Mac 2021 - Fatihah Fazlin

Isnin, 29 Mac 2021

Sebab Neelofa dan PU Haris dah kahwin.

 Assalamualaikum! 


Semua mesti dah tahu kan, Neelofa dah kahwin sabtu lepas dengan PU Haris? Meloncat tak? Hahaha. Alhamdulillah. Memang semua orang tertunggu-tunggu agaknya majlis Neelofa ni. Yelahkan setelah pelbagai fasa drama dan cerita yang keluar, akhirnya bertemu jodoh dengan lelaki yang baik, yang boleh membimbing Insyallah.





Okeyh! Majlis Akad Nikah Neelofa tu memang cun, cantik habis. Tenang. Damai. Pelamin dia fuhhhh.. Sepuluh kali tengok pun tak puas kan. Baju pengantin pun cantik. Paling menarik, semua tetamu dan keluarga berpakaian putih. Nampak betul-betul suci suasana tu. Tapi kalau tertumpah kuah kat baju, habis! Ada nik baca komen kat fb, katanya weeding of the decade! 


Tapi, netizen ni amboi sangat kan? 


Semua benda tak kena ya. Bukan semua lah, tapi nik tengok tak kurang jugak yang duduk kondem majlis orang, serba serbi tak kena. Semua benda nak di kutip menjadi sesuatu yang negatif. Tak boleh ke kalau kita ucap tahniah, doakan kebahagiaan dorang? Ni nak jugak cakap yang bukan-bukan, doa yang pelik-pelik..kalaulah benda tu terjadi kat kita, adik beradik kita, tak ke meroyan? Tahu pulak nak stress, depress apalah.  Neelofa dan family dia tu pun, ada hati perasaan korang. Berhati-hatilah sikit sewaktu menaip tu. Fikir dulu. Timbang tara dulu pro and cons masa nak tulis tu. Allah balas balik baru tahu! 



Neelofa guna bunga hidup 4tan buat pelamin - biarlah duit dia. 


Neelofa hidang udang galah untuk tetamu -  biarlah duit dia


Nik ni bukan die hard fans Neelofa, Pu Haris atau any of the family members, Tapi nik followlah cerita dorang dari tepi, alaaa sama macam follow cerita artis artis lain. Tak pernah terfikir nak kondem artis ni begitu, artis ni begini. Kalau ada cerita artis yang nik tak berkenan, just mengucap/istigfar dalam hati jelah. Takut ye nak kata lebih-lebih. Kang Allah terbalikkan apa yang kita kata tu jadi kat kita macam mana?  


Gitulah. Sama-sama beringatlah kita ye. Tumpang bahagia dengan kebahagian orang kan lebih baik. Orang bina masjid, kita ucaplah tahniah. Kalau takde benda nak cakap? Kita diammmm. Senang kan? 


Rabu, 24 Mac 2021

Done Vaksin Covid! Pengalaman Divaksin Dos Pertama.

Assalamualaikum! 


Hai korang, memandangkan isu vaksin tak vaksin ni tengah menjadi perdebatan hebat kat media sosial sekarang ni, nik terpanggil untuk menulis serba sedikit tentang pengalaman nik sendiri divaksin oleh akak akak misi. 


Sebelum cerita panjang, kalau korang nak baca FAQ pasal Vaksin Covid ni, boleh terus ke link KMM ni:  FAQ


Okey sebelum korang buat assumption, nik bukan misi atau doktor ye, tapi nik kerja kat hospital yang mana memang setiap hari, 5 kali seminggu, 8 jam sehari berhadapan dengan pesakit dan orang awam. Dan tempat kerja nik ni pun memang jadi Hospital Khas Covid. Takde isu ye, dapat vaksin awal.


Dos pertama, Corminaty Vaksin daripada syarikat pfizer pada 7 Mac hari tu. Memang dalam jadual yang dah dikeluarkan awal, nama nik ada dalam senarai penerima vakin, bersama dengan forntliner yang lain. Dalam pkul 9.30 macam tu nik kena cucuk. 


Dekat mySejahtera pun nik dah daftar awal-awal lagi masa kerajaan umumkan tu. Persediaan sebelum takde apa pun, just datang bawak telefon dan ic sahaja. Telefon perlu sebab nanti nurse bertugas akan semak pendaftaran vaksin kita kat apps mySejahtera tu.  


Cucuk vaksin covid ni tak sakit pun. Sakit lagi masa cucuk nak ambik darah  time mengandung. Hahahaha. Jarum pun kecik je. Selepas kena cucuk, kena rehat kat situ dulu dalam 15-30 minit untuk petugas pantau keadaan kita. Dah okey lepastu, kena ambik satu kad untuk  second dos vaksin, yang mana 21 hari selepas dos pertama. 


Dalam setengah jam pertama selepas cucuk tu, memang takde rasa apa pun. Tapi selepas tu memang agak lenguh jugak belah tangan yang kena cucuk tu. Hahahaha. nak angkat pun macam tak daya. Nasib baik cucuk sebelah kiri, boleh lagi buat kerja sebelah kanan. Masuk hari ke tiga dah okey. Takde kesan apa-apa dah. Semua okey!  Takde allergik ke apa. Ada kawan nik, dia cakap rasa mengantuk hari first tu. Tapi nik, alhamdulillah ok.


Setakat hari ni pun masih okey takde kesan apa-apa.  Kita tunggu untuk second dos nanti pulak la macam mana. Rasanya semua akan baik-baik je. Cucuk vaksin ni salah satu ikhtiar kita jugak kan. Insyallah selamat. KKM pun nak bagi yang terbaik untuk kita semua.

 

So, korang jangan lupa daftar untuk vaksinasi covid kat mySejahtera tu. Takpun nanti pergi je kat klinik yang disenaraikan KKM. Cek laman web kkm ye. 




Isnin, 8 Mac 2021

Restoren Menarik di Jerteh | Makan Bakso Pelakor, lama dah mengidam!

 Assalamualaikum.


Sejak balik semenanjung 5 tahun lepas, nik memang teringin nak makan bakso. Even, masa mengandungkan anis pun teringin nak makan. Semua tempat yang terdaya capai, suami bawak makan. Tapi sayang, takde satu pun kena dengan jiwa atau makna kata tak sama dengan Bakso Mas kat tempat kerja lama dulu, HQE. 


Nik teringin nak makan bakso yang sebijik sama dengan bakso Mas. Sampai sekarang tak de! Pernah book flight nak g ke Sabah, tapi sebab ada hal yang takleh elak, burn macam tu je tiket. Dah la menyimpan sikit-sikit duit nak beli tiket tu. huaaaa. Almaklumlah kita buka T20. Nak ke Sabah pun 5 bulan saving baru boleh beli tiket. hehehe



Haa. Korang kalau nak jalan jalan cari makan kat Jerteh, mesti singgah dan try bakso pelakor ni tau! 


Gambar dari story ig. Boleh nampak yang ruang makan dia pun selesa dan kemas. 





Okeh, nak jadikan cerita, sebelum PKP 2.0 baru baru ni ontheway nak ke Jerteh, nampak kedai bakso ni. Dah dia punya signbord pun warna merah, dari jauh dah boleh nampak "BAKSO PELAKOR" . Nama kedai pun unik! 


Apalagi nik terus ajak papa anis singgah. Hahaha. Takleh tunggu minggu depan dah!


Nik takdan nak ambik gambar beria masa 1st time singgah tu. Memang singgah, order then terus makan. Sempat selfie sikit je. Maknanya memang sedap sungguhlah bakso kat sini. hahahaha. Even rasa dan rupa dia tak sama dengan Bakso Mas yang nik mengidam tu, tapi boleh makan yang ni pun dah cukup puas dah. Tak pe dah kot tak pergi cari sampai ke sabah. >,<


Banyak jugak jenis bakso kat kedai ni. Nik makan Bakso Jumbo RM8 semangkuk. Bolehla portion dia buat keyang 3 jam. Bakso gunung berapi pun ada. Harga lain-lain. 


Nak detail harga, korang singgahlah nanti. Kat bawah nik bagi alamat. Sebab nik sendiri pun lupa, gambar menu pun tak snap. HAHAHHA. Korang yang tercari-cari tempat makan menarik kat kawasan Jertih/Besut, boleh la try singgah kat sini tau.


LOT 60274,JLN GERAI, Kampung Bukit Kenak, 22000 Jerteh, Terengganu
Hours




FATIHAH FAZLIN@templatesyard