Julai 2014 - Fatihah Fazlin

Rabu, 23 Julai 2014

Geram !




Assalamualaikum..
 Night duty again! Ada baki sejam setengah lagi sebelum jam 7. huh! Mengantuk yang teramat. Nasiblah patient pun tak ramai.. kalau tak mengantuk plus penat. lagilah teruk. Alang-alang tak de patient nik ambil masa sekejap. Tengok tiket. Buka web Malaysia Airlines, agak mahal. Malindo, okey la jugak. Air Asia paling murah. dalam MYR417. Okey tak okey terpaksa beli jugak kan. Takkan nak naik kapal laut pergi Penang! haha

Nak pergi mana? Pergi Penang cik oii. Kita orientasi untuk Program Pengajian Jarak Jauh(PJJ) kat nun utara sana. 11 haribulan 8 ni start orientasi. KAT SINI nik ada cerita pasal tawaran PJJ. So, nak beli tiket awal sehari. Cuti pun dah siap apply. Tapi ada yang bikin nik geram pagi ni. Hadoiii... -_- nak beli tiket Air Asia, tapi bila dah sampai masa nak bayar, TAC number tak sampai-sampai. Penat nik tunggu, Penat nik ulang buat benda yang sama. Tak kunjung tiba TAC number tu! aishhh.. dah la mengantuk  ni. 

Dekat sejam jugak ni buat benda ni. Tak dapat jugak TAC tu. Naik geram nik. Puncanya nik sendiri tak tahu. Samaada Maybank2u atau Celcom. Alamatnya tak beli lagi la tiket hari ni. humm.. Tahu-tahulah tiket ni makin lama makin mahal. huhuhu.. Kena try lagi lepas ni. Kalau tak menjadi jugak, terpaksa minta kawan tolong, guna e-banking dia. :(

Btw, hari ni dah 25 Ramadhan kan? Tak lama lagi dah masuk Syawal. Harap kita boleh jumpa dengan Ramdhan tahun depan.  Amin..


MEH FOLLOW TWITTER @fatihahfazlin 
DAN
 INSTAGRAM @fatihahfazlin333
DAN
LIKE FACEBOOK PAGE fatihahfazlin


Selasa, 22 Julai 2014

Puteri.. Dia Suami Nur ! (PART 5)



Usai mengemas meja makan, aku dapatkan Zara di ruang tamu. Masih bertudung lagi dia. Elok menjaga auratnya di depan abang ipar. Aku halakan segelas air kosong untuk dia makan ubat. Dahinya aku sentuh. Sudah kurang panas. Alhamdulillah.
"Kak gaduh dengan abang Megat eh?" Soal Zara tiba-tiba. Dia yang sedang baring berselimut nipis memandng aku ibarat mahu aku jawab soalannya itu sepantas mungkin.
"Kalau namanya rumah tangga kan Zara, kalau tak bergaduh tu, tak normal tahu. Tengok cerita P. Ramlee kan? Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula akak dengan abang Megat awak tu"
Zara ketawa kecil.
"Dah makan ubat ni.. lepas tu boleh masuk bilik sembahyang Isyak dan terus tidur. Kalau nak apa-apa panggil akak"
Aku menyuakan gelas pada Zara. Alahai. Kesian pula adik aku ni.. pucat mukanya. Langsung tak bermaya. Tulah, belajar tak ingat dunia sampai lupa nak makan. Kalau aku dulu, huishhh... Selagi tak makan, selagi tu tak boleh nak belajar. Perut harus diisi bro!  Mana boleh buat kerja masa lapar. Tidak ketahuan nanti kerjanya!
Zara meneguk air sejurus ubat bulat sebesar kuku itu ditelannya. Aku pulak yang bekerut dahi. Pahit! Ni kalau aku yang sakit ni, sorry to say lah. I tak makan ubat-ubat ni. I lebih rela di cucuk. Hehehhehe..
"Abang Megat pesan tadi suruh bagi ni kat akak"  Zara mengeluarkan sebuah kotak kecil berwarna hitam. Aku senyum pahit sambil menyambut huluran Zara.
"Akak gaduh eh?"
Aku geleng kepala.  Kotak hitam itu aku letak di meja.
"Jom masuk bilik. Rehat!" Selimur zara aku rungkai. Badannya aku cuba bangunkan.
"Akak ni kan suka berahsia dengan Zara.  Ceritalah dengan Zara. Mana tahu zara boleh tolong"
"Awak tu demam Zara oii.. dah! Jangan cakap banyak. Jom!" Malas aku mahu layan Zara bertanya. 'Kurung dia dalam bilik lagi senang kerja.' Heehee. Demam pun masih nak korek rahsia orang. Ishhh..
"Sweet la Abang Megat ni. Tadikan, masa dia suruh bagi hadiah ni kat akak, dia pesan suruh cakap kat akak yang dia sayang akak sangat-sangat." Zara menyambung lagi. Bukan dia tak tahu Si Zara ni kamceng dengan suaminya.
"Yelah tu Zara.. Jangan-jangan awak saje nak mainkan akak."Aku cuba menduga. Mana tahu Zara sekadar mahu kenakan aku. Budak ni bukan boleh harap sangat. Masih ingat lagi dulu semasa aku mengajaknya temankan aku keluar membeli persiapan untuk berkahwin. Dia tinggalkan aku terkontang kanting degan Megat Zamani. Punyalah kekok aku masa tu. Mana taknya, sepanjang aku kenal dengan Megat Zamani tak pernah aku jumpa dengannya berdua. Malah berjumpa pun hanya dua kali secara tak sengaja dulu. Tup tup si dia masuk meminang. Aku istikharah seminggu dua, lepas tu macam jawapan pun positif, aku setuju sajalah. Mak ayah pun tak ada apa-apa halangan.Yeayyy! ! boleh kahwin sudah! 
"Betul kak.. Abang Megat yang suruh bagitahu. Jangan la gaduh-gaduh kak nanti Zara yang tak selesa tau."
Aku berkerut dahi. "Kenapa?"
"Yelah, akak dengan abang bergaduh, sorang utara sorang selatan. Zara tak tahu nak pergi mana. Nak borak dengan Abang Megat lama sikit takut akak merajuk dengan Zara pulak. Nak borak dengan akak, nanti kesian Abang Megat berbual sorang diri. Haissshhh..."
"Eh eh Zara ni. Macam tu pulak zara fikir ya."
"Zara cakap betul la."
Aku tersenyum. Takda maknanya aku nak merajuk dengan Zara kerana hal seremeh itu. Hahaha. Poyolah si Zara ni.

********************************************************

Aku buka kotak hitam yg di beri oleh Zara. Ada sekepjng kad di dalamnya. Dan ada sebuah pen berjenama !
'Nur sayang.. i'm really sorry for what happend thing morning. I lost my control. I'm really sorry ya sayang.  I love you ! I love you !'
Korang yang baca kisah aku ni jangan muntah hijau eh. Suami aku memang kalau tiba masa dia, romantik dia mampu buat orang naik menyampah. Tapi aku suka ! Hehehe. Payah tau nak dengar dia ucap I LOVE YOU. Heavennya rasa... Aku senyum kambing.
Sebelah kiri kad tu pula ada pesanan.
'Nur sayang.. Pen baru untuk Nur. Pen kilometrico Nur hilang kan? Ni abang ganti yang baru ya. ? Jangan marah abang ya?'
'Sooo sweet abang...' aku berkata-kata dalam hati.. Puji suami sendiri la pula. Eh eh.
Tiba-tiba pintu bilik di kuak. Macam biasa suami kesayangan aku tak pernah tak hensem. Sentiasa kacak! ! Aku buat muka biasa. Hadiah tadi aku simpan di meja lampu tidur.  Aku hargainya. Aku capai buku Sebarkan Bahagia tulisan Ustazah Fatimah Syarha dan baring di katil. Aku lihat suamiku memerhati setiap langkah dan pergerakan aku. Dah kenapa pula abang ni. Haishhh... Aku sebenarnya masih dalam mood tidak puas hati dan merajuk kerana di tengking siang tadi. Aku pura-pura khusyuk membaca. Dalam hati sudah memasang niat untuk tunggu dia menegur. Lepas tu, aku akan lupakan perang dingin tadi.
Dua minit menunggu dia masih senyap dan hanya memerhati. 3 minit... 4 minit... 5 minit... Air mata seolah-olah mahu keluar sudah. Penat jiwa bila terpaksa menahan rasa. Lantas aku katup buku tebal yang aku baca itu, dan masukkan badan dalam selimut. Lampu meja aku tutup.
"Nur tak nak maafkan abang?" Tiba-tiba Megat Zamani bersuara. Aiii.. boleh pulak buka mulut laki aku ni.. tadi bukan main membisu. Aku cuba beri senyuman. Tak baik bermasam muka dengan suami. Eh.. bukan tadi aku masam jugak ke? 'I'm sorry too abang'
"Tak marah dah. Tunggu abang tegur je" aku luah apa yg dirasa.
"Abang tension sikit dengan masalah kat office. Sorry ya sayang?"
"Okey no problem. Jom tidur." Ujarku ceria. It shuold be like that. Kalau aku simpan dalam hati, alamatnya kemanisan dalam rumahtangga tu hilang. Boleh saja aku lupakan moment pahit tadi asalkan suami tidak mengulanginya. Lagipun mana pernah dia melayanku begitu. Mungkin benar dia ada masalah di pejabat. Dan untuk apa aku menambah masalahnya. Walaupun jauh di sudut hati masih ada persoalan lain; biar sahaja dulu. Nanti-nanti pun aku boleh tanya.
Sang suami menarik tangan aku dan diletakkan di dadanya.
"Nur, Nur tahu kan abang sayang Nur. Pasal tadi tu abang sumpah abang tak sengaja. Abang mengaku salah, dan abang minta maaf ya sayang". Romantik kedengaran ! Ni yang buat aku melting ni Abang Megat oii..
"Abang.. Nur tak simpan dalam hati. Nur maafkan abang. Let forget about it okey." Aku beri senyuman paling manis. Semut pun tak tahan dengan kemanisan senyuman aku.! Over !
"Thanks sayang.. "
Megat Zamani menarik aku dekat dengannya. Dahi aku di cium lembut.
"Kita tidur awal, malam ni bangun ya. Kita solat sunat sama-sama. Dah lama tak bangun malam kan?"
Aku mengangguk. Bertuahnya diri.. Nyata, suamiku masih lagi menyayangiku macam biasa. Mungkin aku yang terlalu berdrama..hehehe.
"Kalau abang bangun dulu, kejutlah Nur." ujarku tersengih. Mungkin suamiku pun dah masak dengan perangai aku yang susah nak bangun tengah malam. 
"Tak de hal. Kicik punya hal tu sayang." 
Bahasa Bangla pulak ye suami aku guna. hihihi. Sejak bila belajar pun aku tak pasti. Begitulah perangai Megat Zamani. Gemar mengusik aku. Perangainya yang satu itu memang tak berubah sejak mula-mula aku kenal dia lagi. Tapi kadang-kadang takut juga aku dengan sifat mudah mesra dia tu. Kat luar sana macam-macam dugaan. Aku takut dia tak mampu menepis. Dia lelaki cukup lengkap berpekej. Aku yakin banyak mata yang memandang dia..

Dan setiap kali aku fikirkan hal itu, aku cuba lakukan yang terbaik untuk menjadi isterinya. Aku tak mahu kehilangan dia. Megat Zamani; sejak lafaz akad nikah dulu, dialah nyawa aku...

********************************************************* 

Bersambung...
Part 1, 2, 3 dan 4 sila lihat di sidebar. :)
Happy reading and sorry banyak typo. hehe

Kuih raya OH Kuih raya..
Assalamualaikum... Hai semua :)
Sebelum baca entry ni, tarik nafas dalam dalam.... _!!

Heee... Kurang seminggu lagi kita nak menyambut Syawal. Mesti masing-masing dah banyak buat persediaan kan? Bagus jugak bersiap awal-awal. Taklah terkejar-kejar nanti. Macam nik ni, duduk jauh dengan family, baju raya pun takdak lagi.. ingat mula-mula nak beli online, tapi cancel la sebab takut tak muat. Nanti sendu la pagi raya. Hehehe. Dah la tahun lepas tak de baju raya. Pulak tu raya kat perantauan sorang-sorang. Kental tak kental jiwa ambo ni. :D menitik jugak ayaq mata. !

Selain baju raya, biskut raya pun elemen penting jugak kan. Kalau tak, tak beraya manalah jugak. Tapi apa pun, bersederhanalah kita dalam apa jua hal. Elakkan membazir. Dalam kita berbelanja tu, asingkan seringgit dua bersedekah. Bukankah TANGAN YANG MEMBERI ITU LEBIH BAIK DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA?

Cerita pasal kuih/biskut raya ni.. nik lemah sikit. Kat rumah nik jarang buat kuih raya sendiri. Hehe. Mungkin sebab kekangan masa plus tak minat plus tak reti.. hahah. Tapi nik tetap ada kuih raya kegemaran yang memang tak boleh nak tolak tepi. ^_^  orang kata satu balang tu, sekelip mata je..


Biskut sarang semut !masa mula2 makan biskut ni nik tak tahu pun nama dia apa. Makan je. Tetiba... eh sedap pulak. Sejak tu, kalau g beraya, mesti nak pergi rumah yang ada biskut ni. ♡♡♡


Popia.. ni yang paling evergreen la. Sejak dulu sampai sekarang memang tak jemu. Mesti tiap2 rumah ada sediakan ni kan? Nik pun cadang nak buat jugak popia ni nanti. Buat popia yang ada inti dan popia nestum. Insyaallah...


Biskut batang buruk. Namanya tak begitu kormesial tapi rasanya ummmmph! Sedap like crazy bak hang! Nik suka. Eh. Macam semua adik beradik nik suka.  


Dahlia. Pernah nik tolong mak sedara nik buat biskut ni.. hangussss. Hehehehe. Dalam banyak-banyak biskut raya nik rasa bentuk biskut ni mesra alam dan menarik. Rasa dia pun gebu-gebu gitu. Tapi kalau orang yang macam nik buat, tak de maknanya u nak gebu-gebu..  biskut dahlia ni pun wajib ada time raya kan?


Waaa.. biskut kacang. Feveret forever and ever !!!!!!!  Yang ni nik pandai buat. Yelah.. biskut ni tiap2 tahun nik tolong mak su nik buat. Pastu dapatlah sebalang dua. Yeayy.. tapi sejak masuk matrik dulu, dah tak buat dah.. duk jauh kan. Biskut ni paling senang nak buat. Dan pastinya sedap..


Almond london. Adik nik kata biskut ni biskut orang kaya! Tak tahu kenapa. Tapi memang biskut ni agak mahal kan kalau beli. Yelah.. cara nak buat pun leceh.  Tapi kalau beli ni awal-awal, tak sempat hidang untuk raya. Pemakan2 kat rumah akan habiskan dulu. Dorang buat kudapan sambil main PS lepas berbuka. Ohhhhh.. Tapi serius, kacang dia yang kat dalam tu sedap! 

Haaa.. tulah antara kuih raya kegemaran nik. Hee. Ada lagi sebenarnya. Tapi kita bagi yang top list la. Hehehe.. ○_○  tu je kot nik nak mencoret pepagi ni.. ada masa ketemu lagi.
Assalamualaikum.


P/s: gambar dari google. Credit pada pemilik asal.

Isnin, 21 Julai 2014

25 Perkara Tentang Pemilik FatihahFazlin
Assalamualaikum ♡_♡

Selamat pagi semua ! Jom mulakan pagi kita dengan aura positif. Buang tepi yang negatif dulu. Narik nafas dalam-dalam. Ucap Alhamdulillah ! Alhamdulillah Allah masih beri ruang untuk kita menarik nafas di bumiNya.

Bagi sesiapa yang sudi, jom baca 27 benda tentang pemilik blog ni.. hehehehe..

◆Kakak yang paling di'geruni'. Adik-adik guek semua takut dengan guek. Kalau kat rumah, gueklah bos besar. Sorang ingkar, guek akan buat rumah kitaorang yang tak berapa besar tu bergegar... boleh bayang dak?

◇ The verry geli dengan cacing, ular, belut dan seangkatan dengan binatang-binatang ini. Serius, geli dan geli dan geli dan geli. Mintak jauhkan dari 3 beradik ni.. -_-

◆ Senang menangis. Okey ini mamang takleh elak.. Kena marah nangis. Kena tegur nangis. Kena gelak nangis. Kena abai nangis. Senang sangat nik nangis. Tapi nik tak akan sesekali menangis depan orang.. hehehe. Dalam selimut baru boleh nangis. Ataupun dalam tandas. Atau kat tempat tersorok takde orang. Awas eh.. Jangan marah nik. Atau nik akan menagis kuat-kuat ! ! *over**

◇ Gorila. Adik-adik kesayangan kak rumah ada macam -macam gelaran yang dorang bagi kat nik. Bun la. Keling la. Gorila la. Perhhh.. keling tu sebab nik tak berapa nak cerah. Baka abah la :) Bun tu singkatan kepada buncit. Buncit tu sebab nik gemuk. Sama la gorila pun. Dalam family, nik je yang lebih isi. Yang lain semua kurang zat !

◆ Writter. Cewah. Uolls doakan tau.! Nik suka menulis. Dan berimpian nak jadi seorang penulis novel. Tengok kat sidebar. Ada 2 novel nik tulis. Tapi tak siap2. Hehehe.

◇ Kegemaran nik, nik suka makan makanan yang pedas  kalau tak pedas, tak sedap. And kalau boleh biar ada belacan dan budu.. perghhhh.. yang ni tak dak lauk pon nasi seperiuk boleh habis.

◆ Setia. Nik rasalah ni. Bukan masuk bakul angkat sendiri ehhhh...

◇ Nik jugak penggemar warna biru muda.  Dah lama dah ni. Sejak sekolah menengah lagi. Heeee. Kalau dulu semua nak warna biru. Mug, berus kain, berus gigi, cadar,  baldi... semualah..

gambar hiasan. credit pada pemilik asal.

◆ Suka kunyah ais. Yang ni tabiat takleh buang setakat ni. Kalau ada ais depan mata nik akan kunyah sampai habis. Sedap je rasa bila ais dalam mulut.. sejuk! Tapi sengal jugak gigi kadang-kadang. ^_^

◇ Pandai masak. Oppss.. jangan salah paham.. nik memang pandai masak tapi masak air je. Ehhh.. sebenarnya, yang simple2 jela nik pandai. Kalau nak suruh buat gulai kawah tu i surrender okeyyy.. sama jugak kalau nak buat ikan masak 3 rasa. I tak reti lagi buat masa ni.. tapi kalau suruh goreng ikan atau ayam, i terror! :D

◆Kalau nak tahu jugak no paling teruk yang nik pernah dapat masa dalam kelas adalah no 12.  Nik tak suka! Kalau ingat balik macam nak menangis ooo.. tak pernah kita dapat no tuuuuu.. huaaaa..

◇ Tak pernah pakai beg harga RM70 keatas. Yang ni nyata benar. Beg/handbag nik paling mahal pon harga RM63. Hehehe.. bukan tak suka barang branded, tapi jimat. For me, beg tepi jalan 10 hengget pun boleh! Apadehal.

◆ Tak pernah berminat nak tengok Runningman. No komen.

◇ Ada mak yang super hebat. Dan abah yang super di sayangi oleh anaknyaa ni.

◆ Takut cabut gigi. Kalau kat sekolah dulu sampai terketar-ketar kalau misi datang. Masa kat matrik last cabut gigi. Tu pun terpaksa cabut, sebab tak tahan beberapa bulan sakit gigi yang teramat.! Allah je yang tahu.

◇ Suka pantai sebab pantai ni damai dan menenangkan.

◆ Selain pantai, suka tengok sunset. Ciptaan allah sungguh indah. Hari-hari boleh tengok matahari terbenam kan best. !!!

◇ Tak suka pakai jam tangan. Kalau pakai yang besi stainless steel tu gatal. Kalau yang kulit tak ori atau plastik berpeluh.. tak best.. so jalan penyelesaian, tak yah pakai. Tengok jam kat fon je.

 ◆ Tapi nik paling tak suka menunggu, atau ditunggu. Masa itu emas. Hehehe.. kalau lewat 5 minit tu boleh la dimaafkan.. :^_^

◆ Tegas. Walaupun mudah menangis, tapi nik rasa nik ni agak tegas jugak la. Kalau nik tak suka, then i will say no. Begitulah sebaliknya. So, hati perasaan nik takleh paksa-paksa. Kihkihkih

◇ Sirap limau ais adalah minuman kegemaran nik yang tak luput dek panas, tak lemau dek hujan.. betul ke peribahasa tu eh? Kalau salah betulkan ye . Dari dulu sampai sekarang, kalau makan kat luar, jarang la nik order benda lain.. SIRAP LIMAU je pilihan hati. Tapi kalau air sirap je, nik tak boleh minum.. rasa dia lain macam. Pelik kan?
juga ehsan google. Credit pada pemilik asal.

◆ Benda paling nik rasa nik tak patut buat ialah nik tak balik sekolah dengan sepupu sepapat masa sekolah dulu. Nak jadikan cerita, nik suruh dorang balik dulu sebab nik nak balik dengan abah nik. Sampai petang nik tunggu. Sampai menangis sorang diri kat kedai runcit dekat sekolah tu. Hehehe. Nasib baik ada sorang pakcij tukang rumah hantar nik sampai rumah. Dia tanya nik anak siapa. Kenapa nangis. .hehehhe.nik cerita la kat dia. Rupa-rupanya nik tak tahu hari tu abah balik lambat sebab pegi repair kereta. Dan memang sebelum2 tu pun nik balik dengan sepupu sepapat. Entah kenapa tiba2 hari tu nak tunggu abah.. ehehhe..

◇ Boros. Yang ni nik tak pandai nak elak. Tak tahu kenapa. Kalau keluar, nik akan habiskan semua duit dalam beg.. hadooii... sampai duit tinggal RM1. tapi nik cuba kawal dah sekarang ni. Menabung nak kawen... opsss !

◆ Disebabkan sikap boros, nik ada banyak resit pembelian.. Dan kebanyakkan resit tu nik masih simpan elok dalam kotak. Hehehehe.. kalau uolls rajin, jemput tambahkan semua barang2 yang nik beli ye.

◇ Orang kesayangan? Ada.. tapi takleh cerita sini. One day adalah muka dia bertepek sini.  Bila dah salam tok kadi. Ehemmmmmm...... :● )


Itulah serba sedikit pasal pemilik blog.. hehhehe. Banyak lagi sebenarnya. Tapi tak larat nak tulis.. tunggulah kita buat part 2 pulak ye... wiwiwiwi..

P/s : jom nyanyi lagu balik kampung ramai2.. Sabtu ni nak fly dah... hehhee

Ahad, 20 Julai 2014

Jati Diri Blog FatihahFazlin
ASSALAMUAIKUM ~!

Hehehe..
>dah kenapa nik? entry tak tulis lagi, dah sengih gitu?>\<
Orang tengah gumbira nak balik kampung beginilah awak.. dok sabar ase! ! Kalau tarikh 26 boleh dicepatkan, sekali hembus ambe cepatkan petang ni jadi 26. Fuhhh.. Gumbira-gumbira jugak, tapi hati tetap sayu, kenang saudara kita kat Gaza nun. Semoga Allah mempermudahkan kerja para Mujahidin. AL-fatihah untuk syuhada....Dan buat keluarga mangsa semua penumpang dan krew #MH17, salam takziah. Anggaplah ini ujian untuk kalian. Kita satu Malaysia, turut terkesan dengan peristiwa ni.

Okey.. kita balik ke main point. Apekah? Blog pun ada jati diri ke nik? Hehehe.. jawapan nik.. adalah kot ! Tapi mungkin bagi sesetengah blogger, jati diri blog adalah sesuatu yang penting. Sesuatu yang perlu seorang blogger wujudkan untuk blog masing-masing. Jati diri blog ni akan mencerminkan blog dan blogger tersebut. So, nik pun decide nak wujudkan jati diri jugak kat dalam blog suam-suam kuku yang tak berapa nak suam ni. Hehehhe. Tapi maklum sajalah, nik ni part time blogger. Time ada masa je nik akan bersama blog biru kesayangan ni. Kalau dulu tuntutan masa diperlukan untuk belajar, sekarang ni dah keroja, kenalah utamakan yang penting dulu.. yedakk? Lepas ni, nak sambung belajar pulak. Insyaallah ! Sebelum kawen ni, nak luang sebanyak masa mungkin kat blog. Yelah, bila dah ada bodyguard nanti, kita kena luang masa kat beliau pulak kan!! ^_^

P/s: jangan tanya bila nak kawen.. kita baru 21 tahun. Masak nasi belum lepas. Asam pedas lagilah! Tapi kalau jodoh sampai awal kita tak menolak.. gituuuuu.. •harap mak tak baca blog ni•》》》




Jauh menyimpang! Jati diri blog. Kalau uolls masuk blog nik, apa yang akan uolls bayangkan isi blog ni.. ? Serta pemiliknya sekali.? First fremost, mesti uolls akan fikir ooo. Mesti dia ni minat biru.. oo dia ni bukan minah pink.. ooo dia ni mesti hati lembut.. kan? Eh.. tak eh?  Blog ni memang akan selama-lamanya biru. Insyaallah. Kalau tak sedikit gelap, dia akan berubah jadi sedikit muda.. simple. And pemilik blog ni memang dari form 3 lagi duk minat biru. Dulu, baju raya tiap-tiap tahun warna biru. Sekarang je tak.. dah pandai berpesen.! Kuning campur hijau. Semua boleh.. ○_○  

Hati? 
Soal hati ni nik takdelah lembut sangat. Dalam family, nik manusia 0aling garang. Tapi still, dalam hati ada taman kekwa. Kalau uolls kenal nik, uolls akan tahu lah nik macam mana. Kejam ke. Baik hati ke. Hehehe. But please jangan kata nik sombong, nik cuma tak reti nak beramah mesra dengan orang yang nik tak berapa nak kenal@rapat. Heheh.. and im really sorry for that. 

Berbalik pada blog. Nik ni tak pandai nak edit blog bagai. So, kesimpulannya memang nik akan upah sesiapa yang nik berkenan. So far nik dah 3 kali tempah dengan blogger lain. Kalau korang kenal la.. Cik Yaya, Mirra Hussin dan Cik Mawar Khayalan. Untungkan dorang yang pandai edit mengedit ni.. boleh buat duit.! Nik pun nak belajar jugak nanti. ! Blog ni jugak dah dua tahun berdiri di persada maya. Ececece*__*  tapi jarang diketengahkan. Nik jarang buat promosi atau ape. Orang yang datang blog ni mungkin tersinggah. Nak kata menarik macam blog otai lain tu taklah. Tapi tetap ada kelainan. And gosip adalah dilarang keras sama sekali dalam blog ni.  

Start bulan 3 baru-baru ni, secara rasmi blog ni bertukar nama. Dari KISAH NICK ke FATIHAHFAZLIN.  Sesuai dengan urlnya. Hehhee. Atau kalau nak lebih kormesial lagi.. blog FF.. bukan blog HH ye.. FF ! ! Inspirasi nama FatihahFazlin ni nik gabungkan nama nik dan satu-satunya adik perempuan nik. Dan ada nik baca kat blog SIFU HH, beliau tulis tentang penjenamaan blog, facebook, twitter, instagram dan media sosial yang lain. serius baca entry tu nik terus terkesan. Masa tu jugak nik tukar nama twitter, facebook dan instagram. Eh. Hehehe. Harap uolls yang keluar masuk blog ni dapat terima dengan hati terbuka. Yang penting, bukan nik meniru sifu HH, tapi mengambil langkah dan saranan yang beliau tuliskan dalam entrynya. Nama FF tu sekadar kebetulan.  Sebab url blog nik memang dah azali www.fatihahfazlin333.blogspot.com. Cuma nik tukar nama blog sejajar dengan nama url. 
**apa yang nik merepek ni eh?*****agak-agak kalau FF dan Sifu HH bergabung, meletop dak?** 

Oh ya. One more.. blog ni ada novel tau! Jangan lupa baca. ada dua novel yang nik tengah berusah siapkan. KERANA CINTA KLON dan PUTERI.. DIA SUAMI NUR! Dan bagi yang sudi baca, anda digalakan komen.. komen anda amat digalakkan malah dihargai. :)

Oit.. sedar diri oit.! Hehehe.. tujelah kot nik nak cerita buat masa ni. Nak pegi beli makanan berbuka pulak.. till we meet again dears.  Assalamualaikum! 

P/s: baju raya tak beli lagi.




Jumaat, 18 Julai 2014

Menitik air mata.

Innalillah wainna ilaihiroji'un...
Dugaan Allah untuk kita Malaysia.
Kita doakan yang terbaik.
Speachless.


 Tidak ada musibah yang menimpa melainkan dengan izin Allah. [al-Taghabun 64:11]

Khamis, 17 Julai 2014

Segmen "Ainim Nak Bagi Kad Raya"
Assalamualaikum...

Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, Ainim pun nak juga beri kad raya kepada rakan blogger sekalian. Nak bagi kat semua, tak mampu la pula. Makanya, mereka yang nak terima kad raya daripada Ainim, sudi-sudikanlah join segmen ini ya. Manalah tahu, kalian diantara mereka yang bertuah tu.

Syarat pun simple je:
1. Klik follow blog AinimRashihahb.blogspot.com
2. Like fanpage Blog Ainim Rashihah dan Add Google+ Ainim Suju
3. Buat entri bertajuk : Segmen "Ainim Nak Bagi Kad Raya"
4. Copy coding yang telah disediakan dibawah dan paste ke dalam ruangan HTML dan publish
5. Tinggalkan URL penyertaan diruangan komen dibawah
6. Segmen akan berakhir pada hari Khamis 17.07.2014

Senarai nama pemenang akan diberitahu pada Khamis malam tu juga. So, kenalah selalu check blog ni ya. All the best semua. ^_^
Wordless Wednesday : APA KES?

 Apa kes nik tengah-tengah malam baru nak ber'wordless wednesday'? Orang dah nak masuk khamis dah pun nik oiii... :P

credit picture to the owner. 

Eh. eh. .apa kes? Berhubung dengan kes yang tengah dok viral sekarang ni. tapi oppss. Nik bukan nak cerita pasal tu, tapi nak beringatlah sesama kita, kat diri nik sendiri, kat pembaca blog ni.. sekarang zaman teknologi., macam-macam boleh terjadi. tingkah laku kita ni jadi perhatian. Yang baik, orang akan puji, tapi takut kalau yang buruk? Allah. Minta dijauhkan benda-benda macam ni jadi kat kita,


Rabu, 16 Julai 2014

KERANA CINTA KLON Bab 9
BAB 9
Hazriq memerhatikan gambar-gambar yang terpapar pada skrin laptopnya. Dia tersengih. Kemudian berkerut dahi. Tersengih lagi. 
      Angau! 
      Sah. 
     Lelaki ini angau! Dibelek satu persatu gambar yang sebanyak 247 keping yang diambil dari pagi hingga petang tadi. Sebenarnya, bukan semua gambar tersebut, dia yang ambil. Haniff dan Saiful yang banyak merakam momen indah untuknya. Masing-masing tak mahu hilang peluang bergambar antara satu sama lain. Pesta ko-kurikulum yang sememangnya berlangsung setahun sekali itu menjadi tradisi sekolah dan antara acara yang paling meriah disambut mereka. Pelbagai aktiviti diadakan. Dan kerana itulah, pelbagai rakaman dan gambar diambil sebagai kenangan.
           ‘Cepat sembuh Fazlia. Abang nak tengok Fazlia senyum macam dulu. Abang nak tengok mata awak yang bersinar.’ Tanpa sedar, Hazrig menaruh harapan setinggi-tingginya.
        Kerana senyuman dia jatuh cinta. Kerana sepasang mata yang bersinar jatungnya berdetak laju. Kerana cinta pandang pertama nadinya berdenyut tanpa arah tuju. Dia mahu percepatkan langkah. Dia mahu Fazlia halal buatnya.
***********************************************************************
         Dari bilik air, jelas kedegaran lagu nasyid yang dinyanyikan kumpulan UNIC. Fazlia cepat-cepat keluar. Kedengaran salam dari si pemanggil.
          “Waalaikumussalam. Kenapa abang?”
          “Tak suka abang call? Fazlia tak selesa?” Hazriq kuatir.
         “Bukan! Ish abang ni. Faz tanya aje.”Hazriq ketawa dihujung talian. Gelabah tapi cuba disembunyikan.
        “M.I.S.S. sebab tu abang call. Lagipun kalau nak harapkan Fazlia call abang, mati kebuluran dulu la jawabnya. Kat sekolah pun Fazlia layan tak layan je abang.”
Glurpp! Glurpp!
Dua kali menelan air liur. Cikgu Hazriq ni memang sengaja bikin panas. M.I.S.S tengah-tengah malam. Fazlia jadi malu sendiri. Baru sekejap tadi dia melakar perkataan rindu pada helaian kertas. Aduhai hati. Alahai jiwa!
“Fazlia. Dengar tak?”
Fazlia mengiakan soalan Hazriq. Termalu sendiri dia bila ditangkap mengelamun. Diawan-awangan segala rasa bila ungkapan rindu di buat oleh Cikgu Hazriq. Ucapan rindu yang dieja dalam bahasa inggeris itu menusuk jauh ke dalam hatinya. Terlakar sebuah perasaan yang indah. Cikgu Hazriq. Lelaki itu sungguh ‘sesuatu’. Ada aura yang berjaya menarik Fazlia untuk menerimanya. Selain mengembalikan kenangan bersama arwah sepupu, kehadiran cikgu itu juga buat dia lebih bersemangat.
“Abang nak cakap sesuatu ni. Fazlia nak abang cakap sekarang atau nanti kat sekolah?”
“Hmm.. alang-alang abang dah call, cakap la sekarang.” Dia tak sabar. Sesuatu yang pentingkah?
            “Tapi janji Fazlia terima dengan hati terbuka?”
            “Isyh. Cakap la dulu. Faz tak nak janji.” tekad!
        “Janji la dulu Fazlia. Kalau tak mahu janji abang tak mahu cakap sampai bila-bila.” Hazriq cuba mengugut. Dia sengaja. Hahaha. Seronok saja mengenakan gadis itu. Dia dapat bayangkan muka tak puas hati Fazlia. Dah dekat tiga bulan meraka kenal.
           “Tak nak cakap sudah.” Putus Fazlia.
           “Macam tu saja?” Hazriq pula yang geram. Terbalik.
          “Abang nak macam mana? Dia yang nak bagitahu kita tapi nak suruh janji-janji pula. Mengada-ngada. Benci la dengan abang ni. Suka sangat nak Faz berjanji. Eeei.. tak nak cakap biarlah. Bukan jadi masalah kat Faz pun.” Panjang bebelan Fazlia kali ni.
           Hazriq hanya menadah telinga. Dia macam sudah terbiasa dibebel oleh gadis itu. Kena marah tak usah cakap lah. Yang merajuk tak tentu pasal jangan dicerita. Semua ada. Dan, itulah yang dia gemar. Mengusik, mengusik dan mengusik. Dia akan lakukan apa sahaja yang boleh buat Fazlia senyum dan banyak bercakap. Bukan sekadar diam dan melayan perasaan dalam dunianya sendiri.
          “Fazlia. Awak tahu tak yang awak ni comel sangat masa marah?” Hazriq benar-benar maksudkannya.
        “Tahu. Sebab tu ada orang tu memang suka buat Faz marah. Kan?” ujar Fazlia geram. Dalam masa yang sama, tertanya-tanya juga dia apa yang mahu dibicarakan oleh Cikgu Hazriq. Hazriq dihujung talian pula ketawa kuat. Fazlia tak pernah mahu kalah. Dia berenti ketawa setelah Fazlia memarahinya dan mengugut mahu letak telefon begitu sahaja. Tak menyempat.
“Abang memang nak cakap something ni.” Hazriq kembali ke tujuan asal.
“Faz dengar.” Balas Fazlia pendek. Rasa ingin tahu membuak.
“Kita kahwin?”
“Jom! Bila? Sekarang?” haa..kalau Cikgu Hazriq boleh main-main dan bergurau, dia pun boleh. Rasakan! Hehehe..
“Okay. Abang bergurau je. Buat masa ni belum lagi. Tapi Fazlia kenalah bersedia, may be next two year abang bawa rombongan Cik Kiah ke rumah. Then, about 2 months after majlis merisik kita buat majlis kahwin. You’ll be mine that time. Amacam? Okay tak plan abang? Tapi kalau Fazlia nak percepatkan lagi pun boleh. Abang tak kisah.”  Bukan main panjang penjelasan Hazriq.
“Abang, hidup ni jangan kuat berangan boleh? Macamlah Faz nak kahwin dengan abang.. Eeei..” Fazlia membalas kata-kata Cikgu Hazriq. Di ‘cover’ segala perasaan gemuruh dan gementar tika Cikgu Hazriq melafazkan katanya. Aduh.. bagai jantung gedebuk jatuh ke lantai.
“Habis tu Faz taknak kahwin dengan abang ke?” soal Hazriq pula.
“No komen. Tengok la dulu macam mana. Kalau abah dan umi luluskan, Faz akan cuba pertimbang. Abang, boleh tak abang straight to the point aje. Faz dah ngantuk ni. Abang nak cakap ape sebenarnya ni?” malas mahu melayan keletah Cikgu Hazriq yang memang suka mengusik itu, Fazlia cuba kembali kepad agenda.
Confirm abah dan umi setuju.” Jawab Hazriq yakin. Fazlia ketawa perlahan. Tambah parah sudah cikgunya yang satu itu.
“Sebenarnya, minggu depan abang kena balik kampus dah. Hari khamis ni last day abang kat sini. Praktikal abang dah selesai.” Payah juga untuk Hazriq berterus-terang. Bukan apa, kalau Fazlia macam gadis lain, dia tidak sesukar ini untuk menyatakan pemergiannya ke Perak minggu depan. Tapi tidak, awal-awal perhubungan mereka dulu Fazlia sudah siap berpesan dan seakan memberi amaran dan klu kepadanya supaya jangan kemana-mana. Jangan pergi jauh darinya. Jangan tinggalkan dia seperti mana arwah sepupunya tinggalkan dia. Masih ingat lagi Hazriq perbualan mereka.
Fazlia mendengus. Hembusan nafasnya yang kuat itu jelas menyatakan perasaannya.
“Abang tahu abang mungkir janji tapi walau di mana pun abang, abang akan sentiasa dekat dengan awak.” akui Hazriq. Dia sedar dia bermain dengan janji. Tetapi apa lagi yang harus dia lakukan?
“Fazlia..abang minta maaf.” kali ini Hazriq kalah, kalah pada ‘sunyi’nya Fazlia. Hazriq cuba menyusun kata namun belum sempat dia membuka mulut,  Fazlia sudah meletakkan telefon.
Hazriq tahu, Fazlia sentiasa berpegang pada kata dan janji yang dia luah dan taburkan. Bukan sengaja dia berjanji dan bukan sengaja dia memungkiri janji. Sebolehnya dia juga tidak mahu meninggalkan Fazlia. Tapi sayang, dia masih punya tanggungjawab lain yang perlu dilaksanakan. Dia sendiri tidak pasti bagaimana nanti perasaannya apabila terpaksa berjauhan dengan Fazlia kerana  bayangan gadis itu sentiasa ada apabila dia memejamkam matanya.
Keluhan berat dilepaskan. Dia baring dikatil...

BERSAMBUNG/..... 
 

Selasa, 15 Julai 2014

REBUT PELUANG TAMBAH INCOME DENGAN SPSHOPS
Assalamualaikum. Salam Nuzul Quran buat semua. :) 

Hari ni nik nak berkongsi berkongsi Peluang Jana Pendapatan dengan hanya bermodalkan RM10 tapi dengan income yang lumayan...! Mesti ramai yang susah nak percaya kan? Sangat susah! Sebab nik pun macam tu, anggap ni benda merepek. dan memang pandang sebelah mata je.  Takkan dari RM10 boleh dapat beratus malah beribu. Tapi belum cuba belum tahu!


Apa itu SPShops? 
SPShops.Com atau SP Club International Sdn diasaskan pada tahun 2008 dan berdaftar dengan ROC di Malaysia dengan nombor pendaftaran 853130-H dan beralamat di No 69 Jalan Cyber 1B/3, Cyber Vally Commercial Centre, Cyberjaya, 43800 Sepang, Selangor. 
 
SPShops diasaskan oleh Encik Adnan Ismail yang juga bertindak sebagai CEO SP Club International. Beliau berpengalan puluhan tahun dalam dunia direct marketing dan juga terbabit dalam membangun software dan backoffice untuk syarikat tertentu malah juga merupakan orang yang bertanggungjawab membangunkan perisian SPShops.


Biz SPSHOPS merupakan tapak iklan seperti Mudah.my , Ebay.com , Majalah.com tapi yang bestnya, tapak iklan ni dapat menjana pendapat harian.

1. Plan duduk diam dapat duit dari marketing plan (forced Matrix) iaitu kemasukan ahli baharu disusun oleh sistem mengikut package sehingga 20 level

Pakej RM10 Duk diam RM1K (50 sen setiap level)
Pakej RM50 Duk diam RM3K ( RM1 setiap level)
Pakej RM100 duk Diam RM5K (RM2 setiap level)
Full Pakej RM160 Duk diam RM10K ( RM2,RM1, RM0.50 sen setiap level)

Kelebihan full package RM160.
Anda akan berada di atas semua ahli termasuk upline yang join RM10 di Plan Forced Matrix
Income duduk diam massyuukk...

2. Plan Unilevel Untuk yang suka menaja
Join Package RM10 / Menaja dapat RM5
Join Package RM50/ Menaja dapat RM25
Join Package Rm100 / Menaja dapat RM50
Join Package RM160 / Menaja dapar RM80
Setiap pakej boleh upgrade step by step.

3. Setiap package akan mendapat tapak iklan :
Package RM10  - 1 tapak iklan untuk anda iklankan perniagaan anda
Package RM50-   3 tapak iklan
Package RM100- 5 tapak iklan
Package RM160 - 9 tapak iklan
caranya :

follow lima langkah di bawah :

1. Daftar untuk dapatkan website --->>
https://www.spshops.com/fatihahharun93
2. Buat bayaran ikut package RM10/RM50/RM100/RM160
3. Iklankan produk anda di website spshop , kalau tak ada x perlu.
4. Jemput rakan anda ke website under username anda , 
syarikat akan bayar   50% daripada pakej yang diambil .(duplikasi)
5. Aktifkan rakan anda dan cek Komisen dalam ewallet

TAK RUGI MENCUBA..RUGI SEBAB TAK REBUT PELUANG
SPShops ni ada 3 pakej tau! Memang ketiga-tiga pakej ni berbaloi insyaAllah.
Kita kena yakin sebab aku yakin rezeki memang Allah SWT yang bagi. Kita usaha dan cari peluang untuk dapat rezeki lebih.

Dekat bawah ni, ada diterangkan pakej2 yang ada dan pilihan yang korang boleh buat untuk pilih pakej mana yang paling sesuai. 

Pilih yang terbaik tau! Jangan menyesal nanti :)


JOM MODAL RM10 SAHAJA..BERIKLAN SAMBIL JANA PENDAPATAN

Berminat & perlukan info lanjut sms @ wasap 019-8301196

Jumaat, 11 Julai 2014

Doakan mereka | Gaza diserang lagi

Bismillah.

Berbekalkan rasa tanggungjawab, nik rasa nik perlu update entry pasal Gaza, Palestina. Seperti yang kita tahu, Israel telah mengistiharkan perang ke 3 ke atas GAZA dan menamakan ia sebsgsi 'Operasi Batu Konkrit '. Israel telah mengepung sempadan GAZA melalui darat dan udara. Mereka melancarkan serang bertali arus ke arah keluarga pejuang Hamas.

Para penduduk palestine lebih beruntung daripada kita kerana mereka berjuang untuk Islam dan syahid untuk Islam. Tapi tetap, anak-anak kecil yang menjadi korban menyentak rasa sebak. Mereka terlalu kejam dan tidak berperikemanusian.




 Bagi yang berkemampuan, jom kita sumbangkan apa yang kita mampu pada Gaza.

TABUNG AMAN PALESTIN

Taip PALESTIN <jarak> 10/5/3/1 send ke 39111



Jom!! Luangkan masa 1 minit kita, aminkan doa untuk Mesir, Syria, Palestin, Iraq, Afganistan dan negara-negara Islam yang lain....
 Ya Allah! Ya Qahhar ! Ya Jabbar ! Ya Muntaqim ! Ya Dzal Jalali wal ikram! 
Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah!
 Bantulah saudara-saudara kami di Gaza dan Ikhwanul Muslimin di Mesir dan di semua tempat...
 Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu musuh melawan mereka.
 Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau menolong musuh melawan mereka.
 Ya Allah! berilah mereka kepakaran membuat senjata untuk menghadapi musuh-musuhMu.
 Ya Allah! tepatkanlah tembakan senjata mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq-Mu pada setiap langkah mereka.
 Ya Allah! satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka.
 Ya Allah! jadikanlah jihad mereka di jalan-Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami.
 Ya Allah! tolonglah kaum muslimin yang terzhalimi di Mesir , Pelastine, Syria dan semua tempat.
 Ya Allah! tolonglah Ikwanul Muslimin dan perbaikilah hubungan mereka.
 Ya Allah! binasakanlah Para Munafiqin Yang Bersongkol dengan Zionis Israel + Syiah dan Mustakbirin Amerika goncangkanlah dan hancurkan mereka.
 Ya Allah! cerai beraikan barisan mereka dan luluh lantakkan kalimat mereka.
 Ya Allah! janganlah Engkau memberikan kedudukan yang baik bagi mereka di muka bumi ini.
 Ya Allah! lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati mereka.
 Ya Allah! hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka dan jangan sisakan seorang pun dari mereka 
Ya Allah! Kasihanilah saudara-saudara kami
 Ya Allah! Perkenankanlah Permintaan Kami, Aamiin Aamiin Aamiin Allahumma Aamiin..



Selasa, 8 Julai 2014

Selamat Pagi !
Bismillah.
Assalamualaikum semua.. 


Ramadhan ke 10 sudah kita hari ni.. Ramdhan tahun ni,sekali lagi nik jauh dari kampug halaman. Nak makan makanan yang selama ni menjadi kegemaran pun susah. Yang paling nik nak makan, kuih akok. Kat sabah ni rasanya tak de. Kalau kat kelantan, start je enjin kereta sepanjang perjalanan akan ada gerai yang menjual kuih ni. Terasa lain sangat. Rindu nak puasa kat kampung. Walaupun lauk apa yang ada je, tapi suasana tu tersangatlah lain. Berebut kerusi dengan adik-adik time nak masuk waktu berbuka. Bergaduh siapa kena pergi beli ais. Berkejar nak ke surau untuk terawih. Rindu dengan moment-moment ni. Dah 2 kali puasa ni jauh dari family tercinta :(

Panjang pulak mukadimahnya kan.. heee. Sebenarnya saje je nak update. nak ucap selamat pagi kat semua yang sudi berkunjung ke blog suam-suam kuku tak berapa nak suam sangat ni. :P Selamat menjalani hari ini dengan penuh dedikasi ye ! apakah?? Jangan lupa, sertakan bismillah dalam setiap perkara yang kita buat. Jangan lupa sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang. Jangan lupa doakan untuk saudara kita yang sedang melalui saat getir di Palestin, Syiria dan beberapa negara lain. Jangan lupa doakan kesejahteraan untuk family kita, rakan-rakan kita, dan semua umat Islam yang lain.

Semoga kita semua dalam lindungan Ilahi. Semoga apa yang kita lakukan mendapat berkat Allah swt. Aminnn...

p/s : peringatan untuk diri sendiri dan kita semua.



Isnin, 7 Julai 2014

Kerana Cinta Klon BAB 8
BAB 8


Ujian Pengesanan Satu sudah menutup tirainya hari ini. Rata-rata pelajar mengeluh gembira kerana telah Berjaya melepasi halangan pertama untuk tahun ini. Oleh sebab peperiksaan berakhir awal, para pelajar sudah dibenarkan pulang iaitu jam 12.30 tengah hari. Bergegar satu sekolah apabila  pengumuman pulang diumumkan. Teriak dan sorak pelajar begitu gamat terutama di bangunan baru di mana  bangunan tersebut menempatkan sebahagian pelajar menegah rendah.Sekolah yang mempunyai kapasiti kurang 2000 orang pelajar semakin sunyi dan lengang. Ramai pelajar telah meninggalkan kawasan sekolah, begitu juga dengan guru-guru. Medan perhimpunan dan Anjung Perdana  yang menjadi tempat letak kereta para guru juga  sudah mulai kosong. Baik guru mahupun pelajar masing-masing dengan satu tujuan.Pulang ke rumah dan mengisi perut!
“Air?”
Fazlia menyambut plastik yang berisi air bandung dari tangan Cikgu Hazriq. Ucapan terima kasih disertakannya.
“Macam mana exam hari ni?” Fazlia tersenyum.
“Okey..macam biasa aje.” jawabnya sejurus selepas itu.
“Ila kirim salam rindu pada abang.” Terangkat kening Hazriq.
“Janganlah buat muka macam tu.”
“Mungkin dah nasib abang, orang lain yang abang rindu orang lain yang rindukan abang.” Fazlia berpura-pura tidak mendengar. Cikgu Hazriq mungkin tidak mengerti akan perasaannya. Selama lebih seminggu dia tidak bersua dengan Cikgu itu, dia umpama kehilangan sesuatu yang bernilai. Duduknya tidak selesa, tidur apatah lagi. Semua kerana dia didera rasa rindu. Tetapi biarlah dia tidak mengucapkan rasa itu. Biar hanya hati sahaja yang mengolah rasa.

***********************************************************************
Syakila khusyuk mendengar penjelasan Cikgu Hazriq sehingga lelaki itu menoktahkan katanya.
“Saya rasa dia takut cikgu tinggalkan dia. Mungkin bagi dia cikgu ni Abang Eri dan dia tak nak kehilangan untuk kali kedua. Cikgu kenalah terangkan satu per satu pada dia,                                               cikgu kena buat dia faham. Kalau tak sampai bila-bila pun dia tak akan boleh terima. Orang macam ni kita tak boleh ikut kata dia saja.” panjang Syakila menyuarakan pendapatnya. Dia tidak kisah walau apa jua penerimaan Cikgu Hazriq kerana yang penting dia cuma mahu bersikap jujur. Dan dia tidak mahu suatu hari nanti Cikgu Hazriq berpatah arang.
Pada Hazriq, memang benar dia perlu tahu semua itu walaupun kebenaran yang diutarakan Syakila sebentar tadi amat pedih untuk diterima. Dia tertanya-tanya apakah rasa kasih dari Fazlia yang terpamer selama ini kerana dia ‘sama’ dengan seseorang yang bernama Tengku Hairi? Seseorang yang terlalu menyayanginya, juga yang sentiasa disayanginya. Seketika Hazriq bermonolog sendirian.
‘Ah! Apa-apapun  mesti ada cara untuk buang arwah Hairi jauh dari hidup Fazlia!’hati Hazriq menjerit. Dia begitu kesal dengan keadaan yang terpaksa dilaalui Fazlia. Kenapa harus dia yang mesti menanggung beban yang sebegini rupa? Kenapa harus Fazlia?
Setelah lebih setengah jam berbincang dan menjawab pelbagai soalan daripada Ciagu Hazriq, Syakila meminta dir untuk berlalu. Awal tadi dia agak terkejut apabila seorang pelajar Tingkatan 6 memaklumkannya bahawa dia dipanggil oleh Cikgu Hazriq. Tika itu dia baru saja selesai mengadakan latihan lariannya untuk persediaan kejohanan peringkat daerah minggu hadapan.Sekarang,fahamlah dia kenapa Fazlia mengamuk sakan malam semalam.Rupanya ada sesuatu yang berlaku.

*****************************************************************************
Sudah 15 minit Hazriq menunggu barulah orang yang dinanti tiba. Hazriq bangun tanda hormat dan menghulur tangan untuk bersalam. Dia mempelawa duduk. Seorang pelayan datang untuk mengambil pesanan.
“Maaflah abang lambat, ada kerja sikit tadi.” Menyedari kelewatannya dalam temujanji tersebut, Encik Harun memohon maaf. Apa yang penting kelewatannya hari ini bukan disengajakan, dia benar-benar sibuk minggu ini. Banyak hal yang perlu dibereskan. Malahan, hari ini dia belum lagi menjamah nasi sekadar memakan bihun goreng yang disediakan oleh isteri awal pagi tadi.
“Takpe bang, saya faham..saya yang patut minta maaf kearna mengganggu masa Abang.Saya harap Abang tak keberatan sebab saya nak berbincang tentang Fazlia.” Ujar Hazriq berterus-terang.
Walaupun begitu,dia sendiri tidak yakin dengan apa yang sedang dilakukannya sekarang.Hanya mampu berserah pada Allah SWT.
“Cikgu..sebelum cikgu teruskan. abang nak cakap sesuatu terlebih dahulu. Abang yakin firasat abang dan  rasa ianya betul.”
Encik Harun berhenti. Dia meneruskan niatnya apabila melihat guru itu mahu terus mendengar.
“Dengan keadaan Faz macam tu, saya risau. Kalau difikir logik tak akan ada siapa yang mahu mendekatinya.Usahkan orang luar cikgu,jiran sendiri pun takut. Abang dapat hidu niat cikgu. Betul ke cikgu?”
Hazriq tersenyum. Tidak susah kerjanya kali ini. Cuma dia perlu menampakkan kesungguhan. Apa pun dia sanggup lakukan demi mendapatkan cinta.
“Abang tak tahu samada cikgu ikhlas, simpati atau sekadar suka-suka. Tapi abang harap cikgu tahu Fazlia bukan bahan untuk dijadikan ujikaji. Abang amat berbesar hati kalau cikgu benar-benar ikhlas, tapi kalau sekadar nak mempermainkan dia, lebih baik cikgu berhenti. Dia dah banyak menderita. Tolong jangan dekat dengan dia kalau cikgu ada niat yang abang tak suka” Luah Encik Harun tenang. Hazriq yang mendengar mempamerkan reaksi bersahaja. Wajahnya yang bersahaja langsung tidak menggambarkan jiwanya yang berombak.
“Sebenarnya bang, sejak dari kali pertama saya melihat Fazlia saya dah jatuh hati pada dia. Sedikit pun niat main-main tak ada dalam hati saya. Saya harap abang dapat lihat keikhlasan saya. Insha Allah. Saya cintakan dia.”Hazriq berhenti seketika, kemudian menyambung lagi.
“Saya nak bawa Fazlia berubat cara kampung kalau abang izikan. Saya nak dia sembuh sepenuhnya.”
“Faz tak pernah nak berubat cikgu. Dia hanya bertahan dengan ubat doktor. Dah puas kami pujuk cikgu. Sampaikan kami terpaksa menipu. Bagi dia minum air penawar, air yassin pun kami masukan dalam masakan dan air lain. Dia mati-mati tak nak cikgu.” terang Encik Harun panjang. Dia mahu cikgu itu faham akan situasi dan keadaan Fazlianira yang sebenarnya dan tidak menyesal di kemudian hari.
*****************************************************************************
Pejam celik-pejam celik cuti seminggu telah pun berakhir. Fazlia yang menghabiskan cutinya bersama keluarga di Pantai Irama, Bachok begitu gembira dapat berjumpa kembali dengan dengan Syakila. Sememangnya dia merindui teman karibnya itu. Maklumlah,mereka sudah berkawan sejak dari dalam perut ibu lagi.Sudah faham perangai masing-masing.Rajuk-merajuk dan pujuk- memujuk sudah menjadi gula dan garam dalam persahabatan mereka.Bergaduh pernah,bertengkar pun selalu.Namun semua itu tidak menjadi kudis dek kerana keutuhan persahabatan yang terjalin sedari kecil ini bagai tiada berpenghujung.
“Ayah aku tak dapat cuti la, macam mana nak holiday. Kakak dan abang aku pun tak balik….”sedih bunyinya. Syakila seakan kesal kerana tidak ke mana-mana untuk menghabiskan cuti seminggu persekolahan.
“Laaa…ok apa duduk kat rumah. Mesti kau study hard gila kan? Tak rugi pun.” Fazlia cuba memujuk.
“Pandai la kau..Banyak la kau punya study!”
“Memang aku pandai pun.”
Ketawa Fazlia terburai. Lantas bantal bersampul merah jambu dilempar mengena tepat pada Fazlia walaupun telah mengelak. Ibarat bergegar satu bangunan dengan pekik dan gelak tawa mereka.
“Hai kakak-kakak sayang.. happy semacam aje ni. Ada apa-apa ke?” Tegur Farhana seketika.
“Yelahkan adik sayang? Tapi akak okay je, ni haa! Kak faz awak ni, sejak ada abang hensomed senyum memanjang,”
“Hoi! Kau ni ikut sedap mulut aje cakap kan? Penampar nak?” bentak Fazlia marah. Geram betul dia dengan mulut Syakila. Arghh..macam bertih jagung.
“Untung badan..merajuk sikit nanti dah ada yang pujuk.”
“Dah la! Dah la! Sakit telinga aku dengar.” Fazlia cuba buat muka marah walau sebenarnya dia cuba menahan malu.
Syakila pula memang pantang! Akhir-akhir ini dia memang gemar mengusik sahabatnya. Yup! Bukan dia tidak tahu berlakunya konflik dalam hubungan Fazlia dan Cikgu Hazriq sekarang. Tapi dia yakin bahawa dia tidak perlu risau, Cikgu Hazriq pastinya ada formula tertentu untuk memujuk dan menyelesaikan masalah tersebut. Kematangan dan sikap tak berputus asa Cikgu Hazriq membawa dia menyelusuri peribadi lelaki itu. Dan yang paling tak disangka, satu perubahan besar telah dia bawa. Alhamdulillah dengan izin Allah semuanya berlaku. Bila mana Allah mengkehendakkan sesuatu itu berlaku, maka sekelip mata ia boleh terjadi.....
Jam menunjukkan 9.40 malam. Bilik-bilik dorm asrama kosong. Semua pelaar telah ke bilik persediaan (bilik study). Fazlia dan Syakila tidak terkecuali walaupun masing-masing telah menyiapkan kerja sekolah mereka awal lagi. Namun, kerana peraturan mereka terpaksa juga ke bilik tersebut.
*****************************************************************************
Sekali lagi Fazlia terpaksa meninggalkan Syakila. Temannya yang seorang itu memang cerewet hendak ke sekolah. Fazlia sudah tidak mampu lagi tercegat dan menunggu di luar dorm. Dia masuk semula dan duduk di katil. Sudah berapa lapis bedak ditepek, temannya itu masih tidak berpuas hati. Sudah berapa kali tudung yang sudah elok terletak dibetulkan kembali. Dia memerhati gelagat Syakila. Akhirnya dia mengalah untuk menunggu apabila gadis itu meminta dia ke sekolah terlebih dahulu. Dan Syakila sendiri pun bukan tidak biasa sendirian ke sekolah. Dia sering lewat bersiap dan Fazlia terpaksa menunggu lama. Selalu, di suruhnya Fazlia pergi tanpanya. Itu semua gara-gara tudung yang susah nak dibentuk dan mukanya yang minta di tempek bedak!
Fazlia lenggang menuju ke kelas.  Matanya kadang ke depan dan kadang ke bawah. Panas!! Panas hatinya melihat Cikgu Hazriq berbual mesra dengan Faezah. Lagi menyakitkan hatinya, gadis itu sengaja menjeling sinis terhadapnya.
“Perempuan ni saja cari nahas dengan aku. Gedik! Tengok apa jadi dalam kelas nanti. Cikgu pun satu, gatal nak melayan si minah gedik tu. Huhh!”
Tidak sanggup menonton drama itu lagi, Fazlia berlalu ke kelas. Hatinya panas terbakar. Belum sempat dia duduk, lagu Negaraku berkumandang. Ketika hendak mengaminkan doa pagi, kelibat Syakila kelihatan. Dari jauh dia tersenyum sumbing.
“Hoi Ila, kau ni nama saja pengawas tapi selalu datang lambat. Tak ada disiplin la.” Tegur Saiful. Nampaknya dia sengaja mencari nahas di pagu hari.
“ Suka hati mak bapak aku la. Tak susahkan kau pun. Sibuk!”
“Aku cakap aje. Marah la pulak.”
“Cakap jangan sebarang cakap okey. Melayang kepala tu nanti baru nak menyesal.” Syakila membalas. Tamat di situ sebab dia malas nak merosakkan moodnya yang sedang elok.  Pandangannya beralih pada Fazlia. Sambil itu, dia menyandangkan beg di kerusi.
“Kenapa pulak ni Faz? Monyok je, tadi okey.” Dia duduk diikuti Fazlia.
“Perempuan gedik tu la!” tajam anak mata Fazlia mengarah kepada Faezah yang baru masuk dari pintu belakang.
“Dia buat hal lagi?”
Fazlia tidak menjawab. Dia bengang dengan apa yang baru disaksikannya sebentar tadi. Dia bengang dengan Faezah. Dia bengang dengan Cikgu Hazriq.  Waktu pembelajaran berlalu setelah loceng rehat dibunyikan. Fazlia memutuskan untuk berada di kelas sahaja. Seleranya mati dek melihat kejadian tadi. Rakan-rakan yang lain telah keluar meninggalkan kelas.
“Faz, jom teman aku pergi PSS nak? Aku nak pinjam buku rujukan Fizik la.” Lamuanan Fazlia terhenti.
“Aku belum beli lagi buku yang Sir cadangkan hari tu.” Fazlia berfikir sejenak. Nak menolak, kasihan pula pada Kartini berseorangan. Tapi, nak terima..besar kemungkinan dia akan terserempak dengan Cikgu Hazriq kerana semua guru praktikal di tempatkan di sebuah bilik besar di dalam perpustakaan.
“hurmm..Okey jom la. Aku pun tak buat apa ni.” Putus Fazlia setelah beberapa saat berfikir. Mereka beriringan mennuju ke pusat sumber sekolah. Sebaik sampai, Fazlia mengambil tempat di sebuah meja. Kartini disuruhnya mencari buku yang dia perlukan. Fazlia mencapai akhbar Berita Harian di meja sebelah. Sekadar membelek.
“Fazlia!”
Sergahan itu membuatkan Fazlia terkejut. Nasib baik dia tidak melatah kali ni. Nafas yang dalam ditariknya. Jelingan tajam dihadiahkan pada Cikgu Hazriq. Sakit hati pagi tadi masih belum reda. Kalau diikutkan hati mahu saja dia marah sepuas hati.
“Sorry Fazlia. Abang bergurau je.”
“Tak payah nak bergurau sangat la. Faz tak suka. Dahla suka melayan si Faizah tu. Pergi main jauh-jauh. Faz nak baca surat khabar!” tanpa memandang Fazlia melepaskan geramnya.
Hazriq senyum menampakan baris giginya. Hensem  mungkin gaya begitu!
“Cemburu la tu. Isyh.. ada orang cemburu la. Sayang juga Fazlia kat abang ye?”
“Tak ada maknanya Faz nak cemburu. Pergi la. Nanti orang perasan.”
Hazriq akhirnya mengalah. Dia tahu tak manis lama-lama berkeadaan begitu walaupun ditempat terbuka. Banyak mata yang memandang. Nanti timbul masalah pula. Bukan dia tak tahu perkara panas sebegini mudah sahaja tersebar menjadi gosip. Dia pamit dan sempat menghadiahkan sebuah buku yang baru dibelinya pada Fazlia. Memang asalnya dia mahu hadiahkan petang nanti, tapi memandangkan buku yang bertajuk ‘La Tahzan: Jangan Bersedih’ itu sedia di tangannya, dia serahkan saja pada Fazlia. Moga berguna nanti.
Orang kata dalam hati ada taman. Tapi Hazriq, bukan sekadar tamankan, kedai bunga pun turut serta di hatinya. Senyum panjang dia bila Fazlia menerima hadiah tersebut. Cukup kuat hatinya berpaut pada Fazlia. Mungkin itulah penangan cinta pandang pertama. Kalau boleh, dia mahu gadis manis itu menjadi suri dalam hidupnya. Secepat mungkin. Tapi memandangkan Fazlia masih terlalu muda, dan dia sendiri masih belajar, di simpan dulu niat tersebut. Kalau boleh dia mahu Fazlia sembuh terlebih dahulu.

Bukan bermakna dia tidak dapat menerima keadaan tidak tentu gadis itu, tapi sebaliknya dia mahu Fazlia sendiri rasa betapa dia tenang dan bersyukur jika gadis itu sembuh. Dan selebihnya, dia tak mahu Fazlia mengenang kisah lama dan berdendam. Dia mahu kembalikan Fazlia kepada yang lama, seperti di dalam gambar. Ceria dan bersinar matanya.

Bersambung ....



FATIHAH FAZLIN@templatesyard