Pantai Penarik Setiu, Terengganu - Fatihah Fazlin

Rabu, 28 Ogos 2019

Pantai Penarik Setiu, Terengganu


Hiks.


Anis dengan ibu naik buai ala-ala kat Phuket nun. Nanti ajak papa pergi Phuket ye dik. Muhahahaha

Dah duduk Terengganu ni rugilah kan kalau nak jalan jalan ambik angin petamg kat pantai. Dua minggu lepas suami bawak pergi Pantai Penarik, Setiu. Dekat je dengan rumah. Harap harap lepas ni boleh la ke pantai dua tiga minggu sekali , sebab nik memang suka pantai.






Orang kata kat Penarik ni pantainya jarang orang mandi. Tak tahulah. Tapi masa nik pergi hari tu memang tak de orang mandi. Tak pasti sebab hari dah petang sangat atau memang orang tak mandi. Sebab ramai je yang ada kat gigi pantai masa tu. 

Hmm. Dapat hirup udara pantai/laut ni, lain je rasa. Tambah pulak dah bertahun tak jejak kaki ke pantai. Fuhhh. Seronok wa cakap lu ! Hahaha.

Tak nak selfie dengan ibuuuuuuu

Kat tepi tepi Pantai Penarik ni banyak je kedai makan sotong celup tepung, udang  celup tepung, apa apalah makanlan laut yang ada, semua celup tepung ada. Korang just sediakan mulut dan duit je. Berderet kedai tinggal pilih je.


Haa. Yang tak pernah sampai kat Pantai Penarik ni, moh ler.

2 ulasan:

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard