Iri - Fatihah Fazlin

Isnin, 15 September 2014

Iri

Assalamualaikum.


Penyakit iri ni memang susah nak buang dalam kehidupan kita. Tak boleh nak nafikan, memang setiap individu akan sedikit sebanyak punyai rasa iri hati pada insan sekeliling mereka. Penyakit ni akan jadi bahaya dan serius kalau tak boleh nak tangani dengan betul.  ○_-

Nik pun takleh lari dari kenyataan yang satu ni. Pernah tetiba terdetik di hati...

"Eh..kenapa dia lebih cantik dari aku. "

"Untunglah dorang..mak bapak banyak duit. Tak payah struggle nak cari duit beli itu ini"

"Eleh..bukan cantik sangat pun kau punya beg, aku pun adalah yang lagi cantik."

Bila nik fikir balik, sesuatu yang terdetik kat hati nik sometime keterlaluan. Kenapa tak nak bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi. Dengan pelbagai nikmat lain yang tak pernah terhitung. Kenapa selalu nak lebih? Kenapa mesti nak persoalkan apa yang orang lain miliki sedangkan Allah dah berjanji dengan kita, setiap mahkluknya ada rezeki masing-masing! Kenapa masih iri dengan orang lain? Kenapa nak cemburu?

Abul Laits Assamarqandi r.a. meriwayatkan dengan sanadnya dari Hasan berkata Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Hasad dan dengki itu keduanya akan memakan habis hasanat sebagai mana api makan kayu."

Ibrahim bin Aliyah dari Abbad bin Ishaq dari Abdurrahman bin Mu'awiyah bersabda Nabi Muhammad SAW.  maksudnya : "Tiga macam sifat yang tidak dapat selamat daripadanya seorang pun iaitu: Buruk sangka, hasad dengki dan takut sial kerana sesuatu.

Lalu ditanya: "Ya Rasulullah  bagaimana untuk selamat dari semua itu?" 

Jawab Nabi Muhammad SAW. "Jika kau hasad maka jangan kau lanjutkan, dan jika menyangka maka jangan kau buktikan (jangan kau cari-cari kenyataannya) dan jika merasa takut dari sesuatu maka hadapilah (jangan mundur)." 

"Yakni jika hasad dalam hatimu maka jangan kau lahirkan dalam amal perbuatanmu sebab selama hasad itu masih dalam hati, maka Allah SWT  maafkan selama belum keluar dengan lidah atau perbuatan. Jika buruk sangka maka jangan kau buktikan, jangan berusaha menyelidiki mencari kenyataannya. Demikian pula jika akan keluar untuk sesuatu lalu ada suara burung atau lain-lain yang menimbulkan was-was atau takut dalam hati maka teruskan hajatmu dan jangan mundur."



Allahu..
Memang sukar nak buang rasa iri dan cemburu pada mereka yang lebih memiliki berbanding kita. Walaupun kita tak cakap, dan orang pun tak perasan, tapi dalam hati? Dalam hati yang terdetik tu, Allah tahu! Penyakit iri ni adalah satu sifat yang keji! Allah tak suka!
Diri..hati.. elakkan sifat ni..bahaya! !



12 ulasan:

  1. iri ad yang +ve... yang tu, boleh bantu kita tingkat kan usaha dalam kejar sesuatu...
    iri yang -ve ni, itu yang mintak jauh dari kita.

    jemput singgah blog Sah!!! Kudis Buta.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju dengan allene. Yang negatif ni memang boleb bawa mudarat kat kita sendiri dan org sekeliling.

      Padam
  2. elakkan iri hati dgn bersyukur..tp kalau dah sekliling kita org yg suka iri mmg boleh berjangkit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya.. kena sentiasa bersyukur. Banyak nikmat yang Allah dah bagi kat kita.

      Padam
  3. benda sikit pun kita kena syukur.. apatah lagi yang besar.. alhamdulillah.. sangat mensyukuri nikmat kehidupan ini.. ;)

    BalasPadam
  4. Perasaan iri ni memang wujud dalm diri setiap manusia. Cuma bagaimana kita hendak mengawal supaya ia lebih kepada membawa kebaikan.

    BalasPadam
  5. iri adalah penyakit hati yang harus kita buang jauh-jauh karena bisa merugikan diri sendiri, terima kasih sudah berbagi artikel yang menarik sekali

    BalasPadam
  6. hasad dengki merosakkan kita, iri hati dan usaha untuk capai macam mana orang tu berjaya memang bagus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya setuju Tuan Dh.. kita ambil yang positif yang boleh bawa diri kedepan.

      Padam

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard