Bila Nak Keluar Rumah.. - Fatihah Fazlin

Khamis, 4 April 2013

Bila Nak Keluar Rumah..


Assalamualaikum..
:)
Salam senyum buat semua.. Hari ni nick nak bekongsi sesuatu..sebagai iktibar, pedoman dan panduan kita semua para wanita dan gadis yang darjatnya dipandang tinggi oleh Allah S.W.T. Jom kita kenal pasti adab-adab yang dituntut syarak ketika nak keluar rumah. In shaa Allah dapat memelihara diri dari perlakuan tidak baik diri sendiri atau orang lain..


1. Memakai hijab syar'i yang menutup aurat.

Allah berfirman:

ياأيها النبي قل لأزواجك وبناتك ونساء المؤمنين يدنين عليهن من جلابيبهن ذلك أدنى أن يعرفن فلا يؤذين

"Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu dan anak-anak perempuanmu serta wanita-wanitanya kaum mukminin: Hendaklah mereka menghulurkan jilbab-jilbab mereka di atas tubuh mereka. Yang demikian itu lebih pantas bagi mereka untuk dikenali (sebagai wanita merdeka dan wanita baik-baik) sehingga mereka tidak diganggu "(Al Ahzab: 59)

2. Jangan memakai wangi-wangian.

Dilarang memakai wangian ketika keluar rumah. Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

أيما امرأة أصابت بخورا فلا تشهد معنا العشاء الآخرة

"Wanita mana saja yang memakai wangian, maka janganlah dia menghadiri solat Isya 'bersama kami" (HR. Muslim 444).

Dari Abu Musa Al Asy'ary bahwanya ia berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

أيما امرأة استعطرت فمرت على قوم ليجدوا من ريحها فهي زانية

"Seorang perempuan yang mengenakan wangian lalu melewati sekumpulan laki-laki agar mereka mencium bau harum yang dia pakai maka perempuan tersebut adalah seorang wanita penzina" (HR. An Nasa'i, Abu Daud, Tirmidzi dan Ahmad. Dishahihkan Syaikh Al Albani dalam Shahihul Jami '323)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam juga bersabda:

كل عين زانية. والمرأة إذا استعطرت فمرت بالمجلس فهي كذا وكذا

"Setiap mata itu berzina. Bila seorang wanita memakai wangian kemudian ia melewati kumpulan laki-laki laki-laki (yang bukan mahramnya) maka wanita itu begini dan begitu. "(HR. Tirmidzi 2937. Dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih Sunan At-Tirmidzi 2237)

أيما امرأة استعطرت فمرت بقوم ليجدوا ريحها فهي زانية

"Wanita mana saja yang memakai wangi-wangian, kemudian ia melewati satu kaum agar mereka mencium wanginya, maka wanita itu penzina." (HR Ahmad 4/414, dihasankan oleh Syaikh Muqbil dalam Al-Jami'us Shahih 4/311)

3. Berjalan dengan sopan

Ketika berjalan, tidak dengan melaga-lagakan sandal / kasut dengan sengaja dan jangan pula menghentak-hentakkan kaki agar terdengar suara gelang kaki, kerana Allah Ta'ala berfirman:

ولا يضربن بأرجلهن ليعلم ما يخفين من زينتهن

"Dan janganlah mereka (para wanita) menghentakkan kaki-kaki mereka ketika berjalan agar diketahui apa yang disembunyikan daripada perhiasan mereka." (An-Nur: 31)

Jangan pula engkau berlenggak lenggok ketika berjalan sehingga mengundang pandangan lelaki kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam telah mengkhabarkan:

المرأة عورة فإذا خرجت استشرفها الشيطان

"Wanita itu aurat, maka apabila ia keluar rumah syaitan menyambutnya." (HR. Tirmidzi 1183, dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Irwaul Ghalil 273)

4. Hendaklah keluar rumah dengan izin suami.

 Bagi yang dah berkahwin, wanita harus minta izin kepada suami ketika keluar rumah, termasuk ketika pergi ke masjid. Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

إذا استأذنت امرأة أحدكم إلى المسجد فلا يمنعها

"Apabila isteri salah seorang daripada kamu minta izin ke masjid maka janganlah ia melarangnya." (HR. Bukhari 873 dan Muslim 442)

5. Jika pergi jauh harus bersama mahram.

Bila jarak perjalanan yang ditempuh adalah jarak safar maka wanita harus didampingi mahram kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

ولا تسافر المرأة إلا مع ذي محرم

"Tidak boleh seorang wanita safar kecuali bersama mahramnya." (HR. Muslim 1341)

6. Jaga pandangan dan merendahkan suara

Hendaklah pandangan mata, jangan mengarahkan pandangan ke kiri dan ke kanan kecuali bila ada keperluan, kerana Allah Ta'ala berfirman:

وقل للمؤمنات يغضضن من أبصارهن

"Dan katakanlah kepada wanita-wanita mukminat: Hendaklah mereka menundukkan pandangan-pandangan mereka ..." (An-Nur: 31)

Apabila berjalan bersama sesama wanita sementara di sana ada lelaki, hendaklah jangan bercakap yang mengundang fitnah. Demikianlah yang Allah Taala perintahkan dalam firman-Nya:

فلا تخضعن بالقول فيطمع الذي في قلبه مرض وقلن قولا معروفا

"Maka janganlah kamu melembut-lembutkan suara ketika berbicara sehingga berkeinginan jeleklah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik." (Al Ahzab: 32)


Sungguh kemuliaan akan diraih bila sentiasa berpegang dengan adab-adab yang diajarkan agama Islam. Sebaliknya kehinaan akan terjadi apabila ajaran agama telah jauh ditinggalkan.Semoga apa yang nick kongsikankan dapat di amalkan dan disampaikan In shaa Allah. Semoga nick juga mampu  ikut apa yang nick kongsikan nick. Nick sendiri masih jauh dari semua ni,moga Allah tetepkan jiwa rapuh ni untuk mengikut syariatnya,,Terkadang, ada masa terbabas..:(

6 ulasan:

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard