Fatihah Fazlin: makan
Memaparkan catatan dengan label makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makan. Papar semua catatan

Isnin, 28 September 2020

Restoren Menarik di Setiu - Rumbia Hill View

 Assalamualaikum!


Restoren Menarik di Setiu - Rumbia Hill View 

Dah lama dah sebenarnya nak tulis review pasal Rumbia Hill View ni, tapi asyik lupa nak snap picture masa singgah sini. Kali ni baru berkesempatan. Nik suka lepak kat restoren ni sebab dia macam luas sangat, then suasana dia pun macam tenang je, tak tahulah kenapa. Mungkin sebab theme dia yang rustic tu kot. 


Inilah tempatnya. Dari luar dah nampak menarik kan. 


Minta papa dan anis posinglah depan restoren ni, ibu muka tak semengah, tak leh masuk frame.

Nik cukup suka dengan design restoren ni. Pintu depan dia ada batu-batu tu, hmmm. berkenan sangat. Kalau ada rumah sendiri nanti, teringin sangat nak buat macam ni. hahah

korang nampak kan pintu dia,  then dinding kat sebelah tu pun! cantik kat mata nik.



salah satu sudut. Dia buat macam unggun api dalam rumah orang putih tuuuu.. material semua kayu-kayan. Material guna kayu, tapi bukan tema tradisional sangat. Tu yang nik suka.

Restoren ni satu tingkat je, tapi dia macam buat dua level, kat bawah tu sesuai kalau datang dua tiga empat orang, bahagian atas pulak, untuk datang ramai-ramai. Meja dia besar sikit. So kalau bawak satu family datang best la.

Maaf gambar kabur sikit. Ni ruang bahagian atas.  Nik lupa nak snap bahagian bawah. 

izikan akuuuuu... hahahhaha muka letih baru balik kerja.

Dak anis seronok berlari dalam kedai orang. 




Ishhh. Tak reti nak snap flatlay lah! Ibu order mushroom soup dengan garlic bread dan bandung cincau. Papa anis macam biasa barli panas. Nasi goreng paprik tak sampai lagi. haha. nasi gorang sedap, kuantiti pun banyak, takdelah sejemput macam sesetengah kedai. Cuma roti tu sikit aka kecik sangat. Tak cukup anis farhana makan. haha. 



Minum dulu....

Pilihan makanan memang banyak, masakan panas confirm ada! Lepas tu ada jugak western. Korang kena singgah. Terletak kat jalan utama Setiu-Kuala Terengganu. Kalau korang dari bandar permaisuri tak jauh pun. Dalam 3KM je, Kalau dari Kuala Terengganu akan jumpa Hospital Setiu, then Restoren Rumbia Hill View ni betul betul di selekoh pertama selepas jumpa hospital.

bye.



Jumaat, 6 Mei 2016

Aku gila steamboat & grill.
Assalamualaikum.

Hai korang. Sedang berkursus sekarang ni. Haha. Tapi sempatlah jugak nak update blog. Mengantuk weeei. Bwt, hari selasa hari tu sempat nik melepaskan hajat yang telah sekian lama terpendam. Gigih okey. !








Nak makan steamboat & grill katanyaa.. tapi susah nau nak dapatkan steamboat kat hulu selangor ni. Duk google cari.. ada kat bukit sentosa.. tapi bila pergi tempatnya.. tak jumpa pun kedai steamboat tu. Keciwaaa.. pernah juga nik cari kedai steamboat kat rawang.. kat google kata adalah satu kedai kat tesco rawang.. tapi tak jumpa jugak. Kecewa jugak. 

Semalam, dek kerana teringin sangat nak makan steambot and grill, nik gigih google sekali lagi. Sampaikan cari kat insta. Gigih cari melalui hashtag.  haahaha. Nampak tak kegunaan # ni? Akhirnya jumpa la satu #steambotkalumpang . Nik apalagi usha ka profile semua igers yang berhashtagkan #steamboatkalumpang tu. Kebayakkan gambar dorang masih baru. Means kedai tu masih ada di alam nyata. HAHAHA. 


Tunggu apa lagi kan, kedai dah jumpa, pastu tak jauh dari tempat nik dalam 15km je atau lebih dekat, nik terus peceut ajak si kawan pergi. Alhamdulillah.. pencarian berakhir.. Dengan bantuan waze nik akhirnya bertemu dengan restoren steamboat and grill kat kalumpang tu. Dan makanlah nik dengan jayanya. Nikmat hidup! Syukur. 

Lepas ni kalau nak makan lagi, nak pergi situ je. Harga berbaloi dengan apa yang disediakan(buffet).  Suasana pun okey. Pelayan pun takdelah kerek ke apa ke. 


p/s: Entry ni dh lebih seminggu di simpan dalam draf. Baru teringat nak publish. Sibuk bak hang. 

Jumaat, 12 Disember 2014

Windbell Seafood Restaurant Tanjung Aru
ASSALAMUALAIKUM.

Windbell Seafood Restaurant Tanjung Aru | Kat Kota Kinabalu ni, ada banyak sangat tempat makan yang menarik yang boleh di singgah. Bagi korang yang di semenanjung kalau pasang cita-cita nak datang Sabah, stay tune dengan blog ni tau! Nik akan share dengan korang pelbagai tempat menarik kat sini, especially tempat makan menarik di Sabah ni.

Baru-baru ni, kawan sekerja ni sekali lagi plan untuk berkumpul ramai-ramai sambil makan. Apa lagi, nik kalu bab makan, never say NO! So, tempat pilihan kawan-kawan nik adalah Windbell Seafood Restaurant di Tanjung Aru


Macam gemuk pulak ambe.


sumber gambar

sumber gambar

Best ke kat Windbell ni? Okey, dari pengamatan nik, nik boleh bagi 7/10 la. kira tinggi dah tu ye. Yang nik suka, tempat ni ada aircond. Masa makan tu syok la. hehehe. Lagi satu, sampai je sana, terpampang besar-besar, FREE WIFI. Laju je wifinya. Memang off la kan data kat fon.
  

Windbell Seafood Restaurant ni tak jauh pun dari KK. Dalam 15 minit perjalanan, atau kurang. Berkereta. Dekat sangat dengan Pantai Tanjung Aru yang kengkononnya my fav beach tu. Untuk reservation boleh hubungi 088-222305. Windbell Seafood Restaurant dibuka setiap hari dari jam 10:30am-2pm & 6pm-10pm.

Thats all. Thank you.


FATIHAH FAZLIN@templatesyard