Assalamualaikum.
Sibuk sangat seminggu dua ni sampai tak sempat nak menaip kat blog. Padahal dah berazam dah nak menulis kat sini lebih banyak untuk 2022 ni. Takpe, kita try semampu yang boleh.
Pantai Beting Lintang
Ini kali kedua nik sampai di kawasan Pantai Beting Lintang ni. Kali ni sempatlah snap gambar sebagai kenang-kenangan nak letak kat blog ni. Masyaallah kawasan sini memang semua sudut dia cantik. Dalam gambar cantik, depan depan lagi cantik. Sesuai sangat untuk kita picnik tepi pantai dengan family. Ambik angin petang duduk tepi pantai sambil makan keropok lekor. Fuh.. seronok sangat!
Nik singgah kedai makan dulu. Perut tengah lapar kan. Sekarang dah banyak kedai-kedai makan dibuka kat kawasan pantai ni. Berderet kedainya, Tinggal kita pilih je nak masuk kedai mana. Macam macam dekorasi kedai which is memang menarik sangat, pelancong datang pun akan seronok.
Nik cuma singgah kedai yang tak ramai orang sangat. Yelah sebab weekend kan, takut jugak dengan si covid yang tak mahu lenyap ni. Masuk kedai pak cik mak cik ni. Ada satu meje je yang ada orang. Kedai dia macam warung je, tapi menarik sebab dia bina wakaf macam kat bawah ni. Seronok la ,makan meggi celup betul-betul tepi pantai.
Maafkan muka ibu anis tak semengah. Keluar rumah muka togel je. Anis tak sihat tu, tu yang berpeluk je dengan ibu.
Comey la hor, wakaf tempat nak makan pun. Gambar muka papa anis kabur tu kira halal lah, asalkan boleh nampak full wakaf tu.
Order meggi celup sor, meehun sup sor, teo beng sor, tea o panas sor. Padey lah.
Anis sekali lagi tak nak disnap.
Kawasan kampung beting Lintang dah ni. Ambik gambar dari dalam kereta je.
Ada sungai dan bot-bot nelayan. Papa anis ajak turun ambik gambar kat bot tu, tapi nik malas sebab anis pun dok meragam.
Ramdom nik ambik gambar tepi tepi jalan. Ni pukat ke apa ek?
Ni macam sesuatu benda untuk penduduk situ buat keropok nik rasa. Rasa-rasalah. Tak ingat bertanyalah pulak hari tu.
Nik ada baca sikit info jugak, kawasan kampung Beting Lintang ni tempat orang dok buat budu. Pastu korang datang boleh beli makanan laut segar kat sini. Ada beberapa kedai nik perasan. Katanya fresh dari laut nelayan bawak kedarat terus jual.
Kalau kata nak stay area sini, korang boleh google homestay. Nik nampak ada banyak yang sediakan penginapan homestay. Kalau hotel macam takde. Area kampung kan, biasalah. Agak jauh jugak dari pusat bandar. Kalau korang betul-betul nak cari ketengan dunia, kat sini sesuailah.
Kedai makan jugak ni, tapi masa nik pergi tak bukak lagi. Rasanya masih dalam construction lagi. Dah siap nanti mesti cantik. Pagar kedai boleh jadi tempat untuk korang ootd, hahaha
Masuk kedalam sikit. Jalan pun dah tak berturap. Banyak pokok-pokok rhu kat sini. Port bergambar untuk koranglah! hehehehe.
Budak kampung je. Syukur boleh tengok pantai tiap minggu. Hilang serabut di kepala.
Papa anis konon nak ambik gambar astetik. Layannn
sayangnyaaaaa.
Nampak estatik, ibu ambik gambar lah. Walaupun rumah buruk takde orang duduk. heheheh
Tunggu je orang sampai.
Overall, nik suka sangat dengan suasana dan pemandangan pantai sini. Tapi... sampah sarap banyak sangat-sangat. Korang kalau datang tempat ni tolonglah.. tolong sangat jangan buang/tinggal sampah sampah tu merata. Bawak lah masuk kereta kalau takde tong sampah. Bila sampah melonggok kita salahkan majlis/pbt sebab tak jaga, tapi kita tak sedar yang sampah tu datangnya dari tangan kita.
Hahhh. sekian ucapan YB hari ni. Nanti datang terengganu, singgah di Besut jangan lupa terus ke Pantai Beting Lintang. Korang google maps je nak ke sini. Pasti jumpa.
Tenang dan mendamaikan.
BalasPadamSubhanallah.
Hehehe.. sebabtu suka sangat dengan pantai.
PadamMenarik, ramai orang tak musim2 covid-19 ni ?
BalasPadamCantiknya pantai ni. Setuju, semua sudut nampak cantik. Suka tengok pantai ada pokok rhu dan kelapa. Kawasan pun luas.
BalasPadamCantiknya! Terutama kat tempat banyak sampan tu. Raasa macam prnah pergi masa zaman camera belum canggih. Lupa dah.
BalasPadam