Ogos 2020 - Fatihah Fazlin

Ahad, 9 Ogos 2020

Dua tahun pertama Anis Farhana

 Assalamualaikum.

Halahh. Dah lebih sebulan tak update apa-apa kat blog ni. Kemain malas nak buka blog sendiri.


12 Zulhijjah hari tu genap 2 tahun dah anak ibu, Anis Farhana. Penawar segala suka duka ibu. Kekuatan ibu. Jiwa dan raga ibu. Jantung hati ibu.Wujudnya anis dalam rahim ibu penghujung tahun 2017 dulu membawa 1001 perasaan bahagia sampai ibu sebak dan termenangis >_<. Masa tu ibu terlalu gembira dik! Tak terucap dengan kata-kata sebab ibu memang menanti kehadiran awak. Alhamdulillah Anis membesar dengan sihat dan cerdas. 

Sebab ibu terlalu excited anis masuk 2 tahun, ibu buatlah hiasan belon-belon sikit.
papa - anis - ibu
cik ling anis order kek frozen.



buat muka kiut sikittt

Anis Farhana seorang anak yang senang nak jaga. Dari merah sampailah sekarang ni, sekali je dia sakit, demam. Tak meragam teruk teruk. Sekarang dah pandai. Ibu suruh ambik itu ini terus dia jawab, 'okey ibuuu'. Seronok ibu dengar.


Ibu sempat sambut birthday anis raya haji baru baru ni. Seronok dia dapat kek cikling sponsor. Jauh tempah kek sampai ke Tanah Merah, nasib baik sedap. Anis pulak memang suka sangat sangat makan kek.


Kalau ikutkan tahun masihi, birthday anis jatuh pada 24 Ogos. Ibu sambut ikut tahun hijrahlah senang. Nak ingat pun senang, hati raya haji ke tiga. Hihihi. 


Semoga anis farhana membesar dengan sihat ye. Jadi anak yang mendengar kata, yang solehah, yang menyenangkan hati semua orang, yang baik dan tinggi akhlak dan budi pekerti. Amin.


Kawan-kawan ibu doakan anis ye.. Terima kasih. 

FATIHAH FAZLIN@templatesyard