Fatihah Fazlin

Isnin, 19 Mei 2025

Pengalaman Twin Pregnancy -  Trimester 2

Trimester 2


Macam biasa, trimester 2 nik masih lagi loya, muntah, terlalu cepat letih dan sebagainya. Tapi appointment yang KK bagi memang nik follow tak pernah skip. Kita risaukan baby je wak. Memang ikut semua yang misi dan doctor bagitahu. Even ubat dan segala vitamin, nik makan tanpa skip(kecuali memang betul-betul lupa)


Pagi-pagi loya pastu muntah sampai muntah kuning. Penat sangat. Petang balik kerja pulak melepek  je atas sofa. balik tu tak larat langsung nak buat apa-apa.Nak angkat kaki pun rasa penat. Nafas pun nik rasa pendek-pendek je waktu tu. Setiap hari nik menangis sebab rasa macam kain buruk tak berguna. Anak ajak main pun tak larat. Yang si adik nasib dia macam faham ibu ada baby dalam perut, ibu penat dia kata. Ambik dia dan kakak rumah pengasuh, balik rumah.. dorang main je sendiri sampailah papa dia balik kerja. 


Kesian dorang tapi nak buat mcam mana. Ada masa kalau larat memang akan lebihkan perhatian kat dorang. tapi tulah sekejap je laratnya. Selebihnya penat dan tak bermaya. 


Dan nasib baik jugaklah suami nik jenis okey je. Hari-hari dia balik kerja dia masak dan kemas dapur dan jaga dua beradik tu. Ada masa dia bungkus je lauk..nik tinggal masak nasi je. Memang time larat nik bangun gagahkan diri jugak. Tapi lepas settle makan,anak kenyang nik sambung baring. hahahha. Nampak macam mengada kan? tapi sumpah memang tak larat. Kalau berdiri lama sikit macam nak pengsan dah rasa. Pernah nik basuh pinggan,tak banyak pun.. tapi tak sempat siap sebab rasa nak jatuh/pitam. Tak tahu kenapa pregnant twins ni sampai begitu sekali teruk penatnya. 


Kalau ikutkan pregnancy sebelum ni, nik okey je. Alahan dan muntah-muntah tu sikit dan sebelah pagi je. Kali ni tak kira pagi ke malam ke, asyik meloya dan muntah.. 


Setiap 2 minggu nik ada appoiment KK dan setiap 2 minggu jugak appt doktor pakar kat HSNZ. First appt dengan doc pakar kat Hsnz masa nik 18 week. Baby dah besar doc kk kata jadi dia tak nampak kembar nik ni jenis macam mana(kongsi uri ke tidak.. dcda or mcda). Memandangkan pregnant kembar ni risiko agak tinggi kan? doc KK terus refer ke doktor pakarlah. 


Tapi sayang, masa appointment 18w pun doc pakar tak nampak twins nik jenis macam mana, tapi dorang decide as MCDA twins. Lepas appointment 18w ni,a da appt dengan pakar MFM pulak untuk details scan pada 21w. Asalnya doc cakap appt doc pakar 2 minggu sekali, nik macam terfikir "kerapnyaaa" penatlah nak menapak ke HSNZ tiap dua minggu, jauh pulak tu. tapi nasib baiklah lepas dapat tarikh tu jaraknya lama sikit. dalam 3 minggu. 


Ingat lagi masa dalam bilik scan, Dr.Kamarul tnya nak tahu jantina ke tak? hahhaha. mana boleh tak nak tahu! mestilah nakkkk. Tapi dia scan sorang je masa tu..hehehe. Alhamdulillah masa details scan 21w baby semua nampak okey. Berat baby pun around 330g dan 350g. Next appointment waktu 24weeks pulak.  


Yang menjadi cabarannya, bila appointment banyak kali, nik kena apply cuti. Kadang rasa macam rugi cuti. Yelah, sebab cuti sehari kena ambil, tapi masa yang habis tu banyak untuk menunggu giliran je. Tapi nasib kawan suggestkan minta mc dengan doc time appt tu. So dapatlah jimatkan cuti sikit.Kitonyo segan nak mintak mc. Jarang ye nik minta mc dengan doc even kalau sakit apa-apa sebelum ni pun.


Masa 23 weeks, anak anak semua demam. Berjangkitlah sekali dengan kita. Seksanya demam time pregnant ni ye. Dengan sakit satu badannya. Kepala asyik pusing. Pastu tulang betis nik pun sakit masa demam tu sampai nak berjalan pun tak boleh. Suami urut tak jalan. Gosok dengan minyak panas pun tak jadi apa. Pergi klinik pun, doc tak boleh bagi ubat tahan sakit. Nik sampai buntu nak buat apa sebab melampau sakitnya. Tapi selepas 3 ke 4 hari dia sembuh dengan sendiri. Macam pelik bin ajaib. Tapi nik biarkan jelah. Dah baik sakitnya, minta ampun tak nak kena sakit macam tu!! Rasa nak potong je kaki yang sakit tu!


24 weeks, sekali lagi jumpa pakar MFM HSNZ, Dr, kamarul. berat baby 599g dan 535g each. Suami request doc cek jantina untuk dua-dua baby. hahhha. nampaklah siapa yang tak sabar nak jmpa baby ni.


Nasib doc layan je kita ek.. Selalu kalau hospital kerajaan jaranglah nak cek jantina ke apa kan. Tambah-tambah kat kk. Anak-anak sebelum ni pun nik scan jantina kat klinik luar.  Then, doc maklum dia scan kalini tak nampak pulak pemisah antara baby tu.. dia macam dua-dua baby duduk dalam satu kantung. Sedangkan sebelum ni seingat nik doc dah nampak dua kantung dua baby .. $&^&*& pening jap kita wak.. pastu doc terangkanlah risko baby dalam satu kantung ni.. mudah terbeli tali pusat and etc.. jadi dinasihatkan baby satu kantung bersalin c-section semasa 34week.. nik double pening dan terkejut. Nik paling takut czer wakkk. Memikirkan pun dah ngeri.. Pastu kena beranak awal... baby tak matang sepenuhnya lagi. Nik kalau boleh memang doaaa banyak-banyak nak beranak 37w atau paling awal pun 36w. takmo beranak awal.. baby kecil lagi sian baby..


Sekarang memang nik doa Allah bagi keajaiban. Tiap masa suruh suami doa. Semoga yang doc kata satu kantung tu sebab dia tak nampak.. bukan sebab mmg satu. Sebabnya 30w nanti doc akan scan sekali lagi. Untuk tengok betul-betul. Jadi nik rasa doc pun tak 100% pasti dan nik yakin Allah akan tolong nik. Aminnnn... 


Start 24-25 weeks juga nik dah mula rasa heartburn. Pedih kat bahagian dada(ulu hati). Awal ye, compare dengan pregnancy sebelum ni, 8-9 bulan baru start rasa terbakar tu.. tapi ni baru 6 bulan dah rasa. Amatlah tak selesa. Lepas makan je akan rasa. Misi memang suruh kurangkan makan makanan berminyak dan pedas. Tapi tak pedas pun pedih tu mai jugak. 


Nik cuba follow tips ni utuk elak heartburn. 


Bab sakit tulang punggung dan pinggang tu toksah ceritalah. Nik bangun tido alahai seksanya. Slow-slow kena bangun. Mungkin faktor kerja nik yang duduk je 24 jam ni kot. Kat office memang nik duduk je. Bangun time nak gi makan, atau g tandas je. pastu time solat. Lain-lain memang banyak duduk. Lagipun nak jalan banyak pun mengah.. rasa tak mampu.. tak tahulah nak mengadap 3 bulan lagi macam mana heheheh.. Semoga Allah bagi kekuatan.


Btw, Untuk baby kali ni, kami memang tak diizinkan dari segi masa lagi untuk ke klinik swasta. setakat ni, memang 100% scan kat klinik dan hospital gov(yang best pregnant twins ni, setiap masa doc kk pun scan untuk cek condition baby) Tapi memang kita orang plan nak buat 5D scan jugak, cuma nak tunggu baby gebu gebas sikit hehehehe. Minggu ke 30 ke.. Seronok tau tengok baby gebu dalam perut!


