siApa kita??malukah kita untuk menangis?? - Fatihah Fazlin

Selasa, 2 Oktober 2012

siApa kita??malukah kita untuk menangis??


:) peace!
                
       Peace!! Assalamualaikum sume . .Allahuakbar..tiba masa kita diuji..perlukah kita menangis bila ujian Allah datang kepada kita?layakkah kita digelar kuat andai tidak terembes sikit pom air mata saat hati terkesan dengan cubaan dariNya?

        Orang yang keras hatinya, akan sulit menangis apabila dibacakan ayat-ayat Allah. Bahkan ketika datang teguran dari Allah sekalipun, dia akan tertawa atau malah berpaling dari kebenaran. Sehebat manapun bentuk penghormatan seorang tokoh munafik Abdullah bin Ubay bin Salul kepada Rasulullah Saw, sedikit pun tidak berpengaruh pada hatinya. Dia tidak peduli ketika Allah Swt mengecam keadaan mereka di akhirat nanti, 


      “Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan neraka yang paling bawah. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapatkan seorang penolongpun bagi mereka”. (QS. An Nisa’: 145)




  ...AIR MATA YG JATUH KERANA ALLAH TIADA NILAINYA...



       Barangkali di antara kita yang belum pernah menangis, maka menangislah disaat membaca Al Qur’an, menangislah ketika berdoa di sepertiga malam terakhir, menangislah kerana melihat keadaan umat yang hancur, atau tangisilah dirimu kerana tidak dapat menangis ketika mendengar ayat-ayat Allah. Semoga dapat melembutkan hati kita. Ingatlah hari ketika manusia banyak menangis dan sedikit tertawa kerana dosa-dosa yang dibuatnya selama di dunia. 


      “Maka mereka sedikit tertawa dan banyak menangis, sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan”. (QS At Taubah: 82). 

      Jadi apa salahnya menangis, sahabat hati?~~~tak salah kita menangis.:)setelah tangisan tu reda,InsyaALLAH...hati kita akan sedikit tenang...


                         :) :) :)

                                                       

1 ulasan:

  1. menangislah kerana Allah, kerana air mata itu bisa memadamkan api naraka...............

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard