November 2015 - Fatihah Fazlin

Ahad, 29 November 2015

Tonton Online Gegar Vaganza
Assalamualaikum.


Dah trending dah Gegar Vaganza tahun ni kan. Kalau sebelum ni, nik tak berminat sikit pun nak tengok. Tapi dek kerana kat facebook tu sana sini orang duk hashtag, nik pun rasa macam kena tengok. Haha

Macam biasa.. nik memang tak tengok kat tv. Dah berabad rasanya tak tengok tv. Nevermind. Tak kisah pun. Nik boleh tengok online. Huhuhu. Tapi tak tengok live la. 

Hujung minggu mereput kat bilik, apalagi tonton online gegar vaganza la. Wifi pun laju je. Tapi yang malam ni, nik tengok live streaming. Huh. Tapi tak best sebab tersekat-sekat.  Agak-agak siapalah ye akan jadi juara musim ni. I vote for nana. Sebab minat dia dari zaman duet dia dengan arwah acik. .


Jumaat, 20 November 2015

Mengidam Nak Makan Steamboat La Pulak..
ASSALAMUALAIKUM.


gambar google je ni.

Dah nak masuk bulan 12 dah kita, maknanya tak lama lagi tahun 2016 lah. Huhh. Cepat sumguh masa berlalu. Kejap je rasanya. Macam baru semalam  2015 tiba..ni dah nak pergi. 

Sejak dua menjak ni teringin pulak nak makan steamboat. Yang sedihnya ada minggu lepas nik dah round satu bandar Bukit Beruntung untuk cari kedai steamboat tapi takde. hampa keciwaaa hatiku. Lat-last makan kedai mamak! Makan pulak tosai je sebab frust menonggeng. 

I really-relly craving for stemboat. nak makan segala jenis mak nenek seafood. Payah gak ek nak jumpa steamboat and grill kat Hulu Selangor ni. Tak kan nak pergi Shah Alam kot semata-mata untuk itu?  

Korang.. kalau tahu restoren steamboat yang affordable kat area Hulu Selangor ni, bagitahu boleh. Kat Rawang ada ke eh? Kesianlah orang mengidam ni. hahaha. 

Nak makan steamboat macam ni.. BEIJING STEAMBOAT KAMPUNG NELAYAN..


Ahad, 8 November 2015

Tutorial Wideshawl Labuh
Assalamualaikum..


Trend pemakaian shawl labuh makin menjadi-jadi kan kebelakangan ni. Trend yang elok apa salahnya kan. Nik pun suka sangat tengok gegadis di luar sana pakai shawl yang labuh cover apa yang patut. Lelagi pulak.. kat negara kita ni dah banyak pattern shawl labuh yang di keluarkan.

Nik pun sebenarnya suka dan berminat nak pakai shawl. Tapi bab nak membelit tu tak reti dan payah sikit. lagipun sejenis manusia comot macam nik tak boleh kot nak pakai shawl sentiasa. hahhaa. Kang shawl tah kemana perginya.


cubaan memakai chiffon wideshawl.


Tutorial Shawl Labuh.

Tapi pernah la beberapa kali nik pakai shawl.. not bad la for begginer. ahaha. Kebanyakkannya nik ikut tutorial. Hari hari gigih scroll IG nak cari tuturial yang senang lagi tak menyusahkan. Dan nik jumpa e few tuto yang memang senang sangat. hehehe. Adik darjah satu pun boleh aihhh...




Tutorial kat atas ni senang sangat nak ikut. Pemakainya pun nampak sweet je. Bagi nik menang senang sanagt tutorial wideshawl yang ni. Kena dengan gaya muslimah. Tapi kalau boleh pilih kain yang tebal la sikit ye. Sebab nanti kalau see trough, bahaya gak. Apa guna shawl labuh tapi jarang ? 




Tutorial Wideshawl Labuh kat atas ni pulak dari kak mighah.. kenal dia tak.. kalau tak kenal maknanya korang kena p follow dia kat ig lah. hahhaa. Nik suka tengok dia pakai shawl. Cantik terletak je. Pastu comey je manjang. hahaha. Tutorial dia yang ni lain sikit dari yang kat atas. Tapi basicnya sama je. Memang kena sebelah panjang sebelah pendek.

Korang kalau rasa-rasa baru nak berjinak nak pakai wideshawl, follow je step tutorial kat atas ni. Insyaallah senang dan menjadi.


Bai. -_-


Sabtu, 7 November 2015

Sibuknya !
Assalamualaikum...


Takpe la kot boh gambar ni, -__-


Haa... Dah seminggu lebih blog tak diupdate. Bukan tak nak menulis, tapi sejak bertukar tempat kerja ni sibuk menjadi-jadi. Balik kerja, kat rumah pun boleh kata buat kerja lagi. Nak santai-santai buka laptop pun tak mampu. Apatah lagi nak update blog. Ni sebab rasa gian sangat nak update, cepat-cepat cari wifi, then taip. Gigih! 

Buka wasap bila balik kerja pulak.. perghhh... noti beratus tak terbaca. last-last skip je, hahaha.Penat otak dan minda. Nak balas wasap orang pun dah malas. Sabtu pun kerja. Haihhh.

Nak je mengeluh panjang. tapi tak boleh. Namanya kerja. Tempat cari rezeki... kena buatlah semampu mungkin kan.. Walaupun penat sangat. walaupun dah rasa tak mampu. haha. 

Pastu rasa macam nak pergi holiday je. Nak pergi pulau-pulau yang cantik. Nakkan tempat yang best..tenang dan tak de unsur-unsur keserabutan. gituhh. Tioman ke.. wiwuwu.

bai. 

FATIHAH FAZLIN@templatesyard