September 2013 - Fatihah Fazlin

Jumaat, 20 September 2013

Not Just A...
Bukan sekadar gambar.di sebalik itu ada sebuah cerita tentang hati. gabungan kata dalam setiap gambar menjadi simbolik cerita hati seorang manusia yang mencari kehidupan .













Khamis, 19 September 2013

Teringin buat segmen..
Assalamualaikum...

Sepanjang berbelog ni, nick tak pernah sekali pun buat segmen. hasishh,,,nick takut sebenarnya! takut takde orang join. Nanti nick akan automatik kecewa and sedih sepanjang malam..heehee.. xD
Aci tak kalau nick buat segmen? agak-agak ada yang nak join tak?  alahai..sebenarnya niat di hati ni bila dah follower blog tak seberapa ni mencapai 500 nick nak buat la segmen kecil-kecilan..



Dan..
Sekarang..dah lebih pun 7 orang..alahai..bila la agaknya diberi kekuatan dan kesempatan untuk buat segmen ni..bukan apa..nick jeles gak tengok blogger lain kencang je buat segmen. Tapi jangan salah faham, jeles nick ni jeles yang ok..bukan KO! HAHHA..

Sebenarnya..
kalau nak tahu, umur blog nick ni dah dekat setahun.. nick start blogging September 2012. now dah September 2013.hihihi...dah lama kan? kalau baby agaknya dah boleh jalan dah.hehehe.. tapi yelah, masa mula-mula dulu, nick tak aktif sangat...blog cincai je.><

Sekarang...
nick nekad..nak teruskan apa yang dah nick mulakan..hihi..nak buat jugak segmen bulan ni..sempena aniversary blog ni..Opss...boleh ke macam tu? boleh la kot! apa kata uolls semua bagi pendapat, macam mana jenis segmen yang patut nick buat untuk permulaan..

p/s: gementar! PLUS sakit ibu jari hantu, tersepit kat pintu tadi..


Rabu, 18 September 2013

BLOG SEBAGAI PENDAPATAN SAMPINGAN
Join segmen Ben Ashaari 



               


Kalau online and buka blog kat rumah, for sure adik akan cakap..."online je kerja..asyik2 buka blog.! 
macam tak de kerja lain! bukan dapat duit pun."

haa! bak sini nak habak dik oi.masa mula-mula kakakmu berblog dulu, memang la satu sen pun tak dapat.tapi sekarang tidak lagi..dengan blog ni kakakmu ini dapat sedikit duit dari nuffnang dan 8share.huhuhu..dulu masa newbie, tak tahu sangat yang blog ni boleh buat income, yelah walaupun tak banyak, tapi boleh buat topup sikit-sikit..

and one more, kalau ada blogger lain buat segmen atau GA, and kalau ada rezeki dapat menang hadiah..even pernah menang cash money and topup. hehehe


tambah income boleh?
ASSALAMUALAIKUM..



update sekali lagi.:) bagi yang sudi, boleh la klik iklan untuk nick ye.
hehe..tambah tabung nak kawen! hehehe


http://coolstuffcdn.com/share/my/3510/4375620
http://coolstuffcdn.com/share/my/3294/3945906


nanti bila dah klik boleh paste link uolls kat SINI..LIMITED 5 ye..
boleh la nick klik balik iklan uolls..
aci kan?
kita sama-sama jujur..:)
sekian.
.xoxo.

Sabtu, 14 September 2013

Tips untuk rasai perasaan gembira.
Sedikit tips untuk kita semua dear.
Kesegaran dan minda positif mampu menambahkan semangat bagi melakukan tugasan seharian.Kita perlukan hati yang tenang dan gembira untuk melakukan




Perkara terbaik yang boleh dilakukan selepas membuka mata di pagi hari adalah:
1. Bersyukur
Bersyukur kerana anda masih diberi nafas pagi ini bagi melihat matahari dan menghirup segarnya udara kurniaan Allah. Bersyukur juga kerana anda masih diberi kesempatan untuki melakukan dan menjadi yang terbaik; pastinya lebih baik daripada yang semalam.

2. Tekad Bermotivasi
Ucapkan dalam hati dan kepada diri yang anda mahu bersemangat sepenuhnya. Dengarkan dan baca bahan bermotivasi sebelum memulakan tugas. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Hal ini kerana ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Tingkatkan Motivasi Diri Dengan Mencari Motivasi Terbaik
Motivasi harus dijaga. Sekiranya ia tidak dipelihara, ia akan menjadikan kita tidak bersemangat.

4. Mulakan Dengan Bismillah
Mulakan setiap tugasan yang ingin dilakukan dengan bismillah. Bismillah dapat menjauhkan kita daripada bisikan syaitan dan perasaan was-was.

5. Mulakan hari dengan ubah sikap. 
Tetapkan apa yang mahu dicapai.
Tetapkan target dan sasaran apa yang hendak kita capai dalam diri setiap hari.

6. Maafkan Semua Orang
Sebelum dan selepas bangun daripada tidur, maafkan insan di sekeliling kita. Memaafkan dapat menghilangkan segala kerungsingan dan keresahan hidup. Hati juga akan menjadi tenang dan tenteram apabila kita memaafkan insan lain.

p/s: cita-cita hari ni, nak selalu senyum !
sumber:sini

Jumaat, 13 September 2013

Kamu tinggal dimana? Kamu ingat rumah kamu?
ASSALAMUALAIKUM..

Segala puji bagi ALLAH yang maha esa. Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Betol-betol jarang update disini..hati nick tergerak nak kongsikan satu cerita yang jarang sangat berlaku depan mata nick, even mungkin depan mata kita semua. ::><:: sungguh nick tersentuh..

waktu entry ni ditaip, nick di tempat kerja, memandangkan tak de ramai patient datang, nick menyempatkan diri sign in blog.ouchh! rasa macam blog ni dianak tirikan pulak. Btw, alkisah bermula bila nick tengok seorang pakcik/abang(tak pasti sebab di membelakangi nick) duduk di atas welchair di muka pintu,. Lama dia disitu. First, nick fikir mungkin dia sedang menunggu saudaranya..atau kawan atau family.

10..20..30..40..50..120 minit kemudian..
ada seorang yang paling penting yang kerja kat hospital lalu depan pakcik/abang, pakai kot putih..ala yang pakai steteskop tu..(boleh fikir kan) ..pakcik/abang tu tengok ja..kali kedua,dia tegur..
nick tak jelas butir percakapan mereka, tapi nick masih boleh dengar.dan nick yakin apa yang nick denagr tu betul..

"encik,boleh ka minta ambulans hantar saya?"

"tidak.kamu tiada kawan? "

"tiada.saya sorang saja.ambulans ada encik?"

"nak guna ambulans ada procedure."

begitulah sedikit sebanyak yang nick dengar..dan pemakai kot putih terus berlalu..:"( sedih dan tersentuh sangat nick tengok nad dengar suara pakcik/abang tu. apa lagi yang dia mampu buat. seorang di hospital jam 11.30 malam tanpa keluarga @ kawan dan tak mampu berjalan (welchair)..




seterusnya, dia bertanya pula pada guard yang ada.. Nick pasti guard tu mahu tolong dia, tapi waktu tu dia pun sedang kerja, apa la yang dia boleh buat..

nick yang melihat dari dalam,tersentuh..dalam hati kata 'harap-harap ada yang tolong dia.'.. terkikir jugak nak mintak number telefon family dia, tapi tak sempat sebab masa tu patient tengah ramai. :":": tak lama kemudian, ada la satu family ni datang dari luar..Mungkin diorang dengar perbualan pakcik/abang tu dengan si pemakai baju kot tadi dan baru selesai jumpa doktor dan ambil ubat kot..

'Si Family' adalah dalam 3 orang, mungkin suami,isteri dan adik beradik salah seorang dari mereka.. yang si 'suami raut wajahnya agak garang.nick pun takut nak tengok..tapi siap tahu disebalik wajah tu, dia masih punya sifat perikemanusiaan. Alhamdulillah..

perbualan mereka...

"kenapa? kamu nak balik? kamu tinggal di mana? kk( area bandar kk) ka??"

si pakcik/abang tu macam bingung/terkejut nak menjawab..butir jawapannya tak jelas.

"kamu ingat rumah kamu?" 

si pakcik/abang tu angguk.

"ok.marilah.kami hantar kamu. di kk kan?"

si 'isteri' membantu menolak welchair.

"kamu disini dulu, saya pergi ambil kereta"

..................................................................................................


tanpa kenal, tanpa tahu nama, tanpa diminta... 'si family' sudi menolong.. bagi pihak pakcik/abang tu, nick ucapkan terima kasih banyak-banyak. Tuhan akan balas kebaikkan kamu. dan nick pasti pakcik/abang tu juga amat berterima kasih.. ya..tidak kira kamu siapa. menteri, pegawai, polis, cikgu, mahupun peguam.. yang penting kamu manusia, maka tumbuhkanlah sedikit rasa ihsan buat sesiapa yang dalam kesusahan. Cambahkan sedikit rasa perikemanusiaan pada sesama makhluk.

Jangan angkuh. Jangan sombong! 

Daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah S.A.W.  bersada yang maksudnya, "Siapa yang melapangkan satu kesusahan orang yang beriman daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan melapangkan orang itu satu kerumitan dari kerumitan akhirat. Dan siapa yang memudahkan orang yang susah, Allah akan memudahkannya didunia dan diakhirat. Siapa yang menutup keaiban orang Islam, Allah akan menutup keaibannya didunia dan diakhirat. Dan Allah sentiasa menolong hamba itu selagi hamba itu mahu menolong saudaranya."
(Hadis Riwayat Muslim).

 


p/s: kisah benar ini berlaku depan mata nick sendiri..

Jumaat, 6 September 2013

Kisah Begini Begitu..
Bismillah..
Assalamualaikum...

Last entry pada blog ni adalah pada 21 august! Mashaallah..kekangan masa membuatkan nick tak sempat nak menupdate blog kesayangan. terdetik jugak di hati nak berhenti berbelog ni. Tapi nick sayangkan blog nick ni. buat masa ni belom ada kata putus lagi.:)  Harap-harap adalah jalan penyelesaiannya nanti.

btw, 
sibuk sangat ke nick sampai tak sempat nak update blog.?? acctually, siduk tu perkara no 2. yang menjadi hal sekarang adalah diri nick sendiri. bila datang masa nak menyepikan diri, sepilah diri ini sesepinya.. ttttt ! ! haha..sedih bukan? ? 

Nick rindu nak join segmen dan segala jenis contest yang rakan blogger anjurkan. tapi seriously, bila tengok syarat yang agak banyak, hasrat jadi terbatal dengan sendirinyaaaaaa.. hadooii.. kenapalah dengan diri nick ni? ? nick pun tak tahu.. konfius memanjang. rindu nak balik kg kot ! rindu Unisza jugak ! perit jugak kan perasaan rindu ni..-_-




kata-kata pembakar semangat kala subuh...untuk mulakan hari yang lebih bermakna esok hari.:)
 




FATIHAH FAZLIN@templatesyard