Fatihah Fazlin: lifestyle
Memaparkan catatan dengan label lifestyle. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label lifestyle. Papar semua catatan

Khamis, 27 Januari 2022

Try Queen Manggo, sedap ke tak?


Hi. 


Lama dah dok usya  stall Jus Mangga tepi jalan ni. Stall Queen Manggo. Tapi takut nak try sebab nik jenis tak suka buah mangga dijadikan air atau jus. Makan buah gitu je yang sedap. 


Sebab teringin sangat nak rasa kan, balik kerja tadi nik singgahlah kejap. Nak merasa sangat-sangat dah tekak pun, dengan cuaca panas lagi. Rasa macam syok je kalau dapat minum sejuk-sejuk.


Inilah rupanya Queen Maggo tu. Nik beli bekas kecil.



Nik beli cup kecil je. Untuk rasa dulu. Kalau sedap nanti beli yang besar pualk. So dari segi rasa bagi nik kureng sikit. Manggo banyak, aiskrim pun dalam kuantiti yang okey, cuma bagi nik kalau dia tambah susu ke sikit bagi rasa lemak gitu, akan lagi sedap.

Harga pulak hanya RM4 sahaja. Buah mangga kan mahal. Mungkin kalau dia letak susu nik akan beli lagi. hehehe





Khamis, 9 Disember 2021

Koleksi Pokok Keladi Viral Mak

 Assalamualaikum.


Koleksi Pokok Keladi Viral Mak  | Hari tu adik nik ada share kat group whatsapp gambar-gambar pokok keladi yang Mok tanam kat kampung. Mok memang banyak tanam pokok-pokok kat kampung terutamanya keladi. Kan tengah trend orang tanam keladi kat rumah.  So nik share sinilah sebagai kenangan. Pokok-pokok keladi ni pun cantik sangat. 




Keladi Kemoyang


Keladi Kemoyang


Yang macam ni ada dua pasu. Warna hijau biasa je, tapi betuknya cantik. Bentuk love bulat! Nama pokok ni Keladi Kemoyang kalau tak silap nik. Nik kawan mok yang bagi. Dapat free sajorr. heheheh. Hiasan dalam rumah pun cantik ni sebab pokok ni takdelah besar mana. Boh dalam pasu kecik sikit, letak atas consule table, fuhhh. Gambar atas bawah keladi yang sama tau.



                       Thai Beauty aka keladi wayang/keladi batik


Thai Beauty aka keladi wayang/keladi batik


Ni antara keladi yang nik suka jugak. Yeee.. kita suka yang cantik -cantik je. Yang ni nik google namanya Thai Beauty. Atau ada jugak orang panggil keladi wayang/keladi batik. Corak dia ada macam batik-batik sikitkan? Yang lagi unik, daun dia masa mula-mula keluar tu warna hijau, bila dah besar sikit, akan keluar tompok pink dan membentuk  ikut daun. Thai beauty ni nik tak bagi mok bagi kat orang hahahaha. Nik nak tengok dia merimbun banyak dulu. 


Postman Joyner Caladium 



Postman Joyner Caladium 


Nik rasa betul dah nama keladi ni Postman Joyner Caladium. Cantik ann kalau merimbun gini. Keladi ni paling banyak pasu mok tanam. Rumah mok sedara nik pun banyak jugak. Balik kampung nik melawat je keladi-keladi mok sedara, hehehe. Untung nasib mok sedara bagi free. 




Keladi Telinga Keldai.


Keladi Telinga Keldai.


Dua gambar kat atas ni, nik tak pasti nama apa keladinya. Nik cuba google tak jumpa. Ada nampak sama bentuk tapi tak sama warna. Keladi ni urat dia timbul-timbul. Mok ada dalam 3 pasu jugak rasanya. Dah besar-besar semua. Dua pasu kat atas ni pokok keladi yang sama tapi bentuk beza sikit kan. Warna pun agak berbeza. Kalau kat kedai harga dah jadi lain dah ni, sebab lagi unik pokok keladi tu, lagi mahal.

Update: nik dah jumpa nama pokok keladi ni, katanya keladi telinga keldai. Ada satu jenis lagi kelai tengkorak. Dia macam sama tapi yang tengkorak tu bahagian tepi daunnya bergelombang.

Kalau korang nampak jugak, ada pokok ati-ati. Mok banyak jugak pokok ati-ati ni. Ada berjenis-jenis. Semua cantik-cantik. Tapi takde ambik gambar, tak dapatlah nak share kat sini. 



Caladium Festivia

Caladium Festivia


Yang kat atas ni nama saintifiknya Caladium Festivia.  Yang ni mak ada banyak pasu asalnya tapi macam banyak yang mati. Pastu mok banyak bagi kat orang jugak. Nik ada ambik anak keladi ni tanam kat rumah. Dah merimbun, dia jadi cantik sangat-sangat tau. Korang kena dapatkan satu jugak. Harga kat pasaran pun nik rasa yang ni murah je. 


Nik ingat nak beli Caladium Moonlight. Cantik sangat-sangat nik tengok. Tapi setakat ni tak jumpa lagi kat nursery terdekat. Nak bagi kat mok je sebab kalau mok jaga cepat besar, subur pulak tu. 






Khamis, 28 Oktober 2021

Hobi baru Jaga Petunia

 Assalamualaikum.


Hi korang! 



Nak dijadikan cerita, nik dah mula start minat dengan pokok-pokok bunga ni sejak dok tengok ig story Kak Diya. Dua puluh empat jam dia dok update pasal bunga-bunga dan pokok dia tanam. hahah. Mau tak terpengaruh. Terjatuh cintalah dengan poko bunga petunia ni. Cantiknya MasyaAllah, tak tahu nak cakap macam mana.


Misi mencari penjual petunia area Terengganu terus dimulakan. Jumpalah dengan akak seller sorang ni, ambik masa 2 minggu jugak tunggu dia datang COD. hahaha. Tak menyabor, nik order dulu sepasu kat shoppe. Pastu pergi pulak cari kat nursery dekat rumah ni dapat sepasu. Payah ye nak cari petunia area sini, mostly kat nursery takde stok, atau memang tak jual. 


Meh la nik tunjuk sikit, antara koleksi petunia yang ada. Sayang tau bila berbunga cantik and lebat macam ni. Kita jaga dengan penuh kasih sayang. Nak balik kampung lama pun dah jadi dilema, takut petunia mati tak de yang siram dia. wakaka.




Petunia ni yang paling awal nik beli. Cantik sangat. Tapi masa beli tu dia dah nazak sangat dah.  Nik dapat murah so balik tu terus trim dia. Sekrang dah nampak lebat daunnya, cuma bunga masih malu malu nak keluar.
Petunia ni yang paling awal nik beli. Cantik sangat. Tapi masa beli tu dia dah nazak sangat dah.  Nik dapat murah so balik tu terus trim dia. Sekrang dah nampak lebat daunnya, cuma bunga masih malu malu nak keluar.




Warna purple cantik. Kalau bunga lebat lagilah cantik.Nik baru lepas trim weekend hari tu. Sekrang masih togel tinggal daun je. 



Merah hati. Paling sayang ni. 


Warna putih. Ni yang nik beli kat shoppe tu. Alhamdulillah selamat sampai. Risau mati tengah jalan. hahaha. tapi yang putih nik macam spesis lain dari yang kawan-kawan dia. Bunga besar sikit, daun pun sama. Sekarang tengah lebat bunganya, cantik sangat-sangat. Cuma dia ada bau, which is nik tak berapa suka.










Ni nik beli mini petunia. Beli dengan orang kampung nik masa balik hari tu. Kat rumah dia penuh petunia dan vinca. Cantik. Sekarang dah makin lebat bunganya. 



Eh.. keladi pun ada. 



Terpaksa gantung kat ampaian. Kain sidai tempat lain.  hahaha. Takde tempat sesuai., almaklumlah petunia ni manja sikit. Tokleh panas terik, tokleh hujan lebat. 


loveeeeee

Mini petunia in light pink! 


Light purple petunia.

Petunia in white. Walaupun bau sikit, tetap sayang!


Dah dekat 3 bulan kot nik jaga petunia-petunia ni. Walaupun leceh sikit, tapi seronok sebab suka tengok. Dia cantik. Manusia kan suka yang cantik-cantik. Nik memang plan nak tambah koleksi warna lagi, tengah semai benih sendiri. Tak tahulah menjadi ke tidak, sebab 1st try macam tak muncul je tunasnya.

Cara penjagaan petunia pulak, nik just guna baja AB dua atau tiga hari sekali. Siram sekali atau dua kali sehari, pagi dan petang. Kalau time takdan belah pagi, petang jelah nik siram, Siram terus ke tanah dia. Tak boleh kena batang atau daun, nanti dia memburuk. 






Ahad, 9 Ogos 2020

Dua tahun pertama Anis Farhana

 Assalamualaikum.

Halahh. Dah lebih sebulan tak update apa-apa kat blog ni. Kemain malas nak buka blog sendiri.


12 Zulhijjah hari tu genap 2 tahun dah anak ibu, Anis Farhana. Penawar segala suka duka ibu. Kekuatan ibu. Jiwa dan raga ibu. Jantung hati ibu.Wujudnya anis dalam rahim ibu penghujung tahun 2017 dulu membawa 1001 perasaan bahagia sampai ibu sebak dan termenangis >_<. Masa tu ibu terlalu gembira dik! Tak terucap dengan kata-kata sebab ibu memang menanti kehadiran awak. Alhamdulillah Anis membesar dengan sihat dan cerdas. 

Sebab ibu terlalu excited anis masuk 2 tahun, ibu buatlah hiasan belon-belon sikit.
papa - anis - ibu
cik ling anis order kek frozen.



buat muka kiut sikittt

Anis Farhana seorang anak yang senang nak jaga. Dari merah sampailah sekarang ni, sekali je dia sakit, demam. Tak meragam teruk teruk. Sekarang dah pandai. Ibu suruh ambik itu ini terus dia jawab, 'okey ibuuu'. Seronok ibu dengar.


Ibu sempat sambut birthday anis raya haji baru baru ni. Seronok dia dapat kek cikling sponsor. Jauh tempah kek sampai ke Tanah Merah, nasib baik sedap. Anis pulak memang suka sangat sangat makan kek.


Kalau ikutkan tahun masihi, birthday anis jatuh pada 24 Ogos. Ibu sambut ikut tahun hijrahlah senang. Nak ingat pun senang, hati raya haji ke tiga. Hihihi. 


Semoga anis farhana membesar dengan sihat ye. Jadi anak yang mendengar kata, yang solehah, yang menyenangkan hati semua orang, yang baik dan tinggi akhlak dan budi pekerti. Amin.


Kawan-kawan ibu doakan anis ye.. Terima kasih. 

Isnin, 21 Oktober 2019

Aku buat Diet Atkins TURUN SIKIT JE!
Assalamualaikum!

Hah buat ape tu? Mesti tengah makan kan, seronok kan jadi orang kurus makan banyak pun berat dok taraa tu ja. Macam nik ni, terlebih makan sikit ja rasa naik macam berkilo-kilo. Rasa berdosa pada diri bila makan banyak. Tapi time tengah makan tu, syokkkk.

Tengah bulan september ritu, nik cuba buat diet atkins balik, Oh untuk info korang dulu nik pernah buat atkins turun 9 KILO TANPA SENAMAN DALAM MASA 3 MINGGU!! Mana tak syok kan.  Tapi cerita tak bestnya diet atkins nik kali ni tak berjaya macam yang sebelum ni. Setereesss makkk.

Yang paling besar tu, kitalah. Maap letak gambar kawan kawan kita kat ofis lama. RINDU.


Tak tahulah kat mana punca yang buat diet kali ni tak jadi. Setelah 3 minggu nik buat dengan gigih, berat yang turun hanya 2kG. Tak cukup untuk nik sebab nik target at least 5KG. Kita ni punyalah tolak semua makanan yang "tak halal atkin" tapi resultnya, sedehhh!

Korang agak-agak kenapa? 

Gula nik tak sentuh langsung 3 minggu. 
Kek kuih muih aneka macam tu, nik pandang je!
Nasi mee dan angkatannya ni tinggal terus.
Air manis memang tak try.
Air kosong 3 Liter atau lebih nik minum sehari.

Apa lagi tak kena ek?

Nik mula fikir yang metabolisma nik ni rendah sejak-sejak bersalin kot. Tu yang berat tak mau turun. Dulu semudah Abc je hilang 9kg. Ni 2kg pun payah. Bukan nik tak bersyukur, tapi tulah sebab kita dah usaha kan, so frust menunggeng la jugak. Dah berat tak mau nak turun, nik bedal jelah nasi esoknya lepas timbang tu!

Frust kan? Padan muka. 

Nanti nantilah diet balik. Tapi nak try buat Intermitent Fasting pulak. Mana tau boleh kurus macam Lisa Surihani. Sekrang tengah trend kan IF ni, sejak sejak viral diet IF yang Lisa buat tu.

Tunggulah ada kekuatan, tahun depan ke. Tahun ni kita gemuklah dulu. Hemmm.

Korang kalau berminat nak try Diet Atkins boleh refer link yang list kat bawah ye.



Ahad, 25 Ogos 2019

Life Update 2019
Weeehhh..

Korang. Ya Allah lama gila tak ku bukak blog ni. Tak tahu kenapa blog ni dah macam tak wujud kan, padahal ada je tak padam tak delete. Hahaha. Azam untuk bulan kemerdekaan 2019 ni, ai nak selalu update blog. Yela... tahu tak ramai yang akan baca, tapi kita tahu awak baca kan? kan? kan?

Okey life update setakat ni:

Kalau awak tak nak tahu pasal kita, takpe. Kita tulis kat blog ni untuk dijadikan kenangan hari depan, untuk tatapan anak cucu. Gitewww

1. Kita dah ber"ANAK"

Anak dah besar baru terkedek nak update blog.

Alhamdulillah, tepat jam 9.10am bertarikh 24.08.2018 nik dah selamat meneran keluar seorang baby girl dengan berat 2.93kg. Alhamdulillah, kalau korang nak tahu penantian nak mendapatkan seorang penambah umat ni punyalah drama.  Yup, walaupun menunggu hanya setahun l;ebih tapi secara jujurnya nik agak tertekan. Bukan tertekan dengan orang sekeliling tapi tertekan dengan diri sendiri. Setiap hari nik tanya kat diri, apalah dosa nik sehingga Allah uji nik sebegini. Rasa macam teruk sangat dah masa bulan-bulan terakhir sebelum kewujudan Anis Farhana. Masa tu rasa diri ni looser.

Tapi sebenarnya nik lupa yang masih ramai lagi yang senasib dengan nik, malah lebih lagi. Sekarang bila fikir balik.. hmmm.. betapa tidak matangnya seorang nik. Haha. Tengoklah nanti kalau nik rajin, nak buat blogpost pasal pengalaman beranak anak pertama. Insyaallah.

2. Kita dah ber"HIJRAH"

Love



Ni kisah paling drama untuk diceritakan. Setahun lepas kahwin hari tu nik apply pindah ke Terengganu, sebab tahu nak masuk kelate memang payah kan. Lama menunggu dan kkm pun senyap je, so nik fikir borang nik tu dorang dah buang ke apa. haha tapi dalam bulan dua hari tu, dorang call tnya masih berminat nak pindah lagi ke? Ehhhh.. kenapa tak pulak, masih minat la. Kita nak ikut laki kita balik kampung wakkk.

Sepatutnya nik kena lapor diri di Terengganu 1  APRIL tapi nik mohon tangguh 2 minggu. Ingatkan lepas dua minggu dapatlah nik menetap kat tepi pantai rupanya pengganti nik kena tahan masa dia lapor diri. Ahhh sudah. masa tu tension nak mati rasanya sebab banyak persediaan dah buat.

Tapi lepas tu, nik redha jelah walaupun dalam hati ni berperang. Suami pun mula mula macam geram jugak, tapi dia rileks bila nik dah jelaskan panjang lebar 4 hari 4 malam. kikiki.  So, nik kena tunggu, sehingga pengganti dihantar, yang mana tak tahu bila masa tu. 15 Julai nik akkhirnya dengan rasmi melaporkan diri di Terengganu. Alhamdulillah. Dalam pada nak tunggu tarikh tu, banyaklah drama perang dan air mata berlaku. hahaha.


Pengalaman berharga buat nik. Tak semua orang dapat merasa. Kan?
Yang penting lepas ni nik dah boleh pergi pantai tiap hujung minggu. Hihihi *kalau laki nak bawak lah*


Rabu, 1 Jun 2016

Dah balik kampung.. Yeayyy.
Assalamualaikum ! 

Hai !

Korang yang kerja/belajar dekat dengan rumah parents mesti best kan boleh balik tiap tiap minggu - istilah balik kampung jugak ke? 



Aaaaa..jeles benor. Nik ni dah lama duduk negeri luar(bukan oversea ye), Dari umur 18 ke Perlis.. lepas tu ke Terengganu.. lepas tu ke Sabah..sekarang di Selangor pulak.  Balik kampung tu adalah sesuatu yang memang ditunggu setiap masa. Malah kalau boleh pantang ada public holiday nak balik kampung. tapi kena buka bab bajet la pulak kan.. Yang ni kena banyak berkifir dan buat kira-kira. hahahah.

Khamis lepas dapat balik kampung.. wehuu. seronok okey ! Walaupun balik 4 hari je, nak jalan-jalan pun memang tak sempat..tapi tak kisah pun. Dapat balik duduk rumah.. lepak lepak dengan adik beradik mak abah.. tu pun dah cukup. Yelah.. semua dah belajar jauh. Dapat berkumpul  ramai-ramai macam ni memang susah dah sekarang. 

Rindu? Tipulah kau tak !

Part paling best bila dapat masak kat dapur. waaaa. Sejak bermaharajalela kat selangor ni, memang tak masuk dapur dah. Balik kampung tu.. memang balas dendam balik la. Nik pulak dah lama nak makan sambal pauh pergghhh.. memang tak leh sebut tertelan air liur okey! Maka buatlah sambal pauh.. sup sayur..pastu buat asam pedas ikan kembung( yang ni sedap. ehhh! adik ai yang cakap.) 

Sambal pauh to be.. hahaha


Mak pulak kalau tahu anak dia yang ni nak balik, dia order tulang lembu siap-siap. Sebab sub tulang kaki lembu is my fav.  Fav yang mak buat je, yang orang lain buat nik tak berapa. Habis berpeluh mengembeleng tenaga makan. part isi dalam tulang tu, hirupp dengan straww. Ada bran??

Satu je benda tak best bila balik kampung... saat nak packing barang nak balik ke tempat kerja balik. Tak suka . 




FATIHAH FAZLIN@templatesyard