MY FIRST TIME BUAT DONUT - Fatihah Fazlin

Isnin, 13 Januari 2020

MY FIRST TIME BUAT DONUT

Hai..

Hai korang, assalamualaikum.

Weekend hari tu nik try buat donut, menjadi weh! terus excited giler sebab first time buat terus jadi dan hemm cantik je rupa donut ai.  Gebu! Takdelah susah sangat pun kan nak buat donut ni, kena rajin sikit je, terus jadi. hekhek

Cantik kannn kan kan. Ni sebelum buat lubang kat tengah tu. Time nak goreng baru nik buat lubangnya. Dah masak pun cantik gebu. Tapi sayang ai is lupa nak ambik gambar ya g dah siap goreng. Dah makan habis baru teringat. 

Seronok weh bila benda yang kita nak sangat tu menjadi. 


Alkisahnya nik termengidam donut lambung kat tepi jalan ontheway balik kampung, tapi tiap kali lalu situ asyik tutup je. Banner besar gedabak tapi kedainya tutup, bukan sekali tapi banyak kali lalu kedai tutup. Kita ni dah membuak-buak nak try donut lambung tu, rupanya pun tak pernah tengok. Sedihhh.

Dah frust tu, dapatlah ilham nak buat sendiri je. Nik google je resepi donut simple dan senang nak buat. Dah buat, eh jadi cantik je kejadiannya. Bangga jap maklumlah kita noob bab bab buat kuih ni.

Bahan-bahan pun senang sangat. Cuma perlukan:

-Tepung gandum 500g
- Yis mauripan (guna separuh je)
- Susu cair 2 sudu
- Gula halus 1 sudu
- Garam 1 sudu kecil
- Air

Yis tu bancuh dulu dengan air suam. Lepas tu campurkan semua bahan uli sampai adunan tak melekat, Biarkan adunan dalam sejam setengah. lepas tu dah boleh bahagikan ikut lah besar mana. kalau nak donat korang besar-besar sekali makan kenyang, buatlah besar. Saiz nik buat ni kecil je. Dapatlah dalam 22 biji. Bolehla bagi kat jiran, heheheh

Ada resepi nik baca dia letak telur, terserahlah. Tapi nik ikut resepi nik alhamdulillah terus jadi kiranya terus guna resepi ni jela sampai bila-bila.

10 ulasan:

  1. Bestnya...kalau akak beli je la..mmg tangan x seni buat kuih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah kita kak. Jarang sangat buat kuih-kuih ni. Selalu beli jugak.

      Padam
  2. Elok sungguh rupa doh fatihah buat tau, wah mengidam donut lambung ye hehe namanya pun cukup buat sesiapa nak mencuba. Rajin dia, buat sendiri lagi banyak boleh makan, silap2 boleh kirim dekat jiran sikit hehe.

    BalasPadam
  3. cantik dan gebus je donut nik buat tu. Sisyat belum berjaya lagi setakat ni..hehe

    BalasPadam
  4. nk gambar yang dah goreng pleaseeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa. Mcm mana nak buat ek dah habis makan lisa. 😂

      Padam
  5. Assalamualaikum... nanti saya post. Akak lalu hari jumaat ya, hari jumaat kami cuti. Operasi dari jam 11am hingga 5.30 pm.Lain kali kalau singgah, perkenalkan diri... Ayah teh belanja akak makan donut Lambong free .Selamat berpuasa

    BalasPadam
  6. Wassalam dik, kedai adik yang kat mana ye? akak selalu balik khamis petang, dalam pukul 4.30-6.00petang. hehehehe. kedai yang akak selalu nak singgah ni kat tepi jalan nak ke jerteh dari setiu.

    BalasPadam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

@templatesyard