Januari 2020 - Fatihah Fazlin

Isnin, 13 Januari 2020

MY FIRST TIME BUAT DONUT
Hai..

Hai korang, assalamualaikum.

Weekend hari tu nik try buat donut, menjadi weh! terus excited giler sebab first time buat terus jadi dan hemm cantik je rupa donut ai.  Gebu! Takdelah susah sangat pun kan nak buat donut ni, kena rajin sikit je, terus jadi. hekhek

Cantik kannn kan kan. Ni sebelum buat lubang kat tengah tu. Time nak goreng baru nik buat lubangnya. Dah masak pun cantik gebu. Tapi sayang ai is lupa nak ambik gambar ya g dah siap goreng. Dah makan habis baru teringat. 

Seronok weh bila benda yang kita nak sangat tu menjadi. 


Alkisahnya nik termengidam donut lambung kat tepi jalan ontheway balik kampung, tapi tiap kali lalu situ asyik tutup je. Banner besar gedabak tapi kedainya tutup, bukan sekali tapi banyak kali lalu kedai tutup. Kita ni dah membuak-buak nak try donut lambung tu, rupanya pun tak pernah tengok. Sedihhh.

Dah frust tu, dapatlah ilham nak buat sendiri je. Nik google je resepi donut simple dan senang nak buat. Dah buat, eh jadi cantik je kejadiannya. Bangga jap maklumlah kita noob bab bab buat kuih ni.

Bahan-bahan pun senang sangat. Cuma perlukan:

-Tepung gandum 500g
- Yis mauripan (guna separuh je)
- Susu cair 2 sudu
- Gula halus 1 sudu
- Garam 1 sudu kecil
- Air

Yis tu bancuh dulu dengan air suam. Lepas tu campurkan semua bahan uli sampai adunan tak melekat, Biarkan adunan dalam sejam setengah. lepas tu dah boleh bahagikan ikut lah besar mana. kalau nak donat korang besar-besar sekali makan kenyang, buatlah besar. Saiz nik buat ni kecil je. Dapatlah dalam 22 biji. Bolehla bagi kat jiran, heheheh

Ada resepi nik baca dia letak telur, terserahlah. Tapi nik ikut resepi nik alhamdulillah terus jadi kiranya terus guna resepi ni jela sampai bila-bila.

Isnin, 6 Januari 2020

REVIEW HUAWEI Y9 PRIME 2019. BEST KE IDOKKKK
Assalamualakum hi! 

REVIEW HUAWEI Y9 PRIME 2019.

Gaji hari tu terus sambar Huwaei Y9 Prime. Orang lain guna iphone, kita takpelah, beli yang murah-murah je .Tak tahan weh guna Samsung lama tu, bateri kong manjang. Nak buat kerja pun tak senang. Al maklumlah dah lima tahun guna. :) 


Alhamdulillah ada rezeki beli smartphone baru. Tu pun lama sangat menunggu. Sebelum beli nik adalah buat perbandingan sikit-sikit. Mula mula nak beli Samsung jugak sebab nik memang Samsung lover tapi setelah pertimbangan dibuat, pilihan terakhir adalah sama ada Huwaei Y9, Y9 Prime atau Realme 5, Realme 5s. Bajet nik pun hanya RM 800. 

Pergi kedai telefon kat Giant Jerteh, pilih-pilih sikit teruslah beli Huwaei Y9 Prime dengan harga RM 799, salesgirl kata tengah promosi kalau tak RM899. Nik google pun memang masa mula-mula keluar bulan Julai 2019 hari tu harga 899. 

Korang nak baca spec, silakan dibawah ye.

  • EMUI 9.0 (Android 9.0 Pie)
  • HiSilicon Kirin 710F (12nm FinFET)
  • CPU: 4x 2.2GHz Cortex-A73 + 4x 1.7GHz Cortex-A53
  • GPU: Mali G51 MP4 @ 650MHz
  • Slot kad: Dwi SIM Hibrid
  • 4GB + 128GB
  • microSD sehingga 512GB
  • 6.59 inci LTPS FHD+ (2340 x 1080 piksel)
  • Kamera depan: 16MP (f/2.2)
  • Kamera utama: 16MP (f/1.8) + 8MP (f/2.4, Ultra Wide Angle) + 2MP (Depth sensor)
  • WiFi 802.11n (2.4GHz), Bluetooth 5.0, USB Type-C, USB OTG
  • 4000 mAh (10W)
  • 1x speaker mono
  • GPS, GLONASS, A-GPS
  • 163.5 x 77.3 x 8.8mm / 196.8g
  • Pilihan warna: Midnight Black / Emerald Green / Sapphire Blue

Review setelah 14 hari menggunakan Huwaei Y9 Prime( daripada seorang noob tech)


Saiz

Untuk Huawei Y9 Prime ni saiz dia agak besar bagi nik, 6.59 inchi. Eh jap dia tak besar tapi panjang. dengan Samsung A30pun Y9 Prime ni lagi panjang. Tapi okeylah, kalau nak tengok youtube memang puas hati. Nak pulak nik memang hantu Youtube. Haha.





Yang paling nik suka, memori Huawei Y9 Prime adalah 4GB dengan storan dalaman 128GB. Kalini baru puas hati nak ambik dambar dan video anak banyak-banyak. Tak perlu dah fikir pasal nak transfer file ke laptop ke apa. 



Kamera

Paling penting ye korang kamera ni bagi nik sebab nak nik suka ambil gambar, banyak banyak.  Tambah lagi ada Anis Farhana, confirm gambar dia akan memenuhi galeri!  Kamera dia bagi nik terbaiklah terutama yang kamera belakang. Ia adalah gabungan 3 lens iaitu 16, 8, 2 Megapixel.

Pop up kamera Huawei Y9 Prime


Kamera depan pulak jenis yang boleh pop up. Nampak macam pelik je mula-mula nak selfie, tapi lama-lama okeylah kot kan? Kamera depan ni 16 MP tapi tak tahu kenapa hasilnya agak fake bagi nik. Lepas tu warna pun macam tak terang sangat. Tapi bolehlah, sesuai dengan harga. 

Rekaaan 

Dari segi rekaan pulak, bagi nik cun la sebab skrin depan langsung tiada lekuk. Puas giler kalau tengok video.  Lepas tu bila nik perhatikan bahagian belakang, huawei y9 Prime ni ada dua ton warna. Nik beli warna Emerald Green kan,  dia macam ada dua warna berbeza which is menariklah jugak, tak sama dengan other smartphone. Gitewww.. Asalnya nik nak warna midnight black, nampak garang  tapi habis stok la pulak. 

Prestasi lain-lain setakat hari ni nik guna, memuaskan. Nak kata terbaik tu taklah. Tapi untuk kita pakai seharian just tengok youtube, main game sikit-sikit, tengok video not so bad. Bateri pun nik cas dalam dua jam boleh tahan hingga sehari setengah. Sekarang pergi kerja tak perlu bawak charger dah. Malam nik cas penuh, then tak risau dah. 

Harapnya Huawei ni mampulah bertahan sehingga 3 tahun mendatang. Tak kuasa ai nak beli handphone tiap tahun, kita bukan anak menteri. :P

FATIHAH FAZLIN@templatesyard