26 Weeks

Masa ni dah mula rasa tendangan baby yang kuat dan aktif. Perut pun besar kemain. Kat office semua tegur macam dah sarat, padahal kita awal lagi.  Lambert lagi nak beranaknya. 

Moga Allah permudahkan semuanya sampai bersalin nanti. Aminnn...


Selasa, 22 April 2025

 Pengalaman Pregnant Baby Kembar !

 Pengalaman Pregnant Baby Kembar !




Assalamualaikum uolls yang sudi jengah ke sini.


Yeayy alhamdulillah. Allah rezekikan lagi untuk kami pregnant kali ni walaupun kami tak rancang untuk ada new addition lagi dalam family. Dan benarlah, Allah sebaik baik perancang. Ko rancanglah macam mana pun,kalau Allah berkehendak, Dia akan bagi and vise versa. 


Dan  nik doakan semoga yang sedang TTC sekarang ni, Allah bukakan jalan rezeki untuk korang. Semoga Allah hadirkan korang anak-anak yang soleh dan terbaik untuk korang. Amin.


Okey. berbalik kepada cerita nik, sebelum ni nik rasa dah cukup kot dua orang baby girl kat rumah ni. sebab walaupun girl, lasaknya kemain. Panjat tangga papa dorang buat kerja itu biasa. Naik sofa dan terjun kuak lentang itu juga biasa. Berenang dalam lopak air depan rumah time hujan lagilah selalu. Basuh seluruh dapur sebab nak sembunyikan kotoran dorang buat pun pernah.  Jadi, nik putuskan supaya biar mereka berdua je. hahhaa.  Tak larat ye kawan-kawan sekalian.


Mungkin Allah nak bagi rezeki lebih lagi la kot kan. Allhamdulillah tahun 2025 nanti akan bertambah anak-anak ibu. Daripada 2 terus jadi 4! Excited sangat-sangat! Paling tak boleh bayang macam mana keadaan rumah nanti dengan 4 orang anak. hahahha. Sebab nik dari awal kahwin dulu mmg plan nak anak paling ramai pun 3 sahaja. 


Meh nik share pengalaman nik daripada awal tahu pregnant, tahu pregnant twins, alahan, dan sebagainya. 


Bulan julai 2024 nik ada join satu program turun berat badan kat pejabat ni (kita berat wakkk). Setiap khamis memang ada macam macam aktiviti kecergasan. Panjit bukit, briswalk, briswalk kat tepi pantai, water resistence, dan macam -macam lagilah. Nik join je semua aktiviti tu dengan sepenuh hati sbb memang niat nak kurus! Jaga makan, mmg makan makanan dietlah. Tanpa nik tahu sebenarnya masa tu nik dah mengandung pun! 


Dipendekan cerita, pada 20 Ogos, nik tak larat sangat nak pergi kerja. Tak demam, tak sakit apa pun. Cuma penat dan tak larat. Nak bangun siapkan anak pun tak larat. Hari tu semua suami buat. Dan nik baring je. Dalam tengahari gitu, teringat ada pregnancy test lebih yang tak guna lagi. Dah terlintas kat fikiran masa tu.. ke aku ni ada baby lagi??? seram sejuk masa tu. Tapi gagahkan diri bangun dah cek. Memang tak sampai seminit naik double line terang benderang tak boleh nak tipuuuu! 


Masa naik double dalam 2 ke 3 hari jugaklah nik menangis hahaha. sebab memang sebelum-sebelum tu dah bincang dengan suami yang kita tak nak tambah anak lagi dah. Dan suami pun memang setuju. Cukup dua orang. 


So mentally, memang nik tak bersedia. Tapi suami kita pujuk kemain. rezeki Allah bagi adalah tu hikmahnya nanti. Lepas dah habis fasa menangis tu, happy dah.. sebab tak tahulah, seronok sebenarnya ada baby dalam perut ni. Dia punya perasaan cinta dan berbunga-bunga tu Allah je yang tahu mcm mana. 


Dah tahu pregnant, nik fikir macam malas nak buka buku pink awal-awal sebab penat nak menapak ke klinik setiap dua minggu. Tapi in the same time,nik beli vitamin dan asid folic kat farmasi. So makan jelah ubat tu. 

Lepas dari tu, terus alahan ye kawan-kawan sekalian. Makan apa-apa semua loya. Selera nak makan tu tinggi, boleh telan tapi selepas tu akan loya atau terus muntah. Paling pilu,minumatau makan manis-manis, confirm akan keluar balik. Both pregnancy sebelum ni tak pun. Lagi manis, lagi suka telan! Hari-hari sekarang makan makanan yang masam-masam untuk cover semula rasa loya nak muntah tu. 


20 Oktober tarikh nik buka buku pink.. heheheh. memang lambat dan memang kena tegurlah dengan nurse, dengan doc apa semua. tapi nik pekakkan telinga jelah sebab mmg salah kita kan.Masa ni dah 16week ++ dah. Korang kalau tahu pregnant, bukalah buku pink awal-awal ye. 


Masuk bilik doctor untuk terus scan hari tu sebab dah lewat sangat nurse cakap. Kat part ni paling lawak, paling mendebarkan. hahaha. Sampai sekarang tergelak sorang kalau ingat balik. nik recall balik conversation nik dengan doc kat blik scan tu.,,.


Doc: Besar dah baby awak baru nak buka buku pink ni.


Nik: Ye doc.(sambil sengih) berapa minggu dah tu doc?


Doc: Kat sini bagitahu dah 16w dah ni. Tenngok ni kepala, kaki, paha. Aktif dia kat dalam. 


Nik: Ooo. sihat kot dia. Amin..


Lepas doc tunjuk semua tu dia nak ukur ukuran apa semua secara detail, jadi nik dah tak tengok kat skrin dah. pandang siling jela. tiba-tiba....


Doc: Eh..eh..


sepantas kilat nik berpaling kat doc, sebab nada eh dia tu macam mencemaskan..


Nik: kenapa doc? Baby ada masalah ke?


Doc: Ada suprise ni. awak tengok ni!


Nik tengok moniter csan tu.. kita tak pandai nak baca scan baby ni terus bagitahu


Nik: Doc bagitahu jelah saya jantina baby, saya tengok pun saya tak pandai nak tentukan tu boy ke girl, doc bagitahu jelah senang. 


Doc: BUKANNNNN.. BABY AWAK NI TWINS! CUBA TENGOK NI. NAMPAK ATAS SATU BAWAH SATU! 


Nik: Biar betul doc. Macam mana boleh ada dua manusia pulak! 


Doc: Eh dia tanya kita!!!


Doc tu gelak dengan kawan-kawan dia kat luar sekali gelak. Nik masih samar-samar nak percaya atau tak. Pakej gementar semua ada. Siap minta doc scan sekali lagi biar nampak dua-dua untuk puas hati. Boleh dia bergurau, kang saya scan lagi jumpa yang ketiga kang... ampunnnn!!


Tapi doc tu baik je, dia layan je kita minta nak scan lagi. Dan tak boleh nak in denial sangatlah sebab memang terang nampak dua ketul baby dok kemain bergelek kat dalam perut. Dua heartbeat. Turun dari katil, sambung kat meja doc pulak, mcm-macam dia bebel kita, buka buku lewatlah, dah twin pregnancy ni tinggi risiko.. Kita hadam jelah ek walau masa tu masih tak boleh nak percaya "aku pregnant twinsssssss"


Keluar bilik doktor terus call suami dan bagitahu dia dalam keadaan nik sendiri terketar dan terkejut lagi! air mata menitis masa ni sebab memikirkan kemampuan nik dari segi kesihatan mental sendiri. mampukah aku nak berpantang dan jaga dua baby serentak nanti?? mampukah aku nak jaga amanah Allah ni sebaik-baiknya?? Memang macam-macam dalam kepala masa tu. Bercakap sejap dengan suami masa tu pun dalam sedu sedan dah.. hahhaha. Kita tisu wakk. sikit sikit nak nangis. 


Jadi gitulah kisah nik masa mula-mula tahu pregnantkan baby kembar ni. Nik plan nak update week by week kat sini. tapi tengoklah dulu macam mana sebab daku tak berapa nak rajin. Yang ni pun berapa hari taip baru nak siap dan mungkin akan publish bila baby dah lahir nanti kot. hari last nik tulis kat sini masa baby dah 20 weeks. 


















Khamis, 20 Februari 2025

Anak Sulung dah Darjah 1.

 Assalamualaikum.


Minggu ni dah start buka sekolah, mak-mak mesti dah lega kan.. hehehe. Nik pulak excited sebab anak sulung kita dah masuk darjah 1 tahun ni. Dalam tak sedar,anak pun dah besar,7 tahun dah si kakak Anis Farhana ibu. Masih ingat lagi macam mana sakit nak melahirkan dia dulu. 

Ni hari khamis lepas masa pendaftaran. Beg semua tak nak kalah ye.


Ibu nak pastikan bergambar kat sini wajib, setiap kali tahun baru. hehehe. Pengepit rambut dia selit kat tudung nak bagi kiyoot katanyaaa.. Terserahlah kakak. 


Anis macam biasa, dia rajin dan nak pergi sekolah tapi bab bangun pagi tu dia susah sangat. Selalunya memang nik pass kat papa dia bab kejut pagi-pagi. Daku tiada kesabaran yang tinggi untuk kejut orang susah bangun ni. hahahah. 


Beg minta papa dia belikan beg kuromi, tapi papanya tak kenal kuromi bawak balik beg ana muslimah.. ibu gelak tak ingat dunia. hahaha.. Nasib dia okey redha je terima yang papanya beli. 


Minggu lepas hari khamis bawak Anis ke sekolah baru dia untuk pendaftaran awal dan ambik buku dan baju-baju sukan. Yuran sekolah not badlah, untuk darjah satu dalam RM143 termasuk buku latihan semua, baju sukan dua pasang. Tu pun nik plan nak tambah sehelai lagi buat gilir. Sebab masa taklimat tu cikgu pun cakap sekolahnya memang banyak pakai baju sukan sekolah. Nasib persediaan buka sekolah hari tu nik beli sepasang je baju uniform sekolah. Sebab nya mingkin hanya dipakai bila ada perhimpunan je. Cuma kasut nak kena tambah lagi la. 


Hari pertama sekolah, botol airnya pecah, kawan tersepak katanya. Ibu nak marah pun macam tak berbaloi.. pesan jelah jaga barang elok-elok. Malam tu terus ajak papa dia ke DIY cari botol air baru. Botol air pun dah habis RM16. Ibu tak tahulah nak habiskan setahun darjah satu ni berapa banyak botol air akan berganti. Sebabnya kat Pasti dulu pun banyak kali tukar baru. 



Anak ibu dah besar. Ibu kena get ready untuk fasa seterusnya pulak.


Semalam pulak, ajak papanya ke pasaraya kat rumah ni nak beli pensil warna. Tepuk dahilah si bapak melayan anak sulung perempuan. Tapi papa dia tak bawak pun sebab pensil warna banyak kat rumah, cuma takde dah kotak. Setiap kali beli dia mesti buang kotaknya. Tu yang selalu tak cukup warna. hahaha. Gitulah ye budak-budak. Nak kena sabar untuk tunggu masa dia pandai jaga barang sendiri. 


Sebenarnya, ibu dia yang excited anak masuk darjah satu. Balik daftar petang khamis tu terus nik balut semua buku-buku teks dan aktivity. Walaupun cikgu ada cakap, sebulan ni untuk program transisi je dulu, takde guna lagi buku teks. takpelah ibu settle awal tak kalut. Minggu depan satu lagi nak puasa dah. Nak kena siap-siap buat persediaan untuk raya pulak. 


Semoga kakak anis baik-baik jelah kat sekolah tu dan diterangi hati dan jiwa dia untuk belajar dan menambah ilmu. Semoga anak ibu sentiasa dalam jagaan Allah sepanjang masa.  Amin..


FATIHAH FAZLIN@templatesyard