Jun 2016 - Fatihah Fazlin

Khamis, 2 Jun 2016

Nak try Cherry Blossom Moisturizing Tender Lotion !
Assalamualaikum.

Okey dah 2nd June dah hari ni. Menghampiri setengah tahun dah ni untuk dua kosong kosong enam! Tambah tolak darab bahagi, dah nak masuk puasa dah.

Nak tanya ni, korang guna lotion apa ye sekarang? Ada tak yang guna lotion Cosway R Series tu? Ada? Kita geng okey. Tapi start June 2016 ni, nik dah tukar angin. Haaa.. Bukan sebab R Series tu tak best ke apa.. serius best! malah nik dah guna lotion tu sejak dari form 4 lagi. Setia okey! 


berkenan kat botol ! 



Tapi minggu lepas.. kawan office punya kerja la ni.. dia p sogok nik untuk beli set  Cherry Blossom ni. Dalam satu set tu ada tiga jenis.. tak ingat apa yang lain.. tapi salah satunya lotion ni lah.. Nak beli semua kang, kalau tak guna nanti rugi jugak.. So nik beli jela lotion dia dulu.. nak trylah. Lagi best dari R series tu ke atau tak? 

eh.. lupa.. nama penuh lotion pink sweet ni panjang 2 ekar tanah, Cherry Blossom Moisturizing Tender Lotion.. huhhh tediaaaa.. memang panjang namanya. tapi sebab botol dia pink then ada bunga sakura sikit sikit kita abaikan je nama dia. simpan kat bilik boleh la filing-filing kat korea.. yeeee. berbekalkan bunga sakura kat botol tu. :P 

Cherry Blossom Moisturizing Tender Lotion

Tadi nik dah try la pakai.. dari segi bau memang ada bau bau korea.. yess.. mungkin bau bunga sakura lah kot. entah ! sebab tak pernah bau bunga tu in real. tapi bagi nik, ai lebih suka bau lotion Cosway R Series tu. Lebih kena dengan jiwa..Jangan marah.. Nik tergerak hati nak try ni sebab fungsi utama dia untuk moistkan kulit. Almaklumlah.. jenis kulit kering.. 

Tak tahulah bila akan habis Cherry Blossom Moisturizing Tender Lotion ni.. Tiga tahun lagi kot.. hahaha.  Meh share dengan nik, korang pakai losyen apa? Best ke tak? 


Rabu, 1 Jun 2016

Dah balik kampung.. Yeayyy.
Assalamualaikum ! 

Hai !

Korang yang kerja/belajar dekat dengan rumah parents mesti best kan boleh balik tiap tiap minggu - istilah balik kampung jugak ke? 



Aaaaa..jeles benor. Nik ni dah lama duduk negeri luar(bukan oversea ye), Dari umur 18 ke Perlis.. lepas tu ke Terengganu.. lepas tu ke Sabah..sekarang di Selangor pulak.  Balik kampung tu adalah sesuatu yang memang ditunggu setiap masa. Malah kalau boleh pantang ada public holiday nak balik kampung. tapi kena buka bab bajet la pulak kan.. Yang ni kena banyak berkifir dan buat kira-kira. hahahah.

Khamis lepas dapat balik kampung.. wehuu. seronok okey ! Walaupun balik 4 hari je, nak jalan-jalan pun memang tak sempat..tapi tak kisah pun. Dapat balik duduk rumah.. lepak lepak dengan adik beradik mak abah.. tu pun dah cukup. Yelah.. semua dah belajar jauh. Dapat berkumpul  ramai-ramai macam ni memang susah dah sekarang. 

Rindu? Tipulah kau tak !

Part paling best bila dapat masak kat dapur. waaaa. Sejak bermaharajalela kat selangor ni, memang tak masuk dapur dah. Balik kampung tu.. memang balas dendam balik la. Nik pulak dah lama nak makan sambal pauh pergghhh.. memang tak leh sebut tertelan air liur okey! Maka buatlah sambal pauh.. sup sayur..pastu buat asam pedas ikan kembung( yang ni sedap. ehhh! adik ai yang cakap.) 

Sambal pauh to be.. hahaha


Mak pulak kalau tahu anak dia yang ni nak balik, dia order tulang lembu siap-siap. Sebab sub tulang kaki lembu is my fav.  Fav yang mak buat je, yang orang lain buat nik tak berapa. Habis berpeluh mengembeleng tenaga makan. part isi dalam tulang tu, hirupp dengan straww. Ada bran??

Satu je benda tak best bila balik kampung... saat nak packing barang nak balik ke tempat kerja balik. Tak suka . 




FATIHAH FAZLIN@templatesyard