PRU 13..Rasa Lain Macam... - Fatihah Fazlin

Isnin, 29 April 2013

PRU 13..Rasa Lain Macam...

Assalamualaikum..:)
Salam senyum seindah suasana..

Sedar tak sedar, beberapa hari lagi PRU 13 akan berlangsung..walaupun diri masih lagi tak layak mengundi tapi semangat untuk memangkah tetap berkobar-kobar.. Tak tahu kenepa, tapi PRU kali ni lain macam, kelainannya jelas terasa. Masa balik kampung cuti hari tu, penuh hijau biru kiri kanan.. tapi sayang, nick tak sempat menghadiri perarakan selawat beramai-ramai masa hari penamaan calon hari tu..rugi kan? Sumbangan?? huhu... buat masa sekarang masih tak mampu nak beri kecuali share apa sahaja yang berkaitan di facebook.Moga ianya bermanfaat..Yang penting nick sentiasa doakan moga-moga hanya yang layak dapat memerintah negara seterusnya membawa Malaysia ke arah yang lebih baik dari segala aspek.



Yang PALING penting lagi, calon-calon yang diamanahkan rakyat dapat melaksanakan tugas sehabis baik. Mereka bukan sahaja bertanding untuk menang, tapi di sebalik itu, ada tanggungjawab besar yang digalas..hehe..kalau tengok, bersemangat sungguh seluruh warga Malaysia sempena PRU ni kan!! tapi apa pun 5 MEI 2013 in shaa allah akan terlakar sejarah baru..xoxo

Bagi yang di perantauan, moga anda semua dapat pulang menjalankan tanggungjawab anda..Mengundi adalah satu kewajipan..Ini amat penting untuk kita memilih pemimpin..so, harap yang stay di perantauan dapat balik la ye..hehe :P  bukan apa, satu undi anda amat berharga.. ia menjadi penentu masa depan negara! nick yang tak boleh mengundi lagi pun akan balik kampung! hehe.. bukan apa, nak memeriahkan suasana dan memberi sokongan padu...PRU 13..moga rasa lain macam nick ni adalah sesuatu yang baik..amin...


Sekian!
Ini kalilah!

4 ulasan:

  1. jom komen link blog korang dkt entry ni .. sya nak blogwalking

    http://elsaulfahdotnet.blogspot.com/2013/04/blogging-contest-by-tumtumshop.html

    BalasPadam
  2. saya juga bersemangat,,,,saya pun xsabar juga nak balik mengundi...

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard