barang yang nik inginkan. Dengan saiznya 4.5", nik rasa boleh kot mak nik gunakan. Sebab kalau kecil sangat susah jugak kan? Tahulah, orang tua. Kalau kecil kan tak nampak tulisan. Dan insyaallah, jenama Samsung pun memang dah di yakini ramai.

 

 

 

Q&Q by Citizen Watch Company, Japan

Silver Watch with interesting Dots! Cantik kan? Harga kat LAZADA RM88.00

Q&Q by Citizen Watch di LAZADA MALAYSIA

Q&Q by Citizen Watch ni nik berkenan giler. Bentuk dan design dia buat nik jatuh cinta. Dah lama teringin nak pakai jam tangan yang macam ni. Lagipun nik rasa jam Q&Q ni memang sesuai kot dengan nik yang lasak ni. Kalau kata kena air pun tak pe sebab ianya Water Resisstant.


Jika nik ada RM1212 kan, memang seronok la shopping barang-barang yang ni senaraikan kat atas di Lazada Malaysia. Semoga nik menjadi pemenangnya. Aminn.. 

Korang semua apa lagi, tak nak ke rebut peluang berbelanja RM1212 di LAZADA??? Jangan lepaskan peluang ni tau!  

 


FATIHAH FAZLIN@templatesyard