Tuntutan Kerja - Fatihah Fazlin

Isnin, 6 Julai 2015

Tuntutan Kerja

Assalamualaikum.


Akhirnya gigihkan diri menaip barang seayat dua di blog sendiri. Punyalah banyak masa yang ada, tapi takde hati nak menulis. huh. Payah kan kalau takde mood ni. Semua idea terbang tak tau pergi mana. Eh, apapun nik ni hanya blogger separuh masa, Menulis bila rasa ada mood.




Hari ni dah 19 Ramadhan. Nak masuk 10 Ramadhan terakhir dah kita. Cepat kan? Nik macam biasa, hari hari kerja. Pagi sampai petang. Petang sampai malam. Malam sampai pagi. Penat kot kerja syif. Kalau tahu dulu masa awal-awal, nak pilih penempatan lain. Huhhh. Tidur pun tak tentu masa. Bagun tu ingatkan dah pagi, rupanya petang. Punyalah kelibut.


Tapi dah namanya kerja . Kalau kerja berkait rapatlah pulak dengan tanggungjawab. Amanah!  Tapi kan, kadang kadang masa frust bila orang awam tak langsung hargai kerja kita. Malah mengutuk lagi. Korang tahulah kan, ramai rakyat Malaysia yang secara terang kondem goverment servant. Fuhhh.. Panas hati nik. Tapi tahan je sebab faham jugak, ada antara kami yang buat kerjanya tak berapa okey,, Yang curi tulang pun ada. Tapi korang tolonggglah faham. Tak semua goverment servant macam tu.. Jangan terlalu mengeji kami yang cari makan ni. 


Tengoklah sikit sisi kanan kami. Terutamanya yang kerja syif, kerja malam, kerja di laut. Jauh dari keluarga. Kami pun macam korang semua kat luar sana jugak. Ada waktu mengantuk.. dan tertidur. Ada masa sakit demam, senggugut, Ada masa ada masalah keluarga. Jangan terlalu menghentam dan menghukum kami wahai rakyat Malaysia.. 


Haaaa.. kan dah termeluah sekali lagi...
Maaf ye yang mana terasa.


Tiada ulasan:

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard