Ogos 2014 - Fatihah Fazlin

Ahad, 31 Ogos 2014

Kemerdekaan ke 57
Alhamdulillah. 

   
 Malaysia...DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA
2014.
Genap 57 tahun Malaysia merdeka. Merdeka daripada sebarang penjajahan negara luar. Salam kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia.  

Rakyat Malaysia, jangan sesekali kita lupa tarikh 31 Ogos 1957.

Rakyat Malaysia, jangan sesekali kita lupa mereka yang berjuang demi Kemerdekaan yang kita kecapi hari ni.

p/s: Apa maksud kemerdekaan bagi korang?
 



Sabtu, 30 Ogos 2014

10 Days Challenge| Day1: 1 Picture Pelamin Anganku

ASSALAMUALAIKUM.
 First day untuk 10 Days Challenge. Sejak umur dah ada puluh-puluh ni kan, angan-angan pasal kahwin tu makin menjadi-jadi. Hari-hari duk usha gambar pelamin dekat google. Sampaikan google pun dah meluat tengok muka nik! huh! over! Tapi, angan-angan nik ni bukan sebarang angan-angan tau, sebab memang nik nak kahwin. hahaha. Tak lama lagi dah... bila? Bila ada jodohlah korang. tak tahulah bila. setahun lagi ke.. lima tahun lagi ke.. 10 tahun lagi ke.. hummm.. 



Majlis kahwin nik nanti kan, nik plan(macamlah nak kahwin dah) nak buat lebih kurang yang kat gambar ni. Warna pastel. Just simple and nice. Bukan pelamin yang sampai tak muat ruang tu. hehehe.. Majlis pun nak buat simple. Dan mini pelamin macam ni sesuai kot. Tak nak beria sangat. Tak nak bersanding bagai. Pelamin ni nanti untuk family dan kengkawan ambil gambar sesama buat kenangan je. Tu je!

Segmen Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
ASSALAMUALAIKUM

Segmen Merdeka 57 oleh hasrulhassan.com

"Dengan tidak lebih dari 300 patah perkataan, nyatakan dan tulis mengenai peranan anda sebagai blogger Malaysia untuk menzahirkan 'Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta'. Apa yang anda boleh lakukan menerusi medium blog untuk tunjukkan kecintaan anda terhadap Malaysia."

Peranan sebagai blogger?? hmmmm.. Tak susah sebenarnya kita sebagai blogger nak menzahirkan rasa cinta dan patriotik terhadap negara. Medium penulisan yang kita guna ni adalah satu medium yang sangat mudah untuk dekatkan rakyat Malaysia mencintai negara. Tapi persoalannya macam mana?


Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.

Melalui penulisan yang berkesan! Ya. melalui blog,kita boleh menulis sesuatu yang baik dan berkisar tentang semangat kecintaan terhadap negara. Pada pandangan peribadi nik sendiri, agak mustahil kita yang berfikiran waras tidak sayangkan negara sendiri. Tempat kita dilahirkan. Tempat kita membesar dan mengenal dunia. Tempat kita tahu apa itu hidup. Tempah tanah tumpah darah kita! Pembaca budiman, sama-sama kita tetapkan hati, menjaga nama Malaysia sebaik mungkin. 

Negara ni negara kita. Tanah yang kita pijak ni hasil keringat dan titisan darah nenek moyang kita. Jangan sekali kita 'gadaikan'. Bukan mudah untuk peroleh kemerdekaan yang kita kecapi sekarang. Hargai pengorbanan pejuang-pejuang negara kita.  

Selamat menyambut HARI KEMERDEKAAN YANG KE 57 buat semua rakyat Malaysia !! 


Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta. .

Jumaat, 29 Ogos 2014

10 days challenge !!!

ASSALAMUALAIKUM....

Salam Jumaat penghulu segala hari korang..Banyak kelebihan hari jumaat ni, kalau kita amal, Insyaallah kita dapat ganjarannya. Hari ni hari jumaat terakhir untuk bulan Ogos kan? Cepat rasa masa berlalu. Lusa dah 31 Ogos, hari kemerdekaan negara kita! Salam kemerdekaan in advance lah.




10 days challenge ?
Apa tu? Sebelum nik bagitahu apa benda 10 days challenge ni, nik nak inform dulu yang benda ni nik jumpa kat blog CIK SALLYCIK YAYA dan CIK AYUT. Rasanya ramai dah blogger yang buat entry 10 days challenge ni. Nik je yang lambat sikit..heh!

Acctually, benda ni senang je..satu hari korang buat satu entry berdasarkan apa yang ada kat gambar atas tuu.. tak kisahla entry jenis macam mana pun. Samaada berturut-turut 10 hari atau korang nak selang sehari, terpulang. heee. the verry easy kan? So bloggers, let start! 

Nik ada buat segmen tau! jom join. Boleh blogwalking sekali..Tekan SINI  ye:)

Khamis, 28 Ogos 2014

Say it again and over again
ASSALAMUAILAIKUM. 

Selamat pagi korang! Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah ! Allah masih pinjamkan nafas untuk terus mencari makna kehidupan. Pagi-pagi ni, jom! kita letak keluh kesah dan apa jua rungutan kekesalan ke tepi. Lets start a new day with the new spirit gengs! Lets the past be the past. Let it go..



Plus,
We have sweet water to drink! Fresh air to breathe! Feet to walk with! We sleep safely in your bed! Why be sad? Why still mengeluh and so over? Diri...please say,,,, Alhamdulillah again and over again. Terima kasih Allah untuk semua rezeki.

Kalau korang rajin, meh klik CINTA KASIH SAYANG RINDU :)

Sekian,
salam sayang.






Selasa, 26 Ogos 2014

Sepetang di Putrajaya
Hi. ASSALAMUALAIKUM.

Macam biasa, hari ni kerja malam jadi spend time sikit update cerita dua minggu lepas. Tak basi lagi kot.:D Kisah ber'makan' angin di Putrajaya. Okeee.. nak mengaku ni.. nik adalah manusia yang tak pernah sampai ke putrajaya sebelum ni... kikikiki.. ini yang first time. And serious.. Putrajaya adalah sebuah bandar yang cantik kebabom! ! Rasanya orang yang tinggal sana mesti best kan? Tenang je suasananya. Banyak tempat boleh  jalan-jalan restkan minda bila petang-petang. Tak sibuk sangat.


Sepetang kat sana sempatlah nik pusing satu bandar.. kenal-kenal jalan sana. Sebenarnya, masa dok pusing-pusing tu nik dengan besarnya harapan nak cari gerai pisang goreng.. masa tu nak sangat-sangat makan pisang goreng.. tapi tak jumpa-jumpa..

Putrajaya memang takde gerai-gerai tepi jalan eh... hehehehe.. biasalah #villagepeople bila ke bandar/tempat orang..tak biasa!















Tujelah kot entry pagi ni..btw, nik suka ambik gambar dan edit(entah ape ape je editnya). Soo.. jadilah gambar-gambar dengan rupa sedemikian.. Orang Putrajaya, sila lah komen entry ni ye...

P/s : Selamat pagi korang.. Jemput baca entry "iphone5s Gajet Impian Setiap Blogger" , nik ada join contest dari blog denaihati.com.  

Sekian. 







Ahad, 24 Ogos 2014

iPhone 5S Gajet Impian Setiap Blogger
ASSALAMUALAIKUM...

Bismilillah.. iPhone 5S Gajet Impian Setiap Blogger| Terketar jari jemari tatkala menaip entry ni. Yelah contest ni bukan sebarang contest. Dari pemerhatian nik, ramai blogger-blogger hebat yang dah sertai..Fuhh. Banyak kali fikir juga nak join, sebabnya dah la last minit dah ni. Lepas tu takut. Takut nak bersaing dengan mereka yang lebih pakar dan hebat. Tapi mungkin inilah masanya nik kena menyahut cabaran. yes! cabaran diri sendiri dan blogger DENAIHATI.COM serta para penganjur.




Bagi yang belum memiliki iphone, tipulah kalau kata tak mengimpikan iphone 5s ni. Apatah lagi anda yang bergelar blogger. Dan semestinya iphone 5s memang gajet impian nik yang dah lama nik impiakan. Sejak mula-mula dilancarkan lagi, nik dah mula usha telefon pintar ni. Tapi yelah. Harganya yang agak lumayan membuatkan nik menangguhkan dulu hasrat dan cita-cita. Isi perut lebih penting! Kang kalau terbeli telefon ni dua bulan nik kena diet! ohhh tidakk..

Jadi, jom para blogger! Kalau anda macam nik, bercita-cita mahu mendapatkan iphone 5s yang menjadi impian semua, jom join contest mudah lagi senang ni..  Kita sahut cabaran dan tugasan pertama dahulu!

Kenapa iphone 5s menjadi impian? 

Jujurnya nik tak pernah memiliki apa jua jenis gajet daripada jenama Apple ni. Generasi iphone juga nik tak pernah beli. Bila tengok orang pegang iphone, apatah lagi iphone 5s ni, nik jadi macam, "okay.. takpe one fine day aku akan dapatkan benda ni satu." Ini salah satu sebab kenapa nik nak sangat miliki telefon pintar ni. Tambah pula bila blogger denaihati.com menajurkan contest "iPhone 5S Gajet Impian Setiap Blogger" dengan hadiahnya 3 unit iphone 5s untuk dimenangi, nik jadi bersemangat untuk mencuba nasib. Yang pastinya percubaan menyahut cabaran untuk meiliki gajet impian yang diidamkan oleh blogger-blogger Malaysia ni, bukan sebarang percubaan. Harapan nik menggunung.. Impian nik melaut. Opss..


Blogger dan iphone.

Nik dah berblog lebih kurang 2 tahun. Yang pasti, nik serius dalam dunia blogging ni. Kalau boleh nak sampai satu tahap yang mampu dibanggakan. Dan, yang paling tak menahan, 85% entry dalam blog ni ditaip melalui telefon. Ya! Dan alangkah indahnya kalau ada iphone 5s. Insyaallah.. hehehe.  Dengan tahap kecanggihan teknologi  iphone 5s (dari segi  chip, skrin, touch ID, resolusi dan sebagainya) ni, nik yakin, kerja nik nak update entry lagi senang dan cepat. Jangan tak tahu iphone 5s mempunya rangkaian 13 band LTE yang mana memudahkan kita untuk mengakses jaringan internet walau di ceruk mana pun kita berada.

Gambar dan Instagram

iSight Camera yang membolehkan pengguna mengambil gambar yang lebih terperinci dan jelas - See more at: http://www.amzanimokhtar.com/review-iphone-5s/#prettyPhoto
Nik ni jenis yang suka ambil gambar. Lebih-lebih lagi gambar pemandangan yang cantik-cantik. Dan rasanya iphone 5s memang terbaik dari segi kualiti gambarnya kerana dilengkapi dengan isight camera yang lebih teliti dan jelas. Dan gambar selfie juga penting.. errrr.? Sungguh, bila belek instargam, tahap kejelesan pada pengguna iphone memang meninggi. Gambar-gambar yang mereke upload memang superb sebab itulah, entry ni wujud.. Mahu memiliki sebuah smartphone yang diberi nama iphone 5s yang menjadi impian setiap blogger. Gituu...

Sebelum menutup cerita, terima kasih tidak terkata kepada semua penaja yang sudi menaja hadiah yang super awesome ni.

PENAJA UTAMA: 

SENARAI PENAJA LAIN: 



Arwah Syuhada Baharudin
Untuk makluman juga, arwah blogger http://syuhadabaharudin.com/ adalah salah seorang sponsor dalam contest ini. Al-fatihah untuk arwah.



p/s: Good luck untuk semua peserta "iPhone 5S Gajet Impian Setiap Blogger" .. :)


Khamis, 21 Ogos 2014

10 jalan menuju cinta Allah


ASSALAMUALAIKUM...

Bismillahhirrahmanirrahim. Sempat lagi rasanya nik mencoret sepatah dua peringatan untuk diri sendiri yang serba serbi kekurangan serta sahabat pembaca yang sudi menjengah ke blog nik ni :) 

Alhamdulillah, dan terima kasih atas kunjungan anda. Entry pendek kali ni nik nak berkongsi dengan korang semua sahabat maya tentang langkah-langkah menuju cinta Allah SWT yang dijelaskan oleh Imam Al-Ghazali.

10 jalan menuju cinta Allah 

1-Membaca al-Quran dengan merenung dan memahami kandungan maknanya sesuai dengan maksudnya yang benar. 
2-Taqarrub kepada Allah SWT melalui ibadat-ibadat sunat setelah melakukan ibadat fardhu.
3-Sentiasa ingat kepada Allah SWT dalam segala tingkah laku, lisan, hati, amal dan perilaku.
4-Cinta kepada Allah SWT melebihi cinta kepada diri sendiri.
5-Sentiasa musyahadah(menyaksikan) dan makrifat(mengenal) Allah SWT..
6-Menghayati kebaikan , kebesaran dan nikmat Allah SWT zahir dan batin akan membawa kepada cinta hakiki kepadanya. Tidak ada pemberi nikmat dan kebaikan yang hakiki selain Allah SWT.
7-Ketundukan hati secara total di hadapan Allah SWT.
8-Menyendiri bersama Allah SWT ketika kesunyian malam, lebih afdal setelah sepertiga malam.
9-Bergaul dengan orang-orang yang mencintai Allah SWT.
19-Menjauhi sebab-sebab yang menghalang komunikasi hati dengan Al-Khaliq.

Masyaallah.. Terasa diri nik kerdil sangat. Terlalu jauh untuk mengejar cinta ALLAH. Terlalu banyak perkara dan masa yang rugi. Tapi, sebagai hambaNYA, apa lagi tujuan kita hidup kalau bukan untuk cari dan kejar redha dan cinta Dia? Ayuhhh nik. Bulatkan tekad! Sampai bila nak jauh dari ALLAH ni? Umur awak makin singkat, masa awak menghampiri kematian pulak makin hampir! Ayuhhh... 

"maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan??"
(ar-rahman)


p/s: sebarang, nasihat dan apa jua perkongsian  di blog ni lebih untuk peringatan kepada diri sendiri. Alhamdulillah jika bermanfaat.


Selasa, 19 Ogos 2014

Rahsia pemakanan ilmuwan Islam
                                                     ASSALAMUALAIKUM...

GAMBAR  FB RAHSIAPERKAHWINAN

RAHSIA PEMAKANAN ILMUWAN ISLAM

1) Madu – Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia ‘shifa’ iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam.

2) Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.

3) Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.

4) Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) Halia - Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.

6) Buah Delima - Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”

Selamat beramal korang :)

Isnin, 18 Ogos 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #10 Mialiana.com

Pencarian bloglist bagi bulan September dan Oktober 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 18 Ogos 2014, iaitu tepat jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #10 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Ahad, 17 Ogos 2014

Kenapa Aku Pilih UniSZA ?

ASSALAMUALAIKUM...


 

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Dahulu UniSZA dikenali sebagai KUSZA (Kolej Sultan Zainal Abidin), terletak di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu kira-kira 30 minit dari Bandar Kuala Terengganu dan 10 minit dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu.

Dah lebih setahun nik tinggalkan UniSZA.. Rasa rindu dengan suasana UniSZA. Dan for sure, suasana ni hanya dapat uolls rasa sendiri kalau pergi sana. Lain dari yang lain. UniSZA ada aura tersendiri. :) 

Btw, result budak-budak STPM dah keluar 12 ogos hari tu kan? So how? friends kat fb ramai duk update status dapat sambung belajar. Tahniah untuk korang. Dan pada yang  tak dapat tu, jangan putus asa, itu bukan pengakhiran hidup korang okey. Banyak lagi peluang dan kesempatan lain. Jangan terlalu set your mind, bila tak dapat UPU, then its the end of your life. Jangan ye sayang. :)

Okey.. those who yang dapat UniSZA tu, tahniah untuk korang ya. Jangan risau akan mulut-mulut yang mengata...  
"UNISZA?tak pernah dengar pun. takyah la."  
"UNISZA tak femes la."  
"UNISZA? tak setanding u lain la wei." 

Satu yang nik nak pesan kat korang yang dapat Uni kesayangan nik ni, abaikan mereka. Kalau korang dah dapat sini, dan ni satu-satunya pilihan yang ada, korang teruskan. Jangan pandang belakang lagi. Pengalaman setahun di UniSZA, banyak ubah dan sedarkan nik menjadi manusia yang lebih baik dari sebelum ni, opss... nik bukan kata nik baik, cukup sempurna, tapi at least, better than before. 

Memang ramai yang tak tahu pasal UniSZA. Dan ramai yang memperlekehkannya. Its like you don't know a person, then you just condem he/she? How could??? Okey korang, meh sini baca dan hadam betul-betul sebab kenapa korang patut pilih UniSZA sebagai tempat belajar korang. Btw, point-point nik nik copy dari salah seorang student UniSZA. 5 tahun beliau study kat Uni ni, start dengan dip and terus sambung degree sana jugak. Syukran atas perkongsian beliau.

1) Suasana yg aman.....jauh hiruk pikuk kota dan bunyi bising. Kalau nak study dan belajar dalam kuliah korang akan rasa aman dan nyaman serta tenang..Boleh pergi study kat student hall yang kalau waktu petang terasa amat dia punya angin sepoi-sepoi bahasa.

2) Unisza daripada kusza.. asal usul unisza korang boleh google, yang pasti unisza ni asalnya dulu adalah kusza. Dan ramai lepasan kusza yang grad menjadi ulamak dan ustaz, ustazah.Insyaallah unisza adalah tempat belajar yang mempunyai aura keberkatan daripada mereka.
3) Senang dapat kawan..ukhwah kat UniSZA sangat kuat. student di sini cepat mesra dan mudah untuk bergaul,tidak sombong..senang nak buat kawan. Tolong menolong dan mcm2 lagi.
 
4) Pensyarah yang sporting.. unisza mempunyai pensyarah yang sangat-sangat sporting..kebanyakan pensyarah kat sini senang diajak berbual walaupun di luar kuliah dan di luar unisza.... smpaikan pensyarah ada yg suka belanja studentnya makan..hehehe..nak drop atau nak blacklist pelajar pun mereka tak sampai hati...sentiasa memberi peluang untuk student berubah... 
5) Baju kurung...student2 unisza ni DIWAJIBKAN memakai baju kurung bagi student perempuan..tapi sebenarnya, taklah sampai wajib tahap memang wajibbb, asalkan menutup aurat dengan sempurna. itsokey...even non muslim pun ramai jugak pakai.. malah ada di antara mereka pakai jubah! nampak tenang dan sejuk mata memandang. And, nik harap sangat unisza keluarkan peraturan ketat kena pakai baju kurung. Sebab bila peraturan tu longgar, akan adalah yang pakai jeans ketat, baju sendat. Serius, benda ni akan jatuhkan imej UniSZA.!

  suasana masjid unisza waktu malam.. cantik kan?
6) Program keagamaan..di unisza ni banyak sangat buat program-program berunsur keagamaan..Yang nik perasan, fakulti Kontemporari Islam la. mereka tak pernah lekang dengan program sebegini, bermanfaat untuk semua. Dan selalunya freelah. huhuhuhu.. Terpulang pada kita nak cari makanan hati atau tak kan?  Sebagai orang Islam, nabi menggalakkan kita pergi mendalami dan mendengar ilmu agama.. kan??
7) Asrama baru.. Asrama baru unisza adalah asrama yang terbaik daripada ipta yang lain..sangat selesa,luas,mempunyai kemudahan dan keperluan telah disediakan..asrama baru macam apartment tahu. siap ada ruang tamu, ruang dapur..boleh memasak.hehe.Kalau blok lama pun tak kurang hebat tau..sebab kat blok lama suasana lebih meriah dan ukhwah mereka lebih rapat sebab kedudukan bilik yang bersebelahan sepanjang satu level..

8) Kenderaan sendiri..part ni paling best! student unisza boleh bawak kenderaan seperti motor,kereta, dan sebagainya.Lori? pun boleh! hahaha.. walaupun student tu masih lagi sem 1, korang dah boleh bawak kereta sendiri..dan student unisza ni jugak ramai yang buat perkhidmatan kereta sewa..so,nak pi mana-mana senang je..dah payah sewa kereta luar..

9) Unik..Yang uniknya unisza ni korang boleh berjalan di atas bumbung kalau nak pergi kuliah..jalan atas bumbung? nak tahu macam mana, kena p unisza lah!.hehehe..unisza ada, ipta lain ada?? Lagi satu, korang yang tak pernah merasa banjir tu memang berpeluang merasainya di unisza ni..

 ni unisza masa banjir, dekat blok baru. Nak pergi kuliah payah la sikit. tapi serius heppening kalau time2 banjir kat sini. main air dengan roomate, classmate... hhihiho.. kan dah terimbau memori lama!

10) Berdekatan dengan PANTAI !! korang boleh layan kepala di sana untuk hilangkan stress akibat terlalu banyak belajar dan sbgainya..masyaallah, bagi penggemar pantai macam nik ni, memang sesuailah sanagt tau! Sambil2 tu makan udang celop tepung, sotong celop tepong, ikan pari, kopok lekor, dAn pelbagai lagi makanan ganu yang korang boleh pilih. 

11)LIBRARY yang best.. bagi sesiapa yang jenis ULAT BUKU tu, kita ada  library yang beroperasi sampai malam tau.. korang boleh baca sampai muntah kat situ..LIBRARY unisza ni dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti bilik perbincangan, komputer PC lebih 30 biji, dewan, lif pun ada tau, library kita ada 3 aras(tingkat)...kalau korang nak buang lemak, guna la tangga..hehe air cond confirm sejuk, tambah-tambah lagi kalau malam. Digalakkan memakai jeket, sweater atau sewaktu dengannya okey. :P
13)HOSPITAL sendiri.. InsyaAllah, tak lama lagi unisza bakal ada HOSPITAL yang akan dibangunkan dalam kawasan unisza sendiri..akan ada padang kawad dan macam-macam lagi... tengok la dalam 3-5 tahun lagi, pasti Unisza akan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan IPTA2 yang femes.. insyaAllah...

See.. ni baru sikit yang dapat nik konsikan. Actually, banyak lagi benda menarik kat sini. Tapi uolls semua kena pegang pada benda ni satu je, setiap ipt ada baik dan buruknya..kita(korang la, nik dah jadi ex) sebagai mahasiswa kena menaikkan nama ipt kita, bukannya menjatuhkan.okey??

Dan kat mana u pun yang kita dapat.. bersyukurlah.Apa yang Allah dah aturkan adalah yang TERBAIK buat kita.Ada hikmah disebalik yang terjadi.. wallua'lam..


Selamat belajar :)
Kredit pada pemilik FACEBOOK ini kerana sudi berkongsi pandangan beliau.

Sabtu, 16 Ogos 2014

Petua Didik Anak Pintar


 
fuhh.. Hampir seminggu jugak nik tak update blog. Holiday mood sangat. Heeee.. :D jom.. baca petua didik anak pintar. Petua ni, bukan untuk ibu atau ayah je ye, sesuai untuk semua golongan sebab one day, you'll be a mom/a dad. :)




PETUA 1
Setiap malam, apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali.

PETUA 2
Membaca surah al-fatihah 1 kali dan surah Alam Nasyrah 1 kali.

PETUA 3
Bercakaplah dengan anak ketika mereka sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan nama kita sebagai ibu kandung mereka. Percakapan itu mestilah berupa nasihat, pujian, dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak-anak yang sedang tidur tu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

PETUA 4
Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita, misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak-anak.

:)

Sabtu, 9 Ogos 2014

Selamat Pagi | Salam Jumaat

Salam Sayyidul Aiyam, penghulu segala hari.


Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat. Pada hari itulah Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).
Sedikit kata-kata motivasi untuk kita di pagi ni :)




Wahai hati. Kadangkala kau menangis sendirian kerana tidak mampu menahan dugaan. Maka sabarlah, Allah sedang menguji.
P/S: Credit pada pemilik asal gambar.

Kalau Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa

ASSALAMUALAIKUM...
Masa tengah blogwalking tadi, singgah blog blogger broframestone jap..  Entry terbaru dia tu menarik minat nik tengah-tengah malam ni. Bro tengah mencari 20 rakan blogger yang bertuah untuk majlis Malam Pratonton Filem Kalau Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa. 

Macam menarik kan? Try jelah.. Mana tahu bertuah kan..

Poster Promosi Filem 'Kalau Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa'

Hmmm.. kalau nik duk kat situasi "Kalau Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa" ni.. nik rasa setahun kot fobia takleh tidur sorang. Dahla ambe ni penakut! Rumah sewa tu pulak, nik akan tinggalkan teruslah. Biaq p lah deposit burn ke ape.hehehe

Tindakan on the spot pulak, larikkk keluar dari rumah tu, bagitahu jiran ke, sape ke yang ada kat situ. Nak masuk balik rumah tu ? huh! Imposible la ! :



 
Jom tengok trailler Kalau Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa .


Tahniah Ally Iskandar & Farah Lee | Dapat Baby Girl

ASSALAMUALAIKUM.
Pagi tadi baca kat status facebook Farah Lee, beliau dah selamat mehairkan seorang bayi perempuan. Alhamdulillah. . Tahniah untuk mereke suami isteri. Ada anak, mesti life lebih meriah kan?

Nik minat Ally Iskandar dari mula-mula dia mengacara MHI, dulu kalau cuti sekolah, sengaja bangun pagi nak tengok MHI sebab ada Ally Iskandar.. Opss,.. bila dia dah kahwin isteri dia pun nik turut minat. hehehe. Pasangan serasi, suka tengok dorang. Comel. Sweet ! Sekarang suka sangat stalk instagram kak Farah Lee ni, caption dia menarik ! Pastu, dia selit nasihat/motivasi.


ohoo... sweet kan.

little mujahidah. Membesar dengan sihat ye baby girl.


Alhamdulillah 07.08.2014 09:09PM.
Anugerah terbesar dari Allah. Sebesar anugerahNya, sebesar itulah tanggungjawab yang datang bersama.

Anugerah pinjaman ini,
dipinjamkan Penciptanya kepada kami,
dalam fitrah islam yang suci,
dan perlu kami pulangkan semula,
dalam keadaan yang suci juga.

Doakan supaya,
anugerah pinjaman ini,
dapat kami tatih dan didik menjadi kalifah terbaik bumi,
dari segi amal dan akhlak diri,
persis peribadi Rasul-Rasul yang dimuliai.

Doakan supaya,
anugerah pinjaman ini,
menjadi aset kami suami isteri,
menjadi pencinta semua makhluk bumi,
menjadi penyeru agama lurus Illahi,
dan menjadi jiran kita semua di Syurga Allah nanti.

Dari,
Daddy Ally Iskandar
Omma Nurfarahin


Sekali lagi tahniah untuk kak Farah Lee & Ally Iskandar. :) Tak sabar nak tengok anak dorang berdua. hihihi

 

Khamis, 7 Ogos 2014

Tips Elak Rasa Takut Naik Flight !

BISMILLAH. 

 

ASSALAMUALAIKUM buat semua yang sudi meluangkan masa, singgah ke blog nik ni :) 

 

Sejak dah bekerja ni, banyak perubahan yang berlaku dalam hidup nik. Secara fikikal atau mental. Salah satu yang nik nak highlight kat entry ni adalah pasal pengalaman naik kapal terbang.. Bagi mereka yang memang dah biasa naik tu, okeylah kan. Tapi bagi nik yang first time ni, satu pengalaman baru jugaklah,.hehehe. 

 

Masa mula-mula nak mai sabah dulu, perghhh. perasaan tu tak tahu nak gambarkan macam mana. 

 

Yap ! 

 

Nik mai sorang-sorang je. First time mai sabah, first time naik kapal.. Memang kekok dan takut sangat. Tapi, nik dah buat keptusan, dan nik kena teruskan. Rasa takut nak naik flight tu memang teramatlah tak boleh nak dibayangkan! Uolls semua pun mungkin takleh bayang tau. Macam-macam nik fikir sebelum naik flight tu. Takut jatuh la. terhempas la. takut kapal terbang tu tak naik la. ishh,, banyak lagi lah._^_^ Dengan beg besar gedabak nik bawak. Macam dah tak nak balik dah kalau tengok saiz beg tu! 

 

Tapi sekarang, Allahmdulillah. Dah banyak kali naik, perasaan takut tu dah semakin hilang. setahun nik kat sini, dah banyak kali jugaklah nik balik. ehhehe. So, nik nak kongsi dengan korang semua yang mungkin one day akan alami situasi sama macam nik. hehehe. Mungkin perkongsian ni berguna  :)

 

Pilih Tempat Duduk

 

Untuk memilih tempat duduk, uolls kena buat tempahan awal. Serakarang ni rata-rata buat tempahan online.  Cepat dan senang! Namun, bagi yang mudah rasa cemas masa kapal terbang tu nak berlepas atau mendarat, dicadangkan uolls pilih tempat duduk di barisan hadapan Ini kerana turbulance/goyangan kencang yang berlaku semasa take off/landing normalnya lebih tertumpu di bahagian belakang kabin pesawat.. Yang ni memang nik rasa sendiri. Kalau duduk kat belakang-belakang tu, rasa bergegar sangat. Kat depan okey sikit! 

Sampai awal di lapangan terbang

 

Sebolehnya kena datang ke lapangan terbang lebih awal dari jadual penerbangan ye. Kalau terlambat, confirm uolls akan rasa cemas dan gabra. Pastu mulalah terketar-ketar. Rasa cemas ini sememangnya tidak akan membantu sebaliknya menjadikan anda lebih teruk! Bayangkan apabila jantung berdengup kencang, ia akan menyikarkan keadaan kita untuk relaks ketika di dalam kapal terbang. Paling tidak, cubalah untuk sampai sejam sebelum berlepas.

Elak minum kopi atau minuman berkafein

 

Minuman berkafein seperti kopi, teh dan minuman tenaga boleh membuatkan minda menjadi lebih ‘hyper’ dan buat kita lebih gelisah masa tengah. Antara minuman yang dicadangkan adalah air masak atau jus buah-buahan.

Mendengar muzik yang menenangkan.

 

Muzik instrumental atau lagu kegemaran boleh menjadi peneman di kala berada di dalam kapal terbang. Muzik yang lembut juga bakal memberikan anda ketenangan sekali gus menjadikan anda lebih relaks. Tapi kita sebagai orang Islam, lebih baik amalkan ayat suci al quran. Sebelum melangkah naik, baca bismillah hitawakal tua'allah. Insyaallah Allah akan jaga kita. Lepas tu boleh juga baca ayat-ayat lain. Pernah ada penumpang di belakang nik, nik dengar dia baca yassin sepanjang perjalanan. Mungkin dia memang takut sangat. Yelah, sejak kebelakangan ni, banyak nahas melibatkan kapal terbang.Banyak kali dia ulang. Kita yang dengar ni pun turut terikut. Baguskan?


Tarik nafas dalam-dalam..
Bila terasa cuak, gugup atau nervous mulakan dengan menutup mata then tarik nafas dalam-dalam secara perlahan,kemudian hembus. Buat secara berulangkali pun takpe. Nik selalunya before kapal betul-betul nak naik, memang nik buat. Boleh hilangkan gemuruh.

Beritahu Pegawai penerbangan

 

Beritahu pramugara/pramugari bertugas jika mengalaman masalah ‘takut’. Yang pasti, jangan rasa malu kerana rasa takut dan cemas bukan kita je yang macam tu. Kebanyakan penumpang lain pun macam kita jugak. Kalau yang pandai atasi tu okeylahkan? Kalau yang kita ni, nafas pun dah lain macam, baik bagitahu flight attendent cepat-cepat. Mereka biasanya ada cara tersendiri untuk menenangkan penumpang. ;)



Bagi yang akan fly nanti, semoga selamat sampai ke destinasi!

p/s : nik rasa ada banyak typo. hehe. rasa malas pulak nak cek. abaikan ye :)


Rabu, 6 Ogos 2014

Misi mencari tudung !


ASSALAMUALAIKUM...


Nik tengah mencari sesiapa yang menjual tudung labuh bidang 60 secara borong, and semestinya dengan harga yang berpatutan la. Tak kisah tudung jenis apa, yang penting bidang 60. Sesiapa yang ada kenalan atau menjual tudung ni dengan harga borong boleh pm nik yea.. atau wasap kat number 0198301196.

Jenis tudung labuh yang nik cari ialah:
-tudung siang malam 
-tudung kanggaro
-tudungmesir
dan lain-lain.

Isnin, 4 Ogos 2014

15 Sebab Kenapa Kahwin Muda Digalakkan

 ASSALAMUALAIKUM.

Pagi tadi nik ada terbaca satu artikel pasal kahwin muda. Opss.. Dedulu masa belajar kat matrik, nik dah tanam azam, berofe 21 y/o iolls mesfi kahwin. Gatai ! Tak tahulah kenapa kena berazam sampai gitu sekali. Huh.. but now i'm already 21 tahun 2 bulan dan beberapa hari. Hehehe. Takde maknanya nak kahwin before 21. Jodoh ni bukan boleh kita agak-agak kan. So, biar secara semula jadi dia datang. Macam tu jugak ajal. Sampai masa, tidak cepat tidak lambat, akan tiba jugak waktunya. 

Some parents tak berapa suka anak-anak mereka kahwin muda. Sebab? Macam-macam sebab la kita boleh tengok. Iya.. bukan parents sesaja tak bagi anak mereka kahwin awal.. they have their reasons coz they know verry well their son/daughter. Kita sebagai anak yang nak kahwin muda ni kena pandai2 lah menerangkan kebaikan dan sebab2 nak kahwin awal. Bagi nik, banyak pro and contras kahwin awal ni. Sebelum nak decide ape2, kena tengok, fikir and teliti dulu. Istikharah yang terbaik. Nik tergerak hati nak share dengan pembaca blog nik 15 sebab kenapa kahwin muda digalakkan. Maybe boleh jadi rujukan buat mereka2 yang berazam nak kahwin muda. ^_^

Credit gambar pada pemilik asal.

Kahwin awal ataupun kahwin muda merujuk kepada perkahwinan antara lelaki dan perempuan pada usia 18-24. Untuk memudahkan lagi, pasangan yang mendirikan rumahtangga ketika mereka masih lagi belajar. Kahwin awal ini kembali menjadi perbualan di mulut para remaja mahupun ibubapa.

Dahulunya method ini adalah perkara biasa kepada datuk atau nenek kita. Tapi zaman globalisasi ini, berapa ramai yang berani menyahut seruan ini?

Mengapa harus takut dan ditangguh-tangguh niat murni anda? Jika dipertimbangkan hal ini, kahwin awal memang banyak manfaat dan kebaikannya :


1. Sudah ada yang berkenan di hati.

Untuk pengetahuan abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang berjaya menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah jatuh hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya,mempunyai ciri-ciri isteri dan anak yang soleh,rajin,seorang yang bijak dan yang paling penting dia sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga seorang ibu yang hebat! Orangnya sudah ada, kenapa perlu ditangguhkan lagi kan?


2.Ingin menjaga mata,hati dan kemaluan

Mama dan abah yang dikasihi, memang perkahwinan ini bukan satu ruang untuk memuaskan nafsu semata. Namun kita perlu terima hakikat penciptaan manusia itu sendiri,kita diciptakan bersama dengan nafsu. Setinggi mana iman saya pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan diri dari zina mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan depan belakang saya sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih baik jika pernikahan ini dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan saya lebih terjaga dari fitnah-fitnah ini?


3.Mencari ketenangan

Apa perasaan mama dan abah bila mula-mula kahwin dulu? Mesti mama dan abah rasa sangat-sangat tenang kan? Bila dah ada orang tersayang kat sisi,jiwa sangat-sangat tenang. Ni bukan saya reka cerita. Ni dalam quran pun ada sebut.

“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang.” (Surah Ar-Rum; Ayat: 21)

Ketenangan ini yang saya perlukan. Ketenangan dalam jiwa,ketenangan bila ingin beribadah dan juga ketengan dalam menuntut ilmu. Susah tau nak fokus dalam pelajaran bila jiwa meronta-ronta.:)


4.Teman dalam pelajaran

Abah dan mama risau pelajaran saya akan terganggu bila saya kahwin awal ye? Siapa cakap terganggu? Saya akan lebih bersemangat. Kahwin ini bukan matlamat hidup saya. Kahwin ini untuk melancarkan lagi perjalan saya menuju matlamat hidup saya yang utama. Isteri saya nanti boleh bersama saya,memberi sokongan. Kami boleh berlawan-lawan dalam mendapat keputusan yang lebih baik. Bukankah ini satu persaingan yang sihat? Dengan pasangan yang halal pulak tu kan?:)


5.Teman dalam kehidupan

Ini mungkin perasaan peribadi dari diri saya sendiri. Setiap manusia inginkan pasangan,ini fitrah. Mungkin naluri ini kelihatan terlalu awal menggelegak dalam diri saya ini namun kita tidak boleh bunuhnya begitu sahaja. Saya merupakan anak bongsu. Adik beradik saya semua sudah berkahwin. Secara jujurnya,sekarang saya selalu rasa sangat sunyi. Bila datang masa saya jatuh sakit, Ya Allahh..terasa sangat memerlukan seseorang berada disisi. Mama,dulu mama boleh menjadi peneman setia saya. Namun sekrang saya sudah berada sangat jauh dari mama. Saya perlukan seorang teman. Teman yang mampu mengambil tugas seorang ibu.


6.Teman dalam perjuangan

Kehidupan ini merupakan satu perjalanan menuju satu destinasi yang abadi. Ujian dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini. Saya boleh dan mampu menempuh semua ini seorang diri. Namun ada kalanya saat saya jatuh tersungkur,sedikit payah untuk saya bangun semula. Alanglah indahnya ada seorang insan yang menjadi teman setia dalam perjalanan ini. Lebih kuat dan teguh saya dalam perjalanan ini. Lebih laju dan berkualiti setiap masa kami. Saya dalam kesedihan,dia boleh menjadi pengubat duka. Saya sedikit terlari dari landasan,dia boleh kejutkan saya dan sama-sama mendirikan solat tahjud di malam hari. Kami tidak mahu menjadi manusia biasa,kami ingin menjadi pejuang agama,bangsa dan negara!


7.Hilang fokus

Mama dan abah yang amat saya cintai,masih kalian bersama saya?Mari kita teruskan. Saya ada cita-cita yang sangat besar. Saya bukan seorang budak univeriti yang tidak beragenda. Habis belajar,kahwin,dapat anak,sambung belajar sampai phd,pergi kuliah-kuliah agama,beli harta banyak-banyak sebagai aset dan seterusnya sehingga ajal menjemput. Saya bukan berfikiran tipikal rakyat sebegitu. Saya ingin membina ummah. Dan perjalanan ini sangat payah dan panjang. Namun buat ketika ini,hampir 50 peratus fokus saya telah hilang. Kerana gangguan perasaan dan faktor lain. Saya amat risau saya gagal sampai ke desitnasi. Saya memerlukan fokus itu kembali!


8.Remaja lebih produktif

Produktif ini bukan sahaja merujuk kepada zuriat hasil dari perkahwinan ini. Saya ingin buang jauh-jauh slogan sebegini “Rileks laaa..Muda lagi untuk kahwin. Enjoy dulu. Nanti menyesal baru tau.”. Slogan ini tidak ada dalam kamus hidup saya. Enjoy dulu? Saya takut tempoh enjoy ini saya sia-siakan dengan perkara yang langsung tidak memberi faedah kepada diri saya dan juga ummah keseluruhan. Tidak merasa rugi ke? Lagi saya takut jika dalam tempoh ini saya terus terjatuh kedalam arus maksiat. Nauzubillah! Bila saya berkahwin pasa usia yang muda, ruang untuk melakukan perkara-perkara “enjoy” sedikit sebanyak sudah tertutup. Saya selamat. Saya boleh fokus untuk terus berjuang dan berjalan berlari menuju matlamat yang hakiki itu.Saya takut saya mati dalam tempoh “enjoy” itu. Apa saya dapat? T_T


9.Menjadi lebih bertanggungjwab

Semoga dengan perkahwinan pada usia muda ini menjadikan saya seorang yang lebih bertanggungjwab dan matang. Sekarang ini pun saya sedang berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab. Mama dan abah taknak ke seorang anak yang matang dan bertanggungjwab? Atau nak seorang remaja biasa yang pada umur sekitar saya ini yang masih keluar lepak malam tanpa arah tuju dan agenda? Lepak di kedai mamak sehingga lewat malam semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak. Mesti tidak berkenan dengan jenis sebegini kan? Dengan sifat tanggungjawab ini, tidak sanggup saya bermudah-mudah dalam pelajaran saya. Ini masa depan saya. Insyaallah,tanggungjawab ini juga mampu menjadi pembakar obor semangat saya untuk berjaya dalam pelajaran dengan cemerlang.


10.Menjadi anak yang soleh

Saya ingin berkahwin awal ini pun bukan satu perkara seronok-seronok,hanya untuk memuaskan nafsu sahaja. Tapi ini juga salah satu kerangka dalam berubudiyyah kepada Allah. Salah satu jalan untuk saya lebih dekat dan taqarrub dengan Dia. Semoga segala cabaran yang mendatang ini menjadikan saya lebih dekat dengan Allah. Lebih beriman dan menjadi hamba yang taat. Bila Allah cakap saya perlu menjadi anak yang soleh dan taat kepada kedua ibu bapa, saya sebagai hamba Allah yang taat akan menyerahkan seluruh hidup untuk menjadi anak yang soleh. Mama dan abah mesti gembirakan bila dapat anak sebegini? Doakan saya menjadi anak yang soleh.


11. Fikiran lebih matang

Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau ber-facebook, dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.


12. Membaiki diri

Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah andai ada kelapangan masa.


13. Plan jangka panjang

Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan.
 

14. Seks yang lebih berkualiti

Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.


15. Rezeki bertambah

Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana kekurangan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang bisa ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya.


Wallahua’alam.

Dah baca kan? Ehhehe.. nanti nak bagitahu parents, senang la sikit.. ye dak. Tapi yang penting. Niat kita tu. Allah tahu. Dan kalau niat kita betul, Allah akan mudahkan jalan kita. ~_-

FATIHAH FAZLIN@templatesyard