Hobi baru Jaga Petunia - Fatihah Fazlin

Khamis, 28 Oktober 2021

Hobi baru Jaga Petunia

 Assalamualaikum.


Hi korang! 



Nak dijadikan cerita, nik dah mula start minat dengan pokok-pokok bunga ni sejak dok tengok ig story Kak Diya. Dua puluh empat jam dia dok update pasal bunga-bunga dan pokok dia tanam. hahah. Mau tak terpengaruh. Terjatuh cintalah dengan poko bunga petunia ni. Cantiknya MasyaAllah, tak tahu nak cakap macam mana.


Misi mencari penjual petunia area Terengganu terus dimulakan. Jumpalah dengan akak seller sorang ni, ambik masa 2 minggu jugak tunggu dia datang COD. hahaha. Tak menyabor, nik order dulu sepasu kat shoppe. Pastu pergi pulak cari kat nursery dekat rumah ni dapat sepasu. Payah ye nak cari petunia area sini, mostly kat nursery takde stok, atau memang tak jual. 


Meh la nik tunjuk sikit, antara koleksi petunia yang ada. Sayang tau bila berbunga cantik and lebat macam ni. Kita jaga dengan penuh kasih sayang. Nak balik kampung lama pun dah jadi dilema, takut petunia mati tak de yang siram dia. wakaka.




Petunia ni yang paling awal nik beli. Cantik sangat. Tapi masa beli tu dia dah nazak sangat dah.  Nik dapat murah so balik tu terus trim dia. Sekrang dah nampak lebat daunnya, cuma bunga masih malu malu nak keluar.
Petunia ni yang paling awal nik beli. Cantik sangat. Tapi masa beli tu dia dah nazak sangat dah.  Nik dapat murah so balik tu terus trim dia. Sekrang dah nampak lebat daunnya, cuma bunga masih malu malu nak keluar.




Warna purple cantik. Kalau bunga lebat lagilah cantik.Nik baru lepas trim weekend hari tu. Sekrang masih togel tinggal daun je. 



Merah hati. Paling sayang ni. 


Warna putih. Ni yang nik beli kat shoppe tu. Alhamdulillah selamat sampai. Risau mati tengah jalan. hahaha. tapi yang putih nik macam spesis lain dari yang kawan-kawan dia. Bunga besar sikit, daun pun sama. Sekarang tengah lebat bunganya, cantik sangat-sangat. Cuma dia ada bau, which is nik tak berapa suka.










Ni nik beli mini petunia. Beli dengan orang kampung nik masa balik hari tu. Kat rumah dia penuh petunia dan vinca. Cantik. Sekarang dah makin lebat bunganya. 



Eh.. keladi pun ada. 



Terpaksa gantung kat ampaian. Kain sidai tempat lain.  hahaha. Takde tempat sesuai., almaklumlah petunia ni manja sikit. Tokleh panas terik, tokleh hujan lebat. 


loveeeeee

Mini petunia in light pink! 


Light purple petunia.

Petunia in white. Walaupun bau sikit, tetap sayang!


Dah dekat 3 bulan kot nik jaga petunia-petunia ni. Walaupun leceh sikit, tapi seronok sebab suka tengok. Dia cantik. Manusia kan suka yang cantik-cantik. Nik memang plan nak tambah koleksi warna lagi, tengah semai benih sendiri. Tak tahulah menjadi ke tidak, sebab 1st try macam tak muncul je tunasnya.

Cara penjagaan petunia pulak, nik just guna baja AB dua atau tiga hari sekali. Siram sekali atau dua kali sehari, pagi dan petang. Kalau time takdan belah pagi, petang jelah nik siram, Siram terus ke tanah dia. Tak boleh kena batang atau daun, nanti dia memburuk. 






Tiada ulasan:

Komen membina dari anda digalakkan dan di dahulukan dengan ucapan terima kasih.

FATIHAH FAZLIN@templatesyard