Assalamualaikum.
End of February hari tu sempat nik bawak anak-anak ke Zoo Kemaman. Kisahnya boleh sampai ke Kemaman ni sebab nik berkursus kat sana dua hari. So hari last kursus tu boleh balik awal. Mula plan nak menapak ke Mesra Mall sebab kitaorang tak pernah ke sana. Nak kenal la kan.. Tapi fikir-fikir kalau nak balik semula ke KT macam jauh nak kena patah balik. So, pergi Zoo jelah. Lagi pun anak-anak seumur hidup dorang tak pernah pergi zoo. Mak bapaknya tak pernah bawak hahaha..
Ticket price:
DEWASA: RM15
KANAK-KANAK: RM 10
4 YEARS AND BELLOW, FREE.
So, untuk tiket sahaja hangus RM 40. Tapi nik rasa agak okeylah sebab anak-anak dapat pengalaman tengok binatang depan mata sendiri. Selama ni tengok dalam buku dan kat tv je. Si kakak tu dapat tengok Seladang punyalah excited.
Dalam zoo pun ada buggy disediakan. Nak masuk tu kita boleh pilih nak naik buggy ke nak jalan kaki. Of course kami naik buggy kan. Angkut stroller naik buggy. Hahaha. Sebab pergi pukul 2ptg so masa tu agak panas lagi. Plan asal nak jalan je, tapi macam tak yakin nak berjalan panas-panas.
makan dulu sebelum sambung tengok haiwan lain. Luas lagi area yang tak explore! |
Buaya di mana-mana ya tuan puan. HAHAHAHA |
Bergambar kenangan sebab tak tahu bila lagi akan sampai sini. Maaf juga sebab nik letak gambar caca merba tak ikut flow sebab malas nak susun wehhh.. |
Petugas tu turunkan kami kat tempat tumpuan,so dari situ kita jalan-jalan sendiri tengok binatang apa yang ada. Kami sempat tengok gajah, harimau, seladang, kambing gurun, burung burung, rusa dan banyak lagi lah. Cuma agak sedih sebab ada di satu area tu macam tak terjaga dah. Rumput panjang tak potong dan ada binaan pun mcam tak dijaga dan dah rosak.
Tips bawak anak-anak berjalan gini, snack kena bawa secukupnya. Air masak pun wajib. Si kakak jalan sikit cakap lapar. Maka ibu keluarkan je roti dan bermacam makanan yang ibu bawa. Zoo kemaman ni best sebab dia tak berbukit, mendatar je, tak macam mini zoo Kuala Krai kena panjat bukit. So budak-budak berlari pun macam tak risau sangat. Kita pun takdelah penat mendaki.
Dalam area zoo ni ada je kedai makan. Tapi pilihan limited dan harga pun biasalah kan. Tapi kami tetap singgah makanlah sebab suami pun lapar >'< Kebetulan menu yang ada masa kitaorang pergi tu hanya mee kari. Telan jelah mee kari dia hahahaha. Setiap hari menu berlainan dan hanya satu menu satu hari.
Dan sebenarnya kat zoo ni juga ada taman rekreasi. Nik tak tahu pun, cuma bila dah sampai tu merata signborad tulis "mini zoo dan taman rekreasi kemaman". Dah masuk dalam tengok memang ada kolam apa semualah. Sesuai untuk aktiviti air anak-anak. Cuma on that day nik tak buat aktiviti airlah sebab tak bawak baju yang sesuai.
Kemudahan basic yang lain pun ada. Surau, tandas dan playground ada disediakan juga kat Zoo Kemaman ni. Bolehlah korang bawak anak-anak jalan ke sini nanti. Mesti dorang suka.
Menarik! Jemput singgah & follow blog saya https://www.randomlymina.xyz/
BalasPadamMenarik juga zoo di sana. Teringin juga nk jejak kaki ke tranung.
BalasPadam