Fatihah Fazlin: travel
Memaparkan catatan dengan label travel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label travel. Papar semua catatan

Ahad, 6 November 2022

Short trip ke Cameron Highlands

 Assalamualaikum. Hi.


Hujung bulan jun hari tu, suami nik ajak jalan-jalan pusing Malaysia. Sebenarnya dia dah lama nak jalan-jalan ni. Tapi kekangan masa dan bajet, kita tunda banyak kali. hahaha.  Dua minggu sebelum pergi tu,suami ajak.. nik onzz je even masa tu tengah pregnant 28/29 minggu.


Dari setiu, Terengganu kami bertolak ke Gua Musang guna jalan Tasik Kenyir, masuk Felda Aring. Dasyat ye jalan kot sana. Singgah lunch rumah kakak ipar kat Bandar Gua musang then pukul 2 petang gerak naik ke Cameron Highland. Sebenarnya, dari awal pregnant lagi nik mengidam nak naik Cameron nak makan aiskrim stroberi kat sana. muahhaha.


Ni masa singgaah Masjid Razaleigh kat Gua Musang. 


Pun sama. 

Nak masuk kat Taman Lavender ni kat depan tuuuu.. 


Tapi tak  jadi sebab dah petang nak kena chek in hotel dulu. 


Sampai hotel terus tido budak ni. 

Gambar kelam tak de masa nak edit dulu. 

Perangai yeee


Dapat makan eskrim stroberi.. 



Petik strawberry jugak kat sini. 

Parking kat ladang teh apa tah nama dia. Weekdays pun ramai orang ye. 





Anis dan papa



dia nak penyet hidung ibu. 




Ni masa kat banting, kat Pantai morib. 

Naik bukit jugra dengan kereta. Orang lain joging je ye. 

Anis ni tak takut ketinggian ye. Ibu dah ketar lutur tgok kebawah. 



Banyak tempat nik singgah tapi tulah, selalu lupa nak snap gambar. Jalan dengan Anis, dok kejar dia je. Handphone pun lupa nak bawak keluar.  Kalau wujud gambar tu maknanya, Anis dalam waktu tenang la tu. Kalau tak,.. letih ibu nak kejar. 


Oh.. tadi nik cakap pusing Malaysia kan. idok la satu Malaysia. Cumanya lepas ke Cameron tu, kami ke Ipoh sekejap. Then singgah area tempat kerja lama nik kat Kuala Kubu Bharu, Selangor bagi buah tangan sikit kat kawan kawan lama. Lepastu terus bertolak ke Banting. Dua hari satu malam kat banting, sempat naik Bukit Jugra. haha.  Malam kedua kat banting, kami gerak ke Johor. Mula-mula nak singgah Melaka, nak stay semalam kat melaka, tapi takut tak sempat sebab nik cuma cuti seminggu je. So teruslah ke Johor. Sempat 2 hari je kat Johor. pastu perjalanan balik singgah kat Bandar Pekan, Pahang. Seumur hidup nik tak pernah sampai kampung Tok Najib korang. hehehe.  


Banyak dok atas kereta je sebenarnya. Penat dia toksah cerita la. Cramp kaki dan bontot. Yang jadi driver lagilah, balik balik je rumah, tetus demam. Nasib badan sungguh. 


Selasa, 8 Februari 2022

Tempat Menarik Besut, Terengganu | Pantai Beting Lintang

 Assalamualaikum.


Sibuk sangat seminggu dua ni sampai tak sempat nak menaip kat blog. Padahal dah berazam dah nak menulis kat sini lebih banyak untuk 2022 ni. Takpe, kita try semampu yang boleh. 



Pantai Beting Lintang 

Ini kali kedua nik sampai di kawasan Pantai Beting Lintang ni. Kali ni sempatlah snap gambar sebagai kenang-kenangan nak letak kat blog ni. Masyaallah kawasan sini memang semua sudut dia cantik. Dalam gambar cantik, depan depan lagi cantik. Sesuai sangat untuk kita picnik tepi pantai dengan family. Ambik angin petang duduk tepi pantai sambil makan keropok lekor. Fuh.. seronok sangat! 


Nik singgah kedai makan dulu. Perut tengah lapar kan. Sekarang dah banyak kedai-kedai makan dibuka kat kawasan pantai ni. Berderet kedainya, Tinggal kita pilih je nak masuk kedai mana. Macam macam dekorasi kedai which is memang menarik sangat, pelancong datang pun akan seronok. 


Nik cuma singgah kedai yang tak ramai orang sangat. Yelah sebab weekend kan, takut jugak dengan si covid yang tak mahu lenyap ni. Masuk kedai pak cik mak cik ni. Ada satu meje je yang ada orang.  Kedai dia macam warung je, tapi menarik sebab dia bina wakaf macam kat bawah ni. Seronok la ,makan meggi celup betul-betul tepi pantai. 


Maafkan muka ibu anis tak semengah. Keluar rumah muka togel je. Anis tak sihat tu, tu yang berpeluk je dengan ibu. 


Comey la hor, wakaf tempat nak makan pun. Gambar muka papa anis kabur tu kira halal lah, asalkan boleh nampak full wakaf tu.

Order meggi celup sor, meehun sup sor, teo beng sor, tea o panas sor. Padey lah.

Anis sekali lagi tak nak disnap.

Kawasan kampung beting Lintang dah ni. Ambik gambar dari dalam kereta je.



Ada sungai dan bot-bot nelayan. Papa anis ajak turun ambik gambar kat bot tu, tapi nik malas sebab anis pun dok meragam. 

Ramdom nik ambik gambar tepi tepi jalan. Ni pukat ke apa ek?

Ni macam sesuatu benda untuk penduduk situ buat keropok nik rasa. Rasa-rasalah. Tak ingat bertanyalah pulak hari tu.

Nik ada baca sikit info jugak, kawasan kampung Beting Lintang ni tempat orang dok buat budu. Pastu  korang datang boleh beli makanan laut segar kat sini. Ada beberapa kedai nik perasan. Katanya fresh dari laut nelayan bawak kedarat terus jual. 

Kalau kata nak stay area sini, korang boleh google homestay. Nik nampak ada banyak yang sediakan penginapan homestay. Kalau hotel macam takde. Area kampung kan, biasalah. Agak jauh jugak dari pusat bandar.  Kalau korang betul-betul nak cari ketengan dunia, kat sini sesuailah.


Kedai makan jugak ni, tapi masa nik pergi tak bukak lagi. Rasanya masih dalam construction lagi. Dah siap nanti mesti cantik. Pagar kedai boleh jadi tempat untuk korang ootd, hahaha


Masuk kedalam sikit. Jalan pun dah tak berturap. Banyak pokok-pokok rhu kat sini. Port bergambar untuk koranglah! hehehehe.


Budak kampung je. Syukur boleh tengok pantai tiap minggu. Hilang serabut di kepala.

Papa anis konon nak ambik gambar astetik. Layannn

sayangnyaaaaa.

Nampak estatik, ibu ambik gambar lah. Walaupun rumah buruk takde orang duduk. heheheh

Tunggu je orang sampai.

Overall, nik suka sangat dengan suasana dan pemandangan pantai sini. Tapi... sampah sarap banyak sangat-sangat. Korang kalau datang tempat ni tolonglah.. tolong sangat jangan buang/tinggal sampah sampah tu merata. Bawak lah masuk kereta kalau  takde tong sampah.  Bila sampah melonggok kita salahkan majlis/pbt sebab tak jaga, tapi kita tak sedar yang sampah tu datangnya dari tangan kita.

Hahhh. sekian ucapan YB hari ni. Nanti datang terengganu, singgah di Besut jangan lupa terus ke Pantai Beting Lintang. Korang google maps je nak ke sini. Pasti jumpa. 




Jumaat, 10 Disember 2021

Jeram Mengaji Agro Resort, Pasir Putih | Tempat Viral di Kelantan

Assalamualaikum.


 Jeram Mengaji Agro Resort, Pasir Putih | Tempat  MenarikViral di Kelantan



Balik kampung hari tu, sempatlah nik singgah sekejap di Jeram Mengaji ni. Plan asal nak ke Kuala Krai dulu tapi suami malas pulak nak drive jauh, sebab lepastu nak ke Terengganu. Alang-alang nak bawak anis berjalan sekalilah. Lama duduk rumah PKP kan.. Kang anak tak kenal lembu, itik, ayam! 

Lama dah sebenarnaya nak ke Jeram Mengaji ni. Orang duk viral kata tempatnya cantik macam Kundasang kan? Nik pernah ke Kundasang masa kerja kat Sabah dulu, so why not kita tengok sendiri, sama ke tak. 

Dan.. memang terbukti pemandangannya agak sama. Walaupun takde Gunung Kinabalu sebagai view di perjalanan, tapi bila sampai betul-betul di kawasan tu ada bukit disekeliling. Dengan kabusnya lagi. Boleh dapat feelling Kundasang tu. hahaha. 

Cuma sayangnya, nik pergi hari Jumaat. Lembu hitam putih yang nak bagi Anis tengok seekor pun tak jumpa. Mungkin lembu masuk kandang atau nik salah waktu. Tapi masa pergi tu, manusia Ya Allah punya ramai ye. Tak terkira. Masa tu baru dua minggu gov bagi rentas negeri kan. Maka berpusu-pusulah kot rakyat jelata asal kelantan balik. Parking pun penuh kiri kanan. 


Bertiga jer. Gamble suruh akak tak kenal ambilkan gambar kitaorang.

Anis dengan papa. Dia baru bangun tido masa sampai sini, tu muka masam macam limau bali tu.

Anok papa kan.Ibu tinggal sorang.

Ibu jong ambik gambar jah. Anis taknak pakai mask, selalu elok je. Awas ye korang, tempat ramai macam ni kena jugak pujuk anak pakai mask. Bahaya covid di mana-mana. Anis ni, nik sehabis elak berselisih dekat-dekat dengan orang lain. Dia mengamuk tak nak pakai mask. 


Ajak bergambar tak nak. Baju anis pakai nenek pilihkan.

Bincang apa tah.

View berkabus. Masyaallah cantik. Kebetulan mai lepas hujan. 

Kuda je ada. Lembu takde.





Anis memang suka binatang.


Ada keto sodok. Kita naiklah.




Selfielah sikit.

Ok ok. Anis masuk sekali.  Disebalik mask ni, anis ikut muka sapo bena?


Last but not least. Nik suruh papa anis ambik gambar, nak background botol susu corak lembu tu, tapi nampak separuh jah. hmmm.  Tayar jah full. 

Jeram Mengaji Agro Resort, Pasir Putih | Tempat Viral di Kelantan


Dari segi prasarana, mungkin ada yang boleh ditambahbaik. Bermula dari simpang nak masuk ke Agro Resort Jeram Mengaji, jalannya berlubang teruk(mungkin sebab hujan) dan agak sempit. Pengunjung ramai keluar masuk, nak berselisih kereta tu menakutkan. 

Tandas ada disediakan. Kedai-kedai pun banyak jugak dibuka. Senang nak membeli makanan yang mana ada anak kecik. Susu lembu of course ada!  Aktiviti menunggang kuda, sewa ATV dan jungle flight pun ada disediakan. Korang berminat nak cuba bolehlah. Harga nik tak pasti, sebab tak tengok pun.  

Untuk aktiviti mandi-manda korang boleh terus ke Jeram Mengaji. Nak berkelah pun boleh. Nik tak masuk ke kawasan ni sebab sampai sana pun dah lewat. Lepas jalan-jalan keliling, ambik gambar sikit,  terus balik. 

Nik rasa kalau kerajaan Kelantan bagi fokus untuk pembangunan Jeram Mengaji Agro Resort ni, mesti akan lebih gempak sebab tempat ni boleh jadi tempat tumpuan pelancong luar jugak.



FATIHAH FAZLIN@templatesyard