Assalamualaikum.
Lamanya lahai tak update blog. Masih tak boleh nak bagi full komitmen untuk blog. Tak tahu kenapa. Sibuk tu tak sangat.
Hari minggu hari tu tak tau kenapa teringin sangat nak makan bakwan. Bakwan kalau kat Malaysia macam jemput-jemput bersayur. Orang Indonesia panggil bakwan. Macam terasa rasa je kat mulut. hahaha. Nik memang suka dengan masakan Indonesia. Ayam penyet, bakso, gado-gado, seblak, bakwan. semua ni sedap!
Dah terliur nak makan, kita buatlah sendiri. Nak cari kedai belum tentu ada.
Bakwan ni sama mcm jemput-jemput lah. Tapi versi Indonesia yang nik makan, dia letak macam macam jenis sayur.
Meh nik share resepi bakwan sayur ni:
1. 2 cawan gandum
2. 1 Sudu tepung beras
3. Secubit Serbuk Kunyit
4. Sebiji telur
5. Garam sesudu kecil
6. Kubis dihiris kecil
7. Carrot dihiris memanjang nipis
8. Daun bawang
9. Jagung
10. Bawang besar hiris nipis
11. Lada besar hiris nipis
12. Air secukupnya.
Senang je kan. rasa pun confirm sedap. Kalau nak letak serbuk perasa pun boleh. Dah masak boleh makan macam tu je. Tapi ada orang dia cicah dengan sos. Mana-mana boleh. Apa lagi, pergilah korang buat sekarang. Boleh hidang untuk minum pagi atau makan petang. Very easy peasy!