Bawak Anis Mandi Sungai, Lata Changkah

Ahad, 9 Februari 2020

Assalamualaikum! 

Hai. 

Duduk kat terengganu ni dah 4 bulan dah, tapi takde jalan-jalan sangat pun lagi. Kita orang just jalan atau singgah/pergi yang mana dekat je. Kena banyak berjimat zaman serba mahal ni. Bawang pun dah naik harga kan. 

Hari tu sebelah petang papa anis tak kerja dia ajak pergi ke Lata Cangkah, Setiu. Nik on jer sebab duduk rumah pada hujung minggu teramatlah bosan. Tak tahu nak buat apa! Nik memnag jenis tak betah duduk rumah seharian. Kot mana pun kena jugak keluar. Tak kisahlah ke taman depan rumah sekali pun, asalkan KELUAR RUMAH. 

Meh nik bagi korang layan gambar Anis Lata Cangkah, Setiu. Pemandangan serius cantik, air jernih, pemandangan menghijau dan yang paling pasti suasana teramatlah damai. Orang pun tak ramai sangat even hujung minggu- mungkin sebab tempat ni tak popular macam yang lain.



Tengok ye tuan puan, air kat lata ni jernihnya Ya Allah. Cantik sangat-sangat nak describe macam mana pun tak reti. Boleh nampak urat kat kaki. Dak anis ni pulak memang suka main air, dapat tengok kaki dia dalam air lagilah kemain seronok.


Ontheway ke Lata Changkah, jauh sikit masuk ke dalam. Maapkan kesuraman muka ibu anis )


Papa anis mampu berenang 10 minit je. Sebab air terlampau sejuk. 

Happy baby! 




Anis seronok kira batu dalam sungai. Hahahah. Korang kalau nak tengok secara live kejernihan air boleh ke channel youtube nik, Seacrh FATIHAH FAZLIN. hahhaa. Nak jadi youtuber pulak kita. Ada video anis seronok berenang kat SINI.


Try guna filter instagram. Cun jugak kan.
Korang kalau teringin nak mandi sungai, meh la mandi manda kat sini. Tengah-tengah panas berendam syok wooo. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS