ASSALAMUALAIKUM..
sumber gambar sini |
Tinggal beberapa jam lagi nak melangkah ke tahun 2015. Azam baru? Masih sama lagi dengan azam tahun 2010.. hahahhaa..takpe.. slow slow ambe kayuh. Banyak kisah suka duka, pahit maung tahun 2014 ni. Tapi yang pasti setiap apa yang dilalui ada hikmahnya. Setiap satunya, ada pengajaran dan pengalaman untuk tempuh tahun seterusnya. Insyaallah kalau panjang umur.
Awal tahun 2014 nik macam biasa. Tak ada yang menarik dan penting sangat cuma kalau tak salah nik, nik ada apply untuk sambung pjj kat Usm. And alhamdulillah dapat. Adakah sekarang nik student pjj Usm? Nantikan cerita seterusnya..dan kalau tak silap jugak, nik pergi KL awal jan. bagitahu kat sini sebab excited, iolls jarang dapat pergi Key ell. Dan kisah di Februari pun sama jugak.. menghabiskan hari hari yang ada dengan kerja.. Alhamdulillah, everthing okey dan berjalan lancar.
Mac mengejutkan dunia dengan kehilangan MH370 yang sampai sekarang tak ketemu. Ambe sebagai rakyat Malaysia, amat terkesan dengan kehilangan ni..April cuma jalani kehidupan macam biasa jugak. Cuma mungkin gembira sikit sebab ambe dapat lesen kereta setelah bertahun tertunda plus dapat menghadirkan diri ke kursus induksi(PTM) kat resort super duper best!. Dan MEI is my birthday. tapi takde yang bagi ferari sebijik pun kat ambe! T.T tapi alhamdulillah, tetap membesar dengan sihat.
Jun juga berlalu seperti biasa. Cuma mungkin ada lebih pengisian dalaman.. Alhamdulillah..dalam masa yang sama sempat ke Ranau melawat rumah anak yatim kat sana. And, masa tu betapa ambe sedar, ambe bertuah sebab masih ada mak abah yang boleh ambe bermanja. hehehhe. Bulan puasa juga di sambut sederhana sebab masih kat negeri orang.
Julai sekali lagi ambe dan kita semua dikejutkan dengan kes pesawat terhempas melibatkan MH17. Allah. Kuat sungguh ujian tuhan untuk negara kita. dan yang pasti, kita semua terkesan dan bersedih. Pada Ogosnya, negara menyambut kemerdekaan dengan suram. Mengenang apa yang berlaku pada negara kita. hummm. tak mungkin dapat dilupa semuanya. Akan terpahat kemas dalam memori rakyat malaysia..
Penghujung September nik sempat ke Labuan. jejak tanah baru. hehhee. seronok rupanya bila berjalan tempat orang ni. Hari raya haji pada bulan Oktober nik tak balik kampung pun. Tak dapat cuti. huhuhu. maka untuk kai keberapa beraya di perantauan. Untuk November nik plan nak balik kampung, tapi dek kerana tunggu tiket murah, akhirnya melepas. sebab sampai ke sudah tiket tak murah murah. masa tu sedih sangat. Last-last beli tiket flight untuk hujung bulan satu ni.
Disember datang dengan tenang, tapi sayang penghujungnya buat kita semua menitis air mata. Banjir teruk di Pantai Timur dah merobek hati dan jiwa nik. Sedih bila negeri kelahiran bertukar wajah. Tapi syukur sangat, sebab ramai insan yang sudi membantu. Tak lupa akan pesawat QZ8501.Takziah pada keluarga mangsa.. Alfatihah untuk mangsa yang beragama Islam.
2014 akan undur diri dalam beberapa minit lagi. Welcome 2015, semoga anda muncul memberi harapan baru untuk kami semua.