Assalamualaikum.
Hi. Lama dah tak bukak blog sebab tak tahu nak tulis apa, kering idea sebab asyik duduk rumah je. Sesekali keluar untuk kerja pun tak jumpa orang sangat. Sedar sedar dah bertemu Ramadhan. Cepatnya lahai masa berlalu. Hari ni pun dah hari ke empat ramadhan.
Tapi suasana ramadhan kita tahun ni memang lain kan, tanpa terawih kat masjid, tanpa bazar ramadhan, tanpa bersesak kat bazar tu. Berbeza sungguh. Apa pun, kita doakanlah virus corona ni dapat dijumpai ubat/vaksin secepatnya. Tapi alhamdulillah kita kat Malaysia ni kes makin berkurang kepada dua digit. Esok-esok mungkin dapat digit 1. PKP pun dah ditambah masa lagi.
Puasa tahun ni, memang nik plan nak masak setiap hari makanan berbuka. cewahhh. setakat hari ni memang masak lagi, cuma bila hari kena kerja tu tak tahulah macam mana, larat ke tidak sebab balik kerja pun dah 5.30 petang. Nak masak beria waktu hari bekerja agak susah sikit.
Alang-alang bercakap pasal menu berbuka ni, nik share kat sini teruslah makanan yang nik masak dua tiga hari ni. Saje je, mana tahu boleh dapat idea untuk menu untuk hari seterusnya.
Hari pertama puasa takde gambar sebab nik dengan suami masing-masing lembik hari tu. Lepas masak terus masuk bilik baring, orang azan terus makan takde hidang-hidang dah. Teruk kan. hahaha Second day dah okey dah, semangat berpuasa.
Untuk hari ketiga berpuasa, nik tak masak banyak, just buat roti jala sebab yang lain jiran-jiran dah bagi. Nak masak lagi takut tak habis pulak sebab yang makannya dua orang je. Nanti membazir.
Saje je nik share kat sini, disamping untuk tambah content blog yang makin tak terurus ni. Hahaha. Korang masak apa hari ni, meh share meh, nik nak balik masak pulak petang karang.

Sup carrot putih, sedap sangat dan bagus untuk ibu menyusu. |
Buah nenas dan tembikai untuk pencuci mulut. Husband suka sangat makan buah-buah. |
Tepung pelita jiran kami bagi. Alhamdulillah. |
Ayam grill, the hero! |
Pinggan saya! Nik tengah nak cuba eat clean sekarang ni. Harapnya istiqomah. |
Untuk hari ketiga berpuasa, nik tak masak banyak, just buat roti jala sebab yang lain jiran-jiran dah bagi. Nak masak lagi takut tak habis pulak sebab yang makannya dua orang je. Nanti membazir.
Roti jala nik. bolehlah sedap jugak! |
Yang dalam mangkuk macam kari tu pengasuh anis bagi, nik tak tau pulak nama apa, lepas tu ada bawang putih jeruk. Simple-simple dah la, nak makan banyak perut ada 1 je. hahaha |
Ni makanan berbuka nik. Sandwich ayam grill. Lepastu adalah try segulung roti jala. |
Betik. shosedap. |
Overnight oat nik buat untuk sahur. Hari- hari sahur ni ni. Letak buah buahan sikit then 2@3 biji kurma. |
Saje je nik share kat sini, disamping untuk tambah content blog yang makin tak terurus ni. Hahaha. Korang masak apa hari ni, meh share meh, nik nak balik masak pulak petang karang